maklumat mengenai taman rekreasi paya bakau kampung ... · asal usul nama sijangkang sijangkang...

3
Asal Usul Nama Sijangkang Sijangkang diambil daripada nama pokok Sijangkang iaitu spesis pokok hutan yang habitatnya terletak di kawasan berpaya berhampiran sungai. Sesetengah tempat dipanggil Jangkang Paya (Semenanjung) manakala di Sarawak dipanggil Ako. Sijangkang berasal dari keluarga Annonaceae dan nama saintifiknya ialah Xylopia fusca Maingay ex Hook. F. & Thomson. Sejarah Kampung Sijangkang Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima Garang, daerah Kuala Langat, Selangor dan mempunyai keluasan lebih 10 km persegi. Dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907 dan ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar. Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang Sejarah taman ini sangat istimewa kerana di bina di atas bekas tempat pembuangan sampah pada tahun 2015. Hasil kerjasama penduduk dan sedikit bantuan dari syarikat Lebuhraya PLUS, kawasan ini telah dibangunkan sebagai kawasan rekreasi penduduk Kampung Sijangkang. Kawasan ini mempunyai nilai estetika yang terdiri daripada flora dan fauna semulajadi yang boleh dipelihara demi kelestarian alam. Kawasan paya bakau ini terdiri dari pelbagai spesis pokok antaranya pokok api-api, pokok bakau kurap, pokok nireh batu, pokok nipah dan banyak lagi. Selain itu, faktor unik taman ini adalah ia dibina dari barang terpakai atau “recycle” dari bahan pembinaan perumahan yang diberikan percuma dari pelbagai pihak. Dari bahan buangan tersebut ia dijadikan bahan aktiviti riadah, hiasan, sudut informasi, pentas persembahan dan alatan berehat seperti kerusi dan meja makan hasil kerjasama dan kreativiti sukarelawan yang kebanyakknanya berumur diantara 40-60 tahun dan ke atas. Dengan terbinanya taman ini ia telah menyediakan keperluan riadah dan tempat belajar kepada belia, remaja dan terutamnya pelajar-pelajar sekolah yang berkonsepkan “Eco-Education”. Ramai pengunjung dari pelbagai latar belakang telah berkunjung ke sini untuk menjalankan aktiviti seperti kem jati diri, kem motivasi dan juga untuk berekreasi bersama keluarga. Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

24 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung ... · Asal Usul Nama Sijangkang Sijangkang diambil daripada nama pokok Sijangkang iaitu spesis pokok hutan yang habitatnya terletak

Asal Usul Nama Sijangkang

Sijangkang diambil daripada nama pokok Sijangkang iaitu spesis pokok hutan yang

habitatnya terletak di kawasan berpaya berhampiran sungai. Sesetengah tempat

dipanggil Jangkang Paya (Semenanjung) manakala di Sarawak dipanggil Ako.

Sijangkang berasal dari keluarga Annonaceae dan nama saintifiknya ialah Xylopia

fusca Maingay ex Hook. F. & Thomson.

Sejarah Kampung Sijangkang

Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima

Garang, daerah Kuala Langat, Selangor dan mempunyai keluasan lebih 10 km

persegi. Dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907 dan ia

diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah

berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari

kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah

dan Kampung Pendamar.

Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang

Sejarah taman ini sangat istimewa kerana di bina di atas bekas tempat

pembuangan sampah pada tahun 2015. Hasil kerjasama penduduk dan sedikit

bantuan dari syarikat Lebuhraya PLUS, kawasan ini telah dibangunkan sebagai

kawasan rekreasi penduduk Kampung Sijangkang. Kawasan ini mempunyai nilai

estetika yang terdiri daripada flora dan fauna semulajadi yang boleh dipelihara

demi kelestarian alam. Kawasan paya bakau ini terdiri dari pelbagai spesis pokok

antaranya pokok api-api, pokok bakau kurap, pokok nireh batu, pokok nipah dan

banyak lagi. Selain itu, faktor unik taman ini adalah ia dibina dari barang terpakai

atau “recycle” dari bahan pembinaan perumahan yang diberikan percuma dari

pelbagai pihak. Dari bahan buangan tersebut ia dijadikan bahan aktiviti riadah,

hiasan, sudut informasi, pentas persembahan dan alatan berehat seperti kerusi dan

meja makan hasil kerjasama dan kreativiti sukarelawan yang kebanyakknanya

berumur diantara 40-60 tahun dan ke atas. Dengan terbinanya taman ini ia telah

menyediakan keperluan riadah dan tempat belajar kepada belia, remaja dan

terutamnya pelajar-pelajar sekolah yang berkonsepkan “Eco-Education”. Ramai

pengunjung dari pelbagai latar belakang telah berkunjung ke sini untuk

menjalankan aktiviti seperti kem jati diri, kem motivasi dan juga untuk berekreasi

bersama keluarga.

Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung

Sijangkang

Page 2: Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung ... · Asal Usul Nama Sijangkang Sijangkang diambil daripada nama pokok Sijangkang iaitu spesis pokok hutan yang habitatnya terletak

Pintu Masuk ke Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang

Galeri

Page 3: Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung ... · Asal Usul Nama Sijangkang Sijangkang diambil daripada nama pokok Sijangkang iaitu spesis pokok hutan yang habitatnya terletak

Sumber:

1. http://www.tropicaltimber.info/specie/mempisang-xylopia-fusca/

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Sijangkang,_Telok_Panglima_Gara

ng

Disediakan oleh:

Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)

Universiti Putra Malaysia

[email protected]

[email protected]

Sudut Kenyataan Mengenai Pencapaian dan

Kolaborasi Taman Rekreasi Bersama Agensi Kreativiti dan inisiatif komuniti setempat

untuk kempen kitar semula