kementerian keudayaan, elia dan sukan اااا ااااچkkbs.gov.bn/muat turun...

19
1 Alhamdulillah, kepimpinan Brunei Darussalam, sejak lebih dari 600 tahun lagi, dak pernah membelakangi Islam. Kerana itu Brunei selamat, dan malah terus-menerus berhias dengan berkat. Keberkatan yang menghiasi Brunei dapat dikesan melalui segala aspek, terutama aspek kehidupan. Semua rakyat dilihat riang gembira dan bersatu padu, tanpa berlaku sebarang pergaduhan atau pertela- gahan. Masing-masing dilihat mempunyai semangat nggi untuk memelihara keamanan dan keharmonian. Negara juga terus-menerus stabil dan makmur, mampu untuk membangun dengan izin Allah. Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1441H / 2019M NOVEMBER 2019 CANANG ااا چاااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN دانن بليترين كبوداي كمBANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 November 2019 - Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) bagi Tahun 2019 anjuran bersama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Sambutan dimeriahkan dengan Riadah Amal yang dibukakan kepada warga Perkhidmatan Awam (PA) dan orang ramai untuk menyertai ekspedisi berbasikal dan juga Fun Run. Objektif Riadah Amal tersebut antara lain untuk memberi peluang kepada warga PA dan orang awam untuk beriadah sambil beramal, serta mengamalkan budaya hidup gaya sihat di samping mengeratkan lagi silaturahim di antara pegawai dan kakitangan PA.

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Alhamdulillah, kepimpinan Brunei Darussalam, sejak lebih dari 600 tahun lagi, tidak pernah membelakangi Islam. Kerana itu Brunei selamat, dan malah terus-menerus berhias dengan berkat. Keberkatan yang menghiasi Brunei dapat dikesan melalui segala aspek, terutama aspek kehidupan. Semua rakyat dilihat riang gembira dan bersatu padu, tanpa berlaku sebarang pergaduhan atau pertela-gahan. Masing-masing dilihat mempunyai semangat tinggi untuk memelihara keamanan dan keharmonian. Negara juga terus-menerus stabil dan makmur, mampu untuk membangun dengan izin Allah.

Petikan Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

Sambutan Maulud Nabi Muhammad

Shallallahu ‘Alaihi Wasallam

Bagi Tahun 1441H / 2019M

NOVEMBER 2019

C A N A N G

چاااا اااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN كم ترين كبوداي ن بلي دان

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 November 2019 - Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) bagi Tahun 2019 anjuran bersama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Sambutan dimeriahkan dengan Riadah Amal yang dibukakan kepada warga Perkhidmatan Awam (PA) dan orang ramai untuk menyertai ekspedisi berbasikal dan juga Fun Run. Objektif Riadah Amal tersebut antara lain untuk memberi peluang kepada warga PA dan orang awam untuk beriadah sambil beramal, serta mengamalkan budaya hidup gaya sihat di samping mengeratkan lagi silaturahim di antara pegawai dan kakitangan PA.

2

Sempena Sambutan Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tidak ketinggalan turut sama mengimarahkan malam Dikir Syarafil Anam. Tahun ini majlis berdikir bermula di Masjid Kampung Perpindahan Serasa. Rombongan KKBS akan meneruskan maj-lis yang sama dalam menyemarakkan 12 malam Dikir Syarafil Anam ke Masjid Universiti Brunei Darussalam pada 05 Nov 2019, diikuti Masjid Kampong Bukit Panggal Tutong pada 06 Nov 2019 dan berakhir di Masjid Rashidah Sa'ada-tul Bolkiah, Kampung Sungai Akar pada 8 Nov 2019.

3

B ANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 November 2019 – Persidangan Antarabangsa Libat Sama Universiti-Komuniti (University Community Engagement Conference - UCEC) Ke-6, 2019 berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'Seni. Persidangan ini adalah anjuran secara kolaborasi antara KUPU SB dengan kerjasama USM.

Persidangan UCEC Ke-6 ini diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan satu platform untuk meningkatkan kefahaman melalui perbincangan, per-tukaran dan perkongsian pengalaman dan pelaksanaan libat sama universiti dan komuniti terutama kaedah pendekatan yang bersesuaian dalam konteks negara masing-masing.

Yang Berhormat menjelaskan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara aktif melibatkan komuniti ke arah sama-sama membangun negara menerusi pelbagai aktiviti yang diselenggarakan.

Oleh itu, universiti-universiti digalakkan untuk memanfaatkan mekanisme dan kerja yang sedia ada untuk menerokai lagi penglibatan universiti dan komuniti terutamanya dalam bidang kebudayaan, belia, sukan dan kebajikan masyara-kat termasuk Matlamat Pembangunan Mampan.

Universiti dan institusi pengajian tinggi hendaklah kekal relevan dengan me-nyumbang ke arah kemampanan ekonomi, masyarakat, budaya, pendidikan, kesihatan dan alam sekitar dengan melibatkan diri secara rapat dengan masyarakat dalam kerjasama untuk faedah bersama. Dalam usaha ini, penglibatan komuniti dan universiti atau jabatan memainkan peranan penting.

Persidangan bertemakan 'Menelusuri Libat Sama Komuniti : Hala Tuju di Abad Ke-21', disertai oleh lebih 200 peserta dalam dan luar negara termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan beberapa kementerian, pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan serta penyertaan negara luar termasuk Filipina, Indonesia, Jepun, Jerman, Malaysia, Thailand dan Viet Nam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 November 2019 – Majlis Penutup Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti berlangsung di Dewan Darul Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei Muara, Kampung Pulaie.

Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti diadakan sebanyak 4 fasa sejak bulan April yang lalu. Seramai 149 peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada ibu bapa pelatih OKU penglihatan, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), pihak swasta dan juga orang persendirian.

Bengkel dianjurkan bersama: 1) Unit Pemulihan Dalam Komuniti (UPDK), Bahagian Orang Ke-lainan Upaya (OKU)-Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); 2) Unit Pendidikan Khas (UPK)-Kementerian Pendidikan; 3) Unit Pendidikan Khas Ugama (UPKU)-Jabatan Pengajian Islam; 4) Jabatan Ophthalmology-Kementerian Kesihatan dan Brunei Da-russalam National Association of the Blind (BDNAB).

4

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Ministry of Agriculture, Livestock and Irrigation, Republic of the Union of Myanmar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Republic of the Union of Myanmar, His Excellen-cy U Henry Van Thio. Semasa Mesyuarat 11th AMRDPE, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan telah mengongsikan beberapa komitmen negara kearah “Membentuk Masyarakat Luar Bandar Yang Berdaya Tahan Menuju Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan” yang merangkumi pelaksa-naan Pelan Tindakan Isu Kemiskinan yang turut memfokuskan kepada pembentukan kedayatahanan masyarakat bermula daripada individu dan keluarga. Pelaksanaan Pelan Tindakan ini melibatkan berbagai sektor secara bersepadu melalui kaedah 4P iaitu Public-Private People Partnership termasuk dalam melibatkan para belia dalam usaha-usaha pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di Negara Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 November. - Suasana syahdu menyelubungi Negara Brunei Darussalam terutama sekali di ibu negara apabila laungan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kedengaran sejak awal pagi menandakan kita umat Islam di bumi permai ini bersama negara dunia Islam yang lain meraikan kelahiran Rasul junjungan tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun dalam kiraan kalendar Hijrah.

08.11.2019

“The 11th ASEAN Ministers Meeting

on Rural Development and Poverty Eradication

(11th AMRDPE) and Related Meetings

Nay Pyi Taw, Myanmar

5

Belait, 10 Nov 2019 – Sempena Hari Antarabangsa Warga Emas, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Bukit Sawat, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Sawat dan Kampung Merangking telah mengadakan majlis penghargaan di Dewan Serba Guna Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait. Majlis ini adalah anjuran kerjasaam KKBS, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) cawangan Daerah Belait dan Pejabat Daerah Belait bagi menghargai usaha dan pencapaian yang dilakukan oleh warga emas. Hari Antarabangsa Warga Emas yang dis-

ambut 1 Oktober setiap tahun bertujuan untuk menghargai dan sebagai penghorma-tan atas dedikasi dan kerja keras yang dilakukan warga emas yang membantu memperkembangkan lagi kampung dan mukim. Majlis ini juga merupakan peluang untuk mengeratkan silaturahim antara generasi muda dan tua dalam melahirkan masyarakat penyayang dan mempromosi kebajikan warga emas.

Bandar Seri Begawan, 11 NOV 2019 – Persatuan Kaunseling Brunei Darussalam (PERKAB) menganjurkan Per-sidangan Kaunseling Kebangsaan PERKAB 2019 yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

Persidangan berkenaan memberi peluang kepada semua pengamal kaunseling atau professional kesihatan mental yang lainnya untuk saling bertukar-tukar fikiran, mewujudkan hubungan kerja, dan mengambil pengajaran yang berguna. Persidangan dihasratkan dapat menjadi pemangkin kepada pengamal kaunseling, ahli psikologi dan professional kesihatan mental di negara ini supaya dapat meningkatkan pengetahuan yang relevan, dengan berkongsi maklumat profes-sional dan saintifik semasa dan juga agar menjadi komponen aktif dan lebih proaktif dalam membantu menyejahterakan masyarakat di samping memberikan jalan bahawa intervensi kaunseling adalah salah satu jalan yang efektif.

6

BERAKAS, Selasa, 12 November 2019 – Majlis Penyampaian Pemenang Geran Standard Chartered, ‘Program Youth Against Poverty (YAP)’ diadakan di Dewan Indah, Royal Brunei Recreational Club (RBRC).

Program YAP ini adalah edisi tahunan yang dikendalikan oleh The Society for Community Outreach & Training (SCOT). Ia bertujuan untuk mendidik belia mengenai kesedaran masalah social, memperkasa para belia untuk membentuk dan merancang ide-ide keusahawanan dalam mengatasi masalah sosial dan membina Keusahawanan Sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Brunei, Pg. Aki Ismasufian bin Pg. Haji Ibrahim, dalam ucapannya mengatakan, ‘kami berharap akan dapat memper-kasakan generasi yang akan datang untuk belajar, mengambil manfaat dan berkembang menerusi program yang memberikan tumpuan kepada pendidikan, kebolehpasaran dan keusahawanan, menyokong belia yang kurang bernasib baik

daripada keluarga berpendapatan rendah.’

LAMBAK KANAN, Rabu, 13 November 2019 - Pegawai-pegawai daripada Kumpulan 3 Program Pembangunan

Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Ke-28 anjuran Universiti Sultan Sharif Ali

(UNISSA) melalui Program Indung Ku Sayang (PInKS) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat

(JAPEM) telah mengadakan Hari Terbuka PKWE BM.

Hari Terbuka PKWE BM dimeriahkan dengan aktiviti pameran dan jualan yang disertai oleh ahli-ahli PKWE dan juga

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan aktiviti -aktiviti di pusat

berkenaan. Melalui aktiviti ini diharap akan dapat mengalakkan warga emas yang berdaftar di pusat berkenaan untuk

turut sama menyumbang kepada masyarakat dengan pengalaman-pengalaman, kemahiran, ilmu pengetahuan dan

kepakaran yang mereka miliki. Hari Terbuka ini juga membolehkan warga-warga emas untuk sentiasa bergiat aktif

dan berkumpul serta mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Kemari Farm dan BenchLab, masing-masing terpilih untuk mendapatkan

geran sebanyak BND10,000 dan BND5,000

7

Dewan Digadong, Sabtu, 16 November 2019 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di

bawahnya telah mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1441 Hijrah di Dewan

Digadong, kementerian tersebut.

Majlis diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Mengikuti Jejak Langkah Perjuangan Rasulullah’, yang disampaikan oleh

Yang Mulia Ustaz Dr. Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, Penceramah Jemputan dari Pusat Da'wah Islamiah,

Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ceramah tersebut menyentuh aspek sahsiah dan keperibadian baginda yang terpuji

sebagai satu ‘role model’ insan yang terunggul. Dari sifat-sifat dan akhlak yang

terpuji Rasullullah ini boleh dijadikan acuan dalam mendidik dan membentuk

masyarakat yang harmoni dan sentiasa bergerak menuju kecemerlangan duniawi

dan ukhrawi.

Sebanyak BND13,841 berjaya dikumpulkan bagi Tabung Badan Kebajikan Ke-bangsaan dalam acara Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam (HPA) 2019 anjur-an bersama Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) yang diadakan pada 3 Novem-ber lalu.

Jumlah kutipan tersebut adalah hasil daripada pembelian baju Riadah Amal dan sumbangan derma daripada warga Perkhidmatan Awam dan orang ramai sema-sa acara riadah dijalankan.

8

TANAH JAMBU, Isnin, 18 November 2019 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan Sesi Muzakarah Bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Pusat Pembangunan Belia. Fokus utama Tahun Kewangan 2019/20 berteraskan kepada 'peningkatan pemerkasaan dan pengupayaan indi-vidu, keluarga dan masyarakat secara inklusif dan berimpak'. Sejumlah 33 (65 peratus) daripada 51 inisiatif telah dilaksanakan, manakala 9 (18 peratus) adalah 'on-track' ke arah sasaran, 8 (16 peratus) sudah dimulakan dan 1 (2 peratus) belum dilaksanakan.

KKBS akan terus mengukuhkan jaminan so-sial dan perlindungan kepada masyarakat golongan yang memerlukan, memberikan keutamaan kepada pemerkasaan masyara-kat yang inklusif dan mampan; memperkasa dan melibatsamakan belia; mengukuhkan identiti dan jati diri bangsa; meningkatkan pembangunan dan perkembangan sukan ke arah kecemerlangan, dan memastikan proses yang efisien, efektif dan tepat pada masa.

9

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 November 2019 - Majlis Penandatan-ganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Dewan Ba-hasa dan Pustaka (DBP) berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP.

MoU di Antara UTB dan DBP merupakan perjanjian persefahaman rangka kerja untuk mewujudkan jali-nan kerjasama kolaborasi dalam bidang-bidang penyelidikan, pendidikan dan program dalam bidang lain bagi faedah bersama.

Fokus permulaan kolaborasi tersebut ialah DBP dan UTB akan bekerjasama merealisasikan Pembinaan Sistem Korpus dan Pembinaan Sistem Kamus (Intranet dan Internet) bagi keperluan Unit Perkamusan,

Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP bagi tempoh lima tahun.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV 2019 – Dianjurkan bersama oleh KKBS dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Bengkel Ke-bangsaan Mengenai Perkembangan Pelancongan Budaya di Negara Brunei Da-russalam berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bengkel berkenaan merupakan inisiatif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Ke-budayaan Islam (ISESCO) dan selaras dengan dokumen 'Strategi bagi Pem-bangunan Pelancongan Kebudayaan di rantau Islam'.

Ia juga merupakan salah satu acara sempena Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019 dan mengetengahkan keperluan untuk mewujudkan definisi pelancongan Islam dalam konteks Negara Brunei Darus-salam yang holistik dan berbilang sektor serta responsif kepada keperluan pelbagai agensi dan juga meneroka potensi pelancongan Islam dalam memangkin pem-bangunan sosial dan ekonomi negara.

10

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 November 2019 – Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada Dayang Siti Asmah binti Abd. Kadir bersama keluarga, mangsa bencana rumah roboh di Kampung Katimahar, Jalan Lugu, Jalan Tutong yang terjadi pada 9 November 2019 lalu.

Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, Rabu, 20 November 2019 –

Majlis Penyerahan Bendera kepada ketua-Ketua Rombongan ke:

1) The 2nd China - ASEAN University Students Culture Week di Hainan, China [21-27 Nov 2019]; The 9th PBRU International Music and Dance Festival di Phetchaburi Rajabhat University, Thailand [2-6 Dis 2019].

Dengan penyertaan ke acara-acara tersebut, adalah diharap ia dapat mempro-mosikan budaya Brunei ke peringkat antarabangsa, di samping untuk mengharumkan lagi nama Negara Brunei Darussalam daripada segi kebudayaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 November 2019 - Majlis Pertandingan Musabaqah Tilawatil Al-Quran Pusat Kegiatan Warga Emas bagi keempat-empat Daerah, di Dewan Kemasyarakatan II, Jalan 77, Rancangan Perpindahan Negara Kampung Lambak Kanan. Pertandingan dibukakan kepada Ahli-ahli PKWE seluruh daerah bagi Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan, berumur 60 tahun ke atas. Majlis seumpamanya diharap dapat memupuk rasa persahabatan dan persaudaraan juga kerjasama seluruh Ahli PKWE / PMB, selain menolong dan membantu bagi meningkatkan mutu pembacaan Al-Quran. Ia juga dapat menyambungkan peningkatan mutu bacaan dari satu peringkat ke satu peringkat dan menyemai juga menerapkan rasa cinta terhadap amalan dan pembacaan Al-Quran dalam mendukung hasrat kerajaan menjadi-kan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

11

Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara mempunyai sig-

nifikannya yang tersendiri. Ia merupakan satu amanah, satu harapan tinggi

negara dan rakyat yang diletakkan kepada kontinjen negara untuk memba-

wa dan mengibarkan bendera tersebut dengan megah dan bergaya ke pesta

sukan serantau yang berprestij.

Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-30, Filipina 2019 perlu dijadikan sebagai platform utama untuk menilai kemampuan atlet-atlet negara untuk dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.

Para atlet hendaklah berasa bangga kerana pemilihan setiap atlet di sini ada-lah berdasarkan tahap kemahiran, profesionalisme dan komitmen tinggi yang terbaik di antara yang terbaik. Dan para atlet hendaklah sentiasa mem-iliki tahap disiplin yang tinggi dan semangat kesukanan yang jitu dan kom-petitif, di samping menjaga tatasusila juga nama baik dan imej NBD.

Pada Sukan SEA kali ini, NBD akan menyertai sebanyak 14 acara sukan, iaitu akuatik, olahraga, sukan biliard, lawan pedang, bola sepak, golf, karatedo, boling padang, bola jaring, pencak silat, polo, taekwando, tenpin bowling dan wushu.

NBD mula mengikuti Sukan SEA pada tahun 1977, dan hingga ke hari ini negara memperoleh 12 pingat emas, 51 pingat perak dan 178 pingat gangsa, di mana pencapaian terbaik ialah semasa negara menjadi tuan rumah pada tahun 1999 dengan meraih empat pingat emas, 12 pingat perak dan 32 pingat gangsa. ''Tunjukkanlah dan banggakanlah bahawa para atlet adalah anak Brunei yang saling hormat menghormati dengan berpegang teguh kepada Falsafah Melayu Islam Beraja, di samping berkeupayaan untuk bersaing dengan kom-petitif ke arah mencapai yang terbaik,'' Yang Berhormat mengingatkan para atlet.

Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-30, Filipi-na 2019 akan bermula pada 30 November hingga 11 Disember 2019.

Kontinjen negara dijangka bertolak ke Manila, Filipina secara berperingkat-peringkat bermula 22 November 2019.

12

JERUDONG, Sabtu, 23 November 2019– YB Dato Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Kon-vokesyen Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) Kali Ke-13 berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Brunei.

Pengerusi Eksekutif CCCT, Dr. Haji Abdul Aziz bin Haji Latip, dalam uca-pannya melahirkan rasa bangga kerana sehingga ke hari ini, CCCT me-

lahirkan seramai 2,937 graduan sejak tahun 2004. Kejayaan yang diraih jelasnya, membuktikan bahawa para graduan adalah insan yang lebih baik, bukan

sahaja dalam bidang akademik, bahkan apa yang lebih penting, da-ripada segi keperibadian dan pandangan hidup yang lebih luas dan menyeluruh sejak memulakan pelajaran.

CCCT akan terus berusaha memberikan pendidikan yang berkualiti kepada para pelajarnya untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan

ilmu pengetahuan masing-masing di Era Revolusi Industri (RI) 4.0 ini. .

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 November 2019 - Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada Mangsa-mangsa Banjir di Daerah Brunei dan Muara berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Baha-gia Brunei Muara, Kampung Pulaie. Sejumlah BND47,000 disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada 94 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara pada 1 Oktober 2019 lalu.

13

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 November 2019 - Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia (Universal Chil-dren's Day - UCD) dianjurkan dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Dewan Baha-sa dan Pustaka, KKBS; Telekom Brunei Berhad (TelBru); My Actions for SDGs (SDG Team); dan mindful.bn yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, selaras dengan Program Bandarku Ceria.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 November 2019 - Sebagai sokongan kepada CRC, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) melalui Komiti Kanak-kanak MKM menganjurkan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia (Universal Children's Day - UCD) 2019 dengan hasrat untuk menceriakan mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Lebih 100 Kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan, yang merupakan Klien MKM menyertai acara tersebut, antara lain dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, berbentuk pendidikan, yang diselit-kan dalam permainan sukan dan rekreasi.

World Children’s Day was first established in 1954 as Universal Children's Day and is celebrated on 20 November each year to promote international togetherness, awareness among children worldwide, and improving children's welfare. November 20th is an important date as it is the date in 1959 when the UN General Assembly adopted the Declaration of the Rights of the Child. It is also the date in 1989 when the UN General Assembly adopted the Convention on the Rights of the Child. Since 1990, World Children's Day also marks the anniversary of the date that the UN General Assembly adopted both the Decla-ration and the Convention on children's rights.

UN Secretary-General António Guterres

14

Mesyuarat bersetuju dengan Kenyataan Bersama 10th AMMSWD menekankan kepentingan pembangunan keba-jikan sosial dalam membantu mencapai Visi Komuniti ASEAN 2025 dan Sustainable Development Goals, dan peran-an kebajikan sosial dan pembangunan yang transformatif, dan mengesahkan kepentingan penglibatan berbilang pihak dan pendekatan berbilang arah dalam memajukan agenda kebajikan dan pembangunan sosial untuk kanak-kanak terdedah di semua peringkat.

M usabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-9, 1441H / 2019M akan diadakan selama tiga malam berturut-turut, mulai 3 hingga 5 Disember 2019,

di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Musabaqah tersebut akan disertai oleh 21 qari dan qariah dari negara-negara anggota ASEAN juga penyertaan Republik Demokratik Timor Leste, yang berumur 15 hingga 30 tahun.

Negara Brunei Darussalam akan diwakili oleh johan qari dan qariah Musabaqah Ti-lawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2019, anjuran KKBS, iaitu Awang Abdull Muin bin Haji Abdul Hamid; dan Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Marjuki.

15

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 November 2019 - Majlis Penyerahan Komputer dan Komputer Riba kepada Golongan Memerlukan daripada Telbru kepada KKBS, berlangsung di Dewan Di-Gadong, Bangunan KKBS. Sebanyak 18 komputer meja dan 2 komputer riba disumbangkan oleh Telekom Brunei Berhad (TelBru), yang merupakan projek di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR). Sumbangan tersebut diharap dapat memberikan manfaat kepada para penerima, termasuk pusat-pusat kegiatan warga emas di semua daerah.

Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam merupakan manifestasi rasa kebanggaan dan patriotisme setiap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kepada raja kita yang berdaulat dan negara kita yang merdeka.

kita sebagai satu pasukan, hendaklah mengungkayahkan amanah ini dengan memberikan yang terbaik demi untuk menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan kerana ia adalah milik bersama sekalian rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Bagi mencapai yang terbaik, persiapan-persiapan awal hendaklah dil-aksanakan dengan teratur dan dipercepatkan.

Tema sambutan, iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara' adalah dikekalkan bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebang-saan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020 dengan mengambil kira tema ini masih relevan dan selaras dengan usaha-usaha yang dilaksanakan secara berterusan dalam meningkatkan kemajuan pembangunan negara ke arah mendukung Wawasan Negara 2035.

Konsep bagi Upacara Perhimpunan Agung pada sambutan kali ialah 'Kemajuan, Kehadapan dan Kegembiraan' yang membawa maksud, 2035 - Negara maju jaminan rakyat untuk masa hadapan; bersemangat patriotik; keg-embiraan; dan warna warni.

16

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 November 2019 - Majlis Perasmian Pertemuan Sasterawan Brunei (PSB)Ke-7 berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas.

Objektif pertemuan ini antara lain bagi menentukan hala tuju pencapaian kesusasteraan Melayu Brunei dan penyebarannya secara menyeluruh, selain memberi peluang kepada para sasterawan bertukar-tukar fikiran, ber-kongsi pengalaman serta mengemukakan usul dan cadangan demi meningkatkan citra sastera tanah air.

Yang Berhormat menekankan pentingnya pihak DBP, ASTERAWANI, Putra Seni dan pihak NGO lain berganding ba-hu dalam sama-sama mengamalkan pendekatan Whole of Nation bagi merancang dan melaksanakan program atau kegiatan kesusasteraan sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa.

TANAH JAMBU, Jumaat, 29 November 2019 - Majlis Pelancaran Karnival PPB berlangsung di Dewan Binadiri, pusat berkenaan. Karnival PPB diadakan selama 3 hari [ 29 Nov - 1 Dis 2019]. Karnival ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelatih-pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB), terutama dalam cara pengendalian kewangan dan pengurusan perniagaan, dan juga untuk memantapkan dan memeriahkan lagi program tahunan keusahawanan pusat berkenaan, di samping meningkatkan lagi semangat para pelatih untuk mencuba dalam Bi-dang Keusahawanan. Sebanyak 42 vendor ikut serta dalam karnival kali ini, di mana 16 vendor ditubuhkan dalam kalangan pelatih-pelatih PPB dan 22 vendor luar yang dikendalikan oleh YDC Lights on Event Organizer. Beberapa aktiviti menarik turut diadakan seperti cabaran roti canai, Masterchef Challenge, PPB idol, pertunjukan silap mata daripada IMis-takeBN, aktiviti keIslaman daripada Happy Harun dan bermacam-macam lagi.

17

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 November 2019- Seeds Brunei mengungkayahkan sebuah Teater Muzikal Is-timewa, berjudul 'Mystery of the Opera' , bagi meraikan Ulang Tahun Penubuhannya yang Ke-10, yang diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pementasan teater tersebut diadakan selama 3 malam dari 29 Nov hingga 01 Disember 2019.

Seeds Brunei adalah sebuah persatuan yang menggunakan aktiviti-aktiviti kreatif untuk memberikan pendidikan holistik kepada penuntut-penuntut di luar sekolah. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan pengalaman seni yang lebih luas lagi berbanding aktiviti sekolah yang memang terhad kepada aktiviti-aktiviti akademik. Ilmu seperti teknik-teknik lakonan, pembuatan pakaian, prop dan set, penggunaan tata cahaya dan tata suara dan cara pemasaran diajarkan oleh pelatih-pelatih persatuan itu.

Adalah diharap seni kreativiti tersebut akan dapat mengasuh dan meningkatkan kemahiran penuntut-penuntut dalam berkomunikasi, kerja berpasukan, kebijaksanaan dalam menjaga perhubungan bersama orang lain, ke-bolehan mengawal emosi dan tekanan dan sebagainya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 29 November 2019 - Seramai 16 Pembentang Kertas Kerja, termasuk Pemben-tang Kertas Perdana dan Panel Forum yang menyertai Pertemuan Sasterawan Brunei (PSB) Ke-7, 2019 menerima sijil masing-masing di Malam Semarak Sastera anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam serta Kumpulan Putra Seni bagi majlis penutup rasmi pertemuan tersebut.

Pertemuan yang diadakan selama 2 hari itu mengangkat tema besar, 'Pengarang Brunei: Pengarang dan Kepengarangan' juga mengangkat sebanyak lima subtema. Antara tujuan pertemuan ini adalah bagi meraikan dan mempertemukan penulis-penulis mapan, penulis muda, para penggiat dan persatuan-persatuan penggerak sastera di Negara Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 November 2019 - Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, hadir selaku tetamu kehormat dan se-terusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang Peraduan Fotografi anjuran Persatuan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD).

Peraduan yang bermula dua bulan yang lalu itu adalah bersempena dengan Sambutan Jubli Emas persatuan berkenaan yang bertujuan untuk mengga-lakkan orang ramai terus meminati dan seterusnya menghargai nilai seni foto-grafi di negara ini.

Peraduan berkenaan diharap akan dapat membina serta mempertingkatkan daya kemahiran dan seterusnya melahirkan jurugambar yang profesional setaraf dengan jurugambar luar negara.

18

Unit HSSE, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, KKBS mengadakan Kursus Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR). CPR adalah satu teknik menyelamatkan nyawa dan bertujuan untuk memastikan darah dan oksigen mengalir dalam tubuh badan apabi-la jantung dan pernafasan seseorang berhenti. Teknik ini melibat-kan tekanan dada luaran dengan menggunakan 2 tangan.

19

Unit Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam

Hajah Ajijah binti Haji Ali (KKBS), Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman (KKBS) , Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh (KKBS),

Mastinah binti Malik (DBP), Mohd Jamaddil bin Kassim (JAPEM), Infofoto (Penerangan)

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE-26 TAHUN 2019

Penerima-Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) Sempena

Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-26 Tahun 2019, bagi Kementerian Kebudayaan,

Belia Dan Sukan:

PERTUKARAN PEGAWAI KANAN

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pertukaran pegawai kanan:

Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tarikh pertukaran pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai Selasa, 22 Rabiulawal 1441 bersamaan 19 November 2019.