kefahaman subjektif primari 5

8
1 KEFAHAMAN SUBJEKTIF PRIMARI 5 Nama:__________________ Kelas:P5/___ (5ML___) NOTA: Strategi menjawab soalan kefahaman subjektif Disiapkan oleh: Cikgu Wahindah Suhari

Upload: vinson

Post on 10-Jan-2016

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KEFAHAMAN SUBJEKTIF PRIMARI 5. Nama:__________________ Kelas:P5/___ (5ML___) NOTA: Strategi menjawab soalan kefahaman subjektif. Disiapkan oleh: Cikgu Wahindah Suhari. { why }. 1. [ Mengapakah ] Puan Kalsom tidak mahu Mizan menjadi seorang pemuzik ? (2 markah). - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

1

KEFAHAMAN SUBJEKTIF PRIMARI 5

Nama:__________________

Kelas:P5/___ (5ML___)

NOTA: Strategi menjawab soalan

kefahaman subjektif

Disiapkan oleh: Cikgu Wahindah Suhari

Page 2: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

2

Berpandukan Kefahaman Subjektif SET 1

1. [Mengapakah] Puan Kalsom tidak mahu Mizan menjadi

seorang pemuzik? (2 markah)

1. Serlahkan kata kunci pada soalan. Fahami apa yang diminta. (pemuzik = ahli muzik)

2. Padankan kata kunci dengan teks. Serlahkan kata kunci yang terdapat dalam teks.

3. Gariskan jawapan yang terdapat dalam teks. Baca jawapan yang telah digariskan. Pastikan menjawab soalan.

4. Tuliskan jawapan yang lengkap.

5. Batang ayat mesti ditulis.

Perenggan 1-3 teks :

................................Dia bercadang hendak mengikuti kelas muzik tetapi cadangannya itu tidak dipersetujui oleh ibunya, Puan Kalsom. “Lebih baik kamu mengikuti kursus komputer di kelab masyarakat daripada mempelajari perkara yang tidak berfaedah itu. Kamu akan meraih lebih faedah,” kata Puan Kalsom kepada Mizan.  “Lagipun jadi pemuzik ini tidak elok. Mak tidak suka anak mak berambut panjang dan memakai pakaian yang compang-camping. Mak juga tidak mahu kamu mengingkari pesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak,” sambung ibunya. Mizan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan cakap ibunya. Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal pada suatu hari nanti. Dia ingin mempelajari pelbagai jenis alat muzik.

Jawapan: Dia tidak mahu anaknya menjadi seorang pemuzik kerana kerjaya itu tidak berfaedah dan tidak mahu anaknya berpakaian compang-camping serta berambut panjang.

{ why }

Page 3: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

3

2. Apakah pesanan arwah ayah Mizan? (2 markah)

1. Serlahkan kata kunci pada soalan. Fahami apa yang diminta.

2. Padankan kata kunci dengan teks. Serlahkan kata kunci yang terdapat dalam teks.

3. Gariskan jawapan yang terdapat dalam teks. Baca jawapan yang telah digariskan. Pastikan menjawab soalan.

4. Tuliskan jawapan yang lengkap.

5. Batang ayat mesti ditulis.

Perenggan 3 :“Lagipun jadi pemuzik ini tidak elok. Mak tidak suka anak mak berambut panjang dan memakai pakaian yang compang-camping. Mak juga tidak mahu kamu mengingkari pesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak,” sambung ibunya. Mizan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan cakap ibunya. Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal pada suatu hari nanti. Dia ingin mempelajari pelbagai jenis alat muzik.

Jawapan: Ayah Mizan berpesan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak.

{ what }

Page 4: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

4

3. Berikan dua bukti Mizan bukan anak derhaka.

1. Soalan ini merupakan soalan yang memerlukan bukti.

2. Cuba cari kata kunci dahulu.

3. ‘bukan anak derhaka’ – frasa yang menerangkan tentang sesuatu watak (sifat)

4. Bukti = perbuatan (kata kerja) yang menunjukkan ……….

5. Baca dan fahamkan teks dan cuba cari perkataan yang menunjukkan perbuatan (kata kerja).

6. Kemudian kaitkan perbuatan itu untuk menerangkan sifat watak.

Perenggan 3: “Lagipun jadi pemuzik ini tidak elok. Mak tidak suka anak mak berambut panjang dan memakai pakaian yang compang-camping. Mak juga tidak mahu kamu mengingkari pesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak,” sambung ibunya. Mizan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan cakap ibunya. Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal pada suatu hari nanti. Dia ingin mempelajari pelbagai jenis alat muzik.

Jawapan : Mizan bukan anak derhaka kerana dia hanya mendiamkan diri dan tidak mahu melawan cakap ibunya apabila ditegur.

Page 5: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

5

4. “Dermalah sambil berhibur.” Jelaskan kata-kata Mizan ini.(4 markah)

Langkah :

1. Frasa atau ayat telah ditebalkan pada teks.

2. Serlahkan frasa atau ayat tersebut.

3. Baca teks pada perenggan sebelum dan sesudah frasa atau ayat tersebut.

4. Jawapan terdapat pada perenggan SEBELUM atau SESUDAH frasa atau ayat ATAUPUN terdapat pada perenggan SEBELUM dan SESUDAH.

Langkah 2: Soalan di atas menjawab soalan soalan di bawah ini.

• 1. SIAPAkah yang menyampaikan kata-kata ini?

• 2. Apakah PERASAAN si penyampai? ATAU APAkah yang dimaksudkan?

• 3.MENGAPAkah si penyampai berkata begitu.

Hari ini ialah hari terbuka di sekolah Mizan. Para tetamu berkumpul beramai- ramai di dalam dewan untuk menyaksikan persembahan daripada para pelajar. Tiba-tiba, Mizan muncul di atas pentas dengan gitar kesayangannya.  “Lagu yang akan saya mainkan sebentar lagi ditujukan khas kepada orang yang paling saya sayangi, iaitu ibu saya. Dia sekarang berada di dalam dewan ini. Di samping itu beberapa orang kawan saya akan mengedarkan tin untuk mengutip derma bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah ini. Dermalah sambil berhibur,” kata Mizan.

Jawapan: Kata-kata Mizan bermaksud dia berharap sesiapa yang terhibur dengan persembahannya supaya menderma bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolahnya.

{ Perasaan ? : berharap }

Page 6: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

6

5. Nyatakan satu sifat Mizan yang positif. Berikan contoh bagi menyokong jawapan kamu. (4 markah)

1. Soalan ini merupakan soalan yang memerlukan bukti bagi menerangkan sifat yang diminta.

2. Cuba cari kata kunci dahulu.

3. ‘sifat positif’ – sifat yang menunjukkan kebaikan

4. Contoh = bukti = menunjukkan perbuatan (kata kerja)

5. Baca dan fahamkan teks. Camkan sifat positif watak tersebut. Cari perbuatan yang menunjukkan sifat positif itu.

6. Kemudian kaitkan perbuatan itu untuk menerangkan sifat watak.

“Lagu yang akan saya mainkan sebentar lagi ditujukan khas kepada orang yang paling saya sayangi, iaitu ibu saya. Dia sekarang berada di dalam dewan ini. Di samping itu beberapa orang kawan saya akan mengedarkan tin untuk mengutip derma bagi membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah ini. Dermalah sambil berhibur,” kata Mizan.

Jawapan: Mizan seorang yang berhati mulia / suka membantu / prihatin kerana dia memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin di sekolahnya dengan mengumpul dana ketika dia membuat persembahan.

{ Sifat ? : berhati mulia / suka membantu / prihatin }

Page 7: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

7

Soalan Mencari Makna:

1. Perkataan sudah ditebalkan

2. Baca ayat sebelum dan sesudah perkataan tersebut

3. Fahami ayat itu.

4. Kemudian cuba berikan sebaik mungkin makna perkataan yang digunakan dalam teks.

6 a (i) mengingkari : memungkiri / tidak menuruti / tidak mentaati / tidak mengikuti / tidak mematuhi / membantah

"Lagu yang akan saya mainkan sebentar lagi ditujukan khas kepada orang yang paling saya sayangi, " iaitu ibu saya.

6 a (iii) khas : istimewa / khusus

Mak juga tidak mahu kamu mengingkari pesanan arwah ayah kamu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna kelak.

Jauh di dalam hatinya dia tetap dengan pendiriannya hendak menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal pada suatu hari nanti.

Page 8: KEFAHAMAN SUBJEKTIF  PRIMARI 5

8

Soalan menggantikan frasa

41 b. Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud membuat satu pertunjukan di depan orang ramai ialah ________________.

1. Baca teks dan BULATkan 3 perkataan yang kamu rasakan jawapan untuk frasa yang diberi.

2. Kamu boleh tuliskan makna perkataan yang terdapat dalam teks di atas perkataan itu.

3. Kemudian, pilih jawapan yang paling tepat.

1. persembahan

2. berkumandang

3. pentas