3-4 / 2012 • percuma issn 0217 - 1380 - · pdf filebahagian penerbitan dasar negara ......

16
3-4 / 2012 PERCUMA ISSN 0217 - 1380

Upload: ngotuyen

Post on 04-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380

Page 2: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

sidangpengarang

Pedoman Rakyat 2

kandungan

Setiausaha Akhbar Kepada Ketua Menteri Sarawak

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak

Ketua Penolong PengarahBahagian Penerbitan Dasar Negara

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Bahagian Penerbitan & Cawangan Foto

Jabatan Penerangan Malaysia SarawakDengan Kerjasama Pejabat Ketua Menteri

Penasihat

KetuaPenyunting

Penyunting

Penulis

RekabentukGrafik

Gambar Foto

Terbitan

79

11

14

5Editorial: 3

Ucapan pEmimpin

Hormati Kedaulatan Undang-Undang 4

Golongan Berkemampuan Berperanan dalam pembangunan masyarakat 5

BErita ScorE

Kompleks memproses mangan di Samalaju 6

Samalaju Bakal pacu pembangunan negeri Sarawak 6

pelabur china intai peluang pelaburan di ScorE 7

Semua Boleh terlibat dalam ScorE 7

ScorE terima pelaburan Sebanyak rm24.63 Bilion 8

inovasi pemangkin Untuk ScorE 8

tan Sri rafidah aziz penasihat ScorE 9

Belia perlu miliki nilai Kebolehpasaran Yang tinggi 9

masa depan Sarawak Bergantung Kepada Generasi muda 10

tErKini

Semangat perpaduan rahsia Kejayaan Sarawak 11

taHUKaH anda?

transformasi lebuh india 12 - 13

pesta Babulang 14 -15

Felcra Bakal majukan perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 16

Page 3: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

EDITORIAL

Bayangkan kehidupan tanpa arah tujuan. Tanpa impian dan

kejayaan yang ingin dirangkul. Tanpa impian, keinginan dan

arah tujuan yang betul kita akan terumbang-ambing untuk

meneruskan kehidupan yang sempurna.

Demikian lah juga keadaannya bila kerajaan tidak mempunyai

agenda pembangunan terutamanya untuk golongan pelapis

negara iaitu generasi muda yang merupakan penerus agenda

pembangunan sesebuah negara.

Sarawak seperti yang kita sedia maklum adalah dalam rangka

menyediakan golongan generasi muda untuk berdepan

dengan koridor pembangunan SCORE yang akan mewujudkan

1 juta peluang pekerjaan dalam tempoh masa 20 tahun.

Peluang pekerjaan yang kebanyakannya berkolar biru amat

diperlukan untuk SCORE dan bidang teknikal ini mampu

memberi gaji yang tinggi kepada anak tempatan Sarawak

yang memperlengkapkan diri dengan kemahiran yang

diperlukan oleh industri di kawasan seperti Samalaju, Hab

Halal di Tanjung Manis, Tunoh, Baram dan Mukah.

Memperlengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan

oleh SCORE bererti generasi muda anak tempatan Sarawak

sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak

dan membawa Sarawak sebagai sebuah negeri terkaya

menjelang 2030.

Anak Sarawak Penerus AgendaPembangunan SCORE

Kerajaan dalam usaha untuk mensiapsiagakan anak muda

tempatan dengan SCORE, telah memperkenalkan pusat

latihan dan institusi yang menawarkan latihan berteras

teknikal seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak

(PPKS), Pusat Latihan Pembangunan Belia Kuching, Pusat

Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Bintulu, Kolej Laila Taib

dan sebagainya.

Dan sekarang kerajaan Sarawak turut memperkenalkan TEGAS

iaitu Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak

sebagai usaha untuk memajukan sosio ekonomi dalam

kalangan bumiputera dalam bidang pendidikan khususnya

pendidikan dan vokasional.

Transformasi modal insan terutamanya dalam bidang

pendidikan teknikal seharusnya menjadi visi utama generasi

muda dalam menyahut cabaran kerajaan untuk melahirkan

generasi bumiputera yang mahir dalam bidang teknikal yang

diceburi sejajar dengan keperluan SCORE.

Oleh itu, anak Sarawak seharusnya dari sekarang tahu apakah

langkah yang perlu di ambil bagi menjadi sebahagian daripada

pelapis yang akan turut serta dalam proses pembangunan

negeri Sarawak.

Page 4: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

UCAPAN PEMIMPIN

Hormati Kedaulatan Undang-Undang :Yang di-Pertua NegeriPerpaduan yang sedia wujud dalam kalangan rakyat pelbagai suku kaum di negeri ini hendaklah sentiasa dipupuk serta dipelihara kerana ia merupakan asas kepada keamanan, kedamaian dan kemajuan yang dinikmati rakyat selama ini. Justeru, rakyat di negeri ini diseru supaya tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang. Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Haji Abang Muhammad Salahuddin berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17 di Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, Kuching pada 14 Mei yang lalu. Tun Salahuddin mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang usaha yang boleh menggugat keharmonian di negeri ini. Beliau menasihati rakyat supaya berfikir secara matang dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang berselindung di sebalik amalan demokrasi dan kebebasan bersuara. Rakyat harus maklum bahawa penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sedemikian akan menjejaskan keselamatan awam, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi serta menjejaskan imej negara. Dalam ucapan perasmian itu juga, Tun Salahuddin berkata, sejak kemerdekaan, Negeri Sarawak telah mencapai kejayaan dari segi pembangunan sosio-ekonomi dan taraf hidup rakyat juga semakin meningkat. Walau bagaimanapun, pembangunan ekonomi hendaklah seimbang dengan pembangunan sosial untuk kesejahteraan hidup berkualiti. Menurut beliau, dalam mengejar kemajuan pesat, isu-isu sosial seperti jenayah, jangkitan penyakit berjangkit, amalan hidup songsang dan tekanan hidup harus dikawal dan dipantau. “Masalah ini mestilah ditangani dengan bijaksana kerana kesannya merencatkan pertumbuhan ekonomi, meruntuhkan nilai moral dan menggugat keselamatan negeri. “Pihak berwajib perlulah menjalankan tugas dengan

dedikasi dan komited menangani masalah tersebut melalui pendekatan praktikal serta berkesan,” kata beliau. Justeru, beliau menyeru agar kepimpinan di semua peringkat termasuk di peringkat akar umbi supaya memainkan peranan lebih aktif agar lebih ramai rakyat terlibat dalam proses pembangunan sosial. Menyentuh mengenai pembangunan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu Negeri Sarawak (SCORE), Tun Salahuddin berkata, ia berada di landasan yang betul untuk memacu Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sehingga kini, kemajuan SCORE amat membanggakan kerana telah berjaya menarik para pelabur dalam dan luar negara. “Oleh itu, rakyat perlu memperlengkapkan diri bagi merebut peluang yang diwujudkan oleh industri baharu ini serta kesan limpahannya. Dalam hal ini rakyat negeri ini hendaklah terus memberi kerjasama kepada kerajaan bagi menjayakan Pelan Pembangunan SCORE untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup,” seru beliau. Dalam pada itu, beliau turut berkata, hubungan akrab yang sedia terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang telah menyumbangkan kepada kemajuan dan kemakmuran di negeri ini. “Hubungan baik ini perlulah dikekalkan untuk memastikan kesinambungan pembangunan terutama sekali dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program dan projek sosio-ekonomi di negeri ini,” kata beliau. Menurut beliau lagi, kejayaan dalam pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah hasil kerjasama yang rapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kedua-dua program transformasi dan Pelan Pembangunan SCORE amatlah penting untuk pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak terus berkembang ke arah mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi.

Tun Salahuddin merakam gambar bersama kabinet negeri dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas upacaraPembukaan Persidangan.

Page 5: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

UCAPAN PEMIMPIN

Golongan Berkemampuan Berperanan Dalam Pembangunan Masyarakat

Membantu dan membela nasib golongan yang kurang bernasib baik seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda dalam usaha untuk membangunkan masyarakat di negeri dan negara ini. Justeru, golongan yang berkemampuan memainkan peranan dengan memberi sumbangan kepada usaha untuk mempertingkatkan taraf kehidupan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik. Ini merupakan suatu sikap baik yang akan mengekalkan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam masyarakat pada masa hadapan. “Saya berasa sungguh terharu dengan keprihatinan golongan yang telah berjaya di negeri ini yang tidak lupa untuk menyumbang dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik,” kata Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika berucap di Majlis Malam Amal Bersama Ketua Menteri Sarawak Untuk Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM), Bintulu pada 20 April yang lalu. Menurut beliau, inilah yang dimaksudkan dengan masyarakat prihatin dan konsep ‘Malaysia Penyayang’ yang telah diamalkan oleh masyarakat di negeri ini yang bersedia menghulurkan sumbangan bagi membela nasib golongan yang kurang bernasib baik. Beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bertanggungjawab untuk mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks PERYATIM Bintulu yang bakal siap dalam tempoh masa dua tahun akan datang. Jelas beliau, berdasarkan pengalaman penubuhan Kompleks PERYATIM iaitu Kompleks Kebajikan Laila Taib di Kuching, usaha ini bukan hanya untuk menyediakan makan minum dan kemudahan tempat tinggal tetapi bagi memberi didikan kepada

anak-anak yatim supaya mereka dapat menempuhi kehidupan dengan penuh keyakinan serta membesar seperti anak-anak lain. Sejak penubuhan pada 1993, Kompleks Kebajikan Laila Taib, telah melahirkan lebih 40 orang graduan dan salah seorang daripadanya menjawat jawatan jurutera di kawasan pembangunan Koridor Yang Boleh Diperbaharu Negeri Sarawak (SCORE). “Ini pencapaian amat membanggakan dan mereka dapat mencapai kejayaan tersebut sebab sikap prihatin masyarakat yang sedia menyumbang,” kata Pehin Sri Taib. Selain itu, beliau menyatakan bahawa unsur kasih sayang juga amat penting bagi membina keyakinan anak-anak yatim. “Kita mungkin tidak mampu memberi apa yang diberikan oleh ibu bapa mereka tetapi sekurang-kurangnya kita boleh meluangkan masa bersama mereka agar mereka membesar dan merasai saat manis

yang dilalui anak-anak lain,” ujar beliau. “Ini boleh dilakukan oleh sesiapa, apa yang perlu ialah komitmen masyarakat meluangkan masa untuk bersama anak-anak ini seperti membawa mereka pergi berkelah dan tempat-tempat menarik atau meraikan perayaan bersama mereka agar mereka dapat merasai suasana dan persekitaran seperti anak-anak lain,” tambah beliau. Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur, Datuk Haji Daud Abdul Rahman memaklumkan bahawa Kompleks PERYATIM, Bintulu merupakan yang keempat seupamanya selain Kompleks Kebajikan Laila Taib di Kuching, Kompleks Kebajikan Hamidah di Miri dan Kompleks Anak-anak Yatim, Sibu. Kompleks ini yang menelan belanja kos pembinaan RM10.5 juta dan dijangka siap penghujung tahun 2013. Apabila siap kelak, kompleks tersebut mampu menempatkan seramai 200 orang penghuni daripada pelbagai kaum dan agama. Di majlis tersebut, beliau menyatakan bahawa sejumlah RM 12,412, 989 telah diterima daripada para penderma, antara penyumbang terbesar ialah Bintulu Development Authority, MLNG Malaysia, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Bintulu Port Authority dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu. Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Muda Pelancongan yang juga pengerusi SEDC, Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Majlis Daerah Luar Bandar), Encik John Sikie Tayai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha, Yang di-Pertua Majlis Islam, Datu Putit Matzen, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat.

Pengarah Urusan Forego Sdn. Bhd. Datuk Toh Chiew Hock (kedua dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan RM1.1 juta untuk Kompleks Kebajikan Anak-anak Yatim Bintulu kepada Pehin Sri Taib sambil disaksikan oleh Datuk Haji Daud (kiri) dan Pengerusi Forego Sdn. Bhd. Datu Mohidin Ishak (kanan).

Page 6: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

Kompleks Memproses ManganDi Samalaju

BERITA SCORE

Sebuah kompleks yang memproses bijih mangan (unsur

logam) akan dibina di Samalaju dan bakal siap pada tahun

2014. Apabila kompleks ini siap nanti ia akan memproses

mangan untuk menghasilkan produk ferroalloy.

Menurut Hirotaka, Pengerusi AML & Pertama

Ferroalloys Sdn Bhd, mangan penting untuk penghasilan

keluli yang digunakan untuk pembinaan infrastruktur

termasuk bangunan, jambatan, kenderaan dan peralatan

rumah. Mangan juga boleh digunakan untuk membuat bateri,

makanan haiwan, digunakan untuk penanaman padi serta

penting untuk kehidupan kita.

“Walau pun projek ini bukan pelaburan yang besar

untuk SCORE atau pun Samalaju, tapi kami akan pastikan

bahawa projek ini merupakan salah satu yang terbaik di

Sarawak dari segi penglibatan dengan kerajaan negeri, rakyat,

alam sekitar and bisnes komuniti.”

Apabila operasi pengeluaran bermula dua tahun dari

sekarang, projek kami akan mewujudkan banyak peluang

pekerjaan untuk rakyat tempatan, menjana eksport dan

semestinya akan menyumbang kepada pendapatan dalam

negara kasar untuk kerajaan negeri.

Samalaju Bakal Pacu Pembangunan Negeri SarawakTaman Perindustrian Samalaju bakal mencetuskan

pembangunan yang besar dan membawa manfaat kepada

generasi muda untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Peluang pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan

untuk industri yang terlibat akan meningkat. Pehin Sri Haji

Abdul Taib Mahmud yang merasmikan majlis pecah tanah loji

melebur mangan (unsur logam) dan silika Pertama Ferroalloys

memberitahu ini merupakan satu lagi inisiatif yang bakal

melakar sejarah dan membawa banyak faedah dan hasil

sampingan nanti.

“Ia mungkin nampak sedikit kecil jika dibandingkan

dengan industri aluminium namun ia sama-sama penting

kerana ia merupakan asas kepada industri di sini.”

Menurut Pehin Sri lagi sebuah bandar baru akan

diwujudkan di Samalaju dan sebuah konsortium telah dikenal

pasti untuk membangunkan kawasan perumahan yang

pertama dan pusat perkhidmatan tidak kurang 4km daripada

loji peleburan mangan dan silika Pertama Ferroalloys dan ini

akan memudahkan penduduk sekitar.

Pehin Sri Taib turut lega di atas kesudian pihak Jepun

yang membenarkan industri mereka berpangkalan di luar

Jepun untuk memastikan penggunaan sumber yang terhad

dapat dilaksanakan secara bijaksana dan pada masa yang

sama Sarawak sebagai tuan rumah kepada pelabur Jepun

boleh belajar daripada negara tersebut.

Page 7: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

BERITA SCORE

Pelabur China Intai Peluang Pelaburan Di SCOREUmum kita ketahui, Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu

(SCORE) adalah pemangkin ekonomi Sarawak untuk menjadi

sebuah negeri yang terkaya di Malaysia menjelang 2030.

Impian ini kian direalisasikan di mana setakat ini

ramai pelabur sama ada sudah memulakan operasi atau baru

mengintai pelaburan yang terdapat di koridor pembangunan

SCORE.

Selain daripada pelabur yang sedia ada, terdapat

pelabur dari China menunjukkan minat untuk melabur di

koridor pembangunan SCORE. Hasrat itu disampaikan semasa

mesyuarat delegasi negara China tersebut bersama YB Datuk

Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Menurut Jabu, China Dalian International Economic

& Technical Corporation Group. Co. Ltd sedang mengintai

peluang dalam industri berkaitan minyak dan gas.

Rombongan delegasi dari China ini akan

menghabiskan masa selama dua hari di Bintulu untuk

mendengar taklimat daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu

serta melawat kawasan perindustrian Samalaju.

Lawatan daripada China ini adalah susulan daripada

dialog yang diadakan antara YAB Pehin Sri Haji Abdul

Taib Mahmud dan Timbalan Menteri Perdagangan China.

Kehadiran delegasi daripada China ini adalah untuk mencari

Menteri Muda di

Pejabat ketua Menteri

( P e m b a n g u n a n

Usahawan bumiputera)

Datuk Mohd Naroden

Majais menyangkal

dakwaan bahawa

tidak terdapat saluran

yang betul untuk ahli

perniagaan merebut

peluang dalam SCORE.

“Sesiapa sahaja

boleh terlibat dalam

SCORE sekiranya mereka tahu untuk pergi ke Jabatan atau

kemungkinan pelaburan dalam industri minyak dan gas

dan pada masa yang sama China Dalian turut terfikir untuk

membina hotel dan pusat membeli belah di kawasan SCORE

untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada mereka

yang bekerja di kawasan tersebut.

Semua Boleh Terlibat Dalam SCORE - Narodenagensi dan industri yang terlibat.”

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh

direbut dalam SCORE seperti projek kerajaan negeri untuk

membina jalan baru dan menyediakan keperluan industri

seperti pengurusan penyelenggaraan mesin-mesin,

membekal alat ganti, perkhidmatan mengecat, keselamatan,

pengangkutan dan sebagainya.

Semua boleh mengambil bahagian dalam SCORE

dengan syarat perlu berurusan dengan agensi yang betul

seperti RECODA dan mendapatkan maklumat yang betul

daripada Unit Perancang Negeri. Selain itu, rebut peluang

untuk mendekati industri yang terlibat untuk mengetahui

apa kesan limpahan yang boleh diwujudkan daripada industri

yang terlibat.

Datuk Mohd Naroden Majais

Page 8: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

SCORE Terima Pelaburan Sebanyak RM24.63 Bilion

BERITA SCORE

Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (SCORE) setakat ini telah menerima pelaburan berjumlah RM24.63 bilion daripada 17 buah projek. SCORE yang terdiri daripada tiga kawasan pertumbuhan utama iaitu taman perindustrian Samalaju, bandar bestari Mukah dan hub halal Tanjung Manis yang dijangka bakal mewujudkan lebih daripada 14,000 peluang pekerjaan. Manakala tambahan kepada 17 buah projek tersebut, taman perindustrian Samalaju bakal menarik pelaburan berjumlah RM13 bilion daripada 16 buah syarikat luar negara di mana rundingan masih lagi dijalankan buat masa ini. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada kewujudan lebih 11,000 peluang pekerjaan. Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu buat masa ini dua syarikat sedang aktif membina kilang mereka iaitu Tokuyama Malaysia Sdn Bhd yang sudah siap 64% dan Press Metal Berhad yang siap setakat 85% manakala OM Holdings dan Asia Minerals Ltd sedang membuat pembersihan kawasan. Selain daripada itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan 133 hektar untuk industri kecil dan sederhana dalam usaha untuk menyediakan aktiviti sampingan kepada syarikat pelabur utama. Menurut Awang Tengah lagi impak positif yang diperolehi daripada para pelabur akan membawa manfaat kepada para penduduk berdekatan seperti kewujudan pekerjaan kepada para penduduk kampung, peluang perniagaan dalam industri makanan, pengangkutan, perkhidmatan dobi, membekal bahan binaan dan mesin, katering dan perkhidmatan pengangkutan. Menurut Awang Tengah lagi, dari aspek pemindahan teknologi kepada penduduk tempatan pula, perkongsian pintar dengan kolej dan universiti tempatan sedang giat dijalankan.

Untuk mencapai status sebuah negeri yang

berpendapatan tinggi menjelang 2020, budaya inovasi

perlu diserapkan di kalangan rakyat Sarawak terutamanya

di kalangan generasi muda.

Ini kerana inovasi dilihat sebagai pemangkin

yang akan memacu industri dan pembangunan Koridor

Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (SCORE) dalam usaha

untuk mencapai status negeri yang berpendapatan

tinggi.

Jadi SCORE amat memerlukan pemikir

yang berinovasi kerana kerajaan negeri meletakkan

kepentingan kepada industri teknikal selain daripada

industri pertanian demikian ujar Menteri Perumahan

Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg

ketika mewakili Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk

pelancaran Agensi Inovasi Malaysia.

Menurut Abang Jo lagi, kehendak teknikal yang

tinggi untuk SCORE menuntut pereka cipta untuk tampil

dengan sesuatu yang baru dan ini membawa kepada

penyelidikan dan idea baru untuk pemprosesan sumber.

Inovasi Pemangkin Untuk SCORE - Abg. Jo

Page 9: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat �

BERITA SCORE

Tan Sri Rafidah Aziz Penasihat SCORETan Sri Rafidah Aziz (bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa) telah dilantik sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA). Beliau dimaklumkan sendiri oleh

YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika membuat kunjungan hormat ke atas beliau di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 22 Mei yang lepas.

Belia Perlu Miliki Nilai Kebolehpasaran Yang TinggiUmum kita semua tahu, Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (SCORE) bakal memanfaatkan golongan belia terutamanya anak jati Sarawak sendiri. Namun adakah golongan belia anak jati Sarawak sudah bersedia untuk menyahut cabaran

kerajaan dalam memperlengkapkan diri untuk menjadi belia yang memenuhi pasaran SCORE. Menteri Muda Promosi dan Pendidikan Teknikal Datu Len Talif Salleh berkata golongan belia berkualiti tinggi diperlukan untuk menampung keperluan sasaran pekerja mahir. Menurut beliau ketika ini terdapat 591,584 atau 60.8 peratus tenaga buruh dalam golongan belia daripada keseluruhan 973,000. Jumlah ini akan lebih bermakna sekiranya mereka berkualiti dari aspek sihat tubuh badan, fikiran dan rohaniah. Belia yang cergas juga hendaklah mempunyai kebolehpasaran dalam pasaran kerja semasa. Untuk itu, golongan muda perlu bijak memilih bidang pendidikan yang sesuai khususnya teknikal dan latihan vokasional untuk memastikan mereka memiliki nilai kebolehpasaran yang tinggi terutamanya dalam pasaran SCORE.

Datu Len Talif Salleh

Golongan belia peneraju pembangunan di masa depan

Page 10: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 10

Masa Depan Sarawak Bergantung Kepada Generasi Muda

BERITA SCORE

Transformasi tenaga kerja kepada bidang teknikal untuk meraih pendapatan yang tinggi adalah perlu. Ini kerana Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (SCORE) bakal mewujudkan 250,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri berat menjelang 2030. Peluang pekerjaan ini bakal mengubah nasib generasi muda terutamanya di luar bandar untuk meraih pendapatan yang lumayan sekiranya mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh industri yang terlibat dalam SCORE. Masa depan kerajaan negeri untuk tempoh 20 tahun akan datang bergantung sepenuhnya kepada generasi muda yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh

Generasi muda perlu disemai untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran teknikal dari usia muda lagi

industri SCORE. SCORE juga bakal membawa masuk pelbagai industri besar di mana buat masa ini pelaburan di

Samalaju telah mencecah RM30 bilion. “Buat masa ini, kita bekerja menggunakan peralatan

mesin dalam pelbagai jenis kerja yang kita lakukan hasil daripada pembangunan yang kita kecapi. Kini, kita

mampu melaksanakan pelbagai jenis kerja untuk tempoh masa yang sama dan ini membawa kepada

permintaan yang tinggi terutamanya dalam aspek pendapatan dan ini menunjukkan bahawa kita mempunyai tahap perindustrian yang tinggi. Jadi, keperluan untuk mentransformasikan tenaga kerja di bidang teknikal adalah langkah

bijak yang harus dikuasai oleh generasi muda anak jati Sarawak agar SCORE

dapat dipacu sepenuhnya oleh anak tempatan.

Pemandangan udara Empangan Hidro Elektrik Bakun yang menjadi sumber tenaga utama SCORE.

Page 11: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 11

Semangat Perpaduan Rahsia Kejayaan Sarawak

Penari cilik turut menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Abd. Razak di Rumah George Chunggut, Pakan.

Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama Perdana Menteri Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak serta Yang Berhormat Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom

TERKINI

Penduduk rumah panjang George Chunggut, Nanga Nansang di Pakan, Sarikei tidak akan melupakan pengalaman manis menyambut perayaan Gawai tahun ini. Ini kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah meluangkan masa untuk bersama-sama masyarakat Iban di rumah panjang berkenaan untuk menyambut Gawai. Rumah Chunggut juga merupakan rumah panjang Tan Sri Dato Sri William Mawan anak Ikom, Menteri Pembangunan Sosial. Perdana Menteri Datuk Patinggi Najib menyifatkan kejayaan negeri Sarawak adalah hasil daripada perpaduan yang utuh di kalangan rakyatnya yang pelbagai etnik dan suku kaum. Untuk itu, menurut beliau kerajaan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri ini dengan pelbagai pendekatan selaras dengan aspirasi untuk kemajuan pembangunan negara. Kawasan luar bandar juga tidak akan dipinggirkan begitu sahaja bahkan turut dilimpahi pelbagai kemudahan seperti pembangunan industri pertanian, perladangan serta penternakan. TidakdinafikanSarawaktelahmembangunsejakdahulu lagi namun kerajaan tetap mahu pembangunan tersebut senantiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi keselesaan rakyat di negeri ini. Semua usaha ini dilakukan oleh kerajaan agar masyarakat di luar bandar juga mendapat manfaat kemajuan sosioekonomi yang dilihat boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan serta kualiti hidup mereka. Kerajaan berharap akan mendapat mandat daripada rakyat untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang sedia ada di samping merancang lebih banyak pembangunan yang bakal dinikmati rakyat pada masa akan datang. Justeru itu lah kejayaan ini turut mendapat pengiktirafan dari dua senator dari Amerika Syarikat iaitu Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman yang begitu kagum dengan semangat perpaduan yang diamalkan penduduk di Sarawak.

Page 12: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 12

Transformasi Lebuh IndiaTAHUKAH ANDA ?

Lebuh India atau lebih dikenali sebagai India Street merupakan satu lokasi membeli-belah yang menjadi satu kemestian untuk dikunjungi orang ramai termasuk pelancong asing apabila berada di bandar raya Kuching. Kedai-kedai di sepanjang Lebuh India menjual pelbagai barangan seperti rempah ratus, tekstil, barangan dapur, peralatan rumah hinggalah ke barangan kemas daripada emas.

Peniaga-peniaga di sini majoritinya berketurunan India dan Cina. Peniaga India menjual kain, buku dan rempah ratus manakala rakan-rakan cina mereka menjual barangan kemas dan pelbagai peralatan dapur.

Uniknya di Lebuh India terdapat satu lorong kecil antara nombor kedai 37 dan 39 yang menuju ke sebuah masjid India-Muslim yang tertua di Sarawak. Masjid India ini dibina pada tahun 1850.

Lebuh ini yang meraikan ulang tahun ke-165nya pada bulan April lepas merupakan lebuh yang paling lama di bandar raya Kuching namun masih mempunyai daya tarikan dan mampu bersaing dengan pusat-pusat membeli yang baru. Ia telah ditutup sebagai lalu lintas kenderaan pada 1992 dan dijadikan sebuah pusat membeli belah atau pedestrian mall sepenuhnya.

Pada majlis ulang tahun tersebut, Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib mengumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan RM1 juta untuk membina bumbung bagi meliputi kawasan lebuh ini. Beliau percaya dengan adanya bumbung nanti para pengunjung akan merasa lebih selesa dan sekali

gus akan mempertingkatkan daya tarikannya. Langkah ini, tambah Pehin Sri Taib, akan mempertingkatkan perniagaan di kawasan ini yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada para peniaga di sana. Pehin Sri Taib berkata projek ini akan diserahkan kepada Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) untuk dilaksanakan tahun depan.

Encik Jamal Mohammad, peniaga di Lebuh India

Page 13: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 1�

Pengumuman Ketua Menteri mendapat sambutan baik dan sokongan para peniaga di sini, kata peniaga Jamal Mohamad.

“Saya sangat bersetuju dan menyokong 100 peratus usaha kerajaan mahu membangunkan kawasan beli-belah ini,” kata Jamal. “Saya berharap dengan terbinanya bumbung ini nanti, para pengunjung akan merasa lebih selesa untuk membeli-belah,” tambah beliau.

Beliau juga memuji kerajaan selalu melakukan penambahbaikan seperti membersihkan kawasan serta sentiasa menjaga keselamatan di kawasan tersebut. Seorang lagi peniaga iaitu Hidayatul Abid Basid, penjual kain yang tidak asing lagi di India Street percaya perubahan itu nanti akan memberi wajah baru kepada India Street selain menghindarkan para

pengunjung serta peniaga di situ daripada panas dan hujan.

“Walau bagaimanapun, saya berharap pada masa akan datang pihak berkuasa akan memperbanyakkan lagi kawasan pakir kenderaan bagi memudahkan pengunjung meletak kenderaan mereka . Ini kerana pengunjung India Street

paling ramai pada hari hujung minggu terutamanya pada musim perayaan,” jelas beliau.

Pehin Sri Taib berkata kawasan bandar raya Kuching yang lama tidak sepatutnya dibiarkan hilang ditelan zaman akibat keghairahan generasi muda dan pelancong untuk menumpukan perhatian ke tempat-tempat lain yang moden. Pembinaan Plaza Merdeka berdekatan yang mungkin telah mendapat tentangan sebelum ini daripada sesetengah pihak antara lain sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan kegemilangan Lebuh India, jelas beliau.

Encik Hidayatul Abid Basid, peniaga di Lebuh India

Page 14: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 1�

Pesta BabulangINFO MENARIK

Pesta Babulang merupakan satu perayaan tradisi kaum Bisaya. Pesta ini bertujuan menerapkan penghayatan kebudayaan dan permainan tradisional terutamanya untuk generasi muda selain memperkenalkan sukan lumba kerbau agar kebudayaan dan tradisi zaman silam kaum Bisaya tidak lenyap ditelan zaman.

Pesta Babulang ini adalah pesta tahunan kaum Bisaya dan biasanya diadakan sekitar bulan Jun di Limbang, Sarawak. Sejak pesta ini dianjurkan pada tahun 2004, ia semakin mendapat sambutan daripada penduduk Limbang terutamanya.

Pesta ini bukan sahaja mampu menghimpunkan kaum Bisaya dari Limbang, malah telah berjaya mengumpulkan kaum Basaya dari seluruh Sarawak dan turut disertai oleh kaum Dusun dan Bisaya dari Sabah.

Pesta ini menampilkan pelbagai acara yang sungguh menarik seperti Pertandingan Ratu Babulang, Pertandingan Ratu Kebaya Bedoro, Lumba Kerbau dan macam-macam lagi. Keunikan pesta ini juga mampu menarik pelancong yang bukan sahaja dari negeri-negeri jiran, malah dari seluruh Malaysia, negara jiran seperti Brunei dan juga pelancong dari benua Eropah.

Pesta Babulang ini telah mendapat perhatian pihak Kementerian Pelancongan, yang telah melahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri serta agensi berkaitan untuk mempromosikan pesta ini di peringkat yang lebih tinggi. Keunikan budaya suku kaum Bisaya ini diyakini mampu menjadi tarikan pelancongan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit pernah berkata acara lumba kerbau dalam pesta tersebut mampu menjadi ikon malah merupakan acara tulen penduduk yang boleh dimajukan sebagai pakej pelancongan bernilai tinggi.

Kini Pesta Babulang bukan sekadar pesta tahunan kaum Bisaya, malahan ia terus menjadi wadah untuk menyatupadukan

Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib turut meluangkan masa untuk merasai sendiri pengalaman pesta Babulang di Limbang

Page 15: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 1�

seluruh masyarakat kaum Bisaya dengan masyarakat lain di daerah ini untuk terus bergerak maju seiring dengan kaum lain yang telah berada di hadapan masyarakat minoriti seperti Bisaya.

PERTANDINGAN LUMBA KERBAU KAUM BISAYAKetua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyeru agar keunikan tradisi kaum Bisaya ini dipromosikan seluas-luasnya.

Menurut Pehin Sri Taib pesta ini merupakan simbol kepada semangat kerjasama dan perpaduan kaum Bisaya khususnya di Batu Danau. Penganjurannya perlu diperluaskan di luar Batu Danau agar terus dikenali masyarakat lain.

ASAL USUL KAUM BISAYABisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak.

Kaum Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu.

Kaum Bisaya melibatkan diri dalam bidang pertanian yang merupakan sumber utama pendapatan mereka. Mereka mahir memburu dan menternak binatang sebagai sumber makanan. Selain itu mereka juga mahir dalam menghasilkan barangan karftangan untuk kegunaan harian.

Pertandingan lumba kerbau kaum Bisaya

Page 16: 3-4 / 2012 • PERCUMA ISSN 0217 - 1380 - · PDF fileBahagian Penerbitan Dasar Negara ... sendiri yang bakal memacu ekonomi pembangunan Sarawak ... masyarakat prihatin dan konsep

Pedoman Rakyat 1�

Felcra Bakal Majukan Perladangan Kelapa Sawit

Di Sarawak

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA Bhd.) telah menyasarkan antara 100,000 hingga 200,000 hektar tanah untuk perladangan kelapa sawit di Sarawak. Rancangan ini merupakan sebahagian daripada pelan peluasan penanaman kelapa sawit di negeri ini. Pengerusi FELCRA Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberitahu modal yang besar diperlukan kerana tanah yang dipohon daripada kerajaan negeri terletak di kawasan pedalaman. “Perladangan adalah pelaburan yang besar. Ia tugas yang sangat mencabar, namun Felcra mempunyai pengalaman melebihi 40 tahun dalam bidang ini”. Beliau menyatakan sedemikian selepas membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Menurut beliau lagi, FELCRA telah membangunkan lebih kurang 51,000 hektar ladang sawit dan memberi manfaat kepada lebih kurang 16,000 orang serta mengagihkan dividen berjumlah RM154 juta untuk negeri ini. Oleh sebab itu, FELCRA memerlukan tanah yang lebih luas dalam usaha untuk membabitkan lebih ramai penduduk dalam rancangan pembangunan ekonomi. Secara

tidak langsung FELCRA turut membantu pembangunan khususnya penduduk di luar bandar dengan memperolehi pendapatan yang lebih baik dengan membangunkan industri perladangan kelapa sawit.