‘kelas pertama’ demi ibu bapa bersengkang mata …€¦ · contoh kertas peperiksaan bagi...

1
IMPIAN Cik Nur Sabrina Zainuren menjadi seorang karyawan perbankan dan kewangan di- dorong oleh ramai saudara-mara sebelah ibunya yang menceburi sektor ini. Meskipun pada awalnya memikirkan laluan kursus perniagaan di politeknik, gadis tinggi lam- pai yang kini berusia 22 tahun itu memilih untuk ke Maktab Rendah Innova (IJC) bagi mem- perkasa penguasaan bahasa Inggerisnya. Namun, dengan tamatnya pengajian ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perbankan dan Ke- wangan daripada Institut Pengurusan Singapu- ra-Universiti London (SIM-UOL) tahun ini, Cik Nur Sabrina cukup gembira kerana sesuatu yang tidak dijangka sudah berada dalam tangan. Esok, beliau adalah antara lulusan cemerlang dengan kepujian Kelas Pertama yang akan me- nerima ijazah di majlis konvokesyen SIM-UOL. Sejak Oktober tahun lalu pula, beliau telah pun diterima bekerja di syarikat Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd sebagai pegawai ke- wangan. Syarikat tersebut menguruskan komisen pem- brokeran saham dan derivatif. Tugas Cik Nur Sabrina adalah memastikan urusan perdagangan klien dibereskan mengikut masa yang ditetapkan. Beliau juga memberi khidmat rujukan perda- gangan kepada klien sebagai langkah pemerik- saan harian operasi syarikat tersebut. Sebarang isu yang perlu dileraikan turut diper- baiki. Dalam pertemuan bersama Gah!, Cik Nur Sabrina menjelaskan bahawa penglibatannya dalam program Bantuan Pembelajaran Rakan Pelajar (PAL), banyak memberinya semangat agar majukan diri dan pertingkat prestasi pem- belajaran. “Sebenarnya, saya tidak terlintas langsung hendak mengejar ijazah Kepujian Kelas Perta- ma. Saya tidak begitu memikirkan sangat ten- tang kelulusan cemerlang dan hanya berikan yang terbaik dalam pengajian saya. “Namun, dalam saya membantu siswa lain yang lemah dalam pelajaran mereka menerusi ak- tiviti PAL, saya menyedari bahawa semangat berkobar-kobar mereka juga menyalur keingi- nan bagi saya agar bekerja keras. “Tidak mudah mendapatkan ijazah kepujian Kelas Pertama. “Anda perlu banyak berkorban masa tapi an- da perlu ingat bahawa ia juga demi kebaikan masa depan anda dan juga demi membanggakan ibu bapa,” tambah anak sulung dua beradik itu. Cik Nur Sabrina, bagaimanapun, bercita-cita meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Sains dalam Kewangan di London School of Eco- nomics atau Sarjana Kejuruteraan Kewangan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun depan. “Apabila saya masuk ke alam pekerjaan yang mencabar, saya tidak melihat kelulusan cemer- lang saya sebagai sesuatu yang harus dibesar-be- sarkan kerana di akhirnya, saya masih lagi anak muda yang bertatih dalam bidang pekerjaan. “Banyak lagi ilmu yang perlu saya kejar. “Kerja keras sampai dinihari menjadi lumrah kehidupan saya kini. “Harapan saya ialah dapat menjadi ahli aka- demik dalam bidang kewangan suatu hari nan- ti,” kongsinya. Apakah yang boleh pekerja generasi milenial sepertinya berkongsi dengan anak muda lain dalam mengharungi alam pekerjaan? “Yang paling mustahak adalah sikap rendah hati anda untuk belajar daripada orang lain. Re- but juga peluang pelajari banyak tugasan berbe- za di mana-mana anda berada,” katanya. Semangat capai kejayaan didorong amanah bantu siswa lain

Upload: truongtruc

Post on 31-Jul-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ‘Kelas Pertama’ demi ibu bapa Bersengkang mata …€¦ · Contoh kertas peperiksaan bagi kursus itu bagi tahun-tahun sudah juga diteliti malah dijadikan sandaran latihan. Di

IMPIAN Cik Nur Sabrina Zainuren menjadi seorang karyawan perbankan dan kewangan di-dorong oleh ramai saudara-mara sebelah ibunya yang menceburi sektor ini.

Meskipun pada awalnya memikirkan laluan kursus perniagaan di politeknik, gadis tinggi lam-pai yang kini berusia 22 tahun itu memilih untuk ke Maktab Rendah Innova (IJC) bagi mem-perkasa penguasaan bahasa Inggerisnya.

Namun, dengan tamatnya pengajian ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perbankan dan Ke-wangan daripada Institut Pengurusan Singapu-ra-Universiti London (SIM-UOL) tahun ini, Cik Nur Sabrina cukup gembira kerana sesuatu yang tidak dijangka sudah berada dalam tangan.

Esok, beliau adalah antara lulusan cemerlang dengan kepujian Kelas Pertama yang akan me-nerima ijazah di majlis konvokesyen SIM-UOL.

Sejak Oktober tahun lalu pula, beliau telah pun diterima bekerja di syarikat Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd sebagai pegawai ke-wangan.

Syarikat tersebut menguruskan komisen pem-brokeran saham dan derivatif.

Tugas Cik Nur Sabrina adalah memastikan urusan perdagangan klien dibereskan mengikut masa yang ditetapkan.

Beliau juga memberi khidmat rujukan perda-gangan kepada klien sebagai langkah pemerik-saan harian operasi syarikat tersebut.

Sebarang isu yang perlu dileraikan turut diper-baiki.

Dalam pertemuan bersama Gah!, Cik Nur Sabrina menjelaskan bahawa penglibatannya dalam program Bantuan Pembelajaran Rakan Pelajar (PAL), banyak memberinya semangat agar majukan diri dan pertingkat prestasi pem-belajaran.

“Sebenarnya, saya tidak terlintas langsung

hendak mengejar ijazah Kepujian Kelas Perta-ma. Saya tidak begitu memikirkan sangat ten-tang kelulusan cemerlang dan hanya berikan yang terbaik dalam pengajian saya.

“Namun, dalam saya membantu siswa lain yang lemah dalam pelajaran mereka menerusi ak-tiviti PAL, saya menyedari bahawa semangat berkobar-kobar mereka juga menyalur keingi-nan bagi saya agar bekerja keras.

“Tidak mudah mendapatkan ijazah kepujian Kelas Pertama.

“Anda perlu banyak berkorban masa tapi an-da perlu ingat bahawa ia juga demi kebaikan masa depan anda dan juga demi membanggakan ibu bapa,” tambah anak sulung dua beradik itu.

Cik Nur Sabrina, bagaimanapun, bercita-cita meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Sains dalam Kewangan di London School of Eco-nomics atau Sarjana Kejuruteraan Kewangan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun depan.

“Apabila saya masuk ke alam pekerjaan yang mencabar, saya tidak melihat kelulusan cemer-lang saya sebagai sesuatu yang harus dibesar-be-sarkan kerana di akhirnya, saya masih lagi anak muda yang bertatih dalam bidang pekerjaan.

“Banyak lagi ilmu yang perlu saya kejar.

“Kerja keras sampai dinihari menjadi lumrah kehidupan saya kini.

“Harapan saya ialah dapat menjadi ahli aka-demik dalam bidang kewangan suatu hari nan-ti,” kongsinya.

Apakah yang boleh pekerja generasi milenial sepertinya berkongsi dengan anak muda lain dalam mengharungi alam pekerjaan?

“Yang paling mustahak adalah sikap rendah hati anda untuk belajar daripada orang lain. Re-but juga peluang pelajari banyak tugasan berbe-za di mana-mana anda berada,” katanya.

SABAN tahun, kumpulan duo Air Supply berkunjung ke Singapura bagi menghiburkan peminat lagu cinta ma-lar segar mereka.

Tahun ini, mereka kembali lagi dan bakal menggegarkan Stadium Tertu-tup Singapura pada 5 Jun ini.

Tiket-tiket berharga $178, $148, $118 dan $88 akan mula dijual mulai 10 pagi ini di kaunter ‘box office’ Stadi-um Tertutup Singapura dan kesemua cawangan Singpost, laman www.sport-shubtix.sg atau talian 3158-7888.

Konsert kali ini dibawakan khas oleh Unusual Entertainment Pte Ltd.

Apa yang boleh dijangkakan adalah santapan halwa telinga lagu-lagu seper-ti Lost In Love, The One That You Love, Now & Forever dan All Out Of Love.

Lost In Love malahan adalah an-tara ‘100 Lagu Terbaik 1980’ dalam carta Billboard pada ketika itu.

Sepanjang 43 tahun, anggota kum-pulan Air Supply, Graham Russell, 67 tahun, dan Russell Hitchcock, 68 tahun, menjadi antara pelantun lagu balada cinta yang disukai ramai dek lagu ‘hit’ mereka yang datang bertali arus di corong radio.

Mereka masih kekal relevan de-ngan tenaga yang masih meluap-luap walaupun pada usia senja.

Russell pula pernah dianugerahkan dengan sijil pengiktirafan badan hakcipta dalam pengurusan muzik, Broadcast Music Inc, sebagai pencipta lagu All Out Of Love. Lagu ini sudah dipersembahkan sebanyak tiga juta ka-li.

Pada 2013, Air Supply juga dise-naraikan sebagai antara bintang terna-ma di Dewan Kemasyhuran Persatuan Industri Rakaman Australia (ARIA).

Kumpulan ini juga diiktiraf kepopu-

laran sejagatnya dengan ia mencipta se-jarah sebagai kumpulan Barat pertama yang dapat memecahkan benteng mu-zik pop tanpa sempadan di China dan Taiwan.

Sebelum ini, negara tersebut tidak membuka ruang bagi artis Barat tampil kerana khuatir timbul pengaruh budaya dan bahasa yang mengancam kesejahter-aan budaya induk negara tersebut.

Bersengkang mata rebut ijazah ‘Kelas Pertama’ demi ibu bapa

Semangat capai kejayaan didorong amanah bantu siswa lain

Air Supply bawa ‘bekalan’ lagu cinta ke Singapura

SEWAKTU mengikuti kursus Diploma Perniagaan di Politeknik Temasek, Cik Nur Razana Mohamed Razali menyifatkan dirinya sebagai pelajar sederhana yang tidak begitu menitikberatkan kecemerlangan dalam pelajaran.

Namun, sejurus meniti tangga menara gading dan mengambil kursus ijazah Sarjana Muda Sains dalam Per-akaunan dan Kewangan di Institut Pengurusan Singapu-ra-Universiti London (SIM-UOL), matlamat hidupnya berubah.

Cik Nur Razana, 23 tahun, ingin membanggakan ibu bapanya dengan kelulusan cemerlang memandangkan peringkat universiti adalah landasan pengajian terakhir buatnya.

Di sebalik kesibukannya menerajui jawatan kepimpi-nan dan terlibat dalam kegiatan sukan luncur angin serta pelbagai aktiviti Persatuan Budaya dan Muslim di SIM, anak sulung tiga beradik itu membangun pelan belajar le-bih tersusun dan mengurus masanya dengan lebih berke-san.

Setiap sesi kuliah termasuk yang dikendalikan pen-syarah dari United Kingdom disertainya dengan harapan beliau tidak akan ketinggalan apa jua panduan yang diberi.

Contoh kertas peperiksaan bagi kursus itu bagi tahun-tahun sudah juga diteliti malah dijadikan sandaran latihan.

Di akhir pengajian kursus tersebut, Cik Nur Razana berjaya mencapai impian menggenggam ijazah kepujian Kelas Pertama di majlis konvokesyen SIM-UOL, yang di-jadualkan berlangsung tengah hari ini.

Lebih melegakan buat lulusan baru sepertinya, tugas juruaudit bersekutu di firma penasihat perakaunan dan perniagaan ketujuh terbesar di Singapura, Baker Tilly TFW LLP, sudah pun digalas sejak lapan bulan lalu.

Gadis kecil molek ini bahkan menerima peluang peker-jaan tersebut semasa beliau masih lagi dalam pengajian di SIM-UOL.

Beliau bersyukur dalam tugasannya sejauh ini, beliau diberi kesempatan mengenali keperluan perakaunan klien yang terdiri daripada sektor amal dan pendidikan.

Cik Nur Razana akur perlu bekerja keras malah sehing-ga lewat malam atau hujung minggu bagi memastikan tia-da kerja yang tertunggak.

Antara yang dilakukannya termasuk menyemak doku-men serta kenyataan bank bagi memastikannya tidak pal-su.

Ketika ditemui Gah! di pejabat Berita Harian baru-ba-ru ini, beliau yang gemar berurusan dengan nombor dan kunci kira-kira bak menghurai teka-teki, berkata:

“Sewaktu di universiti, saya kekal aktif dalam kegia-tan sukan luncur angin bahkan pernah mencuba sukan la-sak muay thai.

“Menganjur kem orientasi, majlis iftar dan sambutan Hari Raya juga sudah menjadi sebahagian daripada amanah saya.

“Dengan kesibukan tersebutlah, saya mula merasakan kepentingan agar tidak leka dalam pelajaran dan bijak mengurus masa. Saya pastikan kerja saya juga konsisten dan tiada masa bagi saya berkhayal atau menunda tu-gasan sekolah.

“Itulah antara faktor kejayaan kerana saya tidak mahu menutup tirai pengajian dengan mengecewakan ibu bapa

saya.”Beberapa teman pernah bertanya kepada Cik Nur Ra-

zana mengapa beliau bersungguh-sungguh ingin mendapatkan kepujian Kelas Pertama di uni-versiti, sesuatu yang mereka rasa tidak harus membebaninya.

Namun, anak muda ini menambah, matlamat yang ditetapkan itu adalah bagi memenuhi hasrat di hatinya yang ingin men-capai sesuatu yang cemerlang dalam kehidupan serta boleh dijadikan sandaran meniti tangga kor-porat.

Berbeza dengan sikap sesetengah belia milenia yang dipanggil generasi strawberi yang inginkan jalan pintas mencapai kejayaan, Cik Nur Razana pu-la jenis yang ingin mengumpul seberapa banyak il-mu, sudi menerima bimbingan pekerja senior dan pentingkan kerja keras.

“Saya kini tidak banyak masa peribadi untuk aktif bersukan seperti dahulu malah pernah ber-sengkang mata menyiapkan kerja pejabat di ru-mah hingga 4 pagi.

“Bagi saya, tidak semua generasi milenia ini mahukan jalan mudah untuk mencapai ke-jayaan.

“Walaupun saya memiliki ijazah kepujian Kelas Pertama, masih banyak tentang dunia pekerjaan yang saya tidak tahu. Ia alam berbeza. Apa yang saya pelajari adalah perlun-ya menghormati rakan kerja leb-ih matang yang mempunyai ba-nyak pengalaman dalam bidang perakaunan.

“Saya yakin dengan sikap bersusah-susah dahulu, ber-senang-senang kemudian ke-rana ia merupakan pelabu-ran berbaloi bagi masa depan. Antara cita-cita saya adalah mempertingkat ke-mahiran kerja bagi menera-jui jawatan pengarah per-akaunan suatu hari nanti,” kongsinya.

MALAR SEGAR: Air Supply yang terdiri daripada Russell Hitchcock (kiri) dan Graham Russell akan membuai peminat mereka di Stadium Tertutup Singapura pada 5 Jun ini. – Foto UNUSUAL ENTERTAINMENT PTE LTD.

SEMANGAT JAYA BERKOBAR-KOBAR: Selepas tamat pengajian dengan ijazah kepujian Kelas Pertama daripada SIM-UOL, Cik Nur Razana Mohamed Razali (kiri) dan Cik Nur Sabrina Zainuren, ingin terus gigih membangun pengalaman kerja dalam sektor perakaunan dan kewangan. – Foto BH oleh HARYANI ISMAIL

KONSERT

Seringkali stereotaip umum terhadap golongan milenial yang digelar ‘generasi strawberi’ adalah sikap mereka yang dianggap mencari jalan pintas kejayaan. Mereka juga dianggap tidak kuat menempuh badai kehidupan dan selalu dimanja. Sejauh mana kebenarannya? HARYANI ISMAIL ([email protected]) meninjau

pencapaian dua gadis milenial yang melalui jerih payah bergelar siswazah dan mengharungi alam pekerjaan sebelum majlis konvokesyen. Mereka bakal menerima ijazah kepujian Kelas Pertama di sesi konvokesyen Institut Pengurusan Singapura-Universiti London (SIM-UOL) berasingan hari ini dan esok.

Berita Harian | Khamis, 5 April 2018 11

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan