kelebihan dan kekurangan lantai komposit

3
SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04 SPACE - Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Muda Senibina (April 2006) 4 2.0 Kelebihan dan kekurangan Lantai komposit ‘Steel Decking’ 2.1 Kelebihan dan kekurangan dari aspek pembinaan dan senibina Kelebihan - Penggunaan lantai jenis ini boleh menjimatkan penggunaan besi tetulang sehingga 25% bergantung kepada jenis lantai besi yang digunakan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional. Ini bermakna dapat menjimatkan kos - Pemasangannya dapat meliputi kawasan yang luas dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan perancah (‘scaffolding’) dan tiang - tiang penyokong. - Jumlah tiang penyangga bahagian bawah lantai ketika kerja-kerja konkrit dilakukan dapat dikurangkan. Sumberhttp://www.adeha.co.id/indo/index_indo.htm - Memberikan ikatan yang kuat diantara besi tetulang, konkrit dan kepingan besi lantai .Rusuk-rusuk yang terdapat pada kepingan besi lantai ini juga boleh berfungsi sama dengan besi tetulang. - Menjimatkan kawasan penyimpanan sementaranya di tapak binaan kerana kepingan lantai besi komposit ini datang dalam bungkusan. - Lapisan bergalvani yang menyelaputi lantai besi komposit ini dapat mengurangkan tahap hakisan kepada besi dan sesuai untuk dipasangkan di apa jua cuaca.

Upload: nizam-hajizan

Post on 23-Jun-2015

513 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit

SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04

SPACE - Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Muda Senibina (April 2006)

4

2.0 Kelebihan dan kekurangan Lantai komposit ‘Steel Decking’

2.1 Kelebihan dan kekurangan dari aspek pembinaan dan senibina

Kelebihan

- Penggunaan lantai jenis ini boleh menjimatkan penggunaan besi tetulang

sehingga 25% bergantung kepada jenis lantai besi yang digunakan jika

dibandingkan dengan kaedah konvensional. Ini bermakna dapat menjimatkan

kos

- Pemasangannya dapat meliputi kawasan yang luas dan dapat dilakukan dalam

masa yang singkat. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan perancah

(‘scaffolding’) dan tiang - tiang penyokong.

- Jumlah tiang penyangga bahagian bawah lantai ketika kerja-kerja konkrit dilakukan

dapat dikurangkan.

Sumberhttp://www.adeha.co.id/indo/index_indo.htm

- Memberikan ikatan yang kuat diantara besi tetulang, konkrit dan kepingan

besi lantai .Rusuk-rusuk yang terdapat pada kepingan besi lantai ini juga boleh

berfungsi sama dengan besi tetulang.

- Menjimatkan kawasan penyimpanan sementaranya di tapak binaan kerana

kepingan lantai besi komposit ini datang dalam bungkusan.

- Lapisan bergalvani yang menyelaputi lantai besi komposit ini dapat

mengurangkan tahap hakisan kepada besi dan sesuai untuk dipasangkan di apa

jua cuaca.

Page 2: Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit

SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04

SPACE - Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Muda Senibina (April 2006)

5

- Memudahkan pembinaan bangunan yang menggunakan system modular atau

pun rekabentuk yang berulang-ulang (‘repetition’).

- Mengurangkan kesilapan yang disebabkan ketidak tepatan atau kerosakan

kotak bentuk (‘form work’).

Kekurangan

-

2.2 Kelebihan dan kekurangan dari aspek pekerja, pengguna dan klien.

Kelebihan

- Penghantaran yang mudah. Kepingan besi lantai konkrit dapat dibawa ke

tapak pembinaan dari kilang dalam kuatiti yang banyak dengan menyusunnya

rapat dan dibungkus. Ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan trip yang

perlu dilakukan.

- Dapat menjadikan kawasan kerja lebih selamat daripada bahaya tergelincir /

tersadung ketika pekerja berjalan diatasnya. Kawasan yang telah dipasang

lapisan besi komposit ini boleh menjadi platform kerja yang stabil untuk

pekerja walaupun belum dituangkan konkrit diatasnya.

Kawasan kerja lebih kemas dan selamat..

Sumberhttp://www.adeha.co.id/indo/index_indo.htm

Page 3: Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit

SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04

SPACE - Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Muda Senibina (April 2006)

6

- Ketahanan terhadap kebakaran sehingga 4 jam, bergantung kepada jenis lantai

besi yang digunakan.

- Menjimatkan kos dan masa. Penggunaan kren dapat dikurangkan. Biasanya

lantai jenis ini dipasang dengan menggunakan tangan.

Kekurangan

- Terdedah kepada habuk yang dihasilkan oleh lantai ini semasa proses

pemotongan boleh memudaratkan kesihatan.

2.3 Kelebihan dan kekurangan dari aspek alam semulajadi

Kelebihan

- Menjimatkan penggunaan kayu sebagai kotak bentuk dan sekaligus

mengurangkan kadar sampah yang dikeluarkan dari tapak binaan.

- Lebihan bahan buangan buleh dikitar semula.

Kekurangan

- Mengeluarkan gas dan habuk terampai di udara ketika pemasangan lapisan

besi lantai. Gas dan habuk ini boleh membahayakan kesihatan pekerja dan

penghuni dan penghuni di sekitar tapak pembinaan.

- Lebihan kepingan besi lantai yang dibuang boleh mencemarkan alam sekitar

kerana tidak boleh dikitar semula secara semulajadi.