kehendak pelaporan penyelidikan tindakan

3
KEHENDAK PELAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN BIL PERKARA & KEHENDAK 1.0 PENDAHULUAN - Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan Persoalan untuk menjana masalah kajian; Apa yang kita hendak ketahui? Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut? Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji? Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan? Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada? 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN – [(2.1)Tinjauan Masalah & (2.2) Analisis Tinjauan Masalah] Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut: o Kebolehtadbiran o Kepentingan o Kebolehgunaan o kawalan o kolaborasi o kerelevanan kepada sekolah Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan

Upload: haze-hazlin-juhar

Post on 02-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kehendak Pelaporan Penyelidikan Tindakan (untuk pembentangan)

TRANSCRIPT

KEHENDAK PELAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

BIL

PERKARA & KEHENDAK

1.0

PENDAHULUAN - Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur

Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan

Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Persoalan untuk menjana masalah kajian;

Apa yang kita hendak ketahui?

Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?

Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?

Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?

Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN [(2.1)Tinjauan Masalah & (2.2) Analisis Tinjauan Masalah]

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:

Kebolehtadbiran

Kepentingan

Kebolehgunaan

kawalan

kolaborasi

kerelevanan kepada sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut

fokus

tindakan

pencapaian tindakan

Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

4.0

KUMPULAN SASARAN

Memerihalkan ciri-ciri responden secara amat terperinci

bilangan

jantina

nama kelas/jawatan

prestasi akademik

5.0

TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

ciri-ciri unik yang lain

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas

Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah

Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan

Menerangkan dengan jelas bagaimana tindakan dilakukan.

5.2 Cara Mengumpul Data

Kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

Menerangkan secara terperinci bagaimana proses sesuatu instrumen itu dibina.

6.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Kaedah analisis data amat sesuai bagi data yang dikumpul

Analisis data telah dijelaskan dengan amat baik

Menginterpretasi semua data dengan amat lengkap

7.0

DAPATAN

Dapatan kajian yang dilaporkan amat sesuai dengan soalan kajian .

Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara amat jelas

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Dapat menilai tindakan yang diambil secara kritis

Cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan amat jelas.

9.0

Pengolahan/ Kejelasan Penulisan

Kesemua isi telah diolah dengan amat baik

Urutan idea yang teratur

Penggunaan bahasa amat sesuai dengan penulisan ilmiah

Unsur refleksi amat jelas

10.0

SENARAI RUJUKAN

Menyenaraikan lebih daripada 10 rujukan yang berkaitan

Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American Psychological Association (APA)

Semua rujukan yang digunakan amat relevan dan berkredibiliti