kelemahan & penambahbaikan f1 thn 5

5
Postmortem Analisa Ujian Formatif Satu Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Lima Tahun2011 KELEMAHAN Kertas 1 1. Murid tidak menguasai tatabahasa terutama maksud perkataan. 2. Murid lemah bahagian ayat kerana tidak dapat mengenal pasti kesalahan dalam ayat terutama soalan 21 – 30. Kertas 2 Bahagian A 1. Murid tidak dapat mengenal pasti kata kerja yang tepat berdasarkan perbuatan/perlakuan watak dalam gambar. Contoh kata kerja menunggang tetapi murid menulis membawa. 2. Ayat yang ditulis tidak terdapat dalam gambar. Contoh ayat ( Ambulans menghantar mangsa ke hospital) Ayat betul ( Dua orang pembantu perubatan mengusung mangsa kemalangan ke dalam ambulans) 3. Terdapat kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca. 4. Terdapat kesalahan penggunaan kosa kata / perkataan. 5. Terdapat beberapa orang murid yang tidak menulis semua lima ayat. Bahagian B 1. Murid tidak dapat mencari isi-isi penting yang tepat. 2. Murid lemah menghuraikan isi-isi penting. 3. Karangan ringkas / tidak lengkap dan isi kurang.

Upload: aizat-fikri

Post on 12-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ikut r guane

TRANSCRIPT

Postmortem Analisa Ujian Formatif Satu

Postmortem Analisa Ujian Formatif SatuMata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun LimaTahun2011

KELEMAHAN

Kertas 1

1. Murid tidak menguasai tatabahasa terutama maksud perkataan.

2. Murid lemah bahagian ayat kerana tidak dapat mengenal pasti kesalahan dalam ayat terutama soalan

21 30.

Kertas 2

Bahagian A

1. Murid tidak dapat mengenal pasti kata kerja yang tepat berdasarkan perbuatan/perlakuan watak dalam

gambar. Contoh kata kerja menunggang tetapi murid menulis membawa.

2. Ayat yang ditulis tidak terdapat dalam gambar. Contoh ayat ( Ambulans menghantar mangsa ke

hospital)

Ayat betul ( Dua orang pembantu perubatan mengusung mangsa kemalangan ke dalam ambulans)

3. Terdapat kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca.

4. Terdapat kesalahan penggunaan kosa kata / perkataan.

5. Terdapat beberapa orang murid yang tidak menulis semua lima ayat.

Bahagian B

1. Murid tidak dapat mencari isi-isi penting yang tepat.

2. Murid lemah menghuraikan isi-isi penting.

3. Karangan ringkas / tidak lengkap dan isi kurang.

4. Banyak kesalahan stuktur ayat, ejaan, tanda baca dan penggunaan kosa kata tidak tepat.

Bahagian C

1. Murid tidak dapat mencari nilai/pengajaran yang tersirat berdasarkan petikan.

2. Rumusan yang ditulis tidak disertakan huraian yang terdapat dalam petikan.

3. Banyak kesalahan stuktur ayat, ejaan, tanda baca dan penggunaan kosa kata tidak tepat.

4. Nilai / pengajaran yang ditulis tidak menepati petikan dan kurang daripada 5.

PENAMBAHBAIKAN

Kertas 1

1. Latih tubi menjawab soalan tatabahasa mengikut topik.

2. Latihan berterusan mencari makna perkataan sukar menggunakan kamus.

3. Menggariskan isi-isi penting pada setiap perenggan (watak, peristiwa, tempat, masa) untuk menjawab

soalan pemahaman (soalan 31 40)

Kertas 2

Bahagian A

1. Membuat bulatan pada perlakuan watak dalam gambar, kemudian menulis kata kerja.

2. Membuat jadual ayat, kemudian lengkapkan jadual mengikut maklumat dalam gmbar.

Siapa

Kata Kerja

Apa

Tempat/Perkara/Tujuan/Objek

Ali dan Abumenunggang basikalsemasa pulang menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

3. Melatih murid yang lemah menulis ayat mudah.

4. Melatih murid menyemak semula jawapan yang ditulis supaya dapat mengenal pasti kesalahan dalam

sesuatu ayat.

Bahagian B

1. Latih tubi membaca dan memahami kehendak soalan bagi mengenal pasti jenis karangan dan

isi/kandungan karangan.

2. Latih tubi membuat rangka karangan dengan menulis isi-isi penting berdasarkan soalan.

3. Latih tubi membina perenggan yang terdiri daripada 3 ayat berdasarkan isi penting.

4. Melatih murid menyemak semula jawapan yang ditulis supaya dapat mengenal pasti kesalahan dalam

sesuatu ayat.

Bahagian C

1. Latih tubi membaca setiap ayat dalam petikan dan menyenaraikan nilai / pengajaran yang tersirat.

Kemudia menulis ayat daripada nilai/pengajaran tersebut beserta huraian yang terdapat dalam petikan.

Potongan ayat

Nilai/Pengajaran

Ayat

Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan along lagi.

mengakui kesalahana) Adik seorang yang mengakui kesalahan yang

dilakukan kerana dia meminta maaf dan berjanji

tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan

along lagi. b) Sikap adik yang mengakui kesalahan yang

dilakukan dengan meminta maaf dan berjanji

tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan

along lagi ialah amalan baik yang perlu dicontohi. c) Kita hendaklah mengakui kesalahan yang

dilakukan seperti adik yang meminta maaf dan

berjanji tidak akan mengusik barang-barang

kepunyaan along lagi. 2. Menulis rumusan menggunakan konsep TASSDA.

Contohnya:

Terdapat lima nilai / pengajaran dalam petikan. Antaranya ialah __________________________ . Selain itu, _____________________________________ . Seterusnya, __________________________ . Di samping itu, _______________________________ . Akhir sekali, ___________________________ .

3. Melatih murid menyemak semula jawapan yang ditulis supaya dapat mengenal pasti kesalahan dalam

sesuatu ayat.