sukan untuk semua.docx

Upload: danial-aiman

Post on 04-Jun-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    1/21

    Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

    Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan

    kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang

    berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih

    luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

    Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua?

    Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan

    menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam

    sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan

    secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga

    bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan,

    sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah

    satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk

    Semua (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan

    mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua (Sukan

    Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan

    membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di

    dunia.

    Konsep

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Dengan kata

    lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan

    sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang

    hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup.

    Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya :

    sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain),

    kecergasan, (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain),

    outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara).

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    2/21

    Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping

    merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan negara. Sukan

    Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

    Matlamat

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk

    menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang

    boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan

    akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam

    kegiatan

    sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin

    membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa

    'peserta' dan bukannya 'penonton'.

    Posted by intan_isna at 1:50 AM No comments:

    Email This

    BlogThis!

    Share to Twitter

    Share to Facebook

    Labels: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, Pengurusan PJ, sukan massa

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    3/21

    PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    1.0 PENGENALAN

    Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama

    sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani

    merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.

    Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan

    permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

    1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

    Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,

    pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di

    definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran,

    perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan

    penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

    Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah

    a) Merancangb) Menyediakan bajetc) Mengawald) Mengarahe) Mengelolaf) Menyediakan jadual pertandingang) Membuat keputusanh) Menilai

    Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan

    sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-

    (a) Persediaan profesional

    (b) Sikap profesional

    (c) Perkembangan profesional

    Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan

    pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani

    dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    4/21

    1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

    Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan

    kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ)

    juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek

    domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ)pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal

    yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk

    pembelajaran yang holistik danberupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat

    menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

    Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan

    penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang

    menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi.

    Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui

    pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan

    seharian.

    Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan

    mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar

    dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

    (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia

    Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran

    pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia.

    Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan

    serta kesihatan.

    Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan

    perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

    dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,

    Kemahiran dan Kesukanan.

    Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk

    penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahamidan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk

    masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang

    terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi

    meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    5/21

    (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

    Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

    I. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motorII. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

    III. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harianIV. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan

    fizikal

    V. Membentuk sahsiah dan disiplin diri danVI. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

    VII. (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang

    dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati

    kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

    Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu:

    Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran

    aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

    Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan

    menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada

    hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat

    mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian.

    Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yangseimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani

    kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan

    di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988).

    (c) Organisasi

    Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani

    mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik

    Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ----> Setiausaha ---->Ahli-ahli

    (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

    (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

    I. Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    6/21

    II. Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmaniIII. Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakanIV. Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmaniV. Menyediakan perancangan tahunan panitia

    VI. Memantau pengajaran pendidikan jasmaniVII. Memeriksa buku latihan pelajar

    VIII. Merancang pembelian alatan untuk panitiaIX. Menyediakan anggaran perbelanjaan panitiaX. Merancang latihan dalaman

    (e) Perancangan Belanjawan

    Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia

    pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu

    menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung

    kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

    Bil Murid ------------------> Peruntukan

    Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

    101-250 Orang RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)

    251-500 Orang RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)

    501-750 Orang RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

    751-1000 Orang RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)

    1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

    (f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

    Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan

    jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani

    untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani

    kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

    Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak

    termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    7/21

    Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

    1) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.2) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor

    dengan

    3) kemas kini.4) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru5) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.6) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya

    sekali setahun.

    7) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

    Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

    (i) Ruang

    Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di

    samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang

    300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah

    alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

    (ii) Rak

    Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang

    di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun

    hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkanproses menyimpan dan mengambil barang.

    (iii) Lokasi

    Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan

    padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi

    barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri

    memecah masuk stor pendidikan jasmani.

    (iv) Tingkap

    Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang

    panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang

    tahan panas akan rosak.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    8/21

    (v) Siling

    Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan

    yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah

    mempunyai ketinggian yang sesuai.

    (vi) Peredaran Udara

    Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak

    menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

    Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan

    pengaliran udara.

    (vii) Keselamatan

    Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna.

    Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

    1) Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.2) Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian

    bawah rak simpanan.

    3) Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghalake bawah.

    4) Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan keringsebelum di simpan bagi mengelak karat.

    5) Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang bolehmenyebabkan kecederaan kepada kita.

    6) Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkanalatan.

    7) Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajaryang lain tunggu di luar.

    8) Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan keringsebelum di simpan bagi mengelak reput.

    9) Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuatkuasa.

    10)Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur11)Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara

    pukal.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    9/21

    (viii) Pintu

    Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

    Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu

    stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan

    kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan

    keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan

    mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

    (g) Penjagaan Peralatan

    Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani

    mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan

    guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

    Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh

    pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan

    tersebut ialah:

    I. Duduk di atas bolaII. Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

    III. Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lainIV. Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut

    contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

    1.1.2 Pengurusan Sukan

    Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang

    telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.

    Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai

    unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti

    fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan melibatkan perancangan,

    kemahiran motor dan strategi.

    Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dandewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental

    yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan,

    kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain

    daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan.

    Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi

    dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    10/21

    kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada

    masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan

    negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat.

    Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badanbadan amatur dan profesional. Kementerian yang

    bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan.Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan

    sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan

    Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan

    sukan negara. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan

    cergas.

    (a) Dasar Sukan Negara

    Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan,kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan

    yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-

    pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-

    badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam

    bidang sukan.

    (b) Rasional Dasar Sukan Negara

    Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilaimoral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh

    dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.

    (c) Peringkat Individu

    I. Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangatII. pertandingan yang sihat.

    III. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.IV. Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaatV. Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

    VI. Interaksi sosial yang baik.VII. Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    11/21

    (d) Peringkat Masyarakat

    1) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yangbaik bersesuaian dengan aspirasi nasional.

    2) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baikdalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

    3) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatanproduktiviti negara.

    4) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapangdengan aktiviti berguna.

    (e) Peringkat Antarabangsa

    a. Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.b. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.c. Memupuk persahabatan.d. Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang

    tinggi.

    Objektif Dasar Sukan Negara

    Antara objektif dasar sukan negara ialah:

    (a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas

    dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

    (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi

    sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

    (c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan

    sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

    (d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat

    kebangsaandan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

    Strategi dan Pelaksanaan Dasar

    Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut

    :

    (a) Perancangan

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    12/21

    Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan

    mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan.

    Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang

    berikut perlu dipertimbangkan:

    - Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.

    - Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

    (b) Organisasi

    Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu

    program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan

    bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta

    dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan

    berprestasi tinggi.

    Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan

    Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat

    Malaysia.

    MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua.

    Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam

    aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan

    mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubunganantara kumpulan etnik.

    Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang

    cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian

    Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata

    pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,aktiviti-aktiviti sukan

    juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)

    berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.

    Majlis Olimpik Malaysia

    (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab

    utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja

    rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat

    antarabangsa.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    13/21

    (c) Personel

    Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman

    bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah

    merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

    (d) Kewangan

    Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa.

    Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor

    korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor

    swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.

    Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka

    untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

    (e) Insentif

    Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara

    perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya

    peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans,

    perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.

    (f) Kemudahan

    Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa,

    sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab

    menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri

    menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan

    sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam

    pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

    (g) Am

    Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan

    kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai

    dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada

    harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    14/21

    melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk

    menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat

    kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah

    Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiapnegeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di

    negara ini.

    Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan

    penyelidikan dan mempromosikan sukan.

    Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu

    dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan

    untuk semua dan sukan prestasi tinggi.

    Posted by intan_isna at 1:37 AM

    Email This

    BlogThis!

    Share to Twitter

    Share to Facebook

    Labels: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, Pengurusan PJ

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    15/21

    PENGENALAN

    Pada 14hb Januari 1985, Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan satu Simposium

    Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium ini para peserta telah mengesyurkan agar

    sistem kejurulatihan dipersusun serta dimajukan. Disamping itu pihak kerajaan diminta menubuhkan

    sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang akan bekerjasama dengan Badan-badan SukanKebangsaan.

    Ekoran dari simposium tersebut, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan oleh

    Majlis Sukan Negara Malaysia. Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

    adalah seperti berikut:

    Mewujudkan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan Menyusun dan menggubal Kurikulum Kejurulaihan Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan diantara Persatuan-persatuan

    Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan; dan

    Melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yangdiarah oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan.

    Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang ditubuhkan telah mewujudkan satu Jawatankuasa

    Perkembangan Kurikulum bagi menggubal kurikulum Sains Sukan dan bidang-bidang pengkhususan

    sukan (Sports Specific) serta Praktikum di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Kurikulum

    tersebut telah siap sepenuhnya dan menjadi matlamat Majlis Sukan Negara Malaysia melaksanakan

    Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ke seluruh negara.

    KONSEP

    Skim Persijilan Kebangsaan ialah satu program pembangunan dan pendidikan kejurulatihan yang

    seragam dan berterusan yang mengandungi tiga komponen iaitu:

    Sains Sukano Prinsip-prinsip am kejurulatihan dan Human Performance

    Pengkhususan Sukano Kemahiran, Teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu.

    Praktikumo Practice of Coaching.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    16/21

    OBJEKTIF SKIM

    Objektif Skim ini ialah untuk:

    melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang-bidang sains sukan,pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi danpencapaian atlet kebangsaan.

    mewujudkan satu program yang sistemaik untuk menambah bilangan jurulatih danmenyediakan peluang-peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang

    kejurulatihan.

    mewujudkan sati sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidangkejurulatihan ke arah memajukan sukan negara.

    menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan kejurulatihan di semuaperingkat.

    STRUKTUR SKIM

    Struktur Skim Persijilan adalah seperti berikut:

    TAHAP KANDUNGAN PELAKSANA

    I Sains SukanMajlis Sukan Negara

    IIPengkhususan

    Sukan

    Persatuan Sukan

    Kebangsaan

    IIIPraktikum

    Persatuan Sukan

    Kebangsaan

    PERLAKSANAAN SKIM

    2. PERLAKSANAAN SKIM

    2.1 Skim ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan melalui dua bahagian iaitu :-

    a) Komponen Sains Sukan Dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara di

    mana peserta akan terdiri daripada

    pelbagai jenis sukan.

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    17/21

    b) Pengkhususan Sukan dan

    Praktikum

    Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan

    Kebangsaan dengan kerjasama Majlis

    Sukan Negara dan peserta daripada sukan

    yang berkenaan sahaja.

    2.2 Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah menetapkan bahawa kriteria kelayakanseseorang jurulatih untuk

    memperolehi sijil penuh di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan adalah seperti

    berikut:-

    TAHAP SAINS

    SUKAN

    PENGKHUSUSAN PRAKTIKUM SIJIL SPKK

    I Lulus Lulus Lulus Tahap I

    II Lulus Lulus Lulus Tahap II

    III Lulus Lulus Lulus Tahap III

    2.3 Adalah menjadi matlamat jangka panang Majlis Sukan Negara Malaysia bahawa Skim

    Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini akan menjadi sistem pendidikan jurulatih kebangsaan dalam

    melatih serta meningkatkan pengetahuan jurulatih tempatan ke arah mengeluarkan jurulatih yang

    bertauliah dan menyeluruh demi mempertingkatkan prestasi sukan negara

    3. PERSAMAAN TARAF

    3.1 Individu yang layak boleh memohon kepada Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi

    mendapat pertimbangan pengecualian menghadiri kursus-kursus Sains Sukan Tahap I hingga III. Ini

    merupakan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status pengetahuan yang dimilikki.

    3.2 Jurulatih Kebangsaan juga boleh diberikan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status

    kejurulatihannya jika mereka memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan.

    TAHAP I

    Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

    a. Aktif dan diiktiraf oleh Persatuan

    Sukan Kebangsaan sebagai Jurulatih

    sukan prestasi tinggi (Peringkat

    Memilikki Ijazah dalam bidang sukan

    /sains sukan atau Pendidikan Jasmani

    dari mana-mana universiti yang

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    18/21

    Antarabangsa) DAN

    b. Mengikuti TIGA (3) kursus

    kejurulatihan sukan di

    peringkat antarabangsa seperti IOC,

    IAAP dan sebagainya dan telah berjaya

    mendapat sijil kejurulatihan dari

    badan tersebut.

    c. Jika tidak memenuhi syarat

    (b) di atas hendaklah

    menduduki peperiksaan Kursus

    Sains Sukan sekali tanpa

    menghadiri kursus dan lulus.

    diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    19/21

    TAHAP II

    Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

    a. Tidak ada pengecualian tetapi

    dapat dipertimbangkan setelah

    memenuhi keperluan berikut:-

    b. LULUS Sains Sukan Tahap I

    c. Menduduki peperiksaan Kursus

    Sains Sukan Tahap II sekali tanpa

    menghadiri kursus dan LULUS

    Memilikki Ijazah Sarjana (Masters)

    dalam bidang Pendidikan Jasmani

    atau sukan dari mana-mana Universiti

    yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

    TAHAP III

    Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

    a. Jurulatih Kebangsaan prestasi

    tinggi yang masih aktif dan telah

    memilikki Sijil Sains Sukan Tahap II

    akan dipertimbangkan setelah

    mengambil peperiksaan Tahap IIItanpa menghadiri kursus. Calon

    dibenarkan mengambil peperiksaan

    sekali sahaja dan jika berjaya

    persamaan taraf diberi. Jika gagal

    hendaklah menduduki keseluruhan

    kursus.

    ATAU

    Menghadiri kursus dan diakhir kursus,

    penilaian yang sesuai dan flexible akan

    dibuat untuk mengesahkan kelayakan

    mereka tanpa menduduki peperiksaan

    kursus.

    Akan dipertimbangkan bagi

    pemegang Ijazah Phd dalam bidang

    sukan dari mana-mana Universiti yang

    diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan

    setelah mengambil PeperiksaanTahap III tanpa menghadiri kursus

    pada peringkat tersebut. Calon

    dibenarkan mengambil peperiksaan

    sekali sahaja. Jika berjaya, persamaan

    taraf diberi. .

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    20/21

    7. PERMOHONAN

    7.1 Semua permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan

    Kebangsaan hendaklah dibuat kepada pihak-pihak berikut: -

    a) Kursus Sains Sukan

    Ketua Pengarah

    Majlis Sukan Negara Malaysia

    Kompleks Sukan Negara,

    Bukit Jalil

    57000 Kuala Lumpur

    Tel: 03-89929600

  • 8/14/2019 Sukan untuk Semua.docx

    21/21

    Fax: 03-89966203

    b) Kursus Pengkhususan Sukan

    Presiden

    Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan

    PERMOHONAN

    Semua permohonan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan hendaklah dibuat kepada Majlis Sukan Negara

    Malaysia atau Majlis Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah untuk kursus-kursus yang dirancang setiap

    tahun.

    Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya SATU BULANsebelum bermulanya kursus.

    Keputusan sama ada berjaya atau tidak akan diputuskan oleh negeri yang menjadi tuan rumah.

    Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus untuk Pengkhususan Sukan pula adalah di bawah kelolaan

    Persatuan Sukan Kebangsaan.