keberkesanan stilistik

Upload: mohdameri57

Post on 04-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 KEBERKESANAN STILISTIK

    1/2

    2.5 KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA

    Salah satu keberkesanan stilistik di dalam bahasa ialah pendedahan

    kepada kepelbagaian gaya bahasa. Gaya ialah manipulasi penggunaan

    bahasa seperti yang ingin dinyatakan penulisannya, sehingga menimbulkan

    kesan tertentu kepada pembacanya (1985: 48).

    Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau lisan

    ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan

    kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema

    dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Gaya

    dapat dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa pengulangan, gaya bahasa

    penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa

    pertentangan (Nik Hassan Basri, 2007: 145).

    Menerusi karya sastera, aspek gaya bahasa adalah amat penting bagi menjadikan

    sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai.

    Contoh gaya bahasa pengulangan adalah seperti aliterasi, anafora, asonansi, epifora

    dan banyak lagi. Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang

    mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian

    ayat yang dianggap penting.

    Gaya bahasa penyirnaan pula ialah bentuk bahasa yang mengalami

    unsur pengguguran bunyi, suku kata, frasa atau bahagian ayat. Contoh gaya

    bahasa penyirnaan termasuklah aferesis, afesis, akronim, apokop, elipsis, kata

    singkatan dan sinkof.

    Seterusnya, gaya bahasa perbandingan yang bermaksud bentuk bahasa

    perbandingan yang indah untuk menambah kesan tertentu dengan cara

  • 7/29/2019 KEBERKESANAN STILISTIK

    2/2

    membandingkan. Contohnya imejan, metafora, personifikasi, pleonasme

    dan simile.

    Gaya bahasa pertautan pula ialah gaya bahasa yang mengaitkan sesuatu perkara

    dengan perkara yang lain. Antaranya termasuklah alusi, antonomasia dan lain-

    lain. Seterusnya ialah gaya bahasa bertentangan, yang terdiri daripada tiga jenis iaitu

    hiperbola, inversi dan paradoks (Nik Hassan Basri, 2007: 80-82).

    Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan, seseorang pengarang karya tidak

    perlu bergantung kepada aspek tatabahasa sahaja. Beliau boleh

    menggunakan gaya bahasa sebagai panduan dalam membentuk atau

    menghasilkan sesuatu karya yang lebih kreatif dan dapat memberi kesan kepada

    pembaca.

    Gaya dari segi variasi bahasa juga banyak digunakan di dalam sesebuah karya;

    khususnya novel, cerpen dan prosa Melayu klasik. Antara variasi bahasa

    termasuklah seperti bahasa lisan, bahasa pasar, bahasa surat dan lain-lain.