kecergasan berasaskan kelembutan

6
http://lmjiau.blogspot.com/2011/05/nota-padat-hbpe- 2203.html nota Kecergasan Berasaskan Kelembutan/Kelenturan PENGENALAN Kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam membantu seseorang menjalani kehidupan sihat dan bertenaga di samping sihat daripada aspek-aspek kesihatan yang lain, seperti mental, emosi, sosial dan kerohanian. Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen kecergasan iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan. Gerak kerja fizikal yang khusus dikaitkan dengan aspek perlakuan motor. Kemampuan serta peningkatan tahap kemahiran motor tersebut akan dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih daripada lakuan kebiasaan harian terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti sukan prestasi tinggi.

Upload: ford-katim

Post on 28-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pjm3115

TRANSCRIPT

Page 1: Kecergasan Berasaskan Kelembutan

http://lmjiau.blogspot.com/2011/05/nota-padat-hbpe-2203.html notaKecergasan Berasaskan Kelembutan/Kelenturan PENGENALAN

Kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam membantu seseorang

menjalani kehidupan sihat dan bertenaga di samping sihat daripada aspek-

aspek kesihatan yang lain, seperti mental, emosi, sosial dan kerohanian.

Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen kecergasan iaitu

kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan

motor.

Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya

tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan

komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6

komponen bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan,

ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan.

Gerak kerja fizikal yang khusus dikaitkan dengan aspek perlakuan motor.

Kemampuan serta peningkatan tahap kemahiran motor tersebut akan dapat

menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan

yang timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih daripada lakuan kebiasaan

harian terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti sukan prestasi tinggi.

KECERGASAN FIZIKAL

1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN

Page 2: Kecergasan Berasaskan Kelembutan

a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR

b. DAYATAHAN OTOT

C. KEKUATAN OTOT

D. KOMPOSISI BADAN

E. KELEMBUTAN

2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

a. KOORDINASI

b. IMBANGAN

c. KETANGKASAN

d. KUASA

e. MASA TINDAK BALAS

f. KEPANTASAN

Kelembutan/Kelenturan

Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de

Vries & Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai

kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu

julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot

(Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah

spesifik kepada sesuatu sendi tertentu.

Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi

kelenturan (de Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai

kelenturan yang kurang dibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati

mempunyai kelenturan yang lebih berbanding dengan lelaki. Kelenturan

berkurangan dengan peningkatan umur. Peningkatan suhu badan didapati

dapat meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu pengurangan aliran darah,

mengurangkan kelenturan.

Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan.

Page 3: Kecergasan Berasaskan Kelembutan

Julat pergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya

kelenturan siku dilimitasikan oleh tulang humerus, radial dan ulna yang

membentuk sendi engsel. Lemak yang terkumpul juga menghalang

pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyai lemak yang banyak

di bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukan fleksi

pinggul. Lemak yang terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yang

tercedara akan meninggalkan parut yang kurang anjal. Tisu pengikat dan

otot juga mempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini melainkan struktur

tulang diatasi dengan kaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.

Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan.

Komponen kecergasan ini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit

lari berpagar memerlukan kelenturan pinggul sebaik yang mungkin untuk

melakukan pergerakan dalam acara olahraga ini. Perenang memerlukan

kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk menghasilkan daya

yang maksimum.

Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan

yang penting dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan

seharian yang lain memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan

tanpa rintangan atau kecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti

sendi akan mengurangkan kesakitan pada sendi disebabkan oleh

peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).

Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu

pergerakan yang mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan

ekstensi iaitu peningkatan sudut antara badan dan artikulasi melalui

pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut pergerakan

melampaui julat pergerakan normal. “Double-Jointedness” adalah istilah

yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat

pergerakan yang luar biasa. “Muscle Boundness” adalah istilah yang

digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai perkembangan

otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.

Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik

dan kelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk

meregang atau memanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik

Page 4: Kecergasan Berasaskan Kelembutan

merupakan komponen yang biasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan

sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss, 1998). Dalam

ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi

julat pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini lebih

sukar diukur dan jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan

penyelidikan sukan.

Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif

dan Pengukuran Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986).

Pengukuran Kelembutan Relatif adalah pengukuran kelembutan yang relatif

kepada panjang atau lebar bahagian badan yang spesifik. Pengukuran jenis

ini bukan hanya mengukur pergerakan tetapi meliputi ukuran bahagian

badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya, ujian ekstensi

belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif.

Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan

berhubung dengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian ‘split’

di mana jarak pengukuran antara lantai dan punggung diukur sebagai

pencapaian subjek.

Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau

pengukuran bersudut. Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan

milimeter atau ukuran panjang yang lain yang dihasilkan oleh pita pengukur

atau jangka flekso. Pengukuran bersudut menghasilkan pengukuran dalam

bentuk darjah ( ° ) yang terhasil daripada jangka sudut, goniometer atau

jangka flekso.

Tajuk: UJIAN KELENTURAN ( FLEXSIBILITY TEST )

Definisi kelenturan

Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat

pergerakan sesuatu sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau

pergerakan ekstensi ke fleksi. Manakala Johnson dan Nelson (1986), pula

Page 5: Kecergasan Berasaskan Kelembutan

menyatakan kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan

tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian ‘artikulasi’ dan penyambung

otot.

Sejarah

Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941.

Cureton memperkenalkan bateri ujian berorentasikan ‘Practical

Performance’. Pada tahun yang sama juga, ujian kelenturan untuk

pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack Leighton

memperkenalkan ‘flexometer’ untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi.

Pada tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan

‘Sit and Reach Test’.

Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells & Dillon

daripada segi skor bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian

kelenturan untuk 4 sukan dan tarian. Pada tahun 1972, B.L. Johnson telah

memperkenalkan alat ‘flexomeasure’. Pada tahun 1975, Myers mengubah

suai ‘Sit and Reach Test’ dan menerbitkan ke dalam YMCA. Pada tahun 1976,

Goodin ; Pollock telah memperkenalkan ‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA.