penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul...

83

Upload: dodieu

Post on 10-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan
Page 2: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

2

Penafian

Segala strategi yang digariskan dalam eBook ini mungkin

tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan

dikeluarkan untuk mengeluarkan sesuatu keputusan.

Segala nasihat, idea dan cadangan adalah ditulis sebagai

panduan asas dan nasihat profesional mungkin

diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau

kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya,

bagi kedua-duanya penulis dan penerbit secara khusus

tidak bertanggungjawab terhadap apa jua liabiliti,

kerugian atau risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang

berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung,

daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa jua

kandungan daripada buku ini.

Page 3: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

3

Hak Cipta Terpelihara © 2017 KakiProperty & Dr. Bad

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang

mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini

termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk

dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman,

cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih

dahulu mendapat izin bertulis daripada kakiproperty.com

Edisi Ketiga Disember 2017

Page 4: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

4

Biodata

DR. HAJI BADRUL HISHAM BIN MOHD YUSOFF

CFP, CA(M), CMIIA, MMIM MBA, BACCT (HONS), ASA(Aust), CRMA

Penulis bersama merupakan Pengarah Urusan kepada

firma Badrul & Co Berpengalaman luas dalam bidang

perakaunan, hartanah, pengurusan kewangan, khidmat

latihan dan perbankan. Pernah berkhidmat sebagai

pengurus kanan audit di beberapa syarikat GLC dan

institusi kewangan sebelum menguruskan firma Badrul &

Co secara sepenuhnya.

Page 5: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

5

Isi Kandungan

Penafian .......................................................................................................................................... 2

Biodata ............................................................................................................................................ 4

Kata Pengantar ............................................................................................................................... 7

Rujukan Pantas ............................................................................................................................. 10

Singkatan Perkataan ................................................................................................................. 10

Jadual Cukai Tahun Taksiran 2017 .......................................................................................... 11

Jadual Cukai Tahun Taksiran 2018 .......................................................................................... 13

Derma & Hadiah Tahun Taksiran 2017/18 ............................................................................... 15

Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2017/18 .............................................................................. 16

Rebat Tahun Taksiran 2017-2018 ............................................................................................ 18

Jadual Cukai Taksiran Syarikat Korporat ................................................................................. 18

Formula Pengiraan Cukai Pendapatan ..................................................................................... 19

Buat Bisnes? Daftar Syarikat enterprise ...................................................................................... 20

Siapa yang menjalankan bisnes pemilikan tunggal? ............................................................... 21

Kelebihan Enterprise ................................................................................................................. 22

Kelemahan Enterprise ............................................................................................................... 23

Dapat Duit, Bayar Cukai ................................................................................................................ 24

Jualan ........................................................................................................................................ 26

Kos Jualan ................................................................................................................................ 28

Untung Pakai, Tolak Cukai ........................................................................................................... 30

Pebelanjaan yang dibenarkan .................................................................................................. 31

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan ........................................................................................ 33

Barang Sendiri, Bisnes Pakai........................................................................................................ 34

Belanja Orang, Tolak Cukai........................................................................................................... 37

Bayar Gaji, Carum KWSP .............................................................................................................. 39

Perancangan Cukai: Bayar Gaji Untuk Isteri ............................................................................ 40

Pinjam Duit, Kena Faedah ............................................................................................................ 43

Beri Hutang, Ada Tak Bayar .......................................................................................................... 45

Page 6: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

6

Potongan Cukai Berganda ............................................................................................................ 47

Elaun Modal .................................................................................................................................. 49

Elaun Modal untuk Kenderaan ..................................................................................................... 53

Kesalahan dengan Cukai .............................................................................................................. 57

Kesilapan Pemilik Bisnes ............................................................................................................. 59

Tidak menyimpan rekod kewangan, resit, baucer semasa. ..................................................... 59

Tidak buat bajet dan ramalan kewangan tahunan. ................................................................. 61

Tidak berjumpa dengan akauntan profesional ........................................................................ 63

Tidak menyimpan semua dokumen dalam fail dan tersusun.................................................. 64

Enterprise ke Sdn Bhd .................................................................................................................. 67

Contoh Pengiraan ......................................................................................................................... 70

Senario 1 ................................................................................................................................... 70

Senario 2 ................................................................................................................................... 77

Senario 3 ................................................................................................................................... 80

Penutup ......................................................................................................................................... 81

Page 7: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

7

Kata Pengantar

Fuh, Lega! Siap semua kerja percukaian untuk bisnes kita

pada tahun ini. Bagi anda yang belum lagi membayar

cukai, diingatkan untuk kita yang ada pendapatan

perniagaan, perlu melunaskan bayaran cukai pada atau

sebelum 30 Jun setiap tahun (Borang B).

Nak lari? Tidak mahu bayar cukai? Buangkanlah angan-

anganmu itu. Lambat laun, anda akan tertangkap juga.

Anda perlu tahu, banyak kelebihan jika kita membayar

cukai walaupun hanya RM1.

Untuk individu yang makan gaji (Borang BE), mereka

mungkin (tidak semua) tidak ambil berat sangat

mengenai cukai ini. Kerana bagi mereka, setiap tahun

adalah sama dan hanya berbeza jika ada penambahan

pendapatan.

Page 8: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

8

Bagi kita yang menjalankan perniagaan walaupun

pendapatan hanya sedikit, cukai amat penting sekali. Ia

merupakan ‘slip gaji’ dan dokumen yang diguna pakai

untuk membuat pinjaman bank.

Kita perlu tahu bagaimana untuk membuat perancangan

percukaian kita sendiri. Maklumlah LHDN telah

memberikan kepercayaan kepada kita untuk menaksir

sendiri cukai kita setiap tahun.

Jadi, adalah tanggungjawab semua pihak untuk

memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul

dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi

individu yang berniaga dan sekaligus menguruskan

percukaian. Malah, pakar percukaian pun boleh pening

kepala dengan undang-undang cukai yang sentiasa

berubah.

Ebook ini akan memberikan ilmu asas percukaian dan

kefahaman menguruskan bisnes supaya kita boleh

Page 9: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

9

mendapat faedah maksimum daripada insentif cukai dan

elaun.

Saya pasti ramai diantara pemilik perniagaan kecil-

kecilan masih tidak menaksirkan cukai mereka. Apatah

lagi membayarnya.

Kerana tidak tahu bagaimana menaksirkan cukai sendiri,

dan kekurangan bajet untuk mendapatkan bantuan

profesional tentang percukaian, ramai yang terperangkap

dan terpaksa membayar penalti yang berlipat kali ganda.

Saya berharap dengan ebook yang mampu milik ini, ramai

yang akan memperolehi manfaat daripadanya. Saya

bukan pakar percukaian. Tetapi saya belajar dari

kesilapan saya sendiri.

Semoga Allah s.w.t memberkati anda semua yang tidak

berhenti mencari ilmu. Ilmu adalah kuasa, tetapi hanya

apabila ia dipraktikkan. Selamat Berjaya!

Page 10: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

10

Rujukan Pantas

Singkatan Perkataan

LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri

KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Sdn. Bhd. Sendirian Berhad

SOCSO Pertubuhan Keselamatan Sosial

OKU Orang Kelainan Upaya

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

ICT Teknologi Komunikasi dan Informasi

PCB Potongan Cukai Bulanan

BOP Business Opportunity Program/ Program Peluang Perniagaan

MAKNA Majlis Kanser Nasional

Page 11: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

11

Jadual Cukai Tahun Taksiran 2017

Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

5,000 – 20,000 5,000 pertama 15,000 berikutnya

1

0 150

20,001 – 35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya

5

150 750

35,001 – 50,000 35,000 pertama 15,000 berikutnya

10

900 1,500

50,001 – 70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya

16

2,400 3,200

70,001 – 100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya

21

5,600 6,300

100,001 – 250,000 100,000 pertama 150,000 berikutnya

24

11,900 36,000

250,001 – 400,000 2500,000 pertama 150,000 berikutnya

24.5

47,900 36,750

400,000 – 600,000 400,000 pertama RM berikutnya

25

84,650 50,000

600,000 -1,000,000 600,000 pertama RM berikutnya

26

134,650 104,000

Page 12: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

12

Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama RM berikutnya

28

238,650

Page 13: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

13

Jadual Cukai Tahun Taksiran 2018

Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

5,000 – 20,000 5,000 pertama 15,000 berikutnya

1

0 150

20,001 – 35,000 20,000 pertama 15,000 berikutnya

3

150 450

35,001 – 50,000 35,000 pertama 15,000 berikutnya

8

600 1,200

50,001 – 70,000 50,000 pertama 20,000 berikutnya

14

1,800 2,800

70,001 – 100,000 70,000 pertama 30,000 berikutnya

21

4,600 6,300

100,001 – 250,000 100,000 pertama 150,000 berikutnya

24

10,900 36,000

250,001 – 400,000 2500,000 pertama 150,000 berikutnya

24.5

46,900 36,750

400,000 – 600,000 400,000 pertama RM berikutnya

25

83,650 50,000

600,000 -1,000,000 600,000 pertama RM berikutnya

26

133,650 104,000

Page 14: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

14

Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama RM berikutnya

28

237,650

Page 15: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

15

Derma & Hadiah Tahun Taksiran 2017/18

Butiran Derma & Hadiah Penolakan (RM)

Hadiah wang tunai kepada kerajaan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan

Mengikut Jumlah Pembayaran

Hadiah wang :

Kepada institusi atau organisasi diluluskan Atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau

badan sukan yang diluluskan Atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan

negara yg diluluskan

Terhad 7% daripada Pendapatan Agregat

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan Tidak Melebihi RM20,000

Hadiah wang untuk kos peralatan perubatan kepada badan kesihatan Tidak melebihi RM20,000

Hadiah wang untuk sumbangan bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang kelainan upaya (OKU)

Mengikut Jumlah Pembayaran

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan Mengikut Jumlah Pembayaran

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara Mengikut Jumlah Pembayaran

Page 16: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

16

Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2017/18

Butiran Pelepasan Cukai Pelepasan (RM)

Diri Sendiri & Saudara Tanggungan 9,000

Suami/ Isteri/ Alimoni 4,000*

Suami/ Isteri Kurang Upaya 3,500

Perubatan, Keperluan Khas dan Penjagaan ibu bapa 5,000*

Peralatan Alat Sokongan Asas untuk isteri, anak atau ibu bapa 6,000*

Individu Kurang Upaya 6,000

Yuran Pendidikan Sendiri 7,000*

Perbelanjaan Perubatan Sakit Kronik sendiri, isteri atau anak

Pemeriksaan Perubatan Penuh (maksimum RM500)

6,000*

Gaya Hidup

i. Pembelian Buku ii. Pembelian Komputer peribadi

iii. Peralatan Sukan iv. Langganan Internet

2,500*

Pembelian Peralatan Penyusuan 1,000*

Page 17: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

17

Butiran Pelepasan Cukai Pelepasan (RM)

Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia – SSPN (Tabungan Bersih) (Sehingga Tahun Taksiran 2020 sahaja)

6,000*

Yuran Anak di Pra Sekolah atau Pusat Asuhan 1,000*

Faedah Pinjaman Perumahan untuk satu unit hartanah kediaman di mana Perjanjian Jual Beli bertarikh di antaran 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010. (Dibenarkan untuk 3 tahun berturut-turut)

10,000*

Insuran Nyawa

Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)

6,000*

Anak yang belum berkahwin

Kurang daripada 18 tahun

Lebih daripada 18 tahun

Belajar sepenuh masa

Dalam Negeri (Diploma ke atas)

Luar Negeri (Ijazah ke atas)

Kurang Upaya yang belajar di universiti/ kolej

Kurang Upaya (fizikal & mental)

2,000

8,000

8,000

8,000

14,000

6,000

Premium Insuran Perubatan atau Pendidikan 3,000*

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti tertunda (untuk Tahun Taksiran dari 2012 hingga 2021)

3,000*

*Pelepasan Maksimum

Page 18: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

18

Rebat Tahun Taksiran 2017-2018

Butiran Rebat Cukai Rebat (RM)

Individu yang berpendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 400

Suami/ Isteri yang telah dibenarkan pelepasan Isteri/ Suami (berpendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000)

400

Taksiran bersama Suami & Isteri dan berpendapatan bersama bercukai tidak melebihi RM35,000

800

Zakat atau Fitrah (dengan resit yang diperakui oleh LHDN) Amaun maksimum tertakluk kepada

cukai yang dikenakan

Jadual Cukai Taksiran Syarikat Korporat

Pendapatan Bercukai (RM)

Tahun Taksiran 2015

Tahun Taksiran 2016

Tahun Taksiran 2017

RM500,000 pertama 20% 19% 18%

Melebihi RM500,000 25% 24% 24%

Page 19: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

19

Formula Pengiraan Cukai Pendapatan

Pendapatan Kasar Penggajian/ Jualan RM xxx

(Tolak) Perbelanjaan dibenarkan RM xxx

Untung bersih sebelum cukai RM xxx

(Tambah) Perbelanjaan yang tidak dibernarkan

RMxxx

Pendapatan Larasan/ Berkanun RM xxx

(Tambah) Pendapatan Berkanun Lain (Faedah, Royalti, Sewa, Pendapatan lain)

RM xxx

Pendapatan Agregat RM xxx

(Tolak) Elaun Modal RM xxx

Pendapatan Statutori RM xxx

(Tolak) Derma Yang diluluskan RM xxx

Jumlah Pendapatan RM xxx

(Tolak) Pelepasan Cukai RM xxx

Pendapatan Bercukai RM xxx

Jumlah Cukai Pendapatan (Mengikut Jadual) RM xxx

(Tolak) Rebat RM xxx

Cukai Kena Bayar RM xxx

(Tolak) Potongan Cukai Bulanan (PCB)/ Ansuran CP500

RM xxx

Baki Cukai Kena Dibayar/ Cukai Terlebih Bayar RM xxx

Page 20: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

20

Buat Bisnes? Daftar Syarikat

enterprise

Kebanyakan bisnes start-up akan memilih untuk

mendaftarkan syarikat mereka dengan pemilikan tunggal,

selalunya dipanggil enterprise. Ini bermaksud mereka

mempunyai kuasa mutlak terhadap operasi perniagaan

mereka. Ia mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan

prosedur yang rumit.

Untuk anda yang baru bermula untuk berniaga, saya

sarankan untuk mendaftarkan peniagaan anda dengan

segera. Sedikit sebanyak anda dapat menggunakan

kelebihan pengurangan cukai yang ada untuk membawa

perniaagan anda ke satu tahap yang lain.

Cukai akan dikenakan dalam bentuk perseorangan

melalui cukai Pendapatan LHDN. Ini bermakna, kita akan

Page 21: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

21

menaksir sendiri cukai dan menghantar Borang B pada 30

Jun setiap tahun.

Siapa yang menjalankan bisnes pemilikan

tunggal?

Peruncit

Pengedar

Penjaja

Agen Insuran

Agen MLM

Agen Unit Amanah

Teksi

Bisnes Perkhidmatan

Katering

Bisnes Internet

Agen Perlancongan

Freelancer

Perunding cara

Dan banyak lagi..

Page 22: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

22

Kelebihan Enterprise

Hak milik persendirian dan anda mempunyai hak

sepenuhnya ke atas segala keuntungan mahupun

kerugian. Segala maklumat dan rahsia dapat

disimpan dengan baik. Hanya rekod kewangan perlu

didedahkan kepada LHDN dan bukan kepada orang

awam atau pesaing.

Kos Operasi yang rendah berbanding dengan

Syarikat Sdn. Bhd kerana ia tidak melibatkan

setiausaha syarikat yang melibatkan kos rata-rata

RM4,500 sehingga RM20,000. Tidak perlu diaudit.

Peratusan cukai yang rendah berbanding Syarikat

Sdn. Bhd. Untuk RM500,000 pertama, sebanyak 20%

kadar cukai dikenakan untuk Sdn. Bhd. Manakala

25% untuk pendapatan bercukai melebih RM500,000.

Jadi jika keuntungan bersih bisnes anda bawah

RM300,000, maka anda masih lagi membayar cukai

lebih rendah berbanding syarikat Sdn. Bhd.

Page 23: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

23

Kelemahan Enterprise

Pemilik terdedah dengan bahaya risiko muflis kerana

menangung liabiliti yang tidak terhad. Segala harta

persendirian, aset bisnes akan hilang jika pemilik

diisytiharkan muflis.

Sukar mendapat bantuan modal yang besar untuk

berkembang ataupun menyelamatkan dalam

keadaaan bisnes yang merundum.

Kadangkala bank akan mengenakan kadar faedah

yang tinggi untuk pemilikan tunggal berbanding

syarikat Sdn. Bhd kerana akaun tidak diaudit dan

berisiko tinggi.

Page 24: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

24

Dapat Duit, Bayar Cukai

Mudah! Segala duit yang kita dapat dan hasil jualan/

bayaran perkhidmatan di Malaysia akan dikenakan cukai.

Jadi, jika anda mendapat pendapatan dari luar Malaysia,

anda tidak akan dikenakan cukai. Ini berita gembira!

Demi menggalakkan pelaburan syarikat Malaysia ke luar

negera, kerajaan telah membuat pengecualian cukai sejak

Tahun Taksiran 2004.

Jangan seronok sangat! Jika seluruh pengurusan dan

operasi bisnes anda, masih di Malaysia, ianya masih

dianggap sumber pendapatan bisnes di Malaysia.

Pendapatan kasar daripada jualan di luar negara akan

menjadi sebahagian daipada pendapatan perniagaan

yang dianggap diperolehi di Malaysia. Ia akan dikenakan

cukai di Malaysia.

Page 25: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

25

Contoh 1

Ahmad menjual ebook yang bernilai USD97 dan ada pelanggan dari

Brazil yang membeli ebook tersebut menerusi transaksi online. Hasil

jualan tersebut akan dikenakan cukai.

Contoh 2

Tony merupakan pereka grafik freelance. Beliau bekerja dari rumah dan

segala urusan bisnes dilakukan melalui syarikat beliau Grafiks

Enterprise. Beliau mendapat satu projek dari firma Singapura untuk

membuat beberapa design pengiklanan yang bernilai SGD1000. Beliau

terpaksa pergi ke Singapura untuk berbincang dan menghantar artwork

tersebut. Pendapatan tersebut akan dikenakan cukai.

Contoh 3

Aqif telah mendaftarkan syarikat di Amerika Syarikat melalui

legalzoom.com dan membuka akaun bank di sana. Beliau mempunyai

alamat pejabat di San Francisco, California, walaupun langsung tidak

pernah pergi ke Amerika Syarikat. Segala pendapatan yang beliau dapat

diluar negara tidak akan dikenakan cukai di Malaysia.

Page 26: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

26

Jualan

Jika sesuatu produk dan nilai jualan bertukar tangan, ia

akan dikira sebagai pendapatan. Begitu juga dengan

perkhidmatan, apabila sesuatu khidmat diselesaikan dan

sudah menerima bayaran penuh, ianya akan dikira

sebagai pendapatan.

Contoh 4

Fariz merupakan pereka perisian komputer. Beliau mendapat satu projek

dari Syarikat XXX pada 1 Oktober 2014 untuk membuat perisian

mengenai pengurusan projek. Jumlah bayaran yang akan beliau perolehi

pada penyerahan projek ialah RM50,000 pada 28 Februari 2015. Tetapi

pada awal permulaan projek, beliau telah dibayar sebanyak RM10,000.

Bagaimana beliau perlu menaksir pendapatannya?

Keseluruhan bayaran RM50,000 akan dikira sebagai pendapatan Fariz

pada tahun 2015. Jadi, ia akan menjadi sebahagian daripada

pendapatan untuk tahun taksiran 2015 yang perlu dihantar pada 30 Jun

2016. RM10,000 belum lagi dikira sebagai pendapatan kerana kerja yang

dilakukan belum lagi siap.

Page 27: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

27

Berbeza dengan projek yang memakan masa yang lama,

2 tahun atau lebih. Pembayaran secara berperingkat

mengikut peratusan siap (projek pembinaan), boleh

dianggap sebagai pendapatan untuk tahun taksiran

penerimaan bayaran.

Page 28: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

28

Kos Jualan

Ini khusus untuk peniaga yang mempunyai stok

perniagaan. Stok adalah aset bisnes anda dan dicatatkan

di dalam Penyata Kunci Kira-kira Syarikat. Bagi

memudahkan pemahaman, mari kita lihat contoh.

Contoh 5

Azman merupakan penjual penapis air beralkali. Pada tahun 2014,

beliau telah mendapatkan 20 unit penapis air dengan kos sebanyak

RM4,000 seunit. 15 unit penapis air dapat dijual dengan harga

RM6,000 seunit. Pada 31 Disember 2014, terdapat 5 unit penapis air

yang belum terjual.

Jualan (RM6,000 x 15 unit) RM 90,000

(Tolak) Kos Jualan (RM4,000 x 15 unit) RM 60,000

Untung Kasar RM 30,000

*5 penapis air akan dinyatakan dalam penyata kunci kira-kira untuk

dibawa ke tahun kewangan seterusnya.

Page 29: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

29

Oleh sebab itu, saya sarankan apa jua bisnes yang

menyimpan stok, harus memiliki nota pengurusan

pengeluaran – Kawalan inventori agar segala maklumat

jualan dan jumlah stok dalam keadaan terbaik.

Bukan itu sahaja, ianya penting bagi kualiti stok dalam

keadaan yang sempuran, memeriksa risiko kecurian atau

kehilangan.

Simpan dokumen stok inventori, penyata kunci kira-kira

secara rapi selama 7 tahun kerana pihak berkuasa

percukaian akan memeriksa dokumen tersebut semasa

cukai anda diaudit.

Page 30: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

30

Untung Pakai, Tolak Cukai

Perbelanjaan menguruskan perniagaan boleh ditolak

cukai. Di sinilah memainkan peranan yang penting, bagi

anda yang ingin menguruskan perniagaan dengan bijak.

Bayar cukai, Untung Pakai! Inilah tajuk ebook ini. Maksud

saya di sini, bukan apabila anda mendapat untung anda

boleh bersuka ria. Bukan! Apabila mendapat untung, anda

membelanjakan duit tersebut untuk mengukuhkan

kestabilan syarikat, kembangkan ia melalui promoso-

promosi, hargai pekerja anda dan bermacam-macam lagi.

Saya amat tertarik dengan pemikiran Robert Kiyosaki

mengenai cukai. Menurut beliau, pekerja akan mendapat

gaji, menolak amaun yang dikenakan cukai dan barulah

berbelanja dengan baki yang tinggal. Berbeza dengan

orang kaya, mereka dapat wang, berbelanja terlebih

dahulu dan barulah membayar cukai. Dua senario yang

amat berbeza bukan?

Page 31: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

31

Kita tidak lari dari membayar cukai. Kita ikut satu persatu

undang-undang cukai dan ditetapkan dan ketetapan

umum yang dikeluarkan oleh LHDN.

Berikut ialah formula yang terlibat dalam pengiraan

pendapatan pelasaran setelah ditolak dengan

perbelanjaan yang dibenarkan.

Hasil Jualan RM xxx

(Tolak) Kos Jualan (RM xxx)

Pendapatan Kasar Jualan RM xxx

(Tolak) Perbelanjaan dibenarkan (RM xxx)

Pendapatan Larasan/ Berkanun RM xxx

Pebelanjaan yang dibenarkan

Sewa pejabat

Utiliti (Elektrik, Air, telefon dan internet)

Pajak atau Sewa peralatan atau mesin

Kos pengiklanan untuk meningkatkan jualan

Page 32: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

32

Yuran profesional (Akauntan dan peguam) yang

berkaitan dengan perniagaan sahaja.

Bayaran komisen

Perbelanjaan keraian

Alat tulis dan bahan bacaan untuk pejabat

Elaun perjalanan pekerja

Kos memperbaharui lesen

Membaik pulih pejabat

Kos promosi – pemberian hadiah

Wang tunai yang dicuri/ hilang

Perbelanjaan perubatan pekerja

Gaji pekerja

Insuran api dan kecurian

Petrol, kos baik pulih kenderaan dan servis

Perbelanjaan kursus

Perbelanjaan rundingcara

Yuran keahlian untuk badan profesional.

Page 33: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

33

Semua perbelanjaan yang dibenarkan ini mestilah sesuai

mengikut jenis perniagaan yang tercatit di dalam Sijil

perniagaan SSM anda (Borang E).

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Perbelanjaan insuran api dan kecurian prabayar

Sewa pejabat prabayar

Kos renovasi atau pembinaan pejabat dan cat baru

Penalti dari LHDN

Yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli premis

Derma untuk parti politik, persatuan keagamaan

Deposit sewa

Perbelajaan pendaftaran dan lesen

Saman trafik atau kastam

Pembelian aset atau kelengkapan tidak dikategorikan

sebagai kos jualan dan perbelanjaan yang dibenarkan.

Namun, ia digantikan semula dengan elaun modal.

Page 34: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

34

Barang Sendiri, Bisnes Pakai

Sudah pasti bila anda baru ingin memulakan bisnes, anda

akan gunakan apa saja yang ada untuk mengurangkan

modal dan kos permulaan.

Sememangnya ini tidak dapat dielakkan untuk bisnes

yang baru mula bertapak. Jangan khuatir, anda masih

boleh menggunakan kelebihan anda menjalankan bisnes

dengan menolak kos-kos yang terlibat.

Jadi, perkara yang perlu diambil perhatian ialah

mengasingkan perbelanjaan bisnes dengan pebelanjaan

sendiri. Jangan pula resit membeli bawang dimasukkan

dalam perbelanjaan sedangkan anda menjalankan bisnes

consultancy.

Ingat! Ada perbelanjaan yang boleh ditolak cukai dan ada

yang sebaliknya. Ikut kesesuaian bisnes anda. Petrol, kos

baik pulih kenderaan dan bil telefon merupakan perkara

Page 35: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

35

biasa yang akan ditolak daripada keuntungan. Tetapi

bukan 100% kerana perbelanjaan ini sudah bercampur

untuk kegunaan peribadi sebagai contoh, menghantar

anak dan isteri pergi ke sekolah dan tempat kerja,

menggunakan telefon untuk kegunaan sendiri dan

sebagainya.

Contoh 6

Annuar ialah seorang ejen insuran takaful yang menjalankan

perniagaannya dari rumah. Beliau menjadikan satu bilik dirumahnya

sebagai pejabat di mana beliau menyimpan rekod-rekod pelanggan

dan membuat segala urusan menelefon pelanggan serta menghantar

emel.

Beliau juga menggunakan kereta peribadi untuk berjumpa dengan

pelanggan disamping mengambil anak, membeli barangan dan juga

bersiar-siar.

Kesemua perbelanjaan untuk menampung kos di atas boleh ditolak

cukai, tetapi perlu dibahagikan dengan perbelanjaan kegunaan sendiri.

- Petrol, Kos Baik Pulih Kenderaan = 30% Kegunaan Sendiri

- Telefon Bimbit = 25% kegunaan sendiri

- Unifi dan Telefon = 25% Kegunaan sendiri

- Utiliti rumah, faedah atas pinjaman = 20%

Page 36: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

36

Jadi, bagaimana kita hendak tahu berapa peratusan

untuk kegunaan sendiri? Kebiasaannya, kita

menggunakan 30%, 25% dan 20% sebagai peratusan

untuk kegunaan sendiri.

Jadi, senang cerita hanya kita yang tahu bisnes kita, dan

apa yang kita belanjakan. Dengan kaedah sistem

pentaksiran sendiri ini, walaupun nampak mudah tetapi

jika kita salah mentaksir, buruk padahnya.

Page 37: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

37

Belanja Orang, Tolak Cukai

Bahasa yang digunakan oleh LHDN ialah Perbelanjaan

keraian atau lebih dikenali sebagai entertainment

expenses oleh ramai orang bisnes.

Perbelanjaan ini sebenarnya amat penting bagi

mengukuhkan keadaan bisnes anda dan untuk

meningkatkan jualan.

Umumnya, hanya 50% jumlah perbelanjaan keraian ini

boleh ditolak cukai. Tetapi ada beberapa perbelanjaan

keraian yang boleh ditolak 100% daripada keuntungan

bisnes kita.

[+] Tips Perancangan Cukai

Berikut ialah perbelanjaan keraian yang dibenarkan oleh

LHDN untuk 100% perbelanjaan dibenarkan:

Page 38: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

38

Kemudahan pekerja seperti penyediaan makanan

dan minuman di pejabat, majlis amakan malam

tahunan pekerja, rombongan pekerja dan hari

keluarga syarikat.

Hadiah promosi untuk meningkatkan hasil jualan di

pameran dalam dan luar negara

Sampel promosi untuk produk baru dan diberikan

secara percuma

Peruntukan untuk membuat acara hiburan, sukan

dan kebudayaan di tempat awam untuk

mempromosikan perniagaan.

Peruntukan untuk penyediaan barangan promosi,

pengiklanan yang mempunyai logo syarikat.

Peruntukan untuk semua aktiviti hiburan dengan

tujuan meningkatkan jualan syarikat.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan

Umum terkini, Perbelanjaan Keraian yang dikeluarkan

oleh LHDN.

Page 39: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

39

Bayar Gaji, Carum KWSP

Pembayaran Gaji dan KWSP boleh ditolak cukai. Tidak

kira pekerja anda itu bekerja sepenuh masa atau separuh

masa.

Disebabkan anda pemilik bisnes, maka gaji dan caruman

KWSP anda tidak boleh ditolak cukai.

Adalah tanggungjawab majikan untuk mencarumkan

pekerja semasa pekerja dalam perkhidmatan bersama

kita. Jika belum mendaftar, sila rujuk

http://www.kwsp.gov.my

Gaji Caruman Majikan Caruman Pekerja Jumlah

RM5,000 ke bawah 13% 11% 24%

RM5,001 ke atas 12% 11% 23%

Page 40: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

40

Perancangan Cukai: Bayar Gaji Untuk Isteri

[+] Tips Perancangan Cukai

Salah satu cara untuk menjimatkan pembayaran cukai

adalah dengan mengajikan isteri anda. Saya yakin isteri

anda adalah orang yang banyak membantu anda dalam

bisnes. Dialah penasihat, dialah kerani, dialah akauntan

dan sebagainya.

Mari kita lihat situasi, di mana saya mengambil contoh

Johan yang menjalankan perniagaan menjual Mee

Bandung di Muar. Pendapatan perniaagaan beliau pada

tahun 2016 ialah RM100,000. Beliau sudah berkahwin dan

belum lagi mempunyai anak.

Situasi Pertama: Taksiran hanya untuk diri sendiri.

Situasi Kedua: Pemberian Gaji dan Caruman kepada

Isteri. Gaji bulanan Isteri ialah RM4,000 (RM48,000

setahun)

Page 41: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

41

Situasi Pertama

Situasi yang seterusnya, saya menggunakan RM100,000

jumlah pendapatan untuk dibahagi diantara Johan, Isteri

dan caruman KWSP (12%).

Pendapatan Johan = Jumlah pendapatan perniagaan – Gaji isteri – 12%

caruman KWSP isteri

Pendapatan Johan = RM100,000 – RM48,000 – ( 12% x RM48,000 )

Pendapatan Johan = RM46,240

Jumlah Pendapatan Perniagaan Johan RM 100,000

(Tolak) Pelepasan Cukai

Pelepasan Diri Sendiri (RM9,000)

Pelepasan Untuk Isteri (RM4,000)

Insurans Nyawa (RM6,000)

Jumlah Pelepasan (RM19,000)

Pendapatan Bercukai RM 81,000

RM70,000 pertama RM5,600

21% untuk RM berikutnya (RM81,000 – RM70,000) x 24%

RM2,310

Jumlah Cukai Pendapatan RM 7,910

Page 42: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

42

Situasi Kedua

Johan Isteri

Jumlah Pendapatan RM46,240 RM48,000

(Tolak) Pelepasan Cukai

Pelepasan Diri Sendiri (RM9,000) (RM9,000)

Insurans Nyawa (RM6,000)

KWSP (11% x RM48,000) (RM5,280)

Jumlah Pelepasan (RM15,000) (RM14,280)

Pendapatan Bercukai RM31,240 RM33,720

RM20,000 Pertama RM150 RM300

6% Untuk RM berikutnya RM562 RM686

Jumlah Cukai Pendapatan RM974 RM986

Jumlah cukai pendapatan yang perlu Johan bayar untuk

situasi yang kedua ialah RM1,960. Berbanding situasi

yang pertama iaitu RM7,910. Penjimatan cukai sebanyak

RM5,950. Tetapi ingat, Johan harus membayar kepada

KWSP sebanyak RM11,040 iaitu 12% caruman majikan

dan 11% caruman isteri (23% x RM48,000). Kaedah ini

amat bermanfaat untuk simpanan hari tua bersama.

Page 43: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

43

Pinjam Duit, Kena Faedah

Jika anda meminjam duit sebagai modal permulaan

sebagai contoh dengan SME Bank, atau bank-bank yang

seumpamanya, sudah tentu anda akan dikenakan faedah

atas pinjaman.

[+] Tips Perancangan Cukai

Jangan khuatir, anda boleh tolak cukai mengikut kadar

faedahnya.

Jikalau anda pinjam dengan Ah Long, saya tidak

beberapa pasti ada surat perjanjian dan terma & syarat

perjanjian?

Contoh 7

Faizal telah meminjam RM20,000 dengan Maybank untuk membuka

studio fotografi di kampungnya. Faedah atas pinjaman yang dikenakan

ialah 4% setahun. Ini bermakna RM800 boleh ditolak cukai.

Page 44: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

44

Berlainan pula jika, menggunakan duit pinjaman tersebut

untuk kegunaan sendiri.

Begitu juga dengan penggunaan kereta peribadi sebagai

kenderaan untuk menjalankan perniagaan. Hanya

sebahagian boleh ditolak mengikut peratusan penggunan

untuk bisnes.

Contoh 8

Berdasarkan contoh 7. Faizal telah menggunakan RM10,000 untuk

majlis perkahwinannya (perbelanjaan peribadi). Hanya RM10,000

sahaja yang digunakan untuk studionya. Ini bermakna hanya RM400

boleh ditolak cukai.

Page 45: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

45

Beri Hutang, Ada Tak Bayar

Saya tidak begitu menggalakkan untuk yang baru

mulakan bisnes, memberikan kredit kepada pelanggan.

Perkataan mudah, beri hutang kepada orang lain

walaupun kita kenal sangat dengan orang itu.

Kita juga baru bertatih dan perlukan aliran tunai yang

cepat. Ada bisnes yang tersungkur sebab menangung

banyak hutang lapuk.

Anda boleh tolak cukai jika anda mempunyai pelanggan

yang berhutang dengan anda. Tetapi, ia mestilah aset

tetap yang dijual kepada pelanggan. Bukannya, pinjaman

wang. Anda beri hutang duit kepada orang, tidak boleh

ditolak cukai. Sebab anda bukan Ah Long.

Jadi, sebagai pemilik bisnes, anda perlu tentukan siapa

yang anda percayai untuk menjalankan perniagaan. Jika

terdapat penghutang yang liat membayar hutangnya,

Page 46: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

46

pastikan jangan lagi berurusan dengannya. Suruh kerani

anda membuat tindakan yang sewajarnya untuk

mengutip wang anda.

Ada beberapa peruntukan, di mana cukai boleh ditolak

100% disebabkan hutang tidak berbayar ini. Antaranya

ialah:

Penghutang meninggal dunia

Penghutang bankrup

Penghutang melarikan diri

Penghutang telah membubarkan perniagaannya

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan

Umum terkini, Potongan Untuk Hutang Lapuk & Hutang

Ragu dan Layanan ke atas Pemulihan yang dikeluarkan

oleh LHDN.

Page 47: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

47

Potongan Cukai Berganda

Salah satu yang perlu kita ambil perhatian ialah potongan

cukai berganda. Jika kita berpeluang untuk

melaksanakannya di dalam bisnes kita, sudah tentu anda

akan menikmati pengurangan cukai yang sah.

Antara insentif potongan cukai berganda ialah:

Melatih graduan menggangur di bawah program

SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Hanya sehingga 31

Disember 2020.

Ganjaran untuk syarikat yang mengambil pekerja dari

golongan orang kelainan upaya (OKU).

Perbelanjaan dalam proses mendapatkan pensijilan

halal.

Pembayaran Premium Insurans kepada Syarikat

Insurans Malaysia untuk import eksport kargo dan

barang mentah.

Page 48: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

48

Peruntukan perbelajaan oleh majikan untuk

penyediaan Pusat Jagaan Kanak-kanak.

Perbelanjaan syarikat dalam latihan yang terlibat

dalam sektor pengeluaran yang diluluskan

Yuran terhadap syarikat kecil yang menghantar

pekerja mereka untuk latihan di NPC, SIRIM, MIT,

MARDI, FRIM, CIAST, PSDC, IKM, ITI, GMI atau MTIB

Ini hanyalah sebahagian yang saya rasa perlu anda tahu

untuk potongan cukai berganda. Yang tidak tersenarai

hanyalah digunakan untuk syarikat yang besar dan

melibatkan kos yang besar.

Contoh 9

Fizo telah menggajikan seorang akauntan yang kelainan upaya (OKU)

dan berikan gaji bulanan sebanyak RM2,500 (RM30,000 setahun).

Maka, jumlah potongan yang dinikmati oleh Fizo ialah RM60,000.

Page 49: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

49

Elaun Modal

Aset tetap yang digunakan untuk bisnes akan diberikan

pelepasan cukai melalui elaun modal. Ini kerana tiada

potongan yang diberikan untuk perbelanjaan modal atau

susut nilai bagi aset terbabit dalam mendapatkan

pendapatan tersebut.

Berikut ialah formula yang terlibat dalam pengiraan

pendapatan jika terdapat elaun modal.

Pendapatan Larasan RM xxx

(Tolak) Elaun Modal (RM xxx)

Pendapatan Statutori RM xxx

Elaun modal akan dipotong untuk beberapa tahun

taksiran cukai. Jadi, jumlah elaun modal yang dituntut

sepanjang beberapa tahun taksiran cukai akan

bersamaan dengan kos aset tetap terbabit.

Page 50: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

50

Untuk bab ini, mungkin banyak terma-terma yang

digunakan dalam prinsip akaun . Sesiapa yang ambil

prinsip akaun sewaktu SPM dahulu, mungkin tiada

masalah memahaminya.

Jenis dan Kadar Elaun Modal

Jenis Aset Elaun Permulaan Elaun Tahunan

Jentera berat/ Kenderaan Bermotor

20 20

Loji dan Jentera 20 14

Komputer dan peralatan ICT

20 40

Lain-Lain 20 10

Aset bernilai Kecil (Nilai satu aset ≤ RM1,000 dan Jumlah aset ≤ RM10,000.)

100 -

Nota :

Jentera Berat - Jentolak, kren, penarik, jengkaut, jemparas, pengangkut, riper rola, pencabut akar, pencakar, penyodok, jentarik, vibrator wagon dan

sebagainya.

Kenderaan Bermotor - semua jenis kenderaan yang beroperasi dengan motor seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kapal dan sebagainya.

Loji dan Jentera - Loji dan jentera am yang tidak termasuk dalam jentera berat seperti penyaman udara, pemampat, lif, peralatan perubatan dan

makmal, ketuhar dan sebagainya.

Lain-Lain - Peralatan pejabat, perabot, dan kelengkapan.

Sumber dari htpp://www.hasil.gov.my

Page 51: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

51

Contoh 10

Embun Bayu Enterprise telah membeli sebuah Rotary Oven pada tahun

2014 untuk bisnes rotinya dengan harga RM50,000. Mesin tersebut

mampu membakar 400 biji bun dalam masa 20 minit.

Kos Modal yang Layak RM50,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2014 (20%) RM10,000

Elaun Tahunan 2014 (14%) RM7,000 (RM17,000)

Baki Perbelanjaan RM33,000

Elaun Tahunan 2015 (14%) (RM7,000)

Baki Perbelanjaan RM26,000

Elaun Tahunan 2016 (14%) (RM7,000)

Baki Perbelanjaan RM19,000

Elaun Tahunan 2017 (14%) (RM7,000)

Baki Perberlanjaan RM12,000

Elaun Tahunan 2018 (14%) (RM7,000)

Baki Perbelanjaan RM5,000

Elaun Tahunan 2019 (baki) (RM5,000)

Baki Perbelanjaan RM 0

Page 52: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

52

Itu adalah contoh bagaimana pengiraan elaun modal dan

berapa banyak potongan yang layak diperolehi untuk

beberapa tahun.

[+] Tips Perancangan Cukai

Jadi bagi bisnes kecil-kecilan dan tidak memerlukan aset

tetap yang berharga, gunakan sebaik-baiknya peluang

untuk mendapatkan potongan 100% elaun modal untuk

tahun taksiran pemilikan. Sebagai contoh, pembelian

kipas, mesin cetak, telefon mudah alih, kalkulator, mesin

daftar tunai dan lain-lain.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan

Umum terkini, Pemilikan Dan Penggunaan Aset Bagi

Tujuan Tuntutan Elaun Modal dan Elaun Khas Bagi Aset

Bernilai Kecil yang dikeluarkan oleh LHDN.

Page 53: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

53

Elaun Modal untuk

Kenderaan

Kenderaan yang digunakan untuk bisnes layak mendapat

potongan cukai melalui elaun modal. Namun, LHDN telah

menetapkan had maksimum perbelanjaan modal layak

untuk tuntutan ialah RM100,000 dengan syarat:

Kenderaan yang dibeli adalah kenderaan baru

Harga atas jalan kenderaan terbabit tidak lebih dari

RM150,000.

Untuk kenderaan yang tidak memenuhi 2 syarat di atas,

had perbelanjaan modal layak ialah RM50,000.

Page 54: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

54

Contoh 11

Alif Bina Enterprise telah membeli sebuah Mitsubishi Triton terpakai

pada 1 September 2014 untuk bisnes pembinaannya dengan harga

RM79,400. Dengan wang pendahuluan sebanyak RM20,000. Bayaran

Bulanan bermula 1 Oktober ialah RM1,800.

Harga Kenderaan RM79,400

(Tolak) Wang Pendahuluan (RM20,000)

Nilai Pembiayaan Sewa Beli RM59,400

Tahun Pembiayaan 3 tahun 36 bulan

Bahagian Modal bagi Bayaran Ansuran RM1,650

Kos Modal Yang Layak

Wang Pendahuluan 2014 RM20,000

Ansuran (3 bulan) 2014 RM4950

RM24,950 RM24,950

Elaun Permulaan 2014 (20% x RM24,950) (RM4,990)

Elaun Tahunan 2014 (20% x RM24,950) (RM4,990)

Baki Perbelanjaan RM14,970 RM24,950

Page 55: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

55

Ansuran 2015 (12 x RM1,650) RM19,800 RM19,800

RM34,770 RM44,750

Elaun Permulaan 2015 (20% x RM19,800) (RM3,960)

Elaun Tahunan 2015 (20% x RM44,750) (RM8,950)

Baki Perbelanjaan RM21,860 RM44,750

Ansuran 2016 (Had Maksimum) RM5,250 RM5,250

RM27,110 RM50,000

Elaun Permulaan 2016 (20% x RM5,250) (RM1,050)

Elaun Tahunan 2016 (20% x RM50,000) (RM10,000)

Baki Perbelanjaan RM16,060

Elaun Tahunan 2017 (20% x RM50,000) (RM10,000)

Baki Perbelanjaan RM6,060

Elaun Tahunan 2018 (Baki) RM6,060

Baki Perbelanjaan RM0

Nota:

1) Mitsubshi Triton ialah kenderaan terpakai. Hanya layak mendapat

RM50,000 untuk modal tuntutan.

2) Faedah Pinjaman Sewa Beli (RM1,800-RM1,650) = RM150 boleh

ditolak cukai.

Page 56: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

56

Untuk bisnes yang baru, mungkin anda akan

menggunakan aset tetap peribadi anda untuk

menjalankan operasi perniagaan. Pastikan aset yang

benar-benar digunakan dalam bisnes sahaja yang boleh

ditaksirkan di dalam cukai anda.

Ingat! Untuk aset tetap peribadi, tiada Elaun Permulaan.

Hanya Elaun Tahunan sahaja yang dibenarkan.

Contoh 12

Al Amiin yang menjalankan perniagaan MLM telah memidahkan

beberapa aset tetap peribadi untuk kegunaan bisnesnya . Antaranya

ialah komputer dan perabot untuk digunakan di pusat stokisnya.

Komputer RM3,000, Elaun Tahunan 40% = RM1,200

Perabot RM1,000, Elaun Tahunan 10% = RM100

Jumlah Perbelanjaan Elaun Modal Yang Layak ialah RM1,300

Jika Al Amiin masih menggunakan aset tersebut untuk kegunaan

peribadi, hanya 60% daripada Elaun Modal yang dibenarkan untuk

potongan cukai. Ini bermakna hanya RM780 sahaja yang layak untuk

dibuat penolakan sebagai elaun modal.

Page 57: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

57

Kesalahan dengan Cukai

Terfikir untuk lari daripada cukai? Baca kesalahan dan

denda di bawah. Anda pasti tidak akan atau tidak mahu

lagi menjadi pelarian cukai.

Jenis Kesalahan Peruntukan Di Bawah Akta

Cukai Pendapatan 1967 Jumlah Denda (RM)

Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan

112 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-

duannya

Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai

112 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-

duannya

Tidak melaporkan pendapatan sebenar

113 (1) (a) 1,000 – 10,000 dan 200% atas

cukai terkurang lapor

Memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/ orang lain

113 (1) (b) 1,000 – 10,000 dan 200% atas

cukai terkurang lapor

Sengaja mengelak cukai/ membantu orang lain mengelak cukai

114 (1) 1,000 – 20,000/ penjara/

kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor

Page 58: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

58

Jenis Kesalahan Peruntukan Di Bawah Akta

Cukai Pendapatan 1967 Jumlah Denda (RM)

Meninggalkan negara tanpa membayar cukai

115 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-

duannya

Membantu/ menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai

114 (1A) 2,000 – 20,000/ penjara/

kedua-duanya

Menggangu/ menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas

116 1,000 – 10,000/ penjara/

kedua-duanya

Tidak menyimpan rekod 119A 300 – 10,000/ penjara/ kedua-

duanya

Tidak memberikan maklumat yang dikehendaki oleh LHDN

120 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-

duanya

Tidak memaklumkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan

120 (1) 200 – 2,000/ penjara/ kedua-

duanya

Page 59: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

59

Kesilapan Pemilik Bisnes

Tidak menyimpan rekod kewangan, resit,

baucer semasa.

Ini ialah kesilapan nombor satu bagi kebanyakan orang

yang terlibat dalam perniagaan. Tidak mengendahkan

dengan rekod kewangan. Tidak pernah simpan dengan

kemas. Malah, ada yang tidak simpan langsung. Dapat

resit bayaran, terus dibuang. Isi minyak, tidak ambil resit.

Makan di kedai, malu minta resit. Akhirnya, tiada rekod

kewangan untuk bisnes anda.

Hah! Satu lagi, bukan sekadar simpan sahaja. Anda perlu

merekodkan semua perbelanjaan secara bertulis supaya

anda sentiasa dapat memastikan jumlah perbelanjaan

terkini. Gunakan perisian excel. Amalkan sebelum masuk

hari baru, selesaikan kerja rekod kewangan anda. Jangan

melengah-lengahkan kerja ini.

Page 60: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

60

Mesti ada yang beri cadangan untuk menggunakan

aplikasi smartphone untuk merekodkan semua dokumen

ini. Apa pendapat anda? Secara benarnya, saya ada

banyak aplikasi kewangan ini di telefon saya, tetapi saya

tidak pernah gunakan satu pun! Mungkin cara saya

ortodoks – guna excel dan simpan resit dalam fail. Apa-

apa pun, ikut cara yang anda suka.

Malas? Itu tak boleh kata apa-apa. Tapi masih ada

solusinya. Anda boleh menggajikan freelance akauntan

untuk mengemaskini semua rekod anda. Upahnya tidak

sampai pun RM500.

Page 61: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

61

Tidak buat bajet dan ramalan kewangan

tahunan.

Jika anda tidak ada sebarang target atau matlamat,

bagaimana anda nak tahu bahawa anda di landasan yang

betul? Patutlah bisnes anda biasa-biasa sahaja.

Ada pula yang cakap tak tahu membuat ramalan

kewangan. Erm.. anda seorang sahaja yang tahu operasi

bisnes anda. Berapa jualan bulanan? Berapa kos operasi?

Berapa kos barangan? Berapa keuntungan bersih?

Sebelum cukai berapa? Selepas cukai berapa?

Bajet dan ramalan ini perlu dibuat berdasarkan

pengalaman anda dalam bidang bisnes ini dan juga data

jualan yang anda perolehi pada tahun-tahun lepas.

Jadikan ia sebagai panduan.

Page 62: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

62

Apabila berkata soal target, secara umumnya, mesti ada

peningkatan dari bulan ke bulan. Jangan takut untuk

tetapkan target. Ianya akan membuatkan anda bekerja

dengan lebih kuat.

Dengan membuat bajet dan ramalan ini, anda boleh

menganggarkan berapa cukai yang perlu anda bayar

pada tahun hadapan dan anda boleh merancang untuk

mengembangkan perniagaan anda atau membuat

pelaburan.

Page 63: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

63

Tidak berjumpa dengan akauntan

profesional

Ramai orang takut untuk berjumpa dengan akauntan.

Takut caj yang dikenakan terlalu mahal. Gunakan

kepakaran orang lain untuk membawa anda pergi jauh.

Jangan berkira atau lokek.

Berjumpalah dengan akauntan sekali setiap bulan untuk

memastikan tahap kewangan syarikat anda berada di

paras yang betul.

Saya percaya, tumpuan kita sewaktu bisnes masih kecil

ialah penjanaan pendapatan. Tapi, jangan lupa aspek

pengurusan dan kewangan. Hire orang! Duit boleh kita

cari lagi.

Page 64: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

64

Tidak menyimpan semua dokumen dalam

fail dan tersusun

Nampak macam perkara kecil dan tidak penting, tapi

inilah asas untuk memastikan rekod kewangan dan

dokumen syarikat kita dalam keadaan yang terbaik.

Setiap dokumen mempunyai fail yang tertentu dan

dilabelkan. Setiapkali ada rekod baru, terus simpan ke

dalam fail. Benda yang nampak remeh tapi boleh

menimbulkan kelecehan dalam bisnes anda.

Simpan fail rekod kewangan anda selama 7 tahun. Ini

bagi membantu pihak LHDN untuk membuat audit dan

memastikan taksiran anda adalah betul.

Antara dokumen yang penting yang perlu ada untuk audit

cukai ialah:

Penyata Bank

Page 65: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

65

Segala penyata Keluar Masuk duit. Penyata Kad

Kredit dan sebagainya

Invois daripada pembekal

Invois Jualan untuk pelanggan

Akaun Simpanan dan segala penyata punca

pendapatan – Dividen, Royalti dan lain-lain

Baucar Pembayaran (Payment Voucher) untuk setiap

pembayaran yang dilakukan.

Semua resit-resit – petrol, tol, belanja keraian,

pembelian alat tulis dan sebagainya.

Borang Tuntutan (Claim Form) – Penting jika anda

banyak menggunakan wang peribadi untuk kegunaan

bisnes.

Akaun Pengurusan yang lengkap – Penyata Aliran

Tunai, Penyata Pendapatan & Kunci Kira-kira kerana

Page 66: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

66

segala maklumat untuk aset tetap akan diperiksa di

sini.

Penyata caruman KWSP atau SOCSO

Lain-lain dokumen sokongan – surat tawaran

pinjaman dari pihak bank, dokumen pembelian aset

tetap.

Page 67: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

67

Enterprise ke Sdn Bhd

Ramai yang bertanya kepada saya, bila waktunya untuk

upgrade bisnes mereka ke Sdn Bhd. Sebenarnya, tiada

istilah upgrade di sini. Cuma, anda perlu berjumpa

setiausaha syarikat yang berdaftar dan buka syarikat

baru iaitu syarikat Sdn Bhd.

Bila sepatutnya sesuatu bisnes mendaftar sebagai satu

entiti Sdn Bhd?

1) Apabila bisnes anda sudah maju. Keuntungan anda

melebihi RM300,000. Kadar taksiran cukai syarikat

Sdn Bhd ialah 20% untuk RM500,000 pertama dan

anda boleh banyak menggunakan insentif dan

potongan cukai dengan lebih meluas dengan entiti

ini.

Page 68: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

68

2) Apabila anda perlukan suntikan modal dari rakan-

rakan atau pelabur. Lebih senang diuruskan sebagai

pemegang saham syarikat.

3) Menjaga kepentingan dan aset peribadi di masa

hadapan. Sekiranya berlaku penutupan perniagaan

disebabkan muflis, pemilik dan aset peribadi akan

selamat. Yang disita, hanyalah hartan benda syarikat

sahaja.

4) Meningkatkan kredibiliti bisnes anda selaras dengan

keuntungan yang anda perolehi. Boleh

mengembangkan bisnes pada tahap yang lebih

besar.

5) Legasi bisnes anda dapat diteruskan walaupun anda

telah meninggal dunia. Maksudnya, ada pengarah

dan pemegang saham menjadi wakil anda untuk

diberikan kepada yang hak.

Page 69: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

69

Apa yang terjadi dengan enterprise anda?

Terpulanglah kepada anda. Anda boleh tutup dan fokus

kepada syarikat Sdn Bhd ini atau kecilkan peranan

enterprise ini atau gunakan untuk bisnes yang baru.

Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh

memindahkan segala aset dan liabiliti yang berada di

bawah enterprise ke dalam syarikat Sdn Bhd anda yang

baru.

Page 70: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

70

Contoh Pengiraan

Senario 1

En. Razif menjalankan perniagaan jualan langsung yang

beliau sertai. Beliau hanya beroperasi dari rumah untuk

kerja-kerja pengurusan downline dan mengadakan

perjumpaan ahli-ahlinya dirumah. Beliau juga

menggunakan kereta peribadinya untuk urusan

perniagaan.

Berikut ialah Penyata Untung Rugi En. Razif untuk tahun

perniagaan berakhir pada 31 Disember 2015.

PENYATA UNTUNG RUGI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

RM RM

Pendapatan daripada perniagaan

230,000.00

Tolak: Kos Jualan

35,200.00

Pendapatan Kasar

194,800.00

Tolak: Perbelanjaan

Faedah (kereta)

4,500.00

Page 71: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

71

Gaji Diri Sendiri

48,000.00

Promosi & Pengiklanan

15,200.00

Selenggaraan

4,300.00

Upah/ Pengurusan stokis

20,000.00

Perjalanan dan Pengangkutan

15,800.00

Percutian keluarga

3,000.00

Perbelanjaan Keraian

5,000.00

Bil telefon & Internet

3,600.00

Kelengkapan Home Office

2,000.00

Perbelanjaan Seminar/ Roadshow

19,000.00 140,400.00

Pendapatan Bersih Sebelum Cukai

54,400.00

PENYATA CUKAI PENDAPATAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2015

Pendapatan Bersih

54,400.00

Tambah: Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Gaji Diri Sendiri

48,000.00

Percutian Keluarga

3,000.00

Perbelanjaan Keraian -50%

2,500.00

1/4 Bil telefon & Internet

900.00

1/3 Pengangkutan, Faedah kereta dan Selenggaraan 7,380.00

1/5 Kelengkapan rumah

400.00 62,180.00

Pendapatan Larasan

116,580.00

Tolak: Elaun Modal

Projektor 2014

2,400.00

Desktop Apple

1,200.00

Perabot

300.00 3,900.00

Pendapatan Statutori

112,680.00

Tolak: Derma

Page 72: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

72

Derma untuk Tabung MAKNA

5,000.00

Jumlah Pendapatan

107,680.00

Tolak: Pelepasan

Diri sendiri

9,000.00

Buku

980.00

Insuran

6,000.00

Peralatan Sukan

300.00

Pemeriksaan Perubatan Penuh

500.00

2 orang anak

2,000.00 18,780.00

PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI

88,900.00

Cukai di atas RM 70,000.00 pertama

6,650.00

Cukai di atas RM 18,900.00 24%

4,536.00

CUKAI PENDAPATAN YANG DIKENAKAN

11,186.00

Tolak: Rebat

1) Zakat

5,000.00

CUKAI PENDAPATAN TAHUN 2014

6,186.00

Page 73: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

73

Nota:

Perbelanjaan Yang Tidak dibenarkan

1) Gaji pemilik bisnes enterprise tidak akan diambil kira

untuk potongan cukai.

2) Percutian keluarga dikira sebagai perbelanjaan

peribadi. 100% tidak boleh ditolak cukai. Tidak ada

kena mengena dengan bisnes.

3) Perbelanjaan untuk pengedar-pengedar. Hanya 50%

sahaja yang dibenarkan untuk pemotongan cukai.

4) Perbelanjaan yang bercampur (kegunaan sendiri dan

bisnes) perlu ditolak dengan peratusan yang sesuai

seperti bil telefon dan internet, pengangkutan dan

kelengkapan pejabat.

Pelepasan

Gunakan pelepasan sebaik mungkin untuk kebaikan anda

sekeluarga. Amalkan pemeriksaan kesihatan secara

menyeluruh di hospital setiap tahun, supaya anda tahu

Page 74: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

74

kondisi kesihatan anda. Lagipun, anda boleh mendapat

pelepasan cukai daripada bayaran pemeriksaan

kesihatan (terhad RM500 setahun).

Maksimumkan pelarasan untuk buku, insuran nyawa dan

peralatan sukan.

Pengiraan Elaun Modal

Pembelian Projektor baru untuk tujuan seminar & BOP pada tahun 2014

dengan harga RM4,000.

Kos Modal yang Layak RM4,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2014 (20%) RM800

Elaun Tahunan 2014 (40%) RM1,600 (RM2,400)

Baki Perbelanjaan RM1,600

Elaun Tahunan 2015 (40%) (RM1,600)

Baki Perbelanjaan RM0

Page 75: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

75

Pembelian Desktop untuk tujuan pengurusan pada tahun 2013 dengan

harga RM5,000.

Kos Modal yang Layak RM5,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2013 (20%) RM1,000

Elaun Tahunan 2013 (40%) RM2,000 (RM3,000)

Baki Perbelanjaan RM2,000

Elaun Tahunan 2015 (Baki) (RM2,000)

Baki Perbelanjaan RM0

Perbelanjaan Deskop tersebut bercampur untuk kegunaan peribadi dan

anak-anak, hanya 60% dibenarkan untuk elaun modal.

RM2,000 x 60% = RM1,200 yang dibenarkan

Page 76: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

76

Pembelian kelengkapan untuk pejabat di rumah pada tahun 2012

dengan harga RM2,000.

Kos Modal yang Layak RM5,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2012 (20%) RM1,000

Elaun Tahunan 2012 (10%) RM500 (RM1,500)

Baki Perbelanjaan RM3,500

Elaun Tahunan 2013 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM3,000

Elaun Tahunan 2014 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM2,500

Elaun Tahunan 2015 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM2,000

Elaun Tahunan 2016 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM1,500

… dan seterusnya hingga Elaun tahunan 2019.

Perbelanjaan peralatan tersebut bercampur untuk kegunaan peribadi,

hanya 60% dibenarkan untuk elaun modal.

RM500 x 60% = RM300 yang dibenarkan

Page 77: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

77

Senario 2

Joseph (Perbezaan Taksiran 2016 dan 2017)

Joseph bekerja dan gaji RM13,000 sebulan.

Isterinya suri rumah sepenuh masa.

Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah (seorang anaknya

adalah OKU).

Potongan KWSP = 17,160.00

Belian buku akademik = RM1,700.00

Simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

= RM7,200.00

Premium Insurans Nyawa = RM3,600.00

Premium Insurans Perubatan = RM8,400.00

Potongan Cukai Bulanan (PCB) = RM 18,000.00

Page 78: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

78

CUKAI JOSEPH TAHUN TAKSIRAN 2016

CUKAI JOSEPH TAHUN TAKSIRAN 2017

RM RM RM RM

Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)

156,000 Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)

156,000

Tolak: Derma 0 Tolak: Derma 0

Jumlah Pendapatan 156,000 Jumlah Pendapatan 156,000

Tolak Pelepasan Cukai: Tolak Pelepasan Cukai:

Diri (9,000) Diri (9,000)

Isteri (4,000) Isteri (4,000)

KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)

(6,000) KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)

(6,000)

Insurans Perubatan & Pendidikan

(3,000) Insurans Perubatan & Pendidikan

(3,000)

Buku (1,000) Gaya Hidup - Buku (1,700)

SSPN (Terhad RM6,000) (6,000) SSPN (Terhad RM6,000) (6,000) Anak 4 orang (RM2,000 x 4 orang)

(8,000) Anak 4 orang (RM2,000 x 4 orang)

(8,000)

Anak OKU 1 orang (6,000) (42,000) Anak OKU 1 orang (6,000) (42,700)

Pendapatan Bercukai 114,000* Pendapatan Bercukai 113,300*

Cukai atas RM100,000 pertama : 11,900 Cukai atas RM100,000 pertama : 11,900

Cukai atas baki 14,000 x 24% : 3,360 Cukai atas baki 13,300 x 24% : 3,192

Jumlah Cukai Pendapatan 15,260 Jumlah Cukai Pendapatan

15,092

Tolak : Tolak :

Rebat Cukai (Diri) Tidak Layak

Rebat Cukai (Diri) Tidak Layak

Rebat Zakat Tiada 0 Rebat Zakat Tiada 0

Jumlah Cukai Dikenakan 15,260 Jumlah Cukai Dikenakan 15,092

Tolak: Tolak:

Potongan Cukai Bulanan (PCB)

(18,000) Potongan Cukai Bulanan (PCB)

(18,000)

Baki Cukai Kena Dibayar (2,710) Cukai Terlebih Bayar (2,908)

Page 79: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

79

Penjimatan Cukai Tahun Taksiran 2016 berbanding Cukai Tahun Taksiran 2017 ialah:

RM15,260 – RM15,092 = RM162

* Amaun pendapatan bercukai melebihi RM35,000.00, maka Joseph tidak

layak menikmati rebat cukai (diri sendiri) sebanyak RM400.00

* Adanya Pelepasan Gaya Hidup pada tahun 2017 sebanyak RM2,500

(terhad) untuk jumlah pembelian buku, komputer peribadi, alatan sukan

dan langganan internet.

Bagi Individu berkeluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000

pula akan keluar dari tanggungan bayar cukai mulai Tahun Taksiran 2015

sekiranya:

1. Hanya seorang sahaja mempunyai sumber pendapatan iaitu

samada suami atau isteri (layak menikmati Pelepasan Diri RM9,000

dan pelepasan pasangan yang tidak bekerja RM4,000).

2. Sekurang-kurangnya mempunyai potongan KWSP.

Page 80: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

80

Senario 3

Pendapatan Bulanan RM4,000.

Isteri tidak bekerja dan tidak mempunyai anak.

Mempunyai Caruman KWSP.

KIRAAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2017

KIRAAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2018

RM RM RM RM

Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)

48,000 Pendapatan Tahunan (RM13,000 x 12 bulan)

48,000

Jumlah Pendapatan 48,000 Jumlah Pendapatan 48,000

Tolak Pelepasan Cukai: Tolak Pelepasan Cukai:

Diri (9,000) Diri (9,000)

Isteri (4,000) Isteri (4,000)

KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)

(5,280) (18,280) KWSP & Insurans Nyawa (Terhad RM6,000)

(5,280) (18,280)

Pendapatan Bercukai 29,720 Pendapatan Bercukai 29,720

Cukai atas RM20,000 pertama : 150 Cukai atas RM20,000 pertama : 150

Cukai atas baki RM10,720 x 5% : 536 Cukai atas baki RM10,720 x 3% : 322

Jumlah Cukai Pendapatan

686 Jumlah Cukai Pendapatan

472

Tolak : Tolak :

Rebat Cukai (Diri) (400) Rebat Cukai (Diri) (400)

Rebat Isteri (400) (800) Rebat Isteri (400) (800)

Jumlah Cukai Dikenakan (114) Jumlah Cukai Dikenakan (328)

Page 81: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

81

Penutup

Bayar Cukai, Untung Pakai. Semuanya bermula dari

perancangan cukai di awal tahun perniagaan. Bukannya

setelah habis tahun taksiran, barulah mencari jalan untuk

mengurangkan cukai. Ini pentingnya ilmu perancangan

cukai.

Jika anda bijak, anda boleh menikmati lebih banyak

insentif dan elaun yang telah diberikan oleh kerajaan,

untuk mengembangkan perniagaan kita.

Jangan buat kerja last minute. Pada bulan Mei baru

tergesa-gesa mengumpulkan semua data untuk taksiran

cukai. Sebab itulah setiap kali taksiran, anda terpaksa

berdepan dengan jumlah yang banyak.

Sebagai umat Islam, kita mempunyai kelebihan untuk

membayar zakat. Bayarlah zakat sebanyak-banyaknya

demi kepentingan ummah.

Page 82: Penafian adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi individu yang berniaga dan

82

Jadi bermula dari sekarang, buat perancangan tentang

kewangan dan juga cukai anda. Yang mana telah

membuat potongan cukai bulanan (PCB). Bagus,

teruskan! Jika tidak, cuba bayar 2 bulan sekali bagi

mengelakkan anda kehabisan duit untuk membayar cukai

pada tarikh mengemukakan penyata cukai. Bayar cukai

lebih mudah dengan online banking .

Saya berharap anda memperoleh manfaat daripada

pembacaan ebook ini. Jangan lupa untuk

mempraktikkannya.

Selamat berjaya!