keistimewaan pokok hutan

Upload: dhia-mirza

Post on 16-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tingkatan 1

TRANSCRIPT

RAFFLESIASungguhpun demikian, ada pendapat yang mengatakan Rafflesia spp. telah ditemui lebih awal oleh Louis Deschamps di Pulau Jawa bertarikh di antara tahun 1791 dan 1794. Sayang sekali, semua nota dan lakaran yang dihasilkannya termasuklah Rafflesia spp. telah dirampas oleh pihak British ketika beliau dalam pelayaran pulang ke Perancis. Rafflesia arnoldii atau turut digelar sebagai bunga pakma atau patma raksasa, merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan parasit dan dikatakan sebagai bunga terbesar dengan ukuran diameter 91cm. Bunga yang diangkat menjadi bunga rasmi provinsi Bengkulu (seperti mana yang terdapat pada jata Bengkulu), turut direkodkan mempunyai ketebalan kira-kira 1.9cm dan beratnya pula kira-kira tujuh kilogram. Bunga pakma daripada spesies sama juga menjadi bunga rasmi bagi negeri Sabah.Bunga Rafflesia spp. tidak melakukan proses fotosintesis kerana tidak mempunyai daun. Malah ia juga tidak memiliki sistem akar untuk menyerap air dan mineral sebagai bekalan protein. Tanaman berbau busuk apabila kembang ini hanya mempunyai tiub-tiub halus panjang sebagai medium utama untuk menyerap sumber makanan dari pokok yang ditumpang. Bunga berwarna merah atau jingga lima kelopak dengan bentuk organik seperti bintik-bintik pada permukaannya yang sering dilihat adalah merupakan organ seks bunga eksotik ini.Rafflesia spp. hanya tumbuh di kawasan lembap. Ia amat sukar ditemui memandangkan kudupnya mengambil masa berbulan-bulan untuk tumbuh manakala bunganya pula hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja. Selain daripada itu, bunga eksotik ini adalah sejenis bunga uniseks dan ini menyebabkan proses pendebungaan amat sukar terjadi. Untuk pengetahuan, terdapat sebanyak 26 jenis atau spesies bunga Rafflesia selain daripada Rafflesia arnoldii. Selain daripada Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, Rafflesia turut boleh ditemui di Filipina

ORKID LIAR

ADA lebih 30,000 spesies orkid yang mampu menyesuaikan diri mengikut mana- mana persekitaran di dunia. Jumlah ini mungkin membabitkan orkid liar tetapi hingga kini sukar dipastikan.Orkid liar banyak didapati di kawasan hutan tanah tinggi dengan persekitaran udara sejuk dan lembap tanpa banyak pencahayaan. Kelembapan kawasan hutan tanah tinggi yang diselaputi lumut membolehkan orkid liar berbunga dengan baik.Negara kita juga kaya dengan pelbagai jenis orkid liar yang belum diketengahkan walaupun ia popular di kalangan pemburu orkid yang sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan wang mudah.Contoh terdekat ialah di Cameron Highlands iaitu tanah tinggi yang popular dengan ladang teh dan penanam pelbagai jenis bunga serta pembekal sayuran ke kawasan tanah rendah seperti Kuala Lumpur.Mengikut rekod Persatuan Pencinta Alam Cameron Highlands (Reach), Cameron Highlands mempunyai lebih 580 spesies orkid liar yang meliputi kawasan Gunung Brinchang, Hutan Simpan di Tanah Rata dan beberapa kawasan hutan simpan di sekitarnya.Cameron Highlands menyimpan khazanah orkid yang tidak ternilai kecantikan dan keganjilannya. Orkid liar mempunyai pelbagai saiz dan rupa bentuk yang menarik tetapi pelik. Ada yang berbunga besar dengan warna yang menarik dan ada yang hanya sekecil semut. Ada juga orkid liar yang hanya mengeluarkan bunga tanpa daun.Kebanyakan spesies orkid liar tumbuh di kawasan pergunungan dalam julat 1,200 meter hingga 1,500 meter ketinggian dari aras laut.Antara orkid liar yang biasa tumbuh di kawasan hutan simpan di Cameron Highlands ialah paphiopedilum barbatum juga dikenali sebagai `Lady Slipper'. Ia jarang ditemui kerana ia tumbuh di tanah dan boleh jugadibiak dalam pasu.Keistimewaan orkid liar ini ialah ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk berbunga, bermula dari pada peringkat benih. Lady Slipper memerlukan persekitaran yang nyaman dengan sedikit cahaya matahari.Jangka hayat bunga ialah antara dua hingga tiga bulan dan menghasilkan variasi dalam warna bunga setiap kali (generasi) ia berbunga. Hanya satu bunga keluar pada satu masa

PERIUK KERA

Pokok periuk kera atau nama saintifiknya, 'nepenthes sepp' merupakan sejenis pokok herba yang mempunyai keistimewaan tersendiri.Berbeza dengan tumbuhan lain, periuk kera merupakan pokok yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukan untuk hidup.Periuk kera merupakan sejenis herba yang biasanya tumbuh di tanah berasid di hutan tebal, paya dan batu kapur yang memerlukan gas nitrogen untuk pembesaran dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut.Sesetengah sulurnya membentuk periuk berongga. Setiap spesies berlainan mempunyai periuk dan warna yang berbeza.Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah manakala sebahagiannya pula merupakan epifit (epiphytic).Periuk kera sering digunakan untuk rawatan melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit dan lain-lainKhazanah rimba yang cantik dan unik ini dianggap sebagai pemangsa tetapi ia tidak pernah 'berburu' sebaliknya hanya menunggu setelah mangsa masuk ke dalam periuknya yang terbuka.