kejayaan atlet

6
PENCAPAIAN LEE CHONG WEI 2012 Perlawanan Terbuka Korea 2012 Lee Chong Wei memulakan tahun 2012 dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set. Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit. Terbuka Seluruh England 2012 ( ALL ENGLAND) Pada bulan Mac, Chong Wei kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri kerana kecederaan dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut. Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India, tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei. Piala Thomas 2012 Chong Wei terpaksa berehat selama tiga hinggan empat minggu setelah cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark. Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008, Chong Wei akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF. Olimpik London 2012 Pada 27 Julai yang lalu telah berlangsungnya Olimpik 2012 di kota London. Malaysia mensasarkan Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas yang pertama. Walaubagaimanapun Chong Wei sudah begitu hampir untuk melakar sejarah di Olimpik apabila terpaksa tewas di tangan musuh tradisinya yang merupakan juara no.1 dunia iaitu Lin Dan dari negara Tembok Besar, China. Chong Wei hanya mampu menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dan merupakan pingat pertama manakala Lin Dan begitu bangga dapat mempertahankan pingat emas yang pernah dimenanginya pada Olimpik 2008. Di dalam perlawanan tersebut Lin Dan telah memberikan saingan yang sangat sengit walaupun pada set pertama retak permaianan Chong Wei agak tenang. Lin Dan bangkit dan bertindak agresif pada set kedua dan ketiga.Chong Wei menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan emas buat Malaysia namum pingat tersebut tidak berpihak kepada kita.

Upload: hidayah-musa

Post on 18-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

atlet

TRANSCRIPT

PENCAPAIAN LEE CHONG WEI 2012Perlawanan Terbuka Korea 2012Lee Chong Wei memulakan tahun 2012 dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set. Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.Terbuka Seluruh England 2012 ( ALL ENGLAND)Pada bulan Mac, Chong Wei kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri kerana kecederaan dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut. Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India, tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei.Piala Thomas 2012Chong Wei terpaksa berehat selama tiga hinggan empat minggu setelah cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark. Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008, Chong Wei akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.Olimpik London 2012Pada 27 Julai yang lalu telah berlangsungnya Olimpik 2012 di kota London. Malaysia mensasarkan Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas yang pertama. Walaubagaimanapun Chong Wei sudah begitu hampir untuk melakar sejarah di Olimpik apabila terpaksa tewas di tangan musuh tradisinya yang merupakan juara no.1 dunia iaitu Lin Dan dari negara Tembok Besar, China.Chong Wei hanya mampu menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dan merupakan pingat pertama manakala Lin Dan begitu bangga dapat mempertahankan pingat emas yang pernah dimenanginya pada Olimpik 2008.Di dalam perlawanan tersebut Lin Dan telah memberikan saingan yang sangat sengit walaupun pada set pertama retak permaianan Chong Wei agak tenang. Lin Dan bangkit dan bertindak agresif pada set kedua dan ketiga.Chong Wei menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan emas buat Malaysia namum pingat tersebut tidak berpihak kepada kita.

6 atlet cemerlang IPT terima insentifSITI FATIMAH MUHAMMAD ALI15 Februari 2013

Atlet negara (dari kiri) Siow Yi Ting, Kooh Cai Li, Syafiq Ridhwan, Bryan dan Nuzul Azwan menerima ganjaran berupa Insentif Kecermerlangan Sukan malam tadi.ENAM atlet cemerlang Institut Pengajian Tinggi (IPT) negara menerima insentif Kementerian Pengajian Tinggi pada Majlis Anugerah Cemerlang Sukan 2012 malam tadi.

Atlet tenpin boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menerima insentif yang paling tinggi iaitu RM10,000 setelah membawa pingat emas dalam Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF 2012.

Kejayaan meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Piala Duna FINA 2012 dalam acara terjun meletakkan Bryan Nickson Lomas meraih RM8,000.

Dua atlet renang Khoo Cai Lin dan Siow Yi Ting serta Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi (Petanque) masing-masing menerima RM5,000 atas kejayaan membawa pulang pingat dalam kejohanan yang disertai.

Acara renang terus mendominasi senarai penerima atlet cemerlang apabila Kevin Yeap Soon Choy menerima RM4,300 ekoran kejayaan menggondol tiga pingat emas dalam Sukan Universiti Asean tahun lalu.

Pada majlis yang sama, atlet olahraga negara, Roslinda Samsu turut menerima anugerah khas yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled berkata, "anugerah yang diadakan bukan meraikan kejayaan serta kecemerlangan tapi sebenarnya untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan semua penggiat sukan IPT dalam negara secara keseluruhannya."

Pihaknya juga berharap dengan adanya majlis seperti ini dapat membakar semangat, sekali gus meningkatkan motivasi penggiat sukan tanah air untuk terus memberi sumbangan kepada pembagunan dan kecemerlangan sukan IPT.

Berikut senarai penerima insentif:

Syafiq Ridhwan Abdul MalekSukan Tenpin BolingUniversiti Putra MalaysiaPingat emas Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF 2012

Bryan Nickson LomasSukan TerjunUniversiti MalayaPingat gangsa Kejohanan Piala Dunia FINA 2012

Mohamad Nuzul Azwan Ahmad TemiziSukan PetanqueUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaPingat gangsa Kejohanan Petanque Piala Dunia 2012

Khoo Cai LinSukan RenangUniversiti Taylor'sLima pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Siow Yi TingSukan RenangKolej Komuniti Kuala LangatLima pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Kevin Yeap Soon ChoySukan RenangUniversiti Putra MalaysiaTiga pingat emas Sukan Universiti Asean 2012

Azizulhasni Awang

Mohammad Azizul Hasni bin Awang(lahir 5 Januari 1988) adalah seorang pelumba basikal trek profesionalMalaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Dia adalah pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia diSukan Olimpik Beijing 2008. Dia disebut Azizulthe pocketrocketmankerana tubuh badannya yang kecil. Azizul Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal kerana menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.[2]

Nicol David Nicol David Juara World Series Squash Final 2012Satu lagi berita gembira hari ini melengkapkan kemenanganDatuk Lee Chong Weikeatas Lin Dan semalam.Nicole Davidtelah berjaya memenangikejuaraaanATCO World SeriesSquash Final 2012di Queen Club, London dengan menewaskan Medeline Perry dari Ireland didalam permainan 3 set selama 41 minit. 11-9, 11-9, 11-9, cun je nombor tu kan...tetapi itulah keputusan rasmi bagi Nicole David didalam kejuaraan World Series tersebut. Kejayaan Nicole seakan sudah dijangka, ianya sesuatu yang hebat untuk sukan Malaysia pada permulaan tahun 2012 ini.