ujian menentukan kekuatan

Click here to load reader

Download UJIAN MENENTUKAN KEKUATAN

Post on 01-Jul-2015

1.840 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

UJIAN MENENTUKAN KEKUATAN

Ujian yang dilakukan untuk menguji kekuatan ialah : - ujian kekuatan mampatan (menggunakan ujian kiub) - ujian kekuatan tegangan

ALAT DAN BAHAN: 1. Acuan kiub berukuran 150mm atau 100mm. Ia digunakan bagi batu baur yang bersaiz tidak melebihi 40mm dan 25mm. Acuan kiub untuk ujian hendaklah diperbuat daripada keluli atau besi tuang dengan permukaan dalam yang licin. Setiap acuan metilah mempunyai plat tapak daripada keluli untuk menyokong dan mengelakkan kebocoran. 2. Rod pemadat diperbuat daripada keluli berdiameter 16mm dan panjangnya 600mm 3. Mesin ujian mampatan

PROSEDUR: 1. Acuan dan plat tapak hendaklah dibersihkan dan disapu dengna minyak untuk mengelakkan konkrit melekat pada sisi kiub. Plat tapak diapitkan pada acuan dengan menggunakan bolt dan nat. 2. Isikan konkrit ke dalam acuan sebanyak tiga lapisan. 3. Setiap lapisan mestilah dihentam dengan rod sebanyak 25kali. Proses ini dilakukan dengan sistematik dan hentaman disebarkan secara seragam ke seluruh permukaan konkrit. Pemadatan juga boleh dijalankan dengan menggunakan mesin. 4. Permukaan konkrit hendaklah diratakan supaya sama aras dengan bahagian atas acuan. 5. Kiub yang dibuat di tapak binaan hendaklah dibungkus dengan plastik selama 24jam sebelum acuan ditanggalkan. 6. Setelah acuan pada kiub konkrit ditanggalkan, kiub konkrit direndam dalam air untuk tujuan kuring. 7. Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur 7hari, 14hari dan 28hari.

MESIN UJIAN MAMPATAN

KEPUTUSAN:

Nilai kekuatan setiap kiub hedaklah dicatakan dan dibandingkan dengan nilai kekuatan yang dikehendaki. Tujuan ujian konkrit 7 hari dan 14 hari dilakukan adalah untuk meramal sama ada kekuatan yang dikehendaki pada 28 hari boleh dicapai atau tidak. Umumnya, konkrit telah mencapai kekuatan 70% pada hari yang ketujuh.

JENIS KONKRIT DAN KEGUNAANYAJenis konkrit yang digunakan dalam pembinaan adalah: Konkrit Jisim Konkrit Bertetulang Konkrit Prategasan-konkrit prategangan -konkrit pascategangan

Merupakan konkrit yang tidak mempunyai tetulang. Bergantung pada bebannya sendiri untuk menanggung beban. Terdapat sesetengah empangan dan tembok penahan yang dibina dengan menggunakan konkrit jisim. Selain itu, blok konkrit yang diperbuat daripada konkrit jisim digunakan sebagai benteng pemecah ombak.

Konkrit ini mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi tetapi kekuatan tegangan yang rendah. Struktur konkrit yang mengalami tegangan yang tinggi memerlukan tetulang untuk merintangi tegasan tegangan yang dihasilkan. Konkrit ini dinamakan konkrit bertetulang.

Rasuk akan melentur sedikit dan akhirnya akan patah disebabkan tidak dapat merintangi tegasan tegangan di bahagian tampang bawah.

Rasuk itu akan retak di bahagian bawah dan akhirnya patah. Oleh itu, tetulang diperlukan di abhagian bawah rasuk untukmmenyokong beban yang dikenakan ke atasnya.

Semasa pembinaan, tetulang hendaklah dipasang dengan kukuh untuk mengelakkan anjakan berlaku pada tetulang semasa penuangan konkrit dilakukan. Tetulang diikat pada persilangannya dengan menggunakan dawai lembut. Bongkah penjarak diletakkan di antara tetulang dengan acuan untuk melapik tetulang semasa penuangan konkrit. Ketebalan penjarak adalah sama dengan penutup konkrit. Penutup digunakan bertujuan untuk melindungi tetulang dengan api, kelembapan dan tindak balas kimia. Sebelum penuangan konkrit dilakukan, tetulang hendaklah bersih daripada tanah, minyak, karat atau bahan lain yang boleh melemahkan ikatan antara tetulang dengan konkrit.

Tetulang yang digunakan terdiri daripadakeluli lembut, berbunga atau jaring dikimpal. Keluli berbunga dan berpiuh adalah lebih baik jika dibandingkan dengan keluli bulat. Selain tegasan dan tegangan, tegasan ricih juga berlaku dalam struktur konkrit. Daya ricih menegak dan daya ricih mengufuk yang terhasil dalam rasuk akan menyebabkan tegasan tegangan pepenjuru dan tegasan mampatan pepenjuru. Ini akan menyebabkan berlaku retakan pada rasuk konkrit bertetulang berdekatan dengan topang akibat daripada tegangan pepenjuru yang tinggi. Oleh itu, tetulang ricihan diperlukan untuk mengatasi ricihan tersebut.

Konkrit bertetulang akan melentur sedikit apabila dikenakan beban yang besar. Walaupun rasuk tidak gagal kerana tegasan tegangan di bawah dirintangi oleh tetulang, tetapi retakan akan berlaku di bahagian bawah akibat daripada lenturan tersebut. Konkrit prategasan didefinisikan sebagai konkrit pramampatan. Mampatan dikenakan pada kawasan tegasan tegangan yang berlaku semasa anggota dikenakan beban. Terdapat dua kaedah penegasan untuk konkrit prategasan; - konkrit prategangan - konkrit pascategangan

Konkrit prategangan dibuat dengan cara menuang konkrit ke dalam acuan selepas tendon ditegangkan antara dua dinding landas.

Apabila konkrit sudah cukup kuat, tendon ditanggalkan daripada tembok landas dan dipotong megikut panjang konkrit.

Daya mampatan dipindahkan pada konkrit melalui ikatan yang wujud antara tendon dengan konkrit.

Konkrit pascategangan dibuat dengan cara menuang konkrit ke dalam acuan dan membiarkan konkrit mengeras sebelum tegangan dikenakan. Kaedah pembinaan konkrit pascategangan dimulakan dengan memasukkan tendon ke dalam sesalur pada kedudukan mengikut profil yang ditentukan dan kemudian konkrit akan dituang. Apabila konkrit mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon ditegangkan dan ditambat pada kedua-dua hujung konkrit. Lengkung profil tendon sengaja diadakan dalam konkrit pascategangan untuk mengagihkan tegasan dalam keratan yang berkesan.

jumlah berat tetulang yang diperlukan ialah kira-kira 1/5 daripada yang diperlukan untuk konkrit bertetulang. kuantiti konkrit yang diperlukan juga kurang dan ini akan mengurangkan beban diri. sebarang kecactan sama ada pada bahan atau nisbah campuran akan dapat dikesan. rasuk konkrit prategasan dapat mempercepat proses pembinaan projek besar seperti jambatan atau lintasan atas.

Kelebihana) Bahan untuk membina konkrit mudah diperoleh. b) Mudah untuk dibentuk mengikut acuan. c) Mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi. d) Tidak berkarat dan sesuai digunakan sebagai struktur dalam Kejuruteraan Marin. e) Bahan kedap air dan penebat haba yang baik. f) Tahan lama. g) Kurang penyenggaraan dan tahan api. a)

KekuranganMempunyai kekuatan tegangan yang rendah. b) Sukar untuk diubahsuai apabila keras. c) Mempunyai ketumpatan yang tinggi, iaitu satu anggota yang berat berbanding isipadunya.

View more