keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya

10
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya- kerjaya lain dalam masyarakat dunia.Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di

Upload: mila-andy

Post on 24-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ssc

TRANSCRIPT

Page 1: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam

masyarakat dunia.Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya

dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan

nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting

dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah

membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan

memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu

memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik

dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan

menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran

Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf

Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini

di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar

pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang

penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi

sebagai institut perkembangan ilmu.

2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus

pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993)

menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan.Jemaah

Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan

yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402).

Page 2: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru

yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek

sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu

antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan

bertaraf dunia, guru perlulah:

2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah

mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai

disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah,

dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan

mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-

muridnya.Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri

terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat

menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang

berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang

mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar

dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi

mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir

Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan

mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral,

agama, terminal dan instrumental.Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti

Page 3: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas

sebagai pendidik dengan sempurna.Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid,

segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-

nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan

dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role

model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat

memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik

darjah.

2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu

Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu

merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat

kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan

luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan

budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan

bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru

akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk

ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya

ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan

bagi para pelajar mencontohinya.Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah

sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan

seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Page 4: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

2.4 Mengamalkan kemahiran profesional

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang

mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan

peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,

berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Peranan ini

penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf

dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007).Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran

berfikir dan pemikiran konstruktif.Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir

tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan

mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan

pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa

(Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia).

2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang

guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini..Guru yang profesional juga

sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi

mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007),

menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran

menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik

dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid

Page 5: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi

maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning

Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan

ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing,

dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).

2.6 Mengamalkan pengajaran efektif

Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,

pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 2.5.1 Perancangan pengajaran Clarke dan

Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,

pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,

mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang

diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini

dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif

pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus

mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan

suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan

kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang

berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin

keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. 2.5.2

Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam

pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas

seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan

pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan

Page 6: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian

untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam

pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan

mengajar. 2.5.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja

oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan

pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000)

menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap

individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu

belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 3.0

KESIMPULAN

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam

merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap

yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru

perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-

model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan

pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi

muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri,

ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih,

penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat

sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang

Page 7: Keguruan Ialah Satu Jawatan Professional Seperti Mana Kerjaya

mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. BIBILIOGRAFI Kamus Dewan, Edisi

Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.Dr. Ragbir Kaur a/p

Joginder Singh (2007).Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah

dan Sekolah Rendah.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan

Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara

Menuju Abad 21.