kedaulatan islam tanggungjawab semua

Upload: damairin-selangor

Post on 07-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    1/8

     

    1

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    *AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari

    kandungan khutbah yang dikeluarkan.

    “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    21 November 2014M / 28 Muharram 1436H

     Apakah mereka mencari selain dari agama Allah sedangkantelah tunduk berserah diri segala yang ada di langit dan dibumi samada secara rela dan secara paksa. DankepadaNyalah mereka dikembalikan.

    Sidang Jumaat Sekalian, 

    Islam menghadapi berbagai-bagai cabaran samaada daripada

    musuh-musuh Islam mahupun umat Islam sendiri yang Islamnya hanya

    atas nama semata-mata. Walaupun negara kita pernah diisytiharkan

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    2/8

     

    2

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    sebagai sebuah Negara Islam, agama negara adalah Agama Islam namun

    sikap umat Islam sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk

    mempertahankan kedaulatan Islam menjadikan Islam sebagai agama yang

    semakin terancam. Ini ditambah lagi dengan serangan berterusan daripada

    musuh-musuh Islam yang kini lebih banyak didokongi oleh golongan yang

    hanya mengaku Islam tetapi iktikad, pendirian dan hala tuju perjuangan

    mereka semata-mata untuk menghalang Islam daripada terus menyekat

    mereka dari memperhambakan diri kepada hawa nafsu mereka. Mereka

    hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan layanan baik terhadapmereka dan menggunakan Islam bahkan agar orang lain beradab dengan

    mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pernah beradab

    dengan Allah SWT dan RasulNya, apatahlagi berakhlak dengan akhlak

    Islam jauh sekali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Mereka

    mentafsirkan Islam sesuka hati mereka dan menyalah tafsirkan Islam bagi

    melunakkan pandangan masyarakat terhadap mereka. Dalam masa yang

    sama, mereka menolak segala ajaran Islam yang menyekat nafsu syahwat

    mereka.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

     Antara ancaman yang sedang dihadapi oleh umat Islam di negara ini

    ialah usaha menghalang Islam dikuatkuasakan walaupun ke atas Umat

    Islam sendiri. Mereka memperkudakan sistem kehakiman negara untuk

    tunduk kepada kehendak nafsu mereka. Ini dilaksanakan dengan menyeret

    urusan agama dan ketetapan tuhan untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil

    yang tidak berasaskan agama. Bermula dengan usaha mencabar Institusi

    Fatwa yang telah mengeluarkan fatwa sehinggalah kepada tindakan

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    3/8

     

    3

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen

    Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai bercanggah dengan

    perlembagaan. Kedua-dua tindakan ini walaupun kelihatannya seperti

    mempertahankan hak asasi manusia tetapi hakikatnya adalah pencabulan

    kepada hak Allah SWT sebagai kuasa tertinggi dalam menetapkan hukum

    terhadap hamba-hambaNya. Undang-undang dunia disalahgunakan

    semata-mata untuk mencabar kuasa Allah ke atas umat Islam sendiri.

    Muslimin yang dirahmati Allah,

    Di samping kita berusaha memartabatkan Perlembagaan

    Persekutuan sebagai undang-undang yang menjamin hak asasi setiap

    warganegara, kita juga wajib melihat Perlembagaan Persekutuan dari

    sudut roh keagamaan dan semangatnya dalam menjamin kedaulatan Islam

    di negara ini. Hak asasi hanya satu sudut kecil daripada perkara yang

    dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi tidaklah sampai menafikan

    kedaulatan Islam dan hak umat Islam untuk mengamalkan Islam.

    Perlembagaan telah menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan

    urusan keagamaan diletakkan di bawah bidangkuasa negeri yang dinaungi

    oleh Raja-Raja Melayu. Sebarang bentuk pencabulan terhadap urusan

    pentadbiran Hal Ehwal Agama adalah merupakan satu penderhakaan

    terhadap raja dan sultan yang memerintah negeri-negeri.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan

    bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang

    kuasa Mahkamah Syariah. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    4/8

     

    4

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    mempunyai bidangkuasa tertinggi dalam menetapkan sesuatu kes

    berkenaan Hal Ehwal Islam sebagaimana yang telah diputuskan dalam dua

    penghakiman Mahkamah Persekutuan yang terdahulu iaitu kes Sulaiman

    Takrib dan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur.

    Keputusan tersebut juga adalah tidak sejajar dengan beberapa

    peruntukkan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang

    meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi

    Persekutuan. Mahkamah Rayuan sepatutnya perlu mengambil kira norma

    masyarakat Melayu Islam yang merupakan teras kepada jati dirikebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur

    asas yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan

    struktur asas ini akan mengakibatkan jati diri dan kerangka Perlembagaan

    Persekutuan itu sendiri terpecah. Namun malangnya peruntukan yang

    diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan ini sentiasa dicabar oleh

    musuh-musuh Islam dari semasa ke semasa. Maka kedaulatan Islam

    hanya dapat dipertahankan  jika semua yang terlibat mempunyai jati diri

    Islam yang kuat dan sentiasa berusaha untuk menghayati Islam

    sepenuhnya.

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    5/8

     

    5

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diridan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atauterbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalamTaurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati

     janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yangbesar.

    Sidang Jumaat yang dihormati

    Islam memerlukan dan menuntut semua penganutnya berjuang dan

    berjihad demi memastikan kedaulatannya di muka bumi. Umat-umat

    terdahulu telah mengorbankan segala yang mereka miliki demi

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    6/8

     

    6

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    memartabatkan Islam sehingga kita semua mendapat rahmat dan hidayah

    dari tuhan. Amat jauh bezanya Umat Islam yang ada hari ini yang bukan

    sahaja tidak pernah bersungguh-sungguh menyumbang untuk

    memartabatkan Islam malah memandang ringan segala ancaman terhadap

    kedaulatan Islam. Dengan corak kehidupan kita yang sambil lewa dalam

    melaksanakan ajaran Islam, kita tanpa segan silu mendakwa bahawa Islam

    kita begitu sempurna dan mengharapkan syurga.

    Hamba-Hamba Allah sekelian,

    Walau setinggi mana kelulusan kita, walau sehebat mana jawatan

    kita, walau siapapun kita, tidak ada nilainya di sisi Allah SWT jika kita gagal

    menjalankan peranan kita sebagai Hamba Allah. Setiap hukum yang kita

    putuskan bercanggah dengan keputusan Allah, setiap tafsiran mengenai

    Perlembagaan Persekutuan yang menafikan Hak Allah, setiap sokongan

    dan bantuan kita kepada golongan yang memusuhi agama Allah, setiap

    apa sahaja yang kita usahakan yang membawa masalah kepada agama

     Allah, akan dinilai dan menjadi tiket untuk kita ke neraka Allah SWT. Di

     Akhirat kelak kita akan menyesal dan mengharapkan agar kita dilahirkan

    semula sebagai tanah kerana sebagai tanah tidak memungkinkan kita

    memegang jawatan dan peranan yang membawa kita ke neraka. 

    Bagi mengakhiri khutbah pada minggu ini mimbar ingin

    memaklumkan kepada sidang jemaah sekelian bahawa Kerajaan Negeri

    Perak menjemput kepada semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri

    majlis tersebut pada 27 November 2014M (hari khamis) untuk bersama-

    sama memeriahkan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

    Sultan Perak dengan diadakan bacaan yasin dan doa selamat di Masjid

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    7/8

     

    7

    Khutbah Jumaat 21 November 2014: “KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA” 

    (Jabatan Agama Islam Perak) 

    Ridwaniah (Masjid Daerah Kuala Kangsar) selepas Maghrib. Selepas solat

    isya’ pula akan diadakan forum perdana hal ehwal Islam bersempena

    dengan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

    yang akan disiarkan secara langsung di tv1 . Forum tersebut akan

    diadakan di dewan Jubli Perak Bersebelahan Masjid Ridwaniah Kuala

    Kangsar. Ahli panelnya terdiri daripada: Panel pertama: Ustaz Kazim Elias

     Al-Hafiz dan panel kedua Ustaz Dato’ Najmuddin Elias Al-Hafiz Forum

    yang bertajuk : “ISLAM, MELAYU DAN RAJA”. Duli Yang Maha Mulia

    Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat mencemar duli ke kedua-duamajlis tersebut. Oleh itu, mimbar sekali lagi mengalu-alukan kedatangan

    muslimin-muslimat ke majlis tersebut.

  • 8/19/2019 Kedaulatan Islam Tanggungjawab Semua

    8/8