kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

4
Nurkhairi b Mohd Shukri KEKUATAN DAN KELEMAHAN RPH BAHASA MELAYU ( RUJUK LAMPIRAN 1 ) Strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah Berpusatkan bahan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya menjadikan bahan sebagai subjek atau permainan utama untuk menggalakkan murid murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh saya ialah penggunaan bahan seperti gambar dan video berunsurkan keluarga bahagia yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar semasa proses P&P berjalan. Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertajukkan Rumahku Syurgaku adalah nyanyian. Saya akan meminta para pelajar melakukan beberapa aktiviti seperti meminta murid-murid memejamkan mata dan menghayati lagu yang dipasang. Di samping itu, saya juga akan meminta murid-murid membuka mata dan cuba menyambung lagu tersebut. Di sini dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Sebagai buktinya, banyak masa diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan saya. Selain itu, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan intonasi terhadap sesuatu perkataan yang mereka diujarkan. Di samping itu juga, saya menggunakan strategi berpusatkan murid dalam proses P&P yang bertajuk Rumahku Syurgaku . Semasa proses P&P tersebut, saya menunjukkan gambar keluarga kepada murid-murid sebagai penyelesaian soalan teka teki yang saya berikan. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan oleh

Upload: nur-khairi

Post on 20-Jun-2015

1.695 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

KEKUATAN DAN KELEMAHAN BM

TRANSCRIPT

Page 1: Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

Nurkhairi b Mohd Shukri

KEKUATAN DAN KELEMAHAN RPH BAHASA

MELAYU ( RUJUK LAMPIRAN 1 )

Strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah

Berpusatkan bahan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

dijalankan, saya menjadikan bahan sebagai subjek atau permainan utama untuk

menggalakkan murid – murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi

pembelajaran.

Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan pelajar

memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang

perlu diberi perhatian oleh saya ialah penggunaan bahan seperti gambar dan video

berunsurkan keluarga bahagia yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman

pelajar semasa proses P&P berjalan.

Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu bertajukkan “Rumahku Syurgaku” adalah nyanyian. Saya

akan meminta para pelajar melakukan beberapa aktiviti seperti meminta murid-murid

memejamkan mata dan menghayati lagu yang dipasang. Di samping itu, saya juga

akan meminta murid-murid membuka mata dan cuba menyambung lagu tersebut.

Di sini dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau

pemudah cara sahaja. Sebagai buktinya, banyak masa diperuntukkan kepada

pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan saya. Selain

itu, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan

kelemahan –kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan

intonasi terhadap sesuatu perkataan yang mereka diujarkan.

Di samping itu juga, saya menggunakan strategi berpusatkan murid dalam

proses P&P yang bertajuk “Rumahku Syurgaku”. Semasa proses P&P tersebut,

saya menunjukkan gambar keluarga kepada murid-murid sebagai penyelesaian

soalan teka teki yang saya berikan. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas

terhadap soalan-soalan yang diberikan oleh saya. Melalui aktiviti ini ia dapat

memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar.

Page 2: Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

Nurkhairi b Mohd Shukri

Kaedah yang saya gunakan semasa proses P&P ini ialah Kaedah Natural.

Kaedah ini merupakan asas penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti

yang berlaku dalam pedekatan - pendekatan tradisional yang juga menekankan

rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori

tatabahasa tertentu.

Di samping itu juga, saya menggunakan Kaedah Linguistik yang merupakan

kaedah pengajaran bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan

antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid ini harus tertumpu kepada

bentuk dan fungsi bahasa disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat,

makna, dan lain- lain.

Pemilihan bunyi-bunyian pula dilakukan terhadap bunyi- bunyi yang sama

dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran saya

juga berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda

mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau

tiada dalam bahasa ibunda mereka.

Objektif kaedah yang saya gunakan ini bertujuan membolehkan murid –murid

saya menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru

dari segi bunyi. Selain itu, murid - murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu

berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa

yang telah diketahui.

Kaedah terakhir yang saya gunakan ialah Kaedah Oral – Aural yang

bertujuan untuk membentuk murid – murid bagi memperkembangkan keempat-

empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur,

Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca.

Setelah pelajar menguasai kemahiran bacaan, saya akan memberi latihan

yang berunsurkan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal

oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas

dibenarkan. Antara teknik yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) ini ialah Teknik Drama yang merupakan satu cara untuk

Page 3: Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

Nurkhairi b Mohd Shukri

membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang

spontan untuk bahan P&P

Selain itu juga, saya menggunakan Teknik Latih Tubi yang bertujuan untuk

meningkatkan tahap kemahiran pemahaman anak didik saya. Melalui teknik ini juga,

saya akan memberi kertas soalan kepada murid - murid dan meminta agar

menjawab soalan – soalan yang saya berikan kepada mereka. Oleh itu, teknik ini

amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar dapat mengingat kembali fakta-fakta

yang penting dalam proses P&P.Saya juga akan menggunakan Teknik Bercerita

yang merupakan jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada

benar atau khayalan pencerita sahaja. Sebagai contoh, komponen keluarga

merupakan perkara yang sentiasa dibincangkan sehari-hari. Jadi, teknik bercerita ini

merupakan satu kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran tajuk “Rumahku Syurgaku” ini. Dengan teknik ini, pelajar saya akan

lebih menumpukan perhatian mereka terhadap proses P&P didalam kelas.

Pendekatan yang saya pilih dalam rancangan pengajaran harian ini ialah

Pendekatan deduktif yang merupakan satu pendekatan pengajaran yang

melibatkan pemahaman serta satu proses penaakulan yang tinggi. Pendekatan

deduktif yang saya gunakan ialah mengumpul artikel-artikel berkaitan dengan

keluarga bahagia dan mengemukakan beberapa soalan. Sebagai contoh, saya

mengemukakan soalan, apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia?. Di

sini dapat saya terangkan bagaimana sesebuah keluarga yang bahagia hidup dalam

keadaan yang harmoni, gelak tawa, kasih sayang serta bekerjasama dalam

melakukan setiap perkara.

Proses yang saya lakukan juga melibatkan pelaksanaan aktiviti. Saya akan

memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh - contoh

yang berkaitan dengan pengajaran ini. Contoh yang dikemukakan kepada pelajar

haruslah sesuai kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang

dipelajari. Hal ini kerana pendekatan deduktif ini memerlukan pemahaman yang

tinggi untuk murid-murid fahami. Contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah saya

menunjukkan keratan rencana berkaitan keluarga bahagia. Selepas itu, saya akan

meminta murid-murid ini membacanya dan cuba untuk memahaminya. Di samping

Page 4: Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

Nurkhairi b Mohd Shukri

itu, saya juga akan memberikan huraian, definisi serta apa saja yang berkaitan

dengan keluarga bahagia.

Holistiknya dalam penghasilan rancangan pengajaran yang mantap kita harus

menggunakan strategi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran

tercapai seterusnya memberi anjakan dalam diri murid tersebut bagi melahirkan

generasi yang mantap.