kemampanan bandar - amalan terbaik bandar tawau, sabah & calgary, canada

19
AMALAN TERBAIK DI BANDAR TAWAU DAN BANDAR CALGARY,CANADA -Pembangunan Bandar Mapan (LMCP 1532) Disediakan oleh: KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR (A151759) Disediakan untuk: PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAH

Upload: kuzaifah-hafazzilah

Post on 06-Jan-2017

227 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

AMALAN TERBAIK DI BANDAR TAWAU DAN BANDAR CALGARY,CANADA

-Pembangunan Bandar Mapan (LMCP 1532)

Disediakan oleh:

KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR

(A151759)

Disediakan untuk: PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAH

Page 2: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

Amalan Terbaik:

– Amalan terbaik pembangunan sesuatu Bandar ialah amalan yang melaksanakan penjagaan dari aspek ekonomi, sosial, pembangunan fizikal, alam sekitar, budaya dan etnik terhadap pembangunan Bandar tersebut.

– Amalan terbaik di sesebuah bandar dapat dijadikan contoh kepada bandar-bandar lain sekaligus dapat memperkenalkan keunikan atau kelebihan yang ada pada bandar tersebut.

Page 3: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

Amalan Terbaik di Calgary,Canada# Bandar PALING BERSIH di dunia.

– Calgary dinobatkan sebanyak 5 kali sepanjang tujuh tahun lepas sebagai bandar paling bersih di dunia.

– Ia juga mendahului senarai 10 bandar paling bersih di dunia pada tahun 2015.

– Walaupun mempunyai penduduk seramai lebih 1 juta tetapi kerajaan sering mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa bandar itu sentiasa kemas dan bersih.

– Terletak di Alberta, Kanada, penduduk Calgary diajar 5 prinsip asas untuk mengikuti untuk membuat persekitaran yang lebih bersih dan sihat.

– 5 prinsip tersebut adalah Kualiti Sistem Kumbahan , Keboleh-gunaan dan Ketersediaan Air, Pembuangan Sisa dan Kitar Semula, Kesesakan Lalu Lintas, dan Pencemaran Udara.

– Dengan kecekapan sistem dalam mendidik orang ramai dan menyebar kesedaran tentang alam sekitar, Calgary sememangnya layak untuk berada kedudukan pertama dari sepuluh bandar paling bersih di dunia 2015.

Page 4: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

#Calgary Zoo, Kebun Binatang TERBAIK Di Amerika Utara

– Data menunjukkan, hosting sebanyak 1.457.000 pengunjung pada tahun 2012,

– Calgary Zoo dinobatkan sebagai kebun binatang yang paling banyak dikunjungi di Kanada.

– Setiap tahunnya 50 peratus pengunjung kebun binatang berasal dari luar Calgary. Dan ada sekitar 70.000 orang yang menjadi member kebun binatang tahunan. ---

– Memberikan kesan positif bagi sektor ekonomi seperti hotel, restoran dan sebagainya.

– Menurut penelitian Grant Thornton pada tahun 2013, Calgary Zoo telah menghasilkan 79 juta dollar Canada dalam kegiatan ekonomi setiap tahun.

– Terbayangkan bagaimana ramai dan menariknya kebun binatang ini?

Page 5: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

#Potensi niaga di Calgary, Kanada

– Sebahagian besar kegiatan ekonomi Calgary ditumpukan kepada industri petroleum dan tenaga memandangkan hampir setiap syarikat minyak utama beribu pejabat di Calgary.

– Calgary juga menempatkan pengeluar dan pengendali saluran paip, perkhidmatan medan minyak dan syarikat penggerudian, firma kejuruteraan berkaitan tenaga dan firma perunding

– Pertanian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengangkutan dan logistik pengedaran, perkhidmatan kewangan dan kesihatan juga memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan pesat bandar raya itu," kata Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Toronto, Norzihan Mohd Zain.

– Calgary mencatatkan pendapatan peribadi tertinggi di Kanada, tetapi kos sara hidup yang lebih rendah berbanding bandar raya utama lain seperti Toronto dan Vancouver, dan terpilih sebagai bandar raya kelima paling selesa didiami di dunia oleh Unit Risikan Ekonomi. Wilayah Alberta juga mengenakan cukai korporat dan peribadi terendah di Kanada.

Page 6: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 7: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 8: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

AMALAN TERBAIK DI TAWAU,SABAH#Kewujudan HUTAN SIMPAN

– Maliau Basin telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Yang Dilindungi (Kelas 1) yang tidak boleh dilakukan sebarang ancaman alam sekitar pada masa kini dan masa depan.

– Kawasannya perlindungannya meliputi 588.4 km2 dengan dikelilingi oleh hutan tropika dan mempunyai sebuah sungai menarik di mana airnya kelihatan keruh. Air sungainya keruh hasil daripada keadaan batu-batuan fosil yang berusia jutaan tahun.

– Antara lain keistimewaan Maliau Basin ialah ia berada pada ketinggian 1,675 meter dari paras laut. Jika dilihat dari atas, ianya membentuk seperti sebuah sempadan tebing tinggi membulat dan berdiameter 25 km serta mempunyai cerun yang menggerunkan. Ianya terbentuk sedemikian sejak 5 juta tahun yang lalu akibat daripada aktiviti tektonik dan gunung berapi. Bahagian tengahnya pula mempunyai lembangan terbentuk akibat proses luluhawa.

– Maliau Basin mendapat jolokan The Sabah’s Lost World, kerana keadaan geografinya yang seolah-olah mempunyai jurang garis pemisah daripada dataran tanah di sekitarnya. Ia mempunyai tebing setinggi 300 - 1,600 meter tinggi , mewujudkan isolasi flora dan fauna yang di dalamnya dari dunia luar sekelilingnya.

– Hanya aliran dari Sungai Maliau yang ‘berhubung’ dengan dunia luar melalui aliran air yang mengunjur sehingga ke Sungai Kinabatangan, iaitu sungai terpanjang di Sabah.

– Dianggarkan terdapat lebih daripada 1600 spesis tumbuhan di Maliau Basin yang terdiri daripada 9 spesis tubuhan periuk kera, 440 spesis pokok dan 80 spesis bunga orkid. Bagi fauna, terdapat 69 spesis mamalia, 290 spesis burung dan lebih daripada 35 spesis amfibia telah direkodkan. Satu spesis bunga Rafflesia tengku adlinii yang jarang ditemui juga hidup disini.

Page 9: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 10: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 11: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

#Kewujudan Taman Rekreasi* Taman Rekreasi Air Panas

– Antara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk pengunjung mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa pengunjung sendiri.

– Petak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.

– Selain mandi air panas, pengunjung juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil berhampiran yang diliputi dengan pokok kayu tropika selain pelbagai jenis bunga- bungaan yang indah.

– Orang ramai juga boleh berjoging di trek joging yang disediakan dan jika terasa letih dan ingin berehat pengunjung, boleh singgah di lebih 20 pondok rehat yang disediakan.

Page 12: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

* Tawau Hills Park– Taman Bukit Tawau terletak banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979.

Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.

– Taman Bukit Tawau adalah pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak. Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).

– Asalnya Taman Bukit Tawau adalah Hutan Simpan Tawau yang bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Kalumpang di sebelah Utara yang menghubungkan kawasan hutan yang lebih luas iaitu Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Kalabakan. Setelah Taman Sabah diwujudkan, hutan tersebut tadi digazetkan menjadi Taman Bukit Tawau. Keadaan mukabumi di kawasan Taman adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1,312 meter dari paras laut.

Page 13: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

Keunikan Taman Bukit Tawau.– 1. Habitat Flora dan Fauna– 2. Ekopelancongan.– (i) Air Terjun Bukit Gelas– (ii) Kolam air panas sulfur– (iii) Pokok Tropika Tertinggi Dunia– (iv) Kebun Botani Bukit Tawau– 2. Tadahan Hujan

Page 14: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 15: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

#Tawau Syurga Seafood Yang Perlu Dikunjungi– Ikan di Tawau ini sangat fresh dan besar-besar.

– Seafood yang murah, fresh dan terbaik.

– Tradisi orang Tawau yang bermastautin di luar akan membawa balik ikan dan seafood fresh, ada yang bawak balik yang sudah siap di masak.

– Kalau orang luar yang datang pula biasanya mereka bawa balik udang yang fresh! Jangan risau penjual ikan di pasar tu memang ada sediakan kotak yang kedap udara untuk memudahkan pelanggan mengisi ikan atau produk laut dari pasar tersebut.

Page 16: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 17: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada
Page 18: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

KESIMPULAN:

– Sebagai kesimpulannya, kedua-dua bandar ini memiliki amalan terbaik bandar yang lebih menekankan kepada alam sekitar dan sebagai pusat pek=lancongan yang mampu menjana ekonomi di bandar-bandar tersebut.

– Hal yang demekian, dengan amalan ini menyebabkan sesebuah bandar itu dikenali oleh masyarakat luar.

– Sekian, Terima Kasih.

Page 19: Kemampanan Bandar - Amalan Terbaik Bandar Tawau, Sabah & Calgary, Canada

RUJUKAN

– http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20140227/rk_01/Kolam-Air-Panas-Tawau

– http://infotawau.blogspot.my/2012/06/taman-bukit-tawau_4517.html

– http://amerika.panduanwisata.id/amerika-utara/canada/calgary-zoo-kebun-binatang-terbaik-di-amerika-utara/

– http://nationalgeographic.co.id/berita/2015/06/12-fakta-menarik-tentang-calgary-kota-terbersih-di-dunia

– http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130730/ek_12/Matrade-saran-teroka-potensi-niaga-di-Calgary-Kanada

– http://www.sini.com.my/business/lgmtravelDetailview/1000005105