kemasan lantai

Upload: amir-fahmi

Post on 14-Jul-2015

388 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kemasan lantai penting untuk keselesaanWednesday, 18 March 2009 08:48

Tampilkan gaya dan identiti pemilik rumah Apabila melangkah masuk ke kediaman, anda akan menjejakkan kaki ke lantai. Biasanya keselesaan kaki melangkah akan menenukan sama ada kemasan yang digunakan sesuai atau tidak. Selain memberi keselesaan,permukaan lantai juga membentuk identiti dan konsep yang mahu digayakan pemilik rumah untuk menjadikan sebuah kediaman impian.

Pemilihan lantai yabg sesuai mampu menyerlahkan penampilan kediaman dan membuatkan sesiapa yang melangkah masuk tertarik dan merasa selesa berada di dalam rumah berkenaan. Perkara utama yang dititik beratkan dalam memilih kemasan lantai ialah bahan yang tahan dan kuat. Oleh itu, kualiti kemasan lantai penting bagi menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman yang baik dan lebih selesa. Sebagai pengguna bijak, anda sepatutnya tidak terlalu berkira mengenai harga. Apa salahnya anda membeli kemasan lantai yang berkualiti dan harganya mahal sedikit untuk jangka panjang daripada memilih jenis yang murah daripada rekaan yang kurang bermutu dan tidak berkualiti.

Bahan yang murah lazimnya tidak tahan lama dan kesannya dapat dirasai apabila permukaan lantai semakin pudar malah ada yang retak sehingga mencacatkan penampilan. Akhirnya anda juga yang rugi kerana terpaksa mengeluarkan wang sekali lagi untuk menukar kemasan lantai. Bagi lantai di ruang tamu perlu menampilkan imej dan identity pemilik kerana di sinilah bermulanya langkah pertama dalam dalam kediaman anda. Justeru, ruangtamu sering diutamakan dengan meletakkan kemasan lantai yang lebih mahal dan tampak mewah. Kebanyakan pemilik kediaman memilih batu marmar atau jubin seramik berkualiti tinggi dan ada juga yang menggunakan lantai kayu bagi menampakkan kesan bahan semula jadi kesan tekstur yang lembut. Dapur pula memerlukan bahan kemasan lantai yang lasak kerana banyak pergerakan berlaku di sini. Ruang ini mudah basah dan terdedah kepada kekotoran selain itu, lantai lincin dan tumpahan air, minyak atau objek tajam sebaiknya, pilih lantai daripada jubin homogeneous, mozek atau slate kerana mudah dicuci, tahan licin dan than lasak. Bahagian paling penting dan memerlukan kemasan lantai yang paling selesa ialah bilik tidur kerana di sinilah tempat anda berehat dan menenangkan fikiran selepas penat bekerja. Bagi mengelak kaki terasa sejuk pada waktu pagi atau selepas mandi maka elak mengguna jubin seramik. Gunakan kemasan lantai kayu atau dialaskan dengan permaidani.

Jangan dilupakan bilik air yang paling basah dan licin. Bagi mengelak bilik air sentiasa basah maka bahan kemasan lantai mestilah daripada bahan yang cepat kering dan tidak licin. Dengan gaya bilik air masa kini,bilik air telah menjadi ruang istirahat terapi minda maka pemilihan bahan kemasan dipelbagai tetapi faktor keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan. Bagi yang ingin mengubah suai ruang anjung dan teres pula, anda memerlukan kemasan lantai yang paling tahan lasak dan kukuh kerana kedudukannya yang di luar dan terdedah kepada hujan dan sinaran matahari selain tahan menampung berat tekanan daripada berat kenderaan. Oleh itu, mengikut pakar, bahan kemasan lantai yang sesuai untuk bahagian teres adalah seperti jubin homogeneous, batu halus pebble, jubin terra cotta, bata, granite dan batu slate.

Kelebihan kemasan Jenis lantai kayu Tahan calar dan padat, sesuai untuk kegunaan seharian terutama sekali pada ruang kediaman. Lebih kukuh, tahan cuaca panas sejuk. Senang digandingkan dengan pelbagai gaya penataan. Tidak sejuk pada kaki dan memberikan langkah yang selesa. Risiko terjadinya kecederaan adalah rendah sekiranya terjatuh atas lantai kayu kerana lantai kayu menyerap hentakan dan tidak terlalu.

Kelebihan kemasan jenis simen dan konkrit. Mudah diselenggara kerana kesan daripada bahan yang digunakan tidak mahal Boleh dugabung berbagai corak menarik pada lantai dengan berbagai corak susunan batu. Kemasan simen bepasir lebih halus amat pada ruang dalaman berbandingan kemasan simen berbatu kerana selesa dipijak. Oleh kerana permukaan yang kasar maka amat sesuai untuk permukaan luaran yang memerlukan tahap geseran yang tinggi. Simen berjalinan tekstur sangat popular pada ruang berkonsepkan mediteranean dan ala Mexico.

Lantai kayu laminaMay 18, 2009 by admin Fail di bawah Tatarias 2 Comments LANTAI adalah kemasan yang menutup tanah supaya penghuni rumah dapat berjalan dan berpijak dengan selesa. Lantai besar fungsinya kerana menerima dan menanggung beban hidup dan mati. Beban hidup yang dimaksudkan ialah berat manusia serta peralatan manakala beban mati adalah berat bangunan membabitkan kemasan lantai serta struktur bangunan. Lantai turut memainkan peranan penting dalam keperluan ruang. Tanpa lantai sempurna, aktiviti manusia di ruang kediaman terganggu.

Lantai kayu mesra alam, selesa dipijak dan tahan lama.

Pelbagai pilihan bahan kemasan ditawarkan namun pastikan yang dipilih mengikut kesesuaian seni bina, konsep reka bentuk dalaman selain aktiviti dijalankan. Bagi aktiviti membabitkan air seperti di bilik mandi, anda disyorkan memilih kemasan lantai tidak resap air dengan permukaan tidak licin. Kriteria memilih kemasan lantai Pemilik perlu bijak mengenalpasti kemasan lantai yang mampu menonjolkan konsep kediaman mereka. Ini kerana, pemilihan lantai menarik berupaya membantu mengindah serta menyerikan ruang kediaman. Namun, pemilihan tidak semestinya berdasarkan cantik semata-mata sebaliknya dipastikan praktikal, selamat, sihat dan mesra alam. Pemilihan jenis bahan dan kemasan lazimnya ditentukan berdasarkan faktor jenis serta kualiti kemasan digunakan. Antara kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum memilih jenis dan kemasan lantai ialah: Ketahanan terutama bagi ruang yang sering digunakan.

Kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan yang membabitkan masa,tenaga serta perbelanjaan. Mengambil kira aspek estetika dan praktikal khususnya bagi keperluan seni bina. Keperluan kepada kawalan menyerap kesan bunyi dan akustik. Mampu menyaring dan menyerap cahaya yang boleh memberi kesan menarik di ruang. Memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan. Idea memilih lantai kayu Pilihan lantai tepat selain mencipta suasana hangat semula jadi di ruang juga berupaya menyerap bunyi. Ini mengilhamkan pilihan lantai kayu yang ditonjolkan di bilik tidur, ruang tamu dan ruang tamu. Lantai kayu yang digandingkan dengan kemasan lain seperti marmar mampu menonjolkan kelainan. Gandingan dua bahan ini serasi disebabkan corak serta nada warnanya semula jadi. Namun, ramai juga keberatan memilih lantai kayu kerana faktor harga mahal, sukar dijaga selain merasa bertanggungjawab memelihara alam sekitar. Begitupun, menerusi teknologi, masyarakat masih boleh menyelamatkan bumi dan mengurangkan kesan negatif meskipun memilih lantai kayu, dengan syarat bahan dipilih adalah jenis kitar semula. Tidak dinafikan, suatu ketika dulu lantai kayunya kurang mesra alam dan tidak menjimatkan kerana dipasang menggunakan bahan perekat dan paku. Cara ini menyebabkan sebahagian besar lantai itu rosak dan tidak boleh diguna semula kala berpindah rumah. Masalah ini selesai setelah teknik pemasangan kekunci yang menekankan penyambungan baru tanpa paku dan bahan perekat

diilhamkan. Menerusi cara baru ini, pengguna boleh membuka semula lantai kayu jika ingin memasangnya di tempat lain. Lantai berkenaan mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik. Pilihan lantai kayu Dua pilihan lantai kayu iaitu kayu padu dan berlamina. Lantai kayu padu secara teknikalnya, berciri tahan cuaca dan tidak mudah dimakan anai-anai. Kayu berlamina pula lebih murah berbanding kayu padu selain mempunyai kelebihan mudah dijaga, tidak menyerap air dan tidak mudah calar. Kayu jati, oak dan merbau adalah sebahagian lantai kayu padu. Kayu merbau paling digemari kerana menampilkan keaslian warna dan ira kayu. Menerusi konsep kitar semula, lantai kayu padu akan ditukarkan kepada lantai berlamina. Selepas melalui proses kitar semula, lantai berlamina berkenaan dijual dengan harga jauh lebih murah, pelbagai warna namun mempunyai ira kayu sama dengan kemasan kayu padu. Terserah kepada pengguna membuat pilihan lantai kayu bertepatan cita rasa dan gaya penataan. Biasanya, faktor harga menjadi kayu ukur. Harga lantai ini biasanya bergantung ketebalan, kemasan permukaan serta jenis kayu. Di pasaran, lazimnya, lantai kayu berlamina dijual di sekitar harga RM7 hingga RM13 untuk sekaki persegi sedangkan lantai kayu padu harganya berlipat kali ganda dari itu. Tip Penjagaan Lantai Kayu Mengetahui asas penjagaan kemasan kayu penting bagi mengekalkan keaslian serta jangka hayatnya. Menjaganya dengan baik juga dapat mencegahnya daripada reput dan rosak. Justeru, anda disyorkan:

Jangan guna kain mengelap yang basah tetapi lap lantai dengan kain kering. Ini kerana air menyebabkan kayu menjadi lembap seterusnya cepat rosak. Sewaktu membersih, gunakan cecair pembersih khas untuk kayu. Hamparkan alas misalnya permaidani dan tikar di bawah perabot serta kelengkapan. Langkah ini bagi mengelakkan lantai calar akibat bergeser dengan perabot. Jangan seret, tarik dan tolak perabot berat tetapi angkat perabot itu. Geseran perabot meninggalkan bekas yang memburukkan lantai. Lindungi lantai yang kerap dipijak dengan permaidani. Namun, pastikan permaidani berkenaan mempunyai cengkaman kuat dan tidak mudah bergeser. Hindari menumpahkan cat dan simen di lantai kerana bahan berkenaan mudah menyerap dalam kayu. Bersih segera lantai sebaik terkenan tumpahan supaya ia tidak menyerap jauh ke dalam hingga merosakkan struktur kayu.

Tip Menjaga Kemasan Lantai

Gambar Hiasan

Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin

seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya. Walaupun indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak. Berikut saya nyatakan tips untuk menjaga kemasan lantai rumah kita: JUBIN 1.Pemasangan jubin Penjagaan jubin bermula daripada hari pertama ia dipasang. Seelok-eloknya, jubin yang dipasang tidak dipijak empat hari selepas dipasang. Sesuai dipijak dan digunakan secara lasak setelah dua minggu dipasang. 2.Cara menjaga jubin -Sering diberus jika kotor, bilas dengan air kemudian dilap kering. Jangan membiarkan jubin dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita. -Membersihkan kotoran simen yang melekat pada jubin dengan menggunakan pencuci asid yang sesuai.Ini boleh didapatkan di kedai hardware. Contohnya, asid sulfurik boleh sesuai untuk membersihkan karat serta dakwat. Pencuci biasa yang beralkali pula sesuai untuk membersihkan kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain. Kerosen atau minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah. Tips mudah mencuci lantai jenis seramik atau geranit: Cucilah dengan menggunakan bahan pencuci berasid lembut jika ia baru sahaja dipasang. Memadai mencuci kotoran minyak, gris dsb dengan air panas. Caranya, campurkan bahan pencuci ke dalam air panas dan biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dicuci. 3. Petua orang lama jangan dilupakan.

Walaupun di pasaran sudah ada banyak bahan pencuci yang berkesan tetapi kita juga boleh mengamalkan petua dahulu kala. Sedikit sebanyak mungkin lebih menjimatkan wang dan belanja. Jubin seperti marmar yang sudah lama biasanya akan menjadi pudar dan kurang berkilat lagi.Anda boleh mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus. Bersihkan permukaan marmar dengan menggunakan bahan ini tiga kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan. 4. Jubin anda berkulat? Walaupun kelihatan kukuh, jubin juga boleh berkulat dan akan merosakkan pemandangan. Biasanya jubin yang rosak disebabkan oleh kulat, lumut dan kotoran yang jarang dibersihkan. Mudah untuk menghilangkannya, dengan menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik. Jika kotorannya sangat degil, letakkan kain yang telah dibasahkan dengan cuka atau jus limau terlebih dahulu, kemudian biarkan selama beberapa jam sebelum memberus dan membilas. Bagi jubin yang berkulat atau berlumut, lebih mudah anda lap sahaja dengan kain bercampur cuka, biarkan seketika kemudian beruslah dengan berus gigi lama. LANTAI KAYU Kini, lantai kayu menjadi trend bagi menggantikan jubin. Ini disebabkan kemasan kayu mencerminkan penampilan yang lebih natural dan klasik. Jika dahulu lantai kayu jenis parquet sering dipasang di dalam bilik tidur, tetapi kini lantai berlaminet lebih luas penggunaannya. Ia boleh menghiasi lantai di ruang tamu, ruang makan, malah sesetengahnya di dapur atau bilik rehat. Walau bagaimanapun setiap yang indah itu perlulah dijaga rapi agar keindahannya terpelihara.

1. Kita boleh meletakkan alas kaki sebelum ke setiap ruang yang dihiasi lantai kayu. Tujuannya untuk mengelakkan pasir,batu-batu halus atau rumput terbawa ke ruang tamu ketika melangkah masuk. Unsur-unsur tersebut boleh mencalarkan lantai kayu dan menjejaskan teksturnya . Walau bagaimanapun, jadikan tabiat menyapu lantai setiap hari satu kebiasaan agar rumah kita sentiasa bersih dan bebas dari habuk degil tersebut ataupun menggunakan pembersih hampagas. 2. Ketika membersihkan lantai, hindari mengelapnya dengan kain yang terlalu basah. Terlebih dahulu, biasakan diri menyedut permukaan kayu dengan pembersih hampagas sebelum menyapu atau mengemop. 3. Jika permukaan kayu ditumpahi makanan, minuman dan sebagainya, lapkan segera dan jangan biarkan ia meresap ke dalam kayu tersebut. Sebaik-baiknya, kita halakan kipas angin ke tempat yang lembab untuk mengelakkan kelembapan masuk ke dalam kayu dan menjadikannya menggelembung atau merekah. 4. Alaskan perabot dengan pengalasnya agar tidak merosakkan permukaan lantai kayu. 5. Hindari memijak lantai kayu dengan kasut bertumit tinggi kerana dikhuatiri meninggalkan kesan lekuk dari sehari ke sehari. 6. Jangan membersihkan lantai kayu dengan bahan kimia atau wax (lilin) kerana ini mengakibatkan kusam, atau lantai menjadi sangat licin. Sekianlah tips dari saya.Semoga bermanfaat kepada anda dalam menjaga kemasan lantai Rumahku Syurgaku.

Lantai kayu lamina

May 18, 2009 by admin Fail di bawah Tatarias 2 Comments LANTAI adalah kemasan yang menutup tanah supaya penghuni rumah dapat berjalan dan berpijak dengan selesa. Lantai besar fungsinya kerana menerima dan menanggung beban hidup dan mati. Beban hidup yang dimaksudkan ialah berat manusia serta peralatan manakala beban mati adalah berat bangunan membabitkan kemasan lantai serta struktur bangunan. Lantai turut memainkan peranan penting dalam keperluan ruang. Tanpa lantai sempurna, aktiviti manusia di ruang kediaman terganggu.

Lantai kayu mesra alam, selesa dipijak dan tahan lama.

Pelbagai pilihan bahan kemasan ditawarkan namun pastikan yang dipilih mengikut kesesuaian seni bina, konsep reka bentuk dalaman selain aktiviti dijalankan. Bagi aktiviti membabitkan air seperti di bilik mandi, anda disyorkan memilih kemasan lantai tidak resap air dengan permukaan tidak licin. Kriteria memilih kemasan lantai

Pemilik perlu bijak mengenalpasti kemasan lantai yang mampu menonjolkan konsep kediaman mereka. Ini kerana, pemilihan lantai menarik berupaya membantu mengindah serta menyerikan ruang kediaman. Namun, pemilihan tidak semestinya berdasarkan cantik semata-mata sebaliknya dipastikan praktikal, selamat, sihat dan mesra alam. Pemilihan jenis bahan dan kemasan lazimnya ditentukan berdasarkan faktor jenis serta kualiti kemasan digunakan. Antara kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum memilih jenis dan kemasan lantai ialah: Ketahanan terutama bagi ruang yang sering digunakan. Kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan yang membabitkan masa,tenaga serta perbelanjaan. Mengambil kira aspek estetika dan praktikal khususnya bagi keperluan seni bina. Keperluan kepada kawalan menyerap kesan bunyi dan akustik. Mampu menyaring dan menyerap cahaya yang boleh memberi kesan menarik di ruang. Memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan. Idea memilih lantai kayu Pilihan lantai tepat selain mencipta suasana hangat semula jadi di ruang juga berupaya menyerap bunyi. Ini mengilhamkan pilihan lantai kayu yang ditonjolkan di bilik tidur, ruang tamu dan ruang tamu. Lantai kayu yang digandingkan dengan kemasan lain seperti marmar mampu menonjolkan kelainan. Gandingan dua bahan ini serasi disebabkan corak serta nada warnanya semula jadi.

Namun, ramai juga keberatan memilih lantai kayu kerana faktor harga mahal, sukar dijaga selain merasa bertanggungjawab memelihara alam sekitar. Begitupun, menerusi teknologi, masyarakat masih boleh menyelamatkan bumi dan mengurangkan kesan negatif meskipun memilih lantai kayu, dengan syarat bahan dipilih adalah jenis kitar semula. Tidak dinafikan, suatu ketika dulu lantai kayunya kurang mesra alam dan tidak menjimatkan kerana dipasang menggunakan bahan perekat dan paku. Cara ini menyebabkan sebahagian besar lantai itu rosak dan tidak boleh diguna semula kala berpindah rumah. Masalah ini selesai setelah teknik pemasangan kekunci yang menekankan penyambungan baru tanpa paku dan bahan perekat diilhamkan. Menerusi cara baru ini, pengguna boleh membuka semula lantai kayu jika ingin memasangnya di tempat lain. Lantai berkenaan mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik. Pilihan lantai kayu Dua pilihan lantai kayu iaitu kayu padu dan berlamina. Lantai kayu padu secara teknikalnya, berciri tahan cuaca dan tidak mudah dimakan anai-anai. Kayu berlamina pula lebih murah berbanding kayu padu selain mempunyai kelebihan mudah dijaga, tidak menyerap air dan tidak mudah calar. Kayu jati, oak dan merbau adalah sebahagian lantai kayu padu. Kayu merbau paling digemari kerana menampilkan keaslian warna dan ira kayu. Menerusi konsep kitar semula, lantai kayu padu akan ditukarkan kepada lantai berlamina. Selepas melalui proses kitar semula, lantai

berlamina berkenaan dijual dengan harga jauh lebih murah, pelbagai warna namun mempunyai ira kayu sama dengan kemasan kayu padu. Terserah kepada pengguna membuat pilihan lantai kayu bertepatan cita rasa dan gaya penataan. Biasanya, faktor harga menjadi kayu ukur. Harga lantai ini biasanya bergantung ketebalan, kemasan permukaan serta jenis kayu. Di pasaran, lazimnya, lantai kayu berlamina dijual di sekitar harga RM7 hingga RM13 untuk sekaki persegi sedangkan lantai kayu padu harganya berlipat kali ganda dari itu. Tip Penjagaan Lantai Kayu Mengetahui asas penjagaan kemasan kayu penting bagi mengekalkan keaslian serta jangka hayatnya. Menjaganya dengan baik juga dapat mencegahnya daripada reput dan rosak. Justeru, anda disyorkan: Jangan guna kain mengelap yang basah tetapi lap lantai dengan kain kering. Ini kerana air menyebabkan kayu menjadi lembap seterusnya cepat rosak. Sewaktu membersih, gunakan cecair pembersih khas untuk kayu. Hamparkan alas misalnya permaidani dan tikar di bawah perabot serta kelengkapan. Langkah ini bagi mengelakkan lantai calar akibat bergeser dengan perabot. Jangan seret, tarik dan tolak perabot berat tetapi angkat perabot itu. Geseran perabot meninggalkan bekas yang memburukkan lantai. Lindungi lantai yang kerap dipijak dengan permaidani. Namun, pastikan permaidani berkenaan mempunyai cengkaman kuat dan tidak mudah bergeser.

Hindari menumpahkan cat dan simen di lantai kerana bahan berkenaan mudah menyerap dalam kayu. Bersih segera lantai sebaik terkenan tumpahan supaya ia tidak menyerap jauh ke dalam hingga merosakkan struktur kayu. Berita Harian

16 KECACATAN LANTAILantai sangat penting dalam struktur sesebuah banggunan. Di samping memberi kemudahan ruang kerja, lantai juga menjadi bahan pengasing di anatara aras bawah tanah dengan kawasan kerja. Secara umum lantai terbahagi kepada 3 jenis dan tiap satu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri : Lantai bawah ( ground floor)

o

o

Lantai tergantung ( suspended floor)

o

Lantai bawah tanah ( basement floor)

Bahan binaan diperbuat daripada konkrit tetulang dan kayu. Ada juga di kawasan kampung dan rumah lama berlantaikan buluh.

Fungsi Umum

Lantai

Pengikat dan memberi kestabilan kepada tiang dan rusuk rumah.

Struktur kestabilan untuk membawa beban dan sebarang tekanan luar, misalnya angin.

Penebat haba dan mengawal kenaikan lembapan.

Sokong dan memberi kawasan kepada perabot dan kegiatan penghuni.

Sekatan antara ruang ( bagi ruang bertingkat ).

Ikatan asas untuk siling dan alat saluran kelengkapan, umpamanya lampu dan telefon.

Asas untuk pemasangan kemasan lantai.

Lantai yang baik akan memberi ciri yang berikut kepadakediaman:

Nilai estatik dari segi warna dan keseluruhan rupa. Mudah dibersih dan di selenggara. Memberi suasana nyaman dan terang. Mampu diganti. Tahan lasak untuk kegunaan harian dan tidak mudah haus. Dapat menebat bunyi bising Mempunyai permukaan tidak licin.

Berikut adalah senarai kecacatan berlaku :

lantai yang sering

1. Pemendapan - akibat lapisan tanah/bahan tambak kurang kukuh dan tidak padat.

2. Rekahan - akibat bahan tambak mempunyai bahan kimia aktif.

3. Pemendapan - akibat saluran paip lama dan parit bocor menyebabkan hakisan bawah tanah.

4. Kelembapan naik ke atas dari bawah tanah, menyebabkan lantai reput dan lembap.

5. Serangan anai-anai.

6. Serangsn kumbang dan serangga perosak.

7. Getaran atau gegaran - disebabkan lalu lintas di jalan raya.

8. Papan lantai daripada kayu melengkung.

9. Papan lantai terasa mampung apabila pijak di atasnya.

10.

Pengikat seperti paku dan skru tercabut serta berkarat.

11. Sokongan dan gelegar kayu agak jauh dan tidak mengikut spesifikasi yang ditentukan.

12.

Kelembapan di permukaan lantai konkrit.

13. Wujud ruang di lapisan lantai dan hujungnya merekah dan melentur.

14. Papan dan kemasan lantai di sekitar sinki ruang dapur reput dan lembap.

15.

Jubin lantai terkopek dan tertanggal.

16. Pengedaran udara secara menyilang tersekat oleh barang simpanan bawah tanah yang berlantai gantung.

Bukannya kediaman utama sahaja yang perlu dijaga keadaan lantainya. Sekiranya terdapat rumah atau banggunan berhampiran rumah anda seperti tempat letak kereta, stor dan rumah pembantu, maka penyelidikan perlu dilakukan seperti rumah anda juga. Keranalantai banggunan yang didapati rosak akibat serangan anai-anai boleh merebak hingga ke struktur rumah induk. Jadi berhati-hatilah.

Kecacatan lantai Lantai yang cantik.