kelemahan dan kekuatan pbs.pptx

12
Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

Upload: kayrul70

Post on 20-Nov-2015

538 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

1. Pentaksiran Rujukan Standard

Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

2. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian, dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara kita.

3. Mendidik guru berintegriti

Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas mahupunsekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan dan tidak perlu membelek-belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ, guru-guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

4. Mudah merujuk pencapaian murid

Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan bertambah pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan murid-murid semakin cemerlang.

5. Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran

Kelemahan Pentaksiran Berasaskan SekolahSetiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

1. Membebankan guruPentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain broadband untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod band-band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula dari awal dan menekan butang next sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah yang lebih cepat dan maju.

2. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred iaitu gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.

3. Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anakSinar Harian 10 September 2013SHAH ALAM Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah.Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit."Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru."Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya," katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini.

Tindakan Kerajaan dan Kementerian10 Dis 2012Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.

Tindakan Kerajaan dan Kementerian