kekuatan dalaman wanita dlm novel tunggu teduh dulu

Upload: mdzakiabdrahman

Post on 06-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    1/7

  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    2/7

  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    3/7

    H T T P : / / TE H R A N I F A I S A L . B L O G S PO T . C O M /

    D R F A I S A L T E H R A N I

    Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri

    Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau menulis di majalah Dewan Sastera.Untuk menghubungi Dr

    Haji Mohd Faizal Musa, sila hubungi asistan: Luqman Hisyam Che Mazlan di [email protected].

    Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana

    Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010).

    Antara novel beliau yang telah diterbitkan, Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia

    dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Perempuan Politikus Melayu oleh

    Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. 1515

    oleh Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan

    Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori

    Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di

    Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan

    Negara. Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh

    Zebra Publications. Rahsia Ummi diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Tunggu Teduh Dulu disirikan di

    ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain

    (2004) dan Ameen Publishing (2008). 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia

    memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003. Advencer Si Peniup Ney

    oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan

    Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia

    memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Surat-surat Perempuan

    Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Ikan

    Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor (2007). Ia merupakan sequel kepada Detektif

    Indigo. Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP

    kategori novel umum. Bedar Sukma Bisu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.Manikam

    Kalbu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja.

    Di sebuah majlis pada 22 Disember 2009, Manikam Kalbu dianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan

    Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Buku

    Kebangsaan Malaysia. Manikam Kalbu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007. Tuhan

    Manusia oleh Ameen Publishing (2007). Novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin (2007) terbitan

    Aberdeen World. Detektif Indigo Kembali(2008) terbitan Ameen Publishing. Ia merupakan sambungan kepada

    Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson. Ketupat Cinta di Harian Metro (sejak 13 Januari 2008-5 Ogos 2008) dan

    diterbitkan kembali oleh Ameen Publishing (2009) sebagai Ketupat Cinta Musim Pertama. Saasatul Ibaad

    terbitan Aberdeen World (2008). Bahlut terbitan Ameen Publishing (2010). Pada tahun 2011, Faisal Tehrani

    http://tehranifaisal.blogspot.com/http://tehranifaisal.blogspot.com/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://tehranifaisal.blogspot.com/
  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    4/7

    menghasilkan novel berjudul Sebongkah Batu di Kuala Berang bersama PTS Litera.

    Dalam bidang drama, karya Faisal Tehrani ialah; Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia

    1996/97). Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam

    Malaysia-DBP dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001). MISI (1999-2000) telah ditaja oleh

    Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di bawa mengelilingi Malaysia, ia dipentaskan di Kota Kinabalu, Kuching dan

    Pulau Pinang. TiVi ia adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam

    tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Monsopiad dan lain-lain Cerita dipentaskan pada 5-7 Disember 2003 di Esplanade Singapura, didanai

    oleh National Art Council of Singapore. Monsopiad dan lain-lain Cerita dicalonkan untuk Anugerah Cameronian

    Award 2003 bagi kategori skrip drama Melayu terbaik. Bila Tuhan Berbicara (2007) terbitan Ameen Publishing.

    Karbala (2008) terbitan Aberdeen World. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-

    29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM dan disifatkan oleh majalah Pentas Jilid 3 Bilangan 4

    terbitan Istana Budaya sebagai 'pementasan yang monumental'. Pada 13-16 Ogos 2009 bertempat di Wisma

    ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), Faisal Tehrani kembali mengarah sebuah teater keagamaan

    dengan menampilkan Kopitiam Ghadir. Ia menampilkan "hiburan intelektual" dengan lagu-lagu nyanyian

    kumpulan nasyid 'Revolusi Pembudayaan Selawat'. KopitiamGhadir diulang pementasannya pada 1-4 Julai

    2010. Kumpulan drama Derik Kerisek diterbitkan oleh Ameen Serve pada 2011.

    Kumpulan cerpen Faisal pula ialah, kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam

    Perang (1997). Juga kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Safari Gilgit(1997), kumpulancerpen Underground bersama Azman Husin dalam tahun 2000, kumpulan cerpen 'Lagi-Lagi Underground'

    dengan Saharil Hasril Sanin tahun 2002. kumpulan cerpen Perempuan Anggerikterbitan DBP pada tahun 2002,

    kumpulan cerpen ini disenarai pendekkan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, kumpulan

    Cerpen Kekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World (2006). Dalam tahun 2010 beliau menerbitkan kumpulan

    cerpen Tiga Kali Seminggu.

    Dalam bidang puisi Faisal Tehrani muncul dengan kumpulan puisi beliau yang pertama iaitu Ingin Jadi Nasrallah

    pada tahun 2010. Ia diterbitkan oleh Ameen Publishing.

    Buku panduan penulisan kreatif tulisan beliau ialah 'Karya Nan Indah' (Ameen Publishing 2007).

    Prinsip penulisan beliau: Kerja kita sebagai sasterawan adalah pertamanya, kerja sebagai pengawal

    masyarakat; keduanya, kerja menjadi tukang cakap aspirasi ummah; ketiganya kerja sebagai rujukan bangsa di

    saat mereka menghadapi persoalan yang menekan; keempatnya, kerja sebagai tali pengikat atau integrator

    supaya dapat membangunkan potensi masyarakat.

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4039.0

  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    5/7

    Di sini saya ingin mengetengahkan sebuah novel yang saya kira sangat istimewa

    bagi saya. Bagi peminat yang meminati novel berunsur Islam, saya pasti novel ini tidak akan

    mengecewakan. 'Tunggu Teduh Dulu' karya penulis 'favourite' saya Faisal Tehrani ternyata

    terlalu memberi kesan kepada saya. Karya istimewa ini pernah disiarkan di sebuah majalah

    tidak lama dahulu. Ternyata garapan Faisal Tehrani sungguh menikam kalbu kerana berjaya

    membawa unsur Islam dengan begitu terserlah. Bagi saya adalah tidak salah untuk saya

    mengatakan ia adalah novel yang terbaik dalam menerapkan unsur-unsur Islam kepada

    pembaca dan lebih baik daripada Ayat-Ayat Cinta. Bukan untuk membandingkan kedua-dua

    novel ini, tetapi buku dari Penulis Tempatan ini adalah baik untuk diketengahkan. Dari mula

    penceritaan hingga ke hujungnya, pembaca tidak akan berasa jemu dengan jalan ceritanya,

    watak-watak yang ditampilkan serta gaya bahasa dan penulisannya. Novel ini mengangkat

    martabat seorang wanita yang gigih berusaha walaupun banyak rintangan dan dugaan yang

    dihadapi. Walaupun badai hidup sentiasa melanda dalam hidupnya, Allah adalah tempat

    'teduh' terbaik di sisinya. Salsabila Fahim merupakan seorang wanita yang berani, tabah,

    gigih berusaha dan taat kepada ibu bapa dan Allah. Jadi, dapatkanlah novel ini di pasaran.

    Saya tidak mendapat manfaat apa-apa daripada 'preview' ini. Sekadar ingin berkongsi bahan

    bacaan yang saya rasa sangat 'ISTIMEWA'. Anda pembaca, anda berpendapat. Pendapat

    manusia berbeza kan. Sekian, Wassalam.

    http://bicaraku.blogdrive.com/archive/cm-6_cy-2005_m-6_d-5_y-2005_o-0.htmlTajuk

    Buku: Tunggu Teduh DuluPenulis: Faisal TehraniPenerbit: Penerbitan SelainDibeli Di:www.se-lain.com

    Watak Utama:1. Salsabila Fahim, Kamil, Lam Ping Hai dan Sazli.

    2. Teh Sofia dan Dendy.3. Mak Cik, Shahruzzaman dan Mimi.

    Tentang Apa Buku Ini:Cerita tentang Salsabila Fahim dan teman rapatnya Teh Sofia gigih mengusahakan ladang betik.Mak Cik yang sakit, Shahruzzaman yang liar. Dihimpit pula desakan kasih yang ditagih oleh Kamilmula-mulanya dan kemudian datang pula Lam Ping Hai atau Saifullah. Sarat dengan dugaan ujian

    dan perasaan.

    Apa Yang Saya Suka:Bahasa Faisal Tehrani macam air sungai menderu laju berlagu tapi menenangkan. Ada banyak isi-isi yang mengisi rohani. Juga, perihal betik dijelaskan dengan mendalam dan penuh teliti. Kawansaya kata; "Pandai Faisal berbicara bagi pihak perempuan."

    Apa Yang Saya Tidak Suka:Awal sesudah membaca buku ini, saya sedikit kecewa. Sebab jalan ceritanya tipikal kisah cinta,dan watak Salsabila Fahim terlalu diberatkan dengan terlalu banyak dugaan. Ini komen sayasecara peribadi. Mungkin sebab saya menyangka hasil tulisan yang sama macam 1515 atau 1511HKombat. Tapi kawan-kawan saya yang baca semuanya suka buku ini dari kulit ke kulit.

    http://www.se-lain.com/http://www.se-lain.com/http://www.se-lain.com/http://www.se-lain.com/
  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    6/7

    http://novelcintamelayu.blogdrive.com/Sinopsis Belakang Buku

    Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil,cerita sederhana, tentang dia lari berteduhdi bangsal di puncak bukitbersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.

    Kata aku, ini perkara besar ,hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

    Kata Teh Sofia, ya,Kerja Tuhan siapa tahu ?

    Kata aku, Tuhan akan menunjukkankepada yang mencari. Ya, asal kau mahumencari, Dia menunjukkan.

    Apa kata kau ?

    Ini nyanyi rindu ...kerja Tuhan siapa yang tahu....

    "Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."

    "Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidakpernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita...Namun, biarsaya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbananmanusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap..."

    Saya sudah lama ingin membaca karya Faisal Tehrani ini. Dia antara penulis dikenali yang seringmendapat anugerah sastera dalam pertandingan sastera tempatan. Dia ada pengikutnya sendiri. Diaada cara dia tersendiri yang terkadang dianggap ekstrem oleh segelintir penulis. Ketika sayamengunjungi gerai Al-Ameen untuk mendapatkan karyanya, pengurusnya menyarankan sayamembaca dulu karya ini - Tunggu Teduh Dulu.

    Agak lama juga saya biarkan Tunggu Teduh Dulu terperam di atas rak buku saya. Beserta deretannovel-novel lain yang menunggu saya membaca mereka. Saya dihujani permintaan daripadasesetengah novelis yang mahukan saya mengulas novel-novel mereka. Saya terharu kerana didatangioleh mereka yang mengharap. Jika ada kudrat dan masa yang seluas jagat raya ini, saya akan cubasedaya-upaya memenuhi harapan. Jika tidak, saya cuba sedaya boleh saya untuk mengulas mana-mana novel yang saya rasa sesuai untuk blog ini. Saya terpaksa menjadi selektif - mengikut acuanselera saya.Karya ini adalah satu karya yang sangat bagus - digarap oleh seorang penulis yang saya kira genius.Karyanya ada isi, ada mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca - sesuai dengan selera sayayang inginkan pembacaan yang lebih memenuhi tuntutan minda saya. Bahasa yang digunakan mudahsahaja, semua golongan boleh membacanya. Faisal melakar satu perjalanan Salsabila yang begitupuitis - ada kisah cinta terselit tetapi tidak terlalu membuai perasaan, ada agenda tersembunyiuntuk menggagalkan impian Salsabila melalui watak adiknya yang tidak habis-habis beriri hati, adahikmah yang digaris menuntut Salsabila kembali meyakini bahawa Allah jua yang menentukan qadadan qadar setiap hamba-Nya.

    Karya Tunggu Teduh Dulu adalah perjuangan tauhid seorang Salsabila, (sebatang sungai yangmengalir di syurga) , membanting tenaga dan tulang empat keratnya , mengusahakan tanah

  • 8/2/2019 Kekuatan Dalaman Wanita Dlm Novel Tunggu Teduh Dulu

    7/7

    peninggalan ayahnya untuk tanaman betik. Karya ini lebih mengupas budi manusia kepada tanah dansegala halangan dan dugaan yang melanda Salsabila, mengganggu-gugat kesabarannya tetapikesedarannya untuk kembali mengadu dengan Allah, Tuhan semesta Alam diadun dengan begituhalus tetapi menyentuh jiwa. Dakwah yang cuba disampaikan juga digabungjalin dengan baiksehingga kita tidak terasa seperti dihujah.

    Dapatkan karya Faisal Tehrani ini jika anda dahagakan sebuah karya bagus untuk santapan minda. Iatidak terlalu berat jua tidak terlalu ringan. Hanya sebuah kisah biasa tentang seorang wanita Islamtetapi tetap padat dengan pelbagai perspektif tentang indahnya Islam itu sendiri. Wallahualam.