dfdamengukur keberkesanan sekolah

31
Mengukur keberkesanan sekolah: Satu perspektif daripada kerangka konsep ‘The Balanced ScorecardDr Rusmini bt Ku Ahmad Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Abstrak Perubahan persekitaran yang dinamik serta tuntutan masyarakat yang pelbagai terhadap sekolah menjadikan pengurusan di sekolah semakin mencabar. Bagi meningkatkan dan mengekalkan keberkesanan, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan seharian. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan satu daripada kerangka pengurusan yang begitu meluas digunakan dalam syarikat- syarikat perniagaan dan boleh juga diaplikasikan dalam sektor awam dan sekolah. Oleh itu artikel ini mencadangkan penggunaan ‘Balanced Scorecard’ sebagai alat pengukuran prestasi keberkesanan sekolah yang lebih praktikal dan seimbang bagi menangani perubahan yang tidak menentu serta tuntutan masyarakat yang pelbagai. Pengenalan Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap apa yang dikehendaki daripada sekolah. Tinjauan literatur kajian kebanyakannya memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama keberkesanan sekolah. Namun terdapat juga aspek-aspek lain yang diberi 1

Upload: nathanheman

Post on 12-Aug-2015

181 views

Category:

Law


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Mengukur keberkesanan sekolah: Satu perspektif daripada kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’

Dr Rusmini bt Ku AhmadPensyarah

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Abstrak

Perubahan persekitaran yang dinamik serta tuntutan masyarakat yang pelbagai terhadap sekolah menjadikan pengurusan di sekolah semakin mencabar. Bagi meningkatkan dan mengekalkan keberkesanan, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan seharian. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan satu daripada kerangka pengurusan yang begitu meluas digunakan dalam syarikat-syarikat perniagaan dan boleh juga diaplikasikan dalam sektor awam dan sekolah. Oleh itu artikel ini mencadangkan penggunaan ‘Balanced Scorecard’ sebagai alat pengukuran prestasi keberkesanan sekolah yang lebih praktikal dan seimbang bagi menangani perubahan yang tidak menentu serta tuntutan masyarakat yang pelbagai.

Pengenalan

Keberkesanan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya konsep ini

bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap

apa yang dikehendaki daripada sekolah. Tinjauan literatur kajian kebanyakannya

memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama

keberkesanan sekolah. Namun terdapat juga aspek-aspek lain yang diberi perhatian

mengikut kepentingan golongan masing-masing (Sergiovanni, 2001). Mengikut

pandangan ibubapa selain daripada kecemerlangan akademik, aspek keprihatinan guru

terhadap pelajar, keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibubapa dan sekolah

diberi penekanan. Bagi pelajar, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang

memberikan peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan

harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi

1

Page 2: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

pembelajaran dan kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar

yang seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, program perkembangan staf

yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996). Daripada

pandangan yang telah dikemukakan, jelas bahawa sekolah mempunyai tuntutan yang

pelbagai daripada masyarakat. Untuk itu sekolah harus berperanan sebagai organisasi

yang dinamik dan menggunakan strategi serta amalan-amalan pengurusan yang

bersesuaian dalam menangani cabaran dan memenuhi tuntutan pelbagai pihak.

Isu-isu sekolah berkesan

Perubahan persekitaran dan ekonomi pada masa kini memerlukan sekolah melahirkan

pelajar-pelajar yang boleh bersaing dan memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat

apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Kesan daripada fenomena ini sistem

pengurusan sekolah mesti mempunyai ‘organizational capacity’ untuk menentukan

pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat mencapai satu tahap piawaian yang tinggi

selaras dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat. Sekolah harus

menyediakan persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang mantap dan amalan-

amalan pengurusan yang akan membawa kepada kecemerlangan organisasi.

Persoalannya adakah sekolah bersedia dengan strategi-strategi tertentu untuk

meningkatkan keberkesanan dan memperolehi kecemerlangan? Laporan Jemaah

Nazir suku tahun pertama tahun 2000 telah memaparkan realiti bahawa lebih kurang

57% sekolah-sekolah yang mampu mempamerkan pengurusan yang baik serta

menyediakan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran

sementara sekolah-sekolah lain menunjukkan prestasi pada peringkat sederhana dan

selebihnya pada peringkat lemah (Laporan Jemaah Nazir, 2001). Dalam konteks

2

Page 3: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

penguasaan dan pembudayaan ICT, kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik

daripada Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap program rintis

Sekolah Bestari mendapati hanya 23.9% daripada pengetua sekolah bestari

mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perlaksanaan program rintis

Sekolah Bestari (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Dapatan yang sama juga

didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh Baharom Mohamad (2002), yang

meninjau tentang persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan

pengetua dan guru besar dalam celek komputer di sekolah-sekolah di negeri Johor.

Hasil kajian menunjukkan peratusan guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja

terhadap kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua dan guru besar mereka adalah

rendah iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi guru sekolah menengah.

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan ini, sekolah perlu banyak memberikan tumpuan

kepada budaya peningkatan ilmu dan kemahiran terkini pemimpin serta guru, strategi

dan amalan-amalan pengurusan yang mempengaruhi perkembangan sosial dan moral

pelajar-pelajar, amalan-amalan guru serta sistem kepercayaan warga sekolah yang

merupakan intipati penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.

Strategi meningkatkan keberkesanan sekolah

Tinjauan literatur menunjukkan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai

faktor. Daripada kajian awal mengenai keberkesanan sekolah mendapati latar

belakang sosioekonomi keluarga amat mempengaruhi pencapaian akademik murid

(Bloom, 1964; Coleman,1966; Jencks, 1971). Berdasarkan tinjauan kajian-kajian awal

mengenai keberkesanan sekolah, para pengkaji dan penggubal polisi pendidikan

mempunyai pandangan yang pesimis tentang pengaruh sekolah terhadap kejayaan

3

Page 4: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

murid. Namun begitu bermula tahun 1980 an gambaran terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian murid semakin berubah. Sekolah dianggap mempunyai

hubungan dengan kualiti pembelajaran. Pengkaji-pengkaji sekolah berkesan mula

menggunakan strategi yang lebih baik dan sesuai bagi membuktikan bahawa sekolah

menyumbang kepada kejayaan murid. Kebanyakan dapatan menunjukkan pengaruh

pemimpin sekolah merupakan faktor signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan

sekolah. Di samping faktor kepimpinan, faktor persekitaran dan budaya sekolah,

jangkaan yang tinggi terhadap pencapaian serta penilaian yang kerap dilakukan juga

membantu meningkatkan pencapaian murid. (Brookeover, 1979; Edmonds, 1979;

Mortimore, 1995). Terdapat juga pengkaji yang berpendapat pengaruh persekitaran

atau lokasi sekolah mempengaruhi pencapaian akademik murid (Rozenholtz, 1989;

Ramaiah, 1995). Keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehan

sedia ada murid seperti sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai murid-

murid yang terpilih dari segi pencapaian akademik walaupun proses pengajaran dan

pembelajaran kurang berkesan (Sharifah, 2000). Terdapat juga andaian bahawa

budaya sekolah berkesan dipengaruhi oleh perbezaan budaya bangsa seperti budaya

sekolah kebangsaan dan budaya sekolah jenis kebangsaan (Ghazali Othman, 2001).

Para pengkaji juga mendapati sumber-sumber organisasi seperti sumber kewangan,

peralatan komputer serta kemudahan-kemudahan sekolah yang lain mempunyai

korelasi dengan pencapaian murid (Hedges, Laine, Greenwalds, 1994; Tribus, 1996).

Walaupun kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor

seperti faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang

mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada murid namun pihak sekolah harus optimis

dalam mengaplikasikan amalan-amalan pengurusan dan strategi sekolah bagi

menjamin keberkesanannya. Antara strategi yang boleh diaplikasikan dalam amalan-

4

Page 5: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

amalan pengurusan ialah pengukuran prestasi sekolah. Menurut Anne Story (2002),

bagi mengekalkan dan meningkatkan keberkesanan sekolah, sistem pengukuran

prestasi harus diamalkan oleh warga sekolah sebagai satu strategi pengurusan.

Matlamat utama menggunakan sistem pengukuran prestasi adalah untuk

meningkatkan prestasi organisasi. Sistem pengukuran yang baik akan membantu

organisasi mencapai kecemerlangan melalui lima cara (Mike Bourne; Pipa Bourne,

2002).

i. Memantapkan prestasi

Pengukuran prestasi akan dapat memantapkan keberkesanan dan prestasi sekolah.

Melalui sistem pengukuran ini, sekolah dapat menilai prestasi masa lalu, mengenal

pasti prestasi keadaan semasa, kekuatan dan kelemahan serta mensasarkan prestasi

pada masa akan datang. Melalui sistem pengukuran prestasi juga sekolah dapat

mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin kecemerlangan dan memantapkan

prestasi sekolah.

ii. Menjelaskan hala tuju

Melalui pembinaan set kriteria pengukuran, semua warga sekolah akan dapat

menyedari perkara-perkara penting dan patut diberi perhatian serta usaha. Sistem

pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai

pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik sekolah.

Melalui komitmen pihak sekolah terhadap pengukuran ianya akan dapat membentuk

satu budaya yang mementingkan pencapaian iaitu setiap individu tidak lagi bekerja

tanpa hala tuju tetapi tahu apa yang diharapkan daripada mereka dan dapat melihat

peningkatan prestasi sekolah hasil daripada sumbangan mereka.

5

Page 6: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

iii. Memfokuskan tindakan dalam bidang yang penting

Sistem pengukuran prestasi merupakan sistem yang membantu sekolah dalam

menentukan tindakan yang perlu diambil. Sistem pengukuran merupakan sesuatu

yang dinamik. Pengukuran secara tekal akan dapat membantu sekolah mengenal pasti

perkara-perkara yang menjadi menghalang kepada keberkesanannya. Oleh itu

tumpuan dapat diberikan kepada perkara-perkara penting yang menjadi teras kepada

kecemerlangan sekolah dan keberkesanan sekolah.

iv. Membantu pembelajaran

Mengaplikasi sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah mengenal

pasti kesesuaian strategi yang telah diimplementasikan dan tindakan yang perlu

diambil. Pengukuran seharusnya memberikan maklumat mengenai strategi yang telah

dijalankan akan tetapi ianya harus dilihat semula dan menggunakan pengukuran untuk

membantu pembelajaran.

v. Mempengaruhi tingkah laku

Bagi mempengaruhi tingkah laku staf, sistem pengukuran prestasi yang sesuai harus

dibina. Ini dapat memotivasikan staf ke arah matlamat organisasi. Kegagalan

menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang tidak baik

kepada prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada

perkara-perkara yang tidak produktif dan merugikan masa.

Keseluruhannya sistem pengukuran prestasi akan memberikan kesan kepada

organisasi. Ianya dapat membantu dan menumpukan perhatian terhadap matlamat,

membina budaya mementingkan pencapaian, menentukan pemacu-pemacu kepada

6

Page 7: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

prestasi organisasi, memberikan fokus kepada pemacu prestasi dan mengenal pasti

lebih awal faktor-faktor yang menghalang kepada keberkesanan organisasi. Oleh itu

bagi menjamin keberkesanan sekolah sistem pengukuran prestasi harus dilakukan.

Sistem pengukuran prestasi akan dapat membantu sekolah memantapkan prestasi

serta berupaya memenuhi kehendak pelbagai pihak.

Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’

Matlamat utama menggunakan sistem pengukuran prestasi adalah untuk

meningkatkan keberkesanan sekolah. Pengukuran prestasi sekolah harus dijadikan

amalan dalam pengurusan. Kaedah ini boleh diimplementasikan dalam bidang

akauntabiliti kewangan, pencapaian akademik pelajar, pengurangan masalah disiplin,

proses pengajaran dan pembelajaran, peningkatan profesionalisme guru dan

sebagainya. Bagi memudahkan pengukuran prestasi sekolah dilakukan, strategi-

strategi yang dirancang untuk mencapai misi dan visi oleh pihak sekolah mestilah

dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur. Satu pendekatan yang dapat membantu

pengurus sekolah mengukur dan menukarkan strategi kepada tindakan adalah melalui

penggunaan kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard. Konsep ini telah

diperkenalkan oleh Robert Kaplan dan David Norton dalam Harvard Business Review

pada tahun 1992. ‘The Balanced Scorecard’ merupakan kerangka pengurusan yang

telah diperkenalkan kepada organisasi-organisasi perniagaan sebagai satu pendekatan

untuk mengukur prestasi organisasi. Kerangka ‘Balanced Scorecard’ ini memberikan

fokus kepada empat perspektif utama iaitu perspektif kewangan, perspektif

pelanggan, perspektif proses dalaman dan perspektif pembelajaran dan pertumbuhan

seperti rajah 1:

7

Page 8: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Rajah 1: Empat Perspektif Asas Konsep Balanced Scorecard

Perspektif-perspektif di dalam kerangka ini bertujuan untuk menghubungkait antara

kawalan operasi jangka pendek dengan strategi dan visi jangka panjang organisasi

perniagaan. Melalui pendekatan ini tumpuan organisasi perniagaan hanya kepada

beberapa perspektif utama. Walaupun fokus utama organisasi perniagaan ialah kepada

perspektif kewangan namun perspektif penentu-penentu yang lain seperti perspektif

pelanggan, proses dalaman dan inovasi diberi tumpuan yang sama bagi menjamin

keberkesanan organisasi pada masa akan datang (Hassan Jantan 2002). Kerangka

konsep ‘The Balanced Scorecard’ menjelaskan bahawa pengukuran kewangan tidak

memberikan gambaran sebenar mengenai faktor-faktor yang membawa kepada

keberkesanan organisasi. Oleh itu model ini adalah sesuai untuk diimplementasikan

pada organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Menurut Niven (2003),

perbezaan yang jelas bagi kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ organisasi

bukan berasaskan keuntungan dengan organisasi perniagaan ialah kedudukan

8

Perspektif Kewangan

Perspektif Pelanggan

Perspektif Proses Dalaman

Perspektif Pembelajaran dan

Pertumbuhan

Visi &

Strategi

Page 9: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

perspektif pelanggan pada bahagian atas kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’

seperti rajah 2.

Rajah 2: Perspektif Konsep ‘Balanced Scorecard’ bagi Sektor Awam

Dengan memenuhi kehendak pelanggan, misi organisasi akan tercapai. Berbeza pula

dengan sektor perniagaan, iaitu kewangan menjadi indikator kepada stakeholder

mengenai prestasi organisasi. Namun begitu tiada organisasi yang akan beroperasi

dengan cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan tanpa faktor kewangan.

Ukuran kewangan bagi sektor awam dan organisasi bukan keuntungan dapat dilihat

sebagai pemangkin atau sebaliknya sebagai kekangan. Organisasi awam akan dilihat

sebagai organisasi yang berjaya mengurus kewangan apabila membelanjakan

9

Perspektif Pelanggan

Perspektif Kewangan

Perspektif Proses Dalaman

Perspektif Pembelajaran dan

Pertumbuhan

Strategi

Misi

Page 10: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

peruntukan yang diberikan tanpa berlebihan ataupun memberikan perkhidmatan

dengan melibatkan kos yang sedikit dan menghasilkan kecekapan yang tinggi akan

menarik perhatian dan sumbangan pihak awam. Kunci kepada kejayaan kerangka

‘Balanced Scorecard’ terletak pada pemilihan dan pengukuran proses-proses yang

memberikan nilai kepada pelanggan. Proses yang difokuskan bermula daripada

objektif dan pengukuran yang dipilih daripada perspektif pelanggan dan

dihubungkaitkan dengan perspektif-perspektif lain di dalam kerangka ini.

Organisasi awam dan bukan keuntungan yang berasaskan misi bergantung

sepenuhnya kepada kemahiran, dedikasi dan keselarasan staf untuk mencapai

matlamat. Kompetensi staf dan infrastruktur organisasi terjalin melalui semua

perspektif dalam kerangka ‘The Balanced Scorecard’. Kejayaan dalam peningkatan

proses, beroperasi dalam mengurus kewangan dan memenuhi kehendak pelanggan

bergantung kepada kebolehan pekerja dan amalan-amalan pengurusan dalam

mencapai misi organisasi. Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ yang dibina harus

menggambarkan strategi melalui objektif dan pengukuran yang telah dipilih. Ukuran

ini harus mempunyai hubungkait antara satu sama lain (cause and effect relationships)

daripada perspektif pembelajaran dan pertumbuhan untuk menambahbaikkan

keperluan pelanggan contohnya seperti rajah 3.

10

Page 11: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Rajah 3: Pendekatan strategik melalui hubungkait ‘Cause and Effect’

Rajah 3 menunjukkan contoh ‘cause and effect’ pendekatan strategik dalam bidang

pendidikan. Bagi menghasilkan peningkatan prestasi sekolah seperti peningkatan

dalam peperiksaan, pengurangan kadar ponteng, kepuasan kerja yang tinggi serta nilai

tambah dalam pendidikan, sekolah harus mengenal pasti proses dalaman yang

meningkatkan prestasi seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.

Kaedah inovatif ini pula dapat diperolehi melalui program latihan kemahiran dan

teknik pengajaran dan pembelajaran terkini. Untuk menjayakan program latihan

kemahiran dan teknik P&P ini, bantuan kewangan tambahan diperlukan contohnya

untuk mendapatkan bantuan pakar dan juga tambahan alat bantu mengajar yang

sesuai. Menurut Nils-Grovan & Wetter (1998), kelebihan kerangka ‘The Balanced

Meningkatkan latihan kemahiran dan teknik

P&P terkini

Menghasilkan kaedahP&P yang inovatif

PerspektifPembelajaran dan

Pertumbuhan

PerspektifProses dalaman

11

Mendapatkan bantuan kewangan

Peningkatan prestasi sekolah

PerspektifKewangan

PerspektifPelanggan

Page 12: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Scorecard’ berbanding dengan kerangka pengurusan yang lain adalah berfokus

kepada ‘cause and effect’. Objektif dan pengukuran yang dipilih bagi strategi ‘The

Balanced Scorecard’ harus dijalinkan bersama melalui empat dimensi bagi

menunjukkan pertalian dalam perancangan strategik.

Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dalan konteks sekolah

Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dapat diaplikasikan dalam konteks

sekolah sebagai kerangka pengukuran bagi memacu sekolah ke arah kecemerlangan.

Beberapa kelebihan penggunaan kerangka ini telah dikenal pasti antaranya ialah:

i. Menjana dan menterjemahkan strategi kepada tindakan

Menggunakan kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dapat menghubungkan

perancangan strategik jangka panjang dengan aktiviti tindakan seharian. Melalui

pendekatan empat dimensi dan ‘cause and effect’ ini, kemahiran dan ciri-ciri guru

serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan

dengan misi sekolah. Ianya menggambarkan penambahbaikan untuk menjadikan

sekolah berkesan dan menentukan keutamaan strategik.

ii. Mempamerkan akauntabiliti dan hasil

Untuk mempamerkan hasil, sekolah harus mengukur prestasi organisasi. Dengan

hanya memperbanyakkan bilangan program-program sekolah, perbelanjaan yang

dikeluarkan yang menyokong akademik belum menunjukkan sesebuah sekolah itu

12

Page 13: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

berkesan tetapi sebaliknya menunjukkan objektif dan misi sekolah seperti yang telah

dinyatakan telah tercapai. Melalui penggunaan ‘The Balanced Scorecard’ fokus

sekolah tertumpu kepada misi dan strategi.

iii. Membina perancangan yang rapi

Kerangka ‘The Balanced Scorecard’ yang digunakan dalam bidang perniagaan

sebagai business planning boleh digunapakai untuk perancangan dalam bidang

pendidikan. Contohnya perancangan dalam pengurusan kewangan. Sekolah harus

membelanjakan waran peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, SUWA, asrama dan

lain-lain derma daripada PIBG dan sebagainya ke arah merealisasikan misi dan visi

sekolah. Dalam proses perancangan membina ‘The Balanced Scorecard’ penglibatan

semua staf adalah perlu bagi menentukan keutamaan strategi sekolah, menyatakan

jenis aktiviti, sasaran serta bentuk ukuran yang sesuai.

iv. Mengukuhkan kepercayaan pelanggan

Menggunakan kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ dapat mempamerkan

akauntabiliti dan prestasi sekolah. Melalui pencapaian yang telah dibuktikan, sekolah

dapat menyakinkan stakeholder dan pelanggan serta semua warga sekolah. Keadaan

ini dapat meningkatkan motivasi ibu bapa dan komuniti untuk memberikan

sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun kepakaran bagi meningkatkan

lagi keberkesanan sekolah.

v. Memacu perubahan

Menurut Charles Darwin “The survivor of any species are not necessarily the

strongest. And they are not necessarily the most intelligent. They are those who are

13

Page 14: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

most responsive to change”. Kata-kata ini boleh diaplikasikan dalam organisasi

dengan merujuk kepada hanya organisasi yang mampu berubah sahaja yang dapat

meneruskan kesinambungan keberkesanan dan kecemerlangannya. Melalui

pengukuran daripada kerangka ‘The Balanced Scorecard’ dapat menggerakkan dan

memacu perubahan yang dikehendaki dalam organisasi. Contoh dimensi

pembelajaran dan perkembangan staf. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran

dan pembelajaran terkini perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah dan guru dalam

memastikan kecemerlangan kurikulum sesuai dengan kehendak semasa. Bilangan

latihan yang telah dijalankan, tahap penguasaan ilmu ICT dikalangan guru harus

diukur bagi menjamin keberkesanan proses dalaman dan seterusnya memberikan

kepuasan kepada pelanggan iaitu pelajar dan ibubapa serta misi dan visi sekolah.

Bagaimana membina kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ di sekolah?

Kerangka konsep ‘The Balanced Scorecard’ boleh digunakan dalam aspek

pengurusan dan pentadbiran di sekolah contohnya seperti rajah 4. Apa yang penting

ialah pihak sekolah harus memahami bahawa kerangka ini merupakan kerangka yang

menjadi pelengkap kepada amalan-amalan pengurusan di sekolah. Oleh kerana fokus

utama kerangka ‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan strategi kepada

tindakan melalui pengukuran maka langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah

ini ialah:

i. Kenal pasti kehendak stakeholder, ibubapa, dan komuniti. Ini kerana

strategi, misi dan visi sekolah harus selaras dengan kehendak

pelanggan.Lakukan analisis mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan

ancaman sekolah. Analisis ini merupakan langkah yang penting untuk

menghasilkan strategi yang sesuai dengan kehendak misi dan visi sekolah.

14

Page 15: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

ii. Janakan strategi. Daripada analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan

ancaman, strategi organisasi dapat dihasilkan daripada keempat kerangka

‘The Balanced Scorecard’ iaitu perspektif pelanggan, proses dalaman,

kewangan dan perbelanjaan dan pembangunan staf. Strategi dijalinkan

melalui keempat-empat dimensi ini bagi mencapai misi sekolah.

iii. Bina peta strategik melalui pendekatan hubungkait ‘Cause and Effect’.

Hubungkait antara komponen strategi digunakan untuk mengenal pasti

pemacu prestasi bagi strategi yang menghasilkan kejayaan.

iv. Bina pengukuran bagi strategi yang dipilih. Bagi memantapkan dan

merealisasikan strategi yang telah dibina, setiap strategi perlu dinyatakan

kepada bentuk yang boleh diukur. Melalui pengukuran ini ianya dapat

menterjemahkan strategi kepada tindakan dan hasil seperti yang telah

dinyatakan di dalam keempat-empat kerangka ‘The Balanced Scorecard’.

Objektif Pengukuran Target Inisiatif

Kewangan Meningkatkan

pengurusan kewangan

dengan cekap

Penggunaan wang

perkapita

grant

Aktiviti

peningkatan kaedah

pengajaran dan

penggunaan bahan

P&P terkini

Pelanggan Meningkatkan tahap

kepuasan pelanggan

Pencapaian

peperiksaan

95% Program

peningkatan

prestasi

Dalaman Meningkatkan

kepuasan kerja

Kadar pusing ganti Kurang 5% staf

yang memohon

bertukar

Program ‘Job

Rotation”

Pembelajaran Memperkembangkan

kemahiran staf

Sasaran kerja

tahunan

95% Latihan dalaman

15

Page 16: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

v. Sokongan dan komitmen warga sekolah. Pembinaan strategi sekolah serta

penggunaan kerangka ‘The Balanced Scorecard’ memerlukan sokongan

daripada pihak pentadbir dan komitmen keseluruhan warga sekolah. Bagi

merealisasikan misi dan visi sekolah semua staf harus faham kerangka

konsep ‘The Balanced Scorecard’ dan hubungkait antara tindakan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, disiplin sekolah, amalan-

amalan pengurusan dengan kerangka konsep ini. Oleh itu kerjasama yang

erat dan komitmen yang bersungguh-sungguh adalah perlu untuk

menjayakan penggunaan kerangka ini.

16

Page 17: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Rajah 4: Kerangka konsep ‘Balanced Scorecard’ dalam konteks sekolah.

Gabungan daripada kerangka konsep BSC oleh Niven (2003) dan Anne Storey (2002)

Strategi

17

Perspektif PelangganSekolah pilihanPrestasi peperiksaanKadar kehadiranTinjauan kepuasan kerja dan sikapAktiviti kokurikulumNilai tambah

Perspektif KewanganMengurus kewangan sekolah dengan cekapMendapatkan bantuan sumber kewangan

Perspektif Pembelajaran dan Inovasi

Mengadakan sistem dan proses perkembangan stafMeningkatkan pedagogiMenambahkan kemahiran kepimpinanAplikasi ICTSokongan teknikal

Perspektif Proses DalamanMeninggikan tahap kepuasan kerjaMenjadikan sekolah pilihan stafMengurangkan kadar pusing gantiMeningkatkan tahap keselamatan

Misi Sekolah

Page 18: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Bagi kerangka konsep ‘Balanced Scorecard’ yang telah dicadangkan, setiap strategi

yang akan diterjemahkan kepada tindakan perlu diperincikan kepada objektif yang

boleh diukur melalui penyediaan pelan taktikal dan operasional.

Kesimpulan

Bagi meningkatkan dan menjamin keberkesanan sekolah serta memenuhi tuntutan

pelbagai pihak, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan

seharian. Satu daripada kerangka pengurusan yang diguna pakai dalam bidang

perniagaan dan boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan ialah ‘The Balanced

Scorecard’. Kerangka ini mempunyai empat dimensi yang penting yang mengandungi

strategi yang menjurus kepada kejayaan misi dan visi sekolah. Fokus utama kerangka

‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui

pengukuran prestasi. Namun begitu penggunaan kerangka ini dalam konteks sekolah

harus mendapat kerjasama dan komitmen seluruh warga sekolah bagi menjamin

keberkesanan sekolah.

18

Page 19: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Rujukan

Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.

Bloom (1964). In Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice perspective.Texas:Allyn and Bacon.

Bourne, M & Bourne, P. (2002). Balanced scorecard in a week.London: Hodder&Stoughton.

Brookover, W.B. and Lezotte, L. W. (1979). Changes in School Characteristics Coincidence with Changes in School Achievement. East Lansing: Institute for research on Teaching, Michigan University.

Coleman J.S. (1966). The international handbook of school effectiveness research. In Tedllie, C. Reynolds, S. (2000). The international handbook of school effectiveness research. London and New York: Falmer Press.

Edmonds, R. (1979). Some Schools Work and More Can. Social Policy 9(2), 28-32.

Garbutt, S. (1996). The transfer of TQM from industry to education. Education + Traning, 38, 16-22.

Ghazali Othman (2001). http://www.chs.usm.my/education/publication/jemputan.htm.

Hassan Jantan. (2002). Menggunakan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran prestasi organisasi sector awam. Pengurusan Awam: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam, 2, 43-53.

Hedges,P., Laine, S., Greenwalds, (1994). In Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education

Jencks, C.(1971). The Coleman report and the conventional wisdom’ in Mosteller, F. and Moynihan, D.P.(ed) On Equality of Educational Opportunity. New York: Vintage Book, pp 69-115

Kaplan, R.S. & Norton, D. P. (1996). The balanced scorecard: Translating strategy into action. Boston: Harvard Business School.

Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.

19

Page 20: dfdaMengukur keberkesanan sekolah

Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school Effectiveness research. Effective Schools Seminar Ministry of Education.

Nils-Grovan, R.J.& Wetter, M. (1998). Performance driven: A practical guide to using the balanced scorecard. New York: John Wiley & Son Inc.

Niven, P.R. (2003). Balanced scorecard step by step for government and non profit agencies. San Diego: John Wiley & Don.Inc.

Ramaiah, A.L. (1995). Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan Metodologi. Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rosenholtz, S.J.(1989). Teachers’ workplace: The social organization of school. New York: Longman.

Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice perspective.Texas:Allyn and Bacon.

Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan Sekolah. Satu perspektif sosiologi.Serdang: UPM.

Story, A. (2002). Performance management in schools: could the balanced scorecard helped? School Leadership and Management,22, p321-338.

20