inisiatif 8 : menambah baik manual lcp+format

26
SESI SEBARAN DAN TEACH IN PELAKSANAAN INISIATIF MPH INISIATIF 8: MENAMBAH BAIK DOKUMEN LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia

Upload: dangthuan

Post on 15-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

SESI SEBARAN DAN TEACH INPELAKSANAAN INISIATIF MPH

INISIATIF 8:

MENAMBAH BAIK DOKUMEN LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Bahagian Perundangan dan Kawal Selia PerancanganJabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia

Page 2: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Tafsiran di bawah Akta 172 – ertinya laporan yang

dikehendaki supaya dikemukakan oleh seseorang

pemohon bagi kebenaran merancang di bawah

subseksyen 21A(1).

Secara umumnya semua permohonan KM hendaklah

disertai dokumen LCP yang menerangkan secara

terperinci tentang cadangan pemajuan yang

hendak dijalankan.

LCP merupakan dokumen rujukan dalam

menimbang sesuatu permohonan KM di bawah

subseksyen 22(2).

Page 3: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Bagi memastikan penyediaan LCP yang

berkualiti, Manual LCP telah disediakan oleh

JPBD Sem. Malaysia untuk rujukan para

perunding yang terlibat dalam

permohonan KM.

Selari dengan matlamat inisiatif 8 untuk

menambahbaik dokumen LCP, Manual LCP

sedia ada telah dikemaskini dan digantikan

dengan MANUAL LAPORAN CADANGAN

PEMAJUAN EDISI KEDUA.

Page 4: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Rujukan utama dalam penyediaan LCP

Memastikan penyediaan LCP yang komprehensif

dan berkualiti

Memastikan kandungan LCP bersesuaian dengan

jenis permohonan cadangan pemajuan

Memastikan kandungan LCP memenuhi kehendak

agensi memproses KM

Memudahkan agensi menyemak dan mengulas

sekaligus mempercepatkan proses KM

Tujuan utama penambahbaikan Manual LCP adalah

seperti berikut:

Page 5: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Jenis-jenis LCP hendaklah disediakan mengikut

tafsiran pemajuan di bawah Akta 172;

Format kandungan LCP mengikut jenis-jenis

pemajuan hendaklah mengandungi:

Perakuan oleh perunding yang menyedia

Perkara-perkara yang perlu diterangkan selaras

dengan peruntukan seksyen 21A(1) Akta 172

Keperluan agensi teknikal yang terlibat dalam

memberi ulasan untuk kebenaran merancang

Memasukkan bahagian ringkasan bagi memudah

dan mempercepatkan proses semakan oleh

agensi terlibat

Skop penambahbaikan Manual LCP merangkumi

perkara-perkara berikut:

Page 6: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

"menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau

di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau

bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah

dan “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.”

Cadangan Pindaan Akta 172:...daripadanya, atau “menyusun atur penggunaan tanah

untuk tujuan” memecah sempadan...

Page 7: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Mengandungi tiga bahagian iaitu:

Bahagian A: Perakuan Perunding

Bahagian B: Jadual Ringkasan

Bahagian C: Penerangan, Analisis dan Justifikasi

Cadangan Pemajuan

Page 8: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

BAHAGIAN A : Perakuan Perunding

• Bahagian ini adalah merupakan pernyataan perakuan

oleh perunding (Perancang Bandar berdaftar atau orang

yang berkelayakan) yang menyediakan LCP serta

kebertanggungjawaban terhadap permohonan dari segi:

kesahihan maklumat;

pematuhan kepada kehendak perundangan;

pematuhan kepada dasar-dasar yang berkuat kuasa;

dan

pematuhan kepada keperluan-keperluan teknikal.

• Perunding professional lain yang menyediakan pelan-

pelan dan laporan sokongan yang disertakan di dalam LCP

hendaklah membuat pengesahan terhadap pelan dan

laporan tersebut.

Page 9: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

BAHAGIAN B : Jadual Ringkasan

• Bahagian ini merupakan ringkasan aspek-aspek

perancangan yang diterangkan dalam bentuk jadual.

• Tujuan bahagian ringkasan ini adalah untuk memudah

dan mempercepatkan semakan oleh PBT / agensi .

• Format dan kandungan Jadual Ringkasan adalah

mengikut jenis-jenis LCP.

Page 10: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

BAHAGIAN C : Penerangan, Analisis dan Justifikasi Cadangan

Pemajuan

Bahagian ini menerangkan secara terperinci aspek

perancangan utama mengikut seksyen 21A, Akta 172 dan

diselaraskan dengan kehendak agensi teknikal yang terlibat

dalam memproses permohonan kebenaran merancang .

Bahagian ini mengandungi penerangan terperinci aspek

perancangan utama seperti berikut:

Justifikasi pemajuan Tujuan

Latar belakang

Justifikasi

Peta lokasi dan pelan tapak Peta Lokasi

Pelan Tapak

Butir-butir hak milik tanah/ bangunan dan sekatan Butir-butir hak milik tanah

Butir-butir hak milik bangunan

Page 11: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Analisis keadaan semasa tapak Perihal tanah

Pokok dan tumbuh-tumbuhan

Butir-butir bangunan

Infrastruktur, utiliti dan kemudahan awam

Potensi dan halangan pembangunan

Cadangan pemajuan Konsep pemajuan

Pelan susun atur

Analisis cadangan pemajuan

Reka bentuk

Aksesibiliti dan sirkulasi

Saliran dan perparitan

Kemudahan awam

Utiliti

Cadangan landskap

Langkah-langkah pelaksanaan

BAHAGIAN C : Penerangan, Analisis dan Justifikasi Cadangan

Pemajuan

Page 12: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Impak cadangan pemajuan Impak fizikal

Impak ekonomi

Impak infrastruktur / utiliti

Impak sosial

Impak alam sekitar

Pematuhan dasar dan garis panduan Pematuhan kepada dasar rancangan struktur

Pematuhan kepada rancangan tempatan

Pematuhan kepada perkara teknikal lain

Pematuhan kepada dasar Kerajaan berkaitan

perancangan dan pembangunan

Inisiatif khas

Bahagian ini akan disokong dengan huraian terperinci

melalui lampiran, rajah, jadual dan pelan.

BAHAGIAN C : Penerangan, Analisis dan Justifikasi Cadangan

Pemajuan

Page 13: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

KATEGORI JENIS

1. LCP 1 : Kebenaran MerancangKerja Bangunan

i. LCP 1A : Kebenaran Merancang Pendirian Bangunanii. LCP 1B : Kebenaran Merancang Perobohan Bangunaniii. LCP 1C : Kebenaran Merancang Pengubahan Bangunaniv. LCP 1D : Kebenaran Merancang Pemajuan Melibatkan Ruang

Udara

2. LCP 2 : Kebenaran MerancangKerja Kejuruteraan

v. LCP 2 : Kebenaran Merancang Kerja Kejuruteraan

3. LCP 3 : Kebenaran MerancangKerja Perlombongan

vi. LCP 3 : Kebenaran Merancang Kerja Perlombongan

4. LCP 4 : Kebenaran MerancangKerja Perindustrian

vii. LCP 4 : Kebenaran Merancang Kerja Perindustrian

5. LCP 5 : Kebenaran MerancangPerubahan Material Penggunaan Tanah

viii. LCP 5 : Kebenaran Merancang Perubahan Material Penggunaan Tanah

6. LCP 6 : Kebenaran MerancangPerubahan Material Penggunaan Bangunan

ix. LCP 6 : Kebenaran Merancang Perubahan Material Penggunaan Bangunan

7. LCP 7 : Kebenaran MerancangSusunan PenggunaanTanah Untuk TujuanMemecah SempadanAtau MencantumkanTanah

x. LCP 7A : Kebenaran Merancang Susunan Penggunaan Tanah Untuk Pecah Sempadan Atau Cantuman TidakMelibatkan Pendirian Bangunan

xi. LCP 7B : Kebenaran Merancang Susunan Penggunaan Tanah Untuk Pecah Sempadan Atau Cantuman Yang Melibatkan Pendirian Bangunan

Page 15: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

1. Pendirian bangunan termasuklah apa-apastruktur di atas lot yang telah mempunyai KMsusunan penggunaan tanah (rezabinfrastruktur telah disediakan, pelan pra-hitungan telah dikemukakan dan hak milikberasingan telah dikeluarkan) dan kategoripenggunaan tanah adalah bangunan/industri;

2. Pendirian bangunan termasuklah apa-apastruktur di atas mana-mana tanah yang telahdikategorikan sebagai bangunan/industriyang tidak melibatkan pecah sempadan ataucantuman tanah; atau

3. Pendirian bangunan termasuklah apa-apastruktur di atas mana-mana tanah pertanian.

Page 16: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

• Perobohan keseluruhan bangunan atau sebahagian bangunan

• Meroboh dan mendirikan semula bangunan

Kaedah perobohan perlu mengambilkira saiz, kekuatan serta kedudukan struktur bangunan untuk menjaga keselamatan kesihatan pekerja dan orang awam.

Page 17: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

• menyentuh secara material rupa disebelah luar bangunan yang terletakdalam kawasan yang dikenal pastisebagai kawasan warisan ataukawasan ditetapkan sebagai kawasankawalan oleh PBT;

• melibatkan apa-apa tambahan padaketinggian atau luas lantai bangunan;

• melibatkan apa-apa tambahan ataupengubahan kepada suatu bangunanyang menyentuh atau mungkinmenyentuh susunan saliran,kebersihan, atau keteguhannya.

Page 18: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

kerja bangunan bagi projek yangterlibat dengan pembinaanstruktur antara dua bangunanatau lebih seperti pembinaanjejantas atau jejambat (skybridge) yang melintasi ruangatau kawasan awam, tanahkerajaan atau tanah rizabkerajaan jalanraya, pejalan kakidan sebagainya.

melintasiatas tanahkerajaan / tanah rizab

Page 19: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

KERJA KEJURUTERAAN termasuklahmembentuk atau meratakan tanah,membentuk atau menyediakan jalanmasuk ke suatu jalan, atau memasangkabel, sesalur atau menyediakan bekalanair, atau saliran; atau apa-apa kerjakejuruteraan lain yang mengganggumana-mana tanah untuk tujuanpertanian dalam kawasan alam sekitaryang sensitif dalam suatu rancanganpemajuan.

Pemajuan ini tidak melibatkan pendirianbangunan. Ia hanya melibatkan kerjatanah dan penyediaan infrastruktur.

Page 20: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

KERJA PERLOMBONGAN termasuklah apa-apa perbuatanmengeluar, mengambil dan mengangkut bahan batuanatau mineral pada, di atas atau di bawah mana-manatanah lombong seperti mana yang ditafsirkan di bawahKanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56) atau AktaPembangunan Mineral 1994 (Akta 525).

Permohonan kebenaran merancang perlu disertakandengan permit melombong, surat kelulusan dasar olehPBN atau surat permohonan permit melombong kePejabat Tanah.

Page 21: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

KERJA PERINDUSTRIAN termasuk apa-apa aktivitiperindustrian pada, di atas, di sebelah atas atau dibawah tanah industri yang tidak melibatkan apa-apakerja bangunan, termasuklah mengadakan kawasansebagai tempat penyimpanan barang, kenderaan,logam dan sisa toksid.

TIDAK melibatkan PENDIRIAN BANGUNAN selainkepungan tidak beratap seperti pagar dan tembok.

Page 22: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Perubahan material tentang penggunaan tanah merangkumi:-

•penggunaan tanah ataupertambahan keluasan tempat untukmelonggokkan sampah sarap ataubahan buangan; atau

•penggunaan tanah yangberlanggaran atau bercanggahdengan peruntukan rancanganpemajuan.

Bagi permohonan KM untukpenggunaan tanah berlanggaran ataubercanggah dengan RT, justifikasi bagiketidakpatuhan kepada RT dancadangan bagi pindaan ke atas RTyang berkenaan perlu dinyatakan didalam LCP.

Page 23: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

TolakPERTIMBANGAN

PBPT

Lulus

Tolak

PERMOHONAN KM

PENERIMAAN & SEMAKAN PBPT

PROSES PINDAAN RT

PBPT SYOR PINDAAN RT KEPADA JPN

PERTIMBANGAN KM OLEH PBPT

Sokong permohonan

PBPT MAKLUM KEPADA

PEMOHON

PBPT MAKLUM KEPADA

PEMOHON

PERTIMBANGAN PBN

Carta Alir Kerja Bagi Permohonan KM Perubahan Material Yang Bercanggah Rancangan Tempatan

PR

OSE

S K

MP

IND

AA

N R

TP

RO

SES

KM

Page 24: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

Perubahan material penggunaan bangunanbermaksud membuat sesuatu perubahan yangketara tentang penggunaan bangunan ataumana-mana bahagian daripadanya termasuk:-

•Apa-apa penambahan pada bilangan unitdalam suatu bangunan lebih daripadakelulusan asal yang melibatkan perubahanpenggunaan bangunan;

•Menukar guna bangunan kediaman untukkegunaan lain;

•Apa-apa pengubahan atau tambahan padabangunan yang melibatkan perubahanpenggunaan bangunan;

•Menukar guna bangunan bukan kediamanuntuk menjadi bangunan kediaman; atau

•Penggunaan bangunan yang bertentangandengan peruntukan rancangan pemajuan.

Page 25: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

LCP 7A bagi permohonan untukurusan perihal tanah sahaja tanpamelibatkan pemajuan fizikal di atastanah berkenaan.

LCP 7A – kebenaranmerancang susunanpenggunaan tanahuntuk pecah sempadanatau cantuman yang tidak melibatkanpendirian bangunan

LCP 7B – kebenaranmerancang susunanpenggunaan tanahuntuk pecah sempadanatau cantuman yang melibatkan pendirianbangunan

LCP 7B bagi permohonan melibatkanurusan perihal tanah dan kerjabangunan secara serentak.

Page 26: Inisiatif 8 : Menambah Baik Manual LCP+Format

SEKIAN

TERIMA KASIH