kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban · mempunyai pandangan tersendiri.setelah kajian...

13
HHHC9101 : KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN TUGASAN : LAPORAN TAJUK KAJIAN: PANDANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN DI TAMAN TASIK CEMPAKA NAMA PENSYARAH : DR. NORHAYATI BINTI MOHD NOR NAMA KUMPULAN : SUKAN DAN REKREASI NAMA NO MATRIK MUHAMAD SYAZANI BIN AZMAN A143808 ABDUL HAAYIE BIN ISMAIL A143790 ALFATIHAH BINTI ALDONIA A143791 MOHAMAD MUAZZAM BIN CHE RAHIMI A143793 SITI NUR ATHIRAH BINTI MANSOR A143802

Upload: duongnguyet

Post on 23-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HHHC9101 :

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

TUGASAN :

LAPORAN

TAJUK KAJIAN:

PANDANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN DI TAMAN

TASIK CEMPAKA

NAMA PENSYARAH :

DR. NORHAYATI BINTI MOHD NOR

NAMA KUMPULAN :

SUKAN DAN REKREASI

NAMA NO MATRIK

MUHAMAD SYAZANI BIN AZMAN A143808

ABDUL HAAYIE BIN ISMAIL A143790

ALFATIHAH BINTI ALDONIA A143791

MOHAMAD MUAZZAM BIN CHE RAHIMI A143793

SITI NUR ATHIRAH BINTI MANSOR A143802

Pengenalan

Definisi kemahiran sosial mengikut Thacker(1996) mendefinisikan kemahiran sosial sebagai

keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau

kerja.Istilah kemahiran sosial yang digunakan bermaksud keupayaanu ntuk menghasilkan

tingkahlaku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan secara lisan dalam proses

berinteraksi tanpa menyakitkan perasaan orang lain.

Menurut Philip(1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin

untukmelakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Pada pandangan Kail(2001) pula

,pengalaman dari pendedahan awal berkaitan dengan proses sosialisasi akan memberikan

keyakinan kepada kanak-kanak dan ianya akan menjadibekalan untuk berkembang dengan

positif pada semua pringkat usia.Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan ,terdapat banyak

kekurangan yang seharusnya dibantu untuk dipenuhi bagi mencapai sesuatu kemahiran.

Menurut tafsiran Albert Bandura (1986) dari perspektif teori pembelajaran sosial,manusia

sebagai makhluk yang aktif ,berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses

pekembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain.

Tajuk Kajian

Kajian mengenai kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban di kawasan Taman Tasik

Cempaka.

Objektif Kajian.

Melatih diri pelajar berkomunikasi dengan orang awam

Mendapatkan pandangan orang awam tentang kemahiran sosial.

Mengasah bakat kemahiran sosial pelajar

Prosedur

Menemual sebanyak empat orang responden,tiga perempuan dan seorang lelaki. Nama-nama

respoden tersebut ialah :

Nurul Nadirah binti Haji Mustazar

Nurul Najihah Binti Haji Mustazar

Mohd Hakim bin Mohammad

Puan Rasyidah

Kronologi Temubual

Sebelum pergi ke Taman Tasik Cempaka, kami sekumpulan telah melakukan sedikit

perbincangan bagi menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk ke sana. Setelah mencapai

kata sepakat kami telah memilih satu tarikh tetapi telah ditunda kerana faktor cuaca yang

hujan . Kami terpaksa merangka semula perancangan kami. Pada tanggal 22 Disember

akhirnya cuaca menyebelahi kami. Kami pun bertolak ke Taman Tasik Cempaka dengan

menaiki motorsikal.

Setelah tiba disana, kami mula mengambil gambar permandangan di tasik tersebut . Kawasan

disana sungguh cantik dan menenangkan. Ramai orang awam datang untuk beriadah.

Sebahagian besar dating ke Taman Tasik Cempaka bersama keluarga. Ayah bersama anak,

Emak bersama anak dan kakak dan adik. Bagi respoden yang petama dan kedua kami telah

menemubual dua orang beradik yang berumur 17 dan 18 tahun. Nurul Nadirah Binti

Musatazar dan kakaknya Nurul Najiha Binti Mustazar yang merupakan siswi di Uitm

Segamat Johor. Kedua- duanya agak mesra dan malu pada awalnya untuk ditemubual.

Setelah menjelaskan siapa dan tujuan kami akhirnya mereka bersetuju.

Nurul Najihah dan Nurul Nadira

Seterusnya kami telah mencari seorang lelaki untuk ditemubual. Encik Mohd Hakim Bin

Mohammad berusia 26 tahun bersetuju untuk ditemubual.. Beliau menjalankan perniagaan

sendiri dan sering datang ke tasik ini bersama keluarga. Pelbagai perkongsian telah

dilakukan.

Seterusnya kami telah memilih orang dewasa untuk ditemualbaual bagi melengkapakan

perancangan kami menembual dan meminta pandangan dari tiga golongan iaitu remaja,belia

dan dewasa. Orang terakhir yang ditemubual ialah Puan Rasyidah iaitu emak kepada empat

orang dan merupakan seorang suri rumah. Nasihat dan pandangan beliau amat berguna

kepada kami untuk dijadikan panduan.

Refleksi Hasil Temubual

Hasi dapatan yang telah peroleh berbeza mengikuti lapisan umur namun masih berada dalam

satu objektif yang sama. Kesemua respoden menyatakan bahawa kemahiran sosial amat

penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita. Bagi anak muda seperti

Najiha dan Nazirah, menyatakan bahawa hubungan social itu perlu bermula dari sebuah

instittusi kekeluargaan. Bagi mereka. Pantauan dripada ibu bapa amat penting dalam

mendidik anak muda kerana anak remaja seperti mereka perlu dipimpin kerana bimbang akan

melakukan satu kesilapan.

Bagi pandangan belia pula iaitu En Mohd Hakim, pada tahap umur ini seseorang itu perlu

mahir dalam hubungan social dalam membentuk kerjaya.Pada tahap belia meraka perlu peka

terhadap keadaan sekeliling dan mengambil tahu hal semasa. Sikap yang baik perlu

dipraktikkan kerana sudah mampu berfikir dan membuat keputusan disamping membezakan

baik dan buruk. Kemahiran sosial lebih fokus kepada diri sendiri.

Seterusnya untuk golongan dewasa seperti puan Rasyidah pula, perlu fokus terhadap diri

sendiri dan anak-anak. Pemantauan dilakukan oleh beliau terhadap anak. Contoh tindakan

yang diambil ialah, tidak membenarkan keluar dengan kawan berlainan jantina, sering

membawa anak beliau keluar bersama dan mengenali rakan rapat anak beliau.

Pandangan daripada semua amat berguna terhadap kami kerana bagi pelajar seperti kami

kemahiran social itu amat penting tanpa mengira umur,pangkat atau bangsa. Kemhiran ini

perlu dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya membentuk

Negara yang aman.

Refleksi Setiap Ahli.

1. Muhamad Syazani bin Azman

Pengalaman yang menarik kerana dapat mendekati orang kita tidak kenal. Daripada tidak

kenal menjadi kenal. Selain itu dapat membentuk nilai kerjasama sesama ahli. Kami

membuat perancangan yang rapi sebelum menjalankan aktviti walaupun ditimpa pelbagai

rintangan sehingga berjaya dilaksanakan Temubual ini dapat membantu keyakinan diri saya

secara peribadi unutk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Mendengar nasihat

dengan orang lebih tua dari kita serta berkongsi pandangan dengan rakan sebaya sangat

membantu membaiki hidup kita untuk menjdi lebih baik. Secara keseluruhannya aktiviti ini

amat membantu dalam membina satu hubungan bersama masyarakat setempat dan memberi

imej kepada Ukm secara khususnya.

Penutup

Secara keseluruhannya kajian ini amat berguna dalam membentuk integriti seseorang

mahasiswa itu untuk bergaul dengan orang awam. Pelbagai teknik dan kaedah yang telah

dipelajari melalui kajian ini bermula daripada awal sehingga akhir memerlukan cara yang

sesaui bagi melahirkan satu temubual yang berkuatli seterusnya meningkatkan kemahiran

sosial seseorang individu itu ke tahap lebih tinggi. Kajian seperti ini perlu dijalankan oleh

pelajar UKM kerana sememang dapat membantu meningkatakan keyakinan diri.

2. Siti Nur Athirah Binti Mansor.

Saya ingin mengutarakan refleksi sepanjang menjalankan kajian bersama ahli

kumpulan saya di Taman Tasik Chempaka. Apabila kami sampai di tempat kajian, kami

sekumpulan telah membahagikan tugas dan memahami soalan yang ingin diutarakan kepada

orang awam yang sedang beriadah. Kami berasa sangat seronok melihat aktiviti yang mereka

lakukan iaitu, berjoging, aerobik, tekan tubi dan lain-lain. Aktiviti yang dapat menarik

perhatian saya ialah aktiviti aerobik kerana telah diketua oleh orang yang sudah berusia

dalam likungan umur 50. Walaupun sudah berumur, beliau masih sihat dan mampu

melakukan senaman dengan baik dan juga bertenaga.

Semasa kami pergi ke sana, kami telah disambut dengan baik sekali dan mereka telah

mempelawa kami untuk menyertai mereka bersama. Terdapat seorang perempuan telah

datang dekat dengan kami dan menjelaskan bahawa aktiviti ini merupakan satu aktiviti

percuma dan riadah ini dilakukan di setiap hari.

Dikesempatan itu, kami telah meminta perumpuan itu untuk kami menemubual untuk

menyempurnakan kajian kami. Alhamdulillah, beliau telah memberi layanan yang amat

memuaskan. Segala persoalan yang dijawab amat memberikan kepuasan kepada kami

sekumpulan kerana jawapan yang diberikan adalah menepati syarat yang kami ingini.

Setelah selesai menemuramah beliau, kami sempat menyertai aktiviti aerobik. Setelah

selesai, kami teruskan perjalan kami di Taman itu sambil menemuramah orang awam yang

lain di kawasan ini. Kemudian, kami bersempatan menemuramah 4 lagi orang di sana untuk

melengkapkan kajian kami.

Sepanjang aktiviti menemuramah, saya dapat banyak nilai murni, antaranya ialah

masyarakat sekeliling masih lagi memupuk semangat kebermasyarakatan. Nilai

kebertanggungjawaban juga masih diterapkan oleh mereka. Hal ini kerana, jawapan yang

diberikan amat ikhlas dan begitu semangat memberi nasihat dan pandangan terhadap social

dan juga kebertanggungjawapan.

Melalui aktiviti kajian ini, ia telah memberi inspirasi kepada saya untuk mengaplikasikan

semua ini dalam diri saya. Ia juga telah menasihati diri saya sendiri agar menjadi masyarakat

yang lebih sosial positif dan juga menerapkan rasa kebertanggungjawaban.

3. Abdul Haayie Bim Ismail(A143790)

Melaporkan perasaan semua ahli semasa menjalankan kajian ini. Perasaan ahli

kumpulan saya semasa menjalankan kajian,rata-rata agak gementar kerana terpaksa

berhadapan dengan masyarakat awam yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan

mempunyai pandangan tersendiri.Setelah kajian dijalankan dan sesi soal selidik

berlangsung,ahli kumpulan saya nampak lebih yakin untuk mengajukan soalan.Hal ini kerana

pengunjung taman rekreasi tasik cempaka pada hari itu, memberi kerjasama yang baik dan

menjawab setiap soalan yang diajukan.Perasaan gembira jelas terpancara diwajah ahli

kumpulan saya apabila jumlah respondan yang di inginkan sudah mencukupi dan pandangan

yang diberikan oleh respondan menjawab soalan.

Perasaan dari awal kajian sehingga akhir kajian. Diawal kajian dijalankan saya

kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan sentiasa berfikiran negatif.Pada

pertengahan kajian saya mendapat rentak untuk melakukan kajian dan saya diberi peluang

oleh rakan-rakan yang lain untuk menemubual salah seorang pengunjung di taman

tersebut.Di akhir kajian,saya begitu teruja untuk melakukan lagi kerana respondan memberi

kerjasama yang baik dan boleh bergurau senda.

Perasaan dari segi apa yang dipelajari dari kajian ini sebagai pelajar dan aplikasi kepada

kehidupan pelajar

Apa yang saya pelajari dan perolehi dari kajian ini ialah perasaan tangungjawab saya

terhadap orang disekeliling.Saya sebagai pelajar seharusnya lebih bertangungjwab untuk

membimbing masyrakat atau rakan-rakan ke arah kebaikan contohnya mengadakan program

ilmu dan gotong royong.Seterusnya aktiviti sosial dalam diri saya harus dikurangkan dan

sentiasa mengawal hubungan sosial supaya tidak menjejaskan pelajaran contohnya keluar

lewat malam,lepak,dan pergaualan bebas antara lelaki dan wanita.

4. Alfatihah Binti Adonia (A143791)

Assalamualaikum, perasaan saya mengambil kursus kemahiran social dan

kebertanggungjawaban adalah berasa gembira kerana dapat belajar tentang bagaimana kita

hendak mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri ketika berada dalam sesuatu masyarakat.

Untuk perjalanan kajian ini, saya dan ahli kumpulan yang lain telah merancang untuk

pergi menemubual atau menemuramah masyarkat yang pergi berjoging di tasik cempaka

bangi. Perjalanan program kami agak baik sekali kerana adanya kerjasama daripada rakan-

rakan yang lain serta pengunjung-pengunjung di taman cempaka. Banyak pengalaman yang

kami dapat semasa menjalankan kajian ini kerana dapat berhadapan dengan masyarkat

daripada pelbagai lapisan seperti remaja,belia, dan golongan dewasa. Pengunjung taman tasik

cempaka amat mesra sekali dan mereka juga mempelawa kami semua untuk turut bersama-

sama bererobik dengan mereka. Untuk tidak menghampakan pelwaan mereka, kami turut

serta dengan perasaan malu dan serba salah.

Saya berharap kursus kemahiran social dan kebertanggungjawaban ini mampu

melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai rasa tanggungjwab terhadap

keluarga, masyarakat dan Negara.

5. Mohamad Muazzam Bin Che Rahimi (A143793)

Assalamualaikum dr, setelah saya mengambil kemahiran social dan

kebertangunjawapban telah banyak menberikan saya pengetahuan yang baru. Contoh isu-isu

semasa yang berkaitan dengan masalah social yang berlaku pada masa nie. Selain itu, saya

lebih bertangguwajab terhadap masyarakat sekeling. Kita sebagai seorang masyarakat harus

cakna terhadap masalah yang berlaku di sekitar kita bukan berdiam diri dan tidak mengambil

tahu akan perkara tersebut. Sebaliknya kita harus membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, semasa kumpulan kami membuat temu bual bersama masyarakat di

kawasan tasik cempakan telah memberikan bnyak maklumat yang berguna kepada kami

semua. Kerana pada masa sekarang masalah sosial di Negara kita amat merusingkan.

Daripada padangan saya peranan keluarga amat penting dalam menanggani masalah sosial

ini. Kerana apa perkara akan bermula dari rumah. Dan ibubapa harus memainkan peranan

yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka.

Dengan adanya sesi temubual dengan masyakat , kami juga dapat mendalami lagi

tentang permasalahan yang berlaku dalam masyarakat diluar sana. Secara keseluruhannya

subjek ini telah banyak memberikan saya kesedaran tentang kehidupan bermasyarakat. Tanpa

masyakat hidup kita tidak aakn berkembang dan tidak akan maju kehadapan. Sekian terima

kasih

LAMPIRAN