kemalangan

3
8/8/2019 Kemalangan http://slidepdf.com/reader/full/kemalangan 1/3 Tajuk : Kemalangan Banyak slogan yang telah disarankan oleh kerajaan untuk menyedarkan  pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu seperti “Jangan biarkan keluarga anda menunggu dalam tangisan” dan “Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat berlumba”. Namun, didapati tidak banyak pengguna jalan raya yang betul-  betul memahami seruan kerajaan tersebut. Kini, Malaysia telah disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang mencatat jumlah kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya. Ini merupakan satu keaiban bagi seluruh penduduk di Malaysia. Oleh itu, faktor- faktor kemalangan haruslah dikenalpasti supaya langkah-langkah yang wajar dapat diambil bagi menyedarkan pengguna mengenai perkara ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan banyak berpunca daripada  pengguna yang hilang kesusilaan ketika memandu.Komen yang sentiasa dapat kita dengar daripada pelancong ialah negara kita mempunyai masyarakat yang bersopan santun kecuali ketika memandu. Antara contoh yang jelas ialah gelagat penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di garisan berkembar, dan memotong dari sebelah kiri kenderaan. Perdana Menteri kita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin menyangka  bahawa mereka tidak akan menemui maut di jalan raya. Di samping itu, terdapat juga segelintir pemandu yang ingin mendapatkan keseronokan atau “thrill” ketika memandu laju. Pemandu-pemandu seperti ini akan tidak melepaskan peluang untuk memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan  bagi kawasan-kawasan tertentu. Malah, oleh sebab ingin memandu laju, mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang dianggap “biadab” di jalan raya iaitu tidak mematuhi arahan lampu isyarat seperti tidak memberhentikan kenderaan mereka ketika lampu isyarat berwarna merah. Perkara-perkara yang dilakukan ini bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain juga akan turut terancam. Kemalangan jalan raya telah dikenal pasti sebagai pembunuh utama di negara kita. Menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, sebanyak 20 hingga 30 orang pengguna jalan raya telah terkorban setiap hari. Angka ini akan bertambah ketika musim-musim perayaan ketika jalan raya dan lebuh raya dibanjiri dengan pelbagai jenis kenderaan. Menurut laporan tersebut juga, kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu atau penunggang motosikal yang  bersikap angkuh, cuai , dan terlalu ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing sehingga sanggup memandu secara kurang sopan. Sesungguhnya risiko yang diambil itu tidak setimpal dengan bencana yang diterima mereka.

Upload: shirley-ang

Post on 10-Apr-2018

334 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemalangan

8/8/2019 Kemalangan

http://slidepdf.com/reader/full/kemalangan 1/3

Tajuk : Kemalangan

Banyak slogan yang telah disarankan oleh kerajaan untuk menyedarkan

 pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu seperti “Jangan biarkan

keluarga anda menunggu dalam tangisan” dan “Jangan jadikan jalan raya sebagai

tempat berlumba”. Namun, didapati tidak banyak pengguna jalan raya yang betul- betul memahami seruan kerajaan tersebut. Kini, Malaysia telah disenaraikan sebagai

salah sebuah negara yang mencatat jumlah kematian tertinggi akibat kemalangan jalan

raya. Ini merupakan satu keaiban bagi seluruh penduduk di Malaysia. Oleh itu, faktor-

faktor kemalangan haruslah dikenalpasti supaya langkah-langkah yang wajar dapat

diambil bagi menyedarkan pengguna mengenai perkara ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan banyak berpunca daripada

 pengguna yang hilang kesusilaan ketika memandu.Komen yang sentiasa dapat kita

dengar daripada pelancong ialah negara kita mempunyai masyarakat yang bersopan

santun kecuali ketika memandu. Antara contoh yang jelas ialah gelagat penunggang

motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang

tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di garisan berkembar, dan

memotong dari sebelah kiri kenderaan. Perdana Menteri kita pernah mengeluarkan

kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin menyangka

 bahawa mereka tidak akan menemui maut di jalan raya.

Di samping itu, terdapat juga segelintir pemandu yang ingin mendapatkan

keseronokan atau “thrill” ketika memandu laju. Pemandu-pemandu seperti ini akantidak melepaskan peluang untuk memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan

 bagi kawasan-kawasan tertentu. Malah, oleh sebab ingin memandu laju, mereka

sanggup melakukan perkara-perkara yang dianggap “biadab” di jalan raya iaitu tidak 

mematuhi arahan lampu isyarat seperti tidak memberhentikan kenderaan mereka

ketika lampu isyarat berwarna merah. Perkara-perkara yang dilakukan ini bukan

sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang

lain juga akan turut terancam.

Kemalangan jalan raya telah dikenal pasti sebagai pembunuh utama di negarakita. Menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah

Persekutuan, sebanyak 20 hingga 30 orang pengguna jalan raya telah terkorban setiap

hari. Angka ini akan bertambah ketika musim-musim perayaan ketika jalan raya dan

lebuh raya dibanjiri dengan pelbagai jenis kenderaan. Menurut laporan tersebut juga,

kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu atau penunggang motosikal yang

 bersikap angkuh, cuai , dan terlalu ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing

sehingga sanggup memandu secara kurang sopan. Sesungguhnya risiko yang diambil

itu tidak setimpal dengan bencana yang diterima mereka.

Page 2: Kemalangan

8/8/2019 Kemalangan

http://slidepdf.com/reader/full/kemalangan 2/3

“Kemalangan Sifar” merupakan slogan yang baru dilancarkan oleh kerajaan kita baru-

 baru ini. Selogan tersebut merupakan satu lagi langkah kerajaan untuk menginsafkan

 pengguna jalan raya yang memandu di jalan raya secara tidak sopan. Walaupun agak 

sukar untuk mendapatkan kemalangan sifar namun kita berharap kempen yang

dijalankan itu akan dapat mengurangkan angka kematian yang amat membimbangkan

itu.

Sementara itu, Jabatan Polis Bukit Aman pula telah mengeluarkan satu

kenyataan bahawa kebanyakan pengguna jalan raya di negara kita lebih takut

menerima surat saman daripada takut akan maut di jalan raya. Oleh itu, dendaan

melalui saman yang dikeluarkan serta penggantungan lesen memandu merupakan

salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan jumlah pemandu yang hilang

kesusilaan di jalan raya.. Operasi seperti “ops pacak” yang dijalankan oleh pihak polis

ketika musim perayaan baru-baru ini sepatutnya dijalankan secara berterusan kerana

operasi tersebut didapati berjaya mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

Dalam perkembangan yang lain, kemalangan juga didapati banyak berlaku

akibat pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. Hal ini jelas kerana seseorang

yang dipengaruhi minuman keras tidak akan dapat membuat agakan yang tepat dan

sering hilang pertimbangan serta tidak pasti arah tuju kenderaan yang dipandunya

akibat pemandangan yang kabur. Dalam hal ini, sekatan jalan raya sepatutnya

diadakan secara berterusan terutamanya selepas jam 12 tengah malam. Hal ini

demikian kerana pemandu yang mabuk selalunya berada di jalan raya ketika itu

kerana baru keluar dari kelab malam atau pusat-pusat hiburan yang lain. Pemeriksaan

kandungan alkohol melalui pernafasan sepatutnya dijalankan dengan lebih berhati-

hati agar tidak ada sesiapa yang terlepas daripada peraturan jalan raya yang telah

ditetapkan.

Walaupun negara kita mempunyai undang-undang untuk mengawal pemandu

yang tidak bersopan, namun pada pendapat saya, kesedaran dalam diri pemandu itu

sendiri merupakan langkah yang paling berkesan untuk mengelakkan kemalangan.Dengan perkataan lain, pengguna jalan raya hendaklah mempunyai kesedaran sivik.

Mereka sepatutnya sedar sikap mereka yang tidak bersopan ketika di jalan raya itu

akan menyebabkan keluarga mereka menanggung sensara. Bayangkanlah seorang

anak yang kehilangan ibu bapa, isteri yang kehilangan suami, atau penderitaan akibat

kecacatan yang kekal sepanjang hayat; semua itu tidak setimpal dengan keseronokan

yang bersifat sementara akibat menurut hawa nafsu.

Sebagai warga negara pula, kita tidak mahu mencemarkan nama negara kita

sebagai negara yang mempunyai pengguna jalan raya tidak bersopan yang terbanyak.Kita juga tidak mahu nama Malaysia dicatat sebagai negara yang mempunyai

Page 3: Kemalangan

8/8/2019 Kemalangan

http://slidepdf.com/reader/full/kemalangan 3/3

kematian terbanyak akibat kemalangan jalan raya. Oleh itu langkah-langkah yang

wajar seperti yang telah dibincangkan hendaklah dilaksanakan segera. Sementara itu

 pemandu yang hilang kesusilaan hendaklah segera sedar dan cuba membaiki

kelemahan mereka kerana saya yakin kita tidak mahu keluarga kita menunggu

kepulangan kita dengan tangisan. Sedarlah demi keluarga anda yang tercinta!