kekuatan yang terdapat dalam jurnal

Upload: joe-tsen

Post on 09-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Kekuatan yang terdapat dalam jurnal

Kekuatan yang terdapat dalam jurnal perbezaan individu yang ditulis oleh Rafidah Binti Sitan adalah beliau telah menyatakan dua faktor iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Baka bermaksud sifat yang diwarisi daripada ibu bapa, nenek-moyang, keturunan seperti warna kulit, rambut, bentuk badan dan lain - lain. Contohnya, Ibu bapa cerdik lahirkan anak cerdik. Selain itu, perangai kanak-kanak dipengaruhi baka. Di samping itu juga Ibu bapa cepat hilang akal lahirkan anak yang kurang stabil emosi (pemarah).contoh lain seperti kembar seuri yang dipelihara secara berasingan menunjukkan kecerdasan & temperamen yang diwarisi.

Faktor kedua, iaitu faktor persekitaran. Persekitaran mempengaruhi aspek Perbezaa Individu seperti budaya, norma, keluarga, media massa yang bersifat soaial, kerohanian dan emosional. Faktor seperti amalan jagaan anak, kesihatan dan permakanan, status SES dan kualiti sekolah. Contohnya, Anak Angkat. Kajian mendapati IQ anak angkat adalah sama dengan IQ keluarga angkat mereka. Menurut Baumrind (1980), tiga gaya pemeliharaan iaitu, autoritarian, permisif (membiarkan),autoritatif) ibu bapa menyebab Perbezaan Individu.

Guru perlulah mengetahui kesedaran / kefahaman tentang masalah perbezaan indivivu. Guru juga perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi semasa pengajaran & pembelajaran dijalankan.selain itu, guru harus peka pada faktor penyebab perbezaan individu atau lebih beri perhatian serius pada perbezaan individu. Guru juga terima hakikat bahawa setiap individu itu berbeza dan berpengetahuan khas tentang perbezaan individu. Guru guru juga harus sedari faktor perbezaan individu, kerana setiap pelajar adalah berbeza dan guru perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan tersebut.