kemahiran penyelesaian masalah

7
SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH) DISEDIAKAN OLEH: AHMAD SAHIR BIN MUSTAFA KAMAL D20081032207 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Upload: atiqah-aizan

Post on 24-May-2015

2.243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran penyelesaian masalah

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

(KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH)

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD SAHIR BIN MUSTAFA KAMAL

D20081032207

PENSYARAH:

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Page 2: Kemahiran penyelesaian masalah

TAJUK : MASALAH BAHASA YANG MENYEBABKAN JURANG PENCAPAIAN

PELAJAR DALAM MATEMATIK

1. Apakah masalah tersebut?

Masalah yang berlaku adalah bahasa yang diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

matematik di sekolah menggunakan bahasa inggeris menyebabkan terdapat jurang

pencapaian antara pelajar yang menguasai bahasa inggeris dan pelajar yang lemah dalam

bahasa inggeris. Dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) ini

dilaksanakan di sekolah pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga 6

rendah dimana dasar ini dilaksanakan untuk pelajar lebih menguasai bahasa inggeris kerana

bahasa inggeris merupakan satu bahasa pengantaraan yang penting yang digunakan di

seluruh Negara.

Menurut Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar

menggunakan bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang

berkaitan dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan

menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah

penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat.

Perubahan kurikulum Matematik dibuat selaras dengan perkembangan negara. Sekiranya

bidang pendidikan tidak selari dengan kemajuan Sains dan teknologi, maka adalah mustahil

untuk sesebuah negara itu berkembang ke arah lebih maju berikutan daripada kurangnya

tenaga mahir di dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan. Ketika mencadangkan dasar

ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia semakin ketinggalan dalam arus

globalisasi dan diharapkan agar dasar ini memberikan kelebihan kompetitif kepada negara

sebagai mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke hadapan

kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.

Page 3: Kemahiran penyelesaian masalah

2. Mengapa wujudnya masalah itu?

Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar ai

Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor

bahasa penghantar, pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan Bahasa

Inggeris pelajar, persekitaran pengajaran dan pembelajaran, tanggapan pelajar terhadap

Bahasa Inggeris.

Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi pelajaran

serta mencapai objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan, jika pelajar tidak memahami

segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana

penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada

pelajar tersebut.

Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris

Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam

akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat

(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan

peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar

untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Apabila guru

mengunakan bahasa inggeris pelajar akan kuaran berkomunikasi dengan guru kerana mereka

tidak faham apa yang diterangkan oleh guru dan menyebabkan pelajar semakin kurang

berminat untuk belajar matematik.

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar

Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta

mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984), mendapati bahawa dengan

Page 4: Kemahiran penyelesaian masalah

kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari.

Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan

bahasa yang dipelajari.

Masalah-masalah yang di hadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan

pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan

ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi

dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memperbaiki bahasa Inggeris

dan seterusnya menghadapi masalah pembelajaran Matematik.

Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran

Kajian Bell (1988) mendapati faktor yang menjurus kepada kelemahan pembelajaran

Matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga dan juga persekitaran.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Gilliland (1996), persekitaran yang bising akan

mengganggu proses pengajaran. Di samping itu, akan menyebabkan kurangnya perhatian

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tekanan emosi,

mengganggu pandangan dan melemahkan daya berfikir pelajar. Ini menimbulkan masalah

pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Tanggapan Pelajar Terhadap Bahasa Inggeris.

Tanggapan pelajar terhadap pengajaran Matematik dalam bahsa inggeris juga merukan faktor

pelajar tidak dapat mempelajari Matematik dalam bahasa inggeris. Mereka menganggap

Bahasa inggeris itu sendiri sukar untuk dipelajari dan lebih sukar untuk mereka untuk

mempelajari bahasa tersebut dalam subjek matematik. Kebanyakan pelajar juga tidak suka

belajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan kajian oleh Aziz (2005),

majoriti pelajar tidak bersetuju belajar Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya bersetuju

sekiranya menggunakan bahasa Melayu.

Page 5: Kemahiran penyelesaian masalah

MASALAH : MASALAH BAHASA YANG MENYEBABKAN JURANG PENCAPAIAN

PELAJAR DALAM MATEMATIK

Langkah 1 : Memantapkan Bahasa Inggeris Dengan Menambahkan Waktu

Pengajaran Bahasa Inggeris Si Sekolah Sebelum Pengajaran Matematik

Dalam Bahasa Tersebut.

KELEBIHAN

Proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) Sains dan

Matematik lebih mudah diajar

kepada pelajar.

Pelajar lebih berminat untuk

belajar.

Pelajar lebih mudah untuk

memahami apa yang diterangkan

oleh guru.

KELEMAHAN

Masa yang diperuntukan

pengajaran bahasa inggeris perlu

dipertingkatkan dan membebankan

guru bahasa inggeris.

Proses ini sukar untuk

dilaksanakan kerana bahasa

inggeris sukar dipelajari jika tiada

minat yang mendalam.

Page 6: Kemahiran penyelesaian masalah

Langkah 2 : Mempertingkatkan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Kehidupan Seharian

KELEBIHAN

Dapat mempertingkatkan

kemahiran bahasa inggeris

dalam kalangan pelajar

Guru dan pelajar dapat

mempraktikkan bahasa

Inggeris dalam kehidupan

seharian

Dapat mempertingkan

kemahiran pelajar dalam

bahasa inggeris.

KELEMAHAN

Bukan semua pelajar

berminat untuk bercakap

dalam bahasa inggeris.

Bukan semua ibu bapa

pandai bahasa inggeris

Page 7: Kemahiran penyelesaian masalah

Langkah 1 :

Memantapkan Bahasa

Inggeris Dengan

Menambahkan Waktu

Pengajaran Bahasa

Inggeris Si Sekolah

Sebelum Pengajaran

Matematik Dalam Bahasa

Tersebut.

Langkah 2 :

Mempertingkatkan

Penggunaan Bahasa Inggeris

Dalam Kehidupan Seharian.

PENYELESAIAN

TERBAIK

Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah

dengan mempertingkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam

kehidupan seharian.

Apabila pelajar sentiasa menggunakan bahasa inggeris dalam

kehidupan seharian mereka, secara tidak lansung penguasaan bahasa

inggeris mereka adalah semakin baik.

Pelajar akan lebih berminat belajar matematik dalam bahasa

inggeris kerana mereka memahami bahasa yang digunakan oleh

guru.

Dengan mempraktikan penggunaan bahasa inggeris dalam

kehidupan seharian, penguasaan bahasa inggeris dapat dimantapkan

lagi sebelum pengajaran