keberkesanan penggunaan traktor separa rantai103.8.163.254/document/upload/jzr8a546hsq4yebvt5... ·...

16
Bil 7/2011 Edisi JULAI Keberkesanan Penggunaan Traktor Separa Rantai Keberkesanan Penggunaan Traktor Separa Rantai

Upload: vuongnhan

Post on 06-Sep-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil 7/2011 Edisi JULAI

Keberkesanan Penggunaan Traktor Separa RantaiKeberkesanan Penggunaan Traktor Separa Rantai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Traktor adalah kenderaan yang

di reka secara spesifik untuk keperluan dalam bidang pertanian. Peralatan pertanian umumnya digerakkan dengan menggunakan kendaraan ini, ditarik ataupun didorong. Sekitar tahun 1950, traktor telah di gunakan secara meluas dalam bidang pertanian.

Kegunaan traktor adalah untuk mengubah struktur tanah supaya lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman ,menggembur dan melonggar tanah, mengawal rumpai secara memotong dan menimbus, menggaul bahan seperti kapur dan kompos untuk kesuburan tanah, mengawal serangga perosak dalam tanah secara pendedahan kepada matahari dan mengawal kelembapan tanah.

Traktor biasanya di bahagikan kepada dua kategori iaitu dua roda dan empat roda.Traktor biasanya memiliki 4 roda dengan dua roda yang lebih besar di belakang dan dua roda di hadapan lebih kecil. Walaubagaimanapun terdapat beberapa inovasi terkini di mana traktor beroda di ubah kepada traktor berantai. Ianya popular di California pada tahun 1930an. Traktor rantai di bahagikan kepada 2 jenis iaitu traktor separa rantai mempunyai kombinasi trek dan roda, manakala yang keduanya ialah traktor rantai penuh.

Malaysia kini, terdapat pengubahsuaian traktor beroda kepada traktor separa rantai adalah untuk memastikan masalah pergerakan traktor yang terhalang oleh keadaan fizikal tanah yang bermasalah. Pengubahsuaian ini di lakukan dengan mengantikan roda belakang dengan rantai track, menambah ketinggian ‘axle’ depan dan menukar fungsi 4WD kepada 2TD.

Tujuan penggunaan traktor separa rantai ini adalah untuk mengurangkan terhadap risiko terbenam. Atas faktor tersebut traktor yang di lengkapi dengan rantai track ini dapat bergerak di kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh traktor beroda.

KEGUNAAN Secara amnya, Pertubuhan Neladang Negeri (PPN) Bahagian Jentera telah menggunakan traktor ini sejak tahun 2009. Penggunaan traktor ini bermula dengan PPN Jentera Pulau Pinang di ikuti oleh beberapa PPN Jentera yang lain lagi seperti PPN Jentera Kuala Terengganu, Kota

Keberkesanan Penggunaan Traktor Separa RantaiOleh : Mohd. Shahabudin bin IsmailLPP Ibu Pejabat.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Bharu, Perak Utara, Kuala Pilah, Pekan dan Papar, Sabah.

Pengubahsuaian traktor beroda kepada traktor separa rantai ini merupakan satu alternatif baru bagi mengelakkan jentera tersebut dari tersangkut di kawasan yang bermasalah. PPN Jentera Pulau Pinang telah mula mengubahsuai traktor ‘New Holland 6556 DT 4WD’ kepada traktor separa berantai pada mei 2009. Manakala, PPN Jentera Pahang menggunakan Model ‘Fiat 7066’ sebagai traktor separa rantai bermula pada tahun 2010.

Penggunaan traktor ini, telah banyak membantu menyelesaikan banyak masalah terutamanya kawasan yang sukar di bajak dengan menggunakan traktor beroda di sebabkan tanah yang dalam. Sebagai contoh PPN Jentera Kuala Pilah telah menjalankan operasi di tanah seluas 405 ekar, yang mana dapat di siapkan dalam tempoh sebulan mengikut program pesawah yang telah di tetapkan.

Walaubagaimanapun, pada pertengahan tahun 2009 beberapa kawasan di Kuala Pilah telah di bajak menggunakan traktor berantai penuh seperti kawasan Kampung Lonek seluas 205 ekar dan Kampung Kuala Sia Lang seluas 200 ekar dan menyebabkan tanah menjadi semakin dalam. Keadaan ini menyukarkan

lagi jentuai untuk menuai hasil padi di sebabkan keadaan tanah tersebut. Kawasan tersebut tidak di tanam dengan tanaman padi selama satu musim atas faktor fizikal tanah tersebut.

Pada penghujung tahun 2010, dengan adanya 2 buah traktor separa rantai, PPN Jentera Kuala Pilah mengambil inisiatif untuk mengunakan traktor tersebut dengan membajak kesemua kawasan yang tidak dapat di bajak oleh traktor beroda, hasilnya pada bulan mei 2011, kawasan tersebut telah dapat di tuai menggunakan jentuai PPN Jentera Kuala Pilah tanpa sebarang masalah besar. Daripada hasil tinjauan yang di buat, traktor separa rantai dapat menyelesaikan masalah kawasan yang sukar di bajak oleh traktor beroda.

KUALITI BAJAKAN

Traktor berantai ini biasanya di sesuaikan dengan ‘rotovator’ bersaiz 90 inci atau 100 inci bertujuan untuk melepasi lebar laluan traktor. Seharusnya traktor yang di pasang dengan rantai ini mestilah mempunyai kuasa yang mencukupi supaya tidak perlu bekerja dalam keadaan ‘RPM engine’ yang terlalu tinggi.

Biasanya traktor beroda beroperasi pada kelajuan enjin 2000 rpm, manakala traktor berantai pula pada kelajuan enjin 2200 rpm (10%) dan

dipadankan dengan pilihan gear L4 atau L 1. Bagi mengurangkan kelajuan ‘rotovator’ operator perlu memilih gear yang betul supaya darjah penglumatan tanah, penghancuran rumpai/tunggul jerami dan keratin permukaan sawah menjadi lebih berkualiti. Disamping itu, hasil bajakan menjadi sempurna bagi kawasan tanah biasa atau rata. Bagi kawasan tanah dalam, keadaan tanah adalah lebih baik jika di bandingkan dengan traktor beroda. Sekiranya menggunakan traktor beroda, tanah semakin rosak kerana kuku pada roda akan mengorek tanah bawah (memecahkan hard pan). Hasil bajakan ‘track’ di tanah yang dalam apabila kerbau besi digunakan untuk bajakan kedua masalah terbenam tidak berlaku pada kerbau besi tersebut.

Kelengkapan infrastruktur yang sempurna seperti jalan, lorong traktor, bentuk dan luas petak serta kemudahan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

saliran mempengaruhi pergerakkan traktor bekerja. Bentuk petak empat segi panjang membantu mengurangkan traktor mengambil selekoh yang banyak. Lorong traktor yang dibentuk ditepi lot sawah memudahkan traktor berpindah kerja dari satu petak ke satu petak. Luas petak akan mempengaruhi gerak kerja traktor.

Kesan laluan traktor berantai ini didapati kurang merosakan permukaan sawah berbanding traktor beroda kerana berat traktor berantai ini disebarkan sama rata di bawah tapak trak. Walaupun begitu, traktor berantai ini memberi kesan yang kurang baik semasa membelok kerana kawasan yang bersentuhan antara tapak trak dengan permukaan tanah adalah besar. Maka, kawasan berkisar untuk traktor trak ini lebih besar daripada traktor beroda.

KOS

Traktor berantai ini di ubahsuai khususnya untuk kawasan yang bermasalah. Merujuk kepada pengalaman PPN Jentera Pulau Pinang, bahagian yang selalu mengalami masalah ialah ‘main clutch plate’ dimana ianya cepat haus kerana operator banyak menggunakan ‘clutch’ bagi menyesuaikan kelajuan traktor dengan keadaan tanah selain dari pertambahan berat traktor.

Begitu juga dengan penggunaan bahan api yang lebih kerana terpaksa bekerja pada kelajuan yang rendah di kawasan yang bermasalah. Namun begitu kos penyelenggaraan dan penggunaan diesel dan ‘lowloader’

ini dapat diimbangi dengan kadar upah yang lebih tinggi bagi perkhidmatan traktor separa rantai ini.

Jika dibandingan antara kos penggunaan track dan roda, terlalu banyak perbezaan kos dari segi harga barang. Kos sepasang ‘track’ lebih mahal dari kos tayar. Sekiranya berlaku kerosakan pada ‘track’ tersebut, kos yang tinggi perlu di tanggung dan ini akan meningkatkan perbelanjaan untuk alat ganti di samping pendapatan yang sedikit dan memberi kesan kepada perbelanjaan keseluruhan traktor tersebut.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Bagi PPN Jentera Kota bharu, kadar penggunaan diesel dapat dijimatkan kerana operasi traktor separa rantai dapat membajak 8 ekar dalam tempoh satu hari, manakala operasi traktor beroda cuma dapat membajak 3 ekar dalam tempoh satu hari.

Walaubagaimanapun, bagi permindahan traktor ‘track’, perlu menggunakan khidmat ‘loader’ untuk dibawa ke kawasan operasi sekiranya terlalu jauh dari penempatannya. Ini kerana, penggunaan ‘track’ ini melambatkan pergerakan ketika bergerak di atas jalan raya di samping mengelakkan kerosakan pada jalan. Berbanding dengan traktor beroda pula, ia senang untuk di pandu ke kawasan operasi kerana pergerakannya mudah dan tidak menyukarkan dan malah tidak merosakkan jalan yang di lalui.

KADAR UPAH BAJAK

Kadar upah membajak menggunakan traktor berantai ini berbeza mengikut negeri, walau bagaimanapun, purata kadar upah yang ditetapkan untuk membajak sawah ialah RM 10.00 - 30.00/ekar lebih tinggi daripada traktor beroda tetapi ianya tetap mendapat permintaan yang tinggi di kalangan petani yang mempunyai sawah yang bermasalah. Operator yang mengendalikan traktor separa rantai ini pula lebih selesa kerana traktor ini jarang tersangkut di kawasan tanah dalam dan kadar upah yang di terima juga lebih daripada traktor beroda.

POTENSI TRAKTOR HALF TRACK

Permintaan terhadap traktor separa rantai kini semakin meningkat, ini kerana sesetengah petani berpendapat bahawa ‘hard pan’ sawah mereka semakin baik apabila menggunakan traktor ini.

Potensi traktor ini dalam bidang pertanian amat cerah kerana ia mempunyai keupayaan untuk membajak pada masa yang singkat. Traktor ini dapat membajak 8-12 ekar dalam satu hari berbanding traktor beroda hanya 3-6 ekar sehari.

SAMBUTAN PETANI/PESAWAH

Dengan penggunaan traktor track ini, sambutan dari para petani dan juga ‘broker-broker’ yang di lantik adalah baik dan memuaskan. Ini kerana mereka telah melihat satu perubahan baru dalam sektor pertanian khususnya penanaman padi teknologi baru yang masih belum cukup meluas penggunaannya di Malaysia.

Mereka seakan –akan merasa puas dengan perkhidmatan yang telah di berikan kepada mereka oleh agensi yang terlibat. Sehubungan dengan itu, pengenalan teknologi yang seperti ini wajar di lakukan sebagai pemangkin untuk meningkatkan kepercayaan para petani kepada pihak agensi kerajaan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

KESIMPULAN

Penggunaan traktor separa rantai dapat membantu mengatasi beberapa masalah antaranya, dapat membajak kawasan yang sukar di bajak oleh traktor beroda, dapat mengatasi masalah kekurangan traktor di sektor pengeluaran padi dengan meningkatkan kadar kerja per hektar serta memudahkan kerja penanaman dan penyelenggaraan tanaman. Tidak terdapat banyak perbezaan dari segi kos penggunaannya berbanding dengan penggunaan traktor beroda.

Traktor separa rantai mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu mengatasi masalah tanaman padi. Bagaimanapun beberapa langkah sokongan harus dilakukan bagi membolehkan pakej kejenteraan tersebut berupaya membantu jentera tanaman padi. Kelengkapan insfrastruktur yang sempurna seperti jalan ladang, lorong traktor, pengairan dan saliran serta bentuk petak yang sesuai untuk jentera bekerja adalah faktor utama kearah kejayaan sistem kejenteraan ini.

Amalan agronomi juga dapat membantu dan meninggikan lagi kecekapan penjenteraan. Kesesuaian dan kebaikan traktor tersebut haruslah dikaji dari semasa ke semasa. Kesan penggunaannya dalam industri padi untuk jangkamasa panjang juga harus dikaji.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Benarlah kata-kata Pujangga, “Hijrah

itu pemangkin kejayaan”. Dengan berbekalkan semangat kental, seorang anak muda muallaf keturunan Cina, berusia awal 30-an, yang berasal dari Kluang, Johor telah membuat keputusan untuk merantau ke Kelantan untuk bekerja sebagai seorang Tukang Rumah di sekitar Bandar Kota Bharu pada awal tahun 1980.

Langkah pertama kejayaan Encik Salleh Ong bin Abdullah boleh dikatakan bermula pada tahun 1983, apabila beliau dipertemukan jodoh dengan seorang gadis Kelantan, yang merupakan anak seorang penoreh getah di Kuala Krai. Maka berpindahlah Encik Salleh dari Kota Bharu ke Kuala Krai menjelang pertengahan 1983 demi untuk bersama dengan isteri tercinta, dan masih lagi bekerja sebagai tukang rumah dan dalam masa yang sama menjadi penoreh getah.

Disebabkan kegawatan ekonomi negara pada akhir tahun 1980-an dan harga getah yang tidak stabil dalam pasaran telah menyebabkan Encik Salleh dan keluarga menghadapi sedikit masalah kewangan dan kesusahan hidup. Walaupun pelbagai kesusahan terpaksa ditanggung, namun hidup mesti diteruskan. Dari itu, beliau telah terdengar berita dan perkhabaran bahawa ramai penternak kambing telah berjaya, khususnya yang memelihara secara integrasi dalam kawasan kelapa sawit. Lalu berbekalkan hasrat untuk belajar secara “seeing is believing”, maka beliau merelakan diri untuk menjadi buruh di kandang kambing milik usahawan dan penternak yang telah berjaya. Perkara ini dilakukan secara sambilan, semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Selama lebih daripada 10 tahun beliau melakukan perkara sedemikian

Berkat Usaha Gigih,Kejayaan Di Raih

Oleh : Mohamad Noor Saidi bin Seman, PPK Kuala Krai

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

secara separuh masa apabila kerja pertukangan rumah dan menoreh telah selesai dilaksanakan.

Berkat kegigihan Encik Salleh belajar diiringi dengan doa keluarga, maka niat suci Encik Salleh untuk mengubah nasib kehidupan keluarganya dengan mengusahakan projek ternakan kambing telah dimakbulkan Ilahi. Permohonan awal untuk melaksanakan projek tersebut telah diluluskan oleh RISDA pada tahun 2008. Maka dari itu, bermulalah projek ternakan kambing oleh En Salleh dengan jumlah 8 ekor di atas tanah seluas 6 ekar milik isteri di Kampung Peria Dalam, Kuala Krai, Kelantan. Beliau membeli induk baka betina tambahan sebanyak 6 ekor dengan 1 ekor baka jantan beharga RM15,000.00 sebagai komitmen untuk membesarkan projek. Berkat kesabaran dalam usaha yang diceburi dan semangat serta kegigihan beliau ditambah dengan ilmu yang diperolehi sendiri, bilangan kambing beliau kini telah bertambah menjadi 106 ekor. Kesemua kambing beliau adalah dari baka Jamnapari dan King Jamnapari.

Menyedari bilangan kambingnya yang bertambah, Encik Salleh semakin gusar mengenai kos makanan yang semakin meningkat dari hari ke hari. Lalu beliau mencari jalan mengatasi masalah ini demi untuk memastikan kambing-kambing peliharaan tidak terbantut yang boleh menggagalkan projek beliau. Maka beliau telah membuat

permohonan untuk mendapatkan sebuah mesin memproses makanan sendiri iaitu mesin membuat ‘pellet’ dengan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kuala Krai yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Ramzi bin Abd Rahman melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Krai. Permohonan beliau telah diluluskan sebanyak RM10,000.00. Bantuan daripada MPPP Kuala Krai adalah sebagai menghargai pengorbanan beliau dalam membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan khususnya produk daripada ternakan kambing.

Dari segi pasaran, Encik Salleh mempunyai potensi besar untuk memasarkan produknya berikutan permintaan tinggi. Akan tetapi beliau masih belum memenuhi pasaran tempatan. Secara purata beliau dapat menjual antara 3 hingga 5 ekor sebulan dengan harga antara RM700.00 hingga RM1,000.00 seekor menjadikan jumlah jualan antara RM2,000.00 hingga RM4,000.00 sebulan. Jualan bulanan tersebut memberikan keuntungan bersih kepadanya antara RM1,000.00 hingga RM1,500.00 sebulan, kerana kos purata makanan yang terlibat sebulan ialah antara RM1,500.00 hingga RM2,000.00. Bagi menambah pendapatan bulanan, beliau amat mengharapkan agar diberi peluang oleh Jabatan dan Agensi untuk melantik beliau sebagai pembekal induk kambing bagi projek-projek ternakan di bawah kelolaan Jabatan dan Agensi berkaitan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Bagi mendorong petani setempat mengusahakan juga projek ternakan kambing, Encik Salleh bersedia untuk membantu mereka melalui khidmat nasihat, tunjuk ajar dan latihan sambil belajar. Beliau juga sanggup untuk menerima pelatih-pelatih yang berminat.

Harapan beliau adalah untuk menambah bilangan kandang bagi menampung bilangan kambing yang semakin bertambah. Pada peringkat awalnya, pembinaan kandang menggunakan modal sendiri sebanyak RM15,000.00 dan membeli baka tambahan sebanyak RM15,000.00. Beliau ingin membina sebuah kandang tambahan dengan saiz yang sama seperti yang sedia ada tetapi dengan kos yang berbeza kerana kos bahan mentah semakin meningkat. Walaubagaimanapaun, beliau melahirkan rasa syukur atas bantuan yang disalurkan kepadanya. Bagi membolehkan beliau membesarkan lagi projek tersebut, beliau akan terus berusaha membuat penambahbaikan untuk berjaya. Jaminan masa depan yang lebih baik akan dapat dirasai sekiranya usaha yang berterusan dilakukan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Pengaktifan Unit Peladang

adalah merupakan salah satu agenda yang tidak mungkin ditinggalkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mahupun Pertubuhan Peladang (PP).

Laungan serta usaha bagi mengaktifkan unit-unit peladang di seluruh negara sudah berlaku sejak sekian lama. Adalah menjadi hasrat dan harapan untuk memastikan setiap unit peladang digerakkan dengan sebaik mungkin disamping memastikan aktiviti-aktiviti di unit peladang seluruh negara sentiasa aktif dengan mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Tugas ini tentunya perlu dimainkan oleh Pertubuhan Peladang yang memayungi setiap unit peladang di bawah seliaan masing-masing disamping AJK di unit peladang itu sendiri.

Kebiasaannya, program atau aktiviti yang melibatkan penyertaan ahli peladang sentiasa disokong penuh oleh ahli yang setia di PPK masing-masing. Antara program yang melibatkan ahli adalah seperti menghadiri Mesyuarat Agung Unit Peladang, Gotong-royong, Gerakkan PeladangNita/KPW, Mesyuarat Padi Kelompok dan juga memantau

aktiviti ahli yang menjalankan kegiatan Perusahaan Kecik Sederhana (PKS). Setiap tahun, pihak Lembaga Pertubuhan Peladang akan meminta setiap PPK supaya mencalonkan sekurang-kurangnya 2 Unit Peladang sebagai Model Unit Peladang untuk dipertandingkan diperingkat Kebangsaan. Terdapat beberapa kriteria perlu dipenuhi oleh setiap unit peladang yang dicalonkan. Demikian juga dengan pencalonan bagi kategori Unit Peladang Jaya. Pelbagai aspek diberi penekanan dan dinilai sebelum sesebuah unit peladang itu dapat dinobatkan sebagai Unit Peladang Jaya. Antaranya meliputi pengurusan organisasi, aspek kewangan, pengurusan projek dalam sesebuah unit, nilai saham, keahlian, penglibatan unit selain aspek perusahaan PKS. Semua aspek tersebut akan dilihat sebelum dianugerahkan kepada Unit Peladang Jaya.

Menyedari hakikat bahawa kaedah konvensional yang

Oleh : Mohd Hafizatul Akmal b Ishak

Transformasi Program Pengaktifan Unit Peladang, Mendekati Masyarakat Tani

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

dilaksanakan sebelum ini kurang mendapat sambutan dan agak lesu dari segi penyertaan ahli-ahli kerana golongan belia kurang berminat untuk menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan oleh PPK. Maka langkah untuk memastikan bahawa unit-unit peladang digerakkan dengan sebaiknya perlu disusun dengan rapi, diselaras dengan sebaiknya sebelum dapat disempurnakan diperingkat unit-unit peladang. Bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Siding, Perlis langkah awal ke arah mentransformasikan program pengaktifan unit peladang di unit-unit peladang sebanyak 11 unit telah mula digerakkan. Pengurusan PPK Padang Siding telah mengatur beberapa program dan aktiviti yang telah dikenalpasti untuk diberi suntikan baru terutama dalam memastikan setiap aktiviti dan program mendapat sambutan oleh ahli yang merangkumi dan memenuhi citarasa pelbagai lapisan peringkat umur.

Untuk menjayakan prgoram-program ini, bukan sahaja PPK yang memainkan peranan, bahkan turut melibatkan lain-lain jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani ( MOA ) seperti Jabatan Pertanian, MADA selain beberapa jabatan kerajaan lain turut terlibat secara langsung ke atas masyarakat peladang di kampung

yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Sebagai usaha menarik golongan belia untuk turut serta mengambil bahagian, satu program telah diatur untuk golongan ini supaya PPK Padang Siding dapat memahami dan mengetahui kehendak belia yang merupakan pelapis masa depan dalam sektor pertanian.

Transformasi Belia Tani

Gerak mula yang telah dilakukan adalah menggunakan pendekatan baru dalam program pengaktifan unit peladang daripada kaedah sedia ada. Pendekatan yang diambil adalah dilihat lebih praktikal dan lebih sesuai untuk mendampingi golongan belia tani bagi menarik minat mereka supaya menyokong dan menjadi ahli PPK. Program yang diatur seperti mengadakan perlawanan futsal persahabatan antara pasukan PPK dengan beliatani Unit Peladang Kampung Katong, Arau, Perlis. Program perlawanan persahabatan futsal ini dianjurkan adalah bertepatan dengan objektif untuk merapatkan silatulrahim antara ahli, belia dan penduduk setempat dengan PPK. Pasukan PPK Padang Siding diketuai oleh YM Dato’ Tengku Aziz bin Tengku Jaafar yang juga merupakan Pengerusi AJP PPK serta diikuti oleh Pengurus Besar dan kakitangan yang lain serta rakan-rakan daripada

Jabatan Pertanian dan syarikat pembekal racun.

Program ini telah berlangsung pada 09 Februari 2011 yang lalu dan telah diadakan di gelanggang futsal, Unit Peladang Kampung Katong. Perlawanan diadakan di dalam kawasan kampung sejajar dengan hasrat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani menyeru supaya konsep “Membawa Pejabat Ke Kampung” diaplikasikan oleh jabatan dan agensinya. Ia dirasmikan oleh YB Tn Hj Sabry bin Ahmad, Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis. Dalam ucapan beliau turut merasakan bahawa sesuatu perubahan besar yang positif bakal berlaku diperingkat unit-unit peladang apabila inisiatif menarik golongan belia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan diperingkat unit peladang seumpama ini dilaksanakan.

Selain daripada bersukan, kesempatan ini boleh digunakan oleh para belia, ahli-ahli peladang serta penduduk setempat berkenal-kenalan dengan pegawai-pegawai daripada jabatan dan agensi serta bertanyakan sesuatu mengenai masalah mereka serta mendapatkan informasi terkini dalam sektor pertanian disini. Hal ini juga merupakan salah satu cabang kepada kaedah untuk meremajakan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

PPK dengan kehadiran golongan belia.

Beberapa aktiviti akan disusun dan diatur untuk melibatkan golongan belia tani seperti menyertai kursus keusahawanan,kepimpinan,sukan dan beberapa aktiviti lain yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan. Pembangunan modal insan seperti ini akan menjadi pemangkin kepada belia tani untuk terus berbakti dan berbudi kepada tanah.

Adalah menjadi harapan agar perlaksanaan program yang membolehkan penglibatan ahli muda seperti ini menarik minat para belia lain untuk turut menjadi ahli kepada PPK. Ia sekaligus mampu merencanakan agenda yang lebih besar kepada ahli-ahli peladang yang lain disamping membantu PPK bagi mengukuhkan serta menjayakan PPK cemerlang yang bersandarkan kepada dimensi serta keazaman baru.

Turun Padang; Pemimpin Bersama Peladang

Aktiviti di unit-unit peladang sentiasa dijalankan untuk menyelami serta mendekati masyarakat, program berbentuk ceramah dan memahami masalah yang timbul diperingkat kampung perlu dilihat dengan lebih dekat. Selaras dengan saranan kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian. PPK Padang Siding sekali lagi

memberi nafas baru dalam program pengaktifan unit peladang apabila berjaya menganjurkan sebuah program turun padang dengan menjemput YB Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kawasan Pauh melalui program turun padang yang diadakan pada awal bulan April yang lalu. Program ini diadakan di unit peladang dalam kawasan penggendalian PPK Padang Siding. Objektif utama program ini adalah untuk melibatkan penyertaan masyarakat tani diperingkat unit peladang dan kampung berdekatan untuk turut serta dalam program yang membawa pemimpin masuk ke kampung serta mendengar, melihat serta berusaha untuk mengatasi masalah berkaitan khususnya berkaitan sektor pertanian. Program Pemimpin bersama peladang ini turut menghimpunkan ketua jabatan seperti Pengarah JPS, Pengarah LPP Negeri, Jurutera Kanan JKR, Pegawai MADA juga tidak ketinggalan YB Senator untuk turut serta dalam rombongan lawatan ke lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti mempunyai masalah. Sesi lawatan ke lokasi telah diketuai oleh Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Perlaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri Negeri Perlis yang juga merupakan Adun bagi kawasan Pauh. Penglibatan dari beberapa jabatan dan agensi lain untuk menyertai program seumpama ini yang dilaksanakan diperingkat unit peladang, dapat memberikan beberapa impak yang besar . Selain

komitmen daripada pihak YBM Dato’ Seri sendiri, jabatan serta agensi yang mempunyai kaitan dengan masalah yang timbul, secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan silatulrahim dengan masyarakat setempat. Selain itu juga, melalui aktiviti seumpama ini, jalinan kerjasama erat diantara jabatan, agensi dengan pihak PPK Padang Siding dilihat dapat diperkukuhkan lagi. Ini akan memudahkan usaha PPK dalam memastikan segala bentuk bantuan ataupun sebarang permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah.

Disamping itu, ahli peladang dapat berhubung secara terus dengan setiap jabatan dan dapat mengutarakan masalah yang berkaitan unit peladang dalam sesi dialog yang diadakan dalam program berkenaan. Semua persoalan akan diberi jawapan secara terus oleh pengarah-pengarah berkenaan. Antara hasilnya, peruntukan sejumlah RM 2 juta untuk menaiktaraf saliran pengairan MADA akan dilaksanakan dalam masa terdekat di mana ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dalam 10 fasa. Hal ini tentunya memberi khabar gembira buat penduduk setempat. Program yang bermula sarat dengan pengisian amat berfaedah kepada semua. Ia telah berlangsung dari pagi hingga ke malam. Pada sebelah malam, satu majlis ilmu telah diadakan sebagai santapan rohani melalui sesi ceramah agama. Kehadiran hadirin adalah diluar jangkaan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Ironinya, walaupun program ini diadakan di unit peladang, PPK Padang Siding tidak menghadkan kepada ahli peladang semata-mata. Bahkan ianya terbuka buat semua sama ada ahli ataupun tidak. Sesungguhnya, ia merupakan salah satu kaedah bagaimana PPK ingin menarik para peladang yang masih belum menjadi ahli untuk mendekati Pertubuhan Peladang ini dengan lebih dekat lagi sekaligus menambah bilangan ahli dan keluarga tani peladang.

Program ziarah ahli peladang

Pendekatan lain yang diambil bagi mentransformasikan program pengaktifan unit peladang adalah melalui program menziarahi ahli-ahli peladang yang uzur dan terlantar sakit. Hal ini juga merupakan sebahagian usaha PPK untuk mendekati masyarakat tani selain menghargai jasa dan sumbangan mereka selama ini kepada PPK dengan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi buat PPK. Kunjungan seumpama ini yang melibatkan Ketua Unit Peladang sebagai pemandu arah untuk untuk sesi lawatan dan beramah mesra dengan peladang. Secara tidak langsung, Ketua Unit dan juga AJK di unit peladang tahu akan peranan mereka di unit masing-masing dan mewujudkan keprihatinan wujud dalam komuniti berkenaan. Disamping itu, keakraban antara ahli, keluarga tani dengan PPK terus terjalin dan hubungan baik terus terpelihara.

Program yang diatur dan dilaksanakan bagi mentransformasikan program pengaktifan unit peladang

telah berjaya dilaksanakan. Masih banyak lagi perkara yang boleh dilaksanakan khususnya bagi memantapkan unit-unit peladang dalam usaha untuk mengaktifkan unti peladang. Selain itu, ia merupakan platform terbaik untuk mengenalpasti pemimpin pelapis diperingkat unit lagi untuk diketengahkan sebagai pewaris pemimpin peladang sedia ada. Pendekatan-pendekatan baru sentiasa dilakukan dan cuba untuk diimplementasikan diperingkat PPK. Unit Peladang turut memainkan peranan memastikan setiap program yang dianjurkan kelak mendapat sambutan ramai dan masyarakat tani untuk turut melibatkan diri dalam program-program yang bakal dianjur oleh PPK di tempat mereka. Pemikiran kreatif merupakan elemen yang penting dalam membentuk serta mencorakkan aktiviti di unit-unit peladang. Ianya turut disokong jawatankuasa diperingkat unit dan diperingkat PPK.

Kesimpulannya, pihak pengurusan PPK telah memulakan langkah pertama dengan mendekatkan golongan belia kepada Pertubuhan Peladang. Dengan mengambil kira sensitiviti dan kehendak golongan belia, maka program-program yang menggabungkan tenaga muda dan lama akan terus dilaksanakan. Progam seumpama dijangka akan lebih bermakna serta menyerlahkan kualiti serta memantapkan usaha melahirkan modal insan yang berprestij dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Melalui unit peladang yang aktif, pengukuhan diperingkat unit dapat dilihat lebih menyeluruh dan mampu menaikkan komuniti setempat selain memberi jaminan masa depan yang gemilang buat para peladang seluruhnya.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Program TransformasiLembaga Pertubuhan Peladang 2 Jun 2011

PERASMIAN MESYUARAT PEGAWAI PELADANGNITA LPP NEGERI/PP

Mesyuarat Pegawai Peladangnita LPP Negeri / PP telah dirasmikan oleh Y.H. Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP bertempat di Bilik Tan Sri Mustafa Jabar, Aras 3, LPP.

2 Jun 2011 (Petang)

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Majlis Perasmian Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Zainal bin Dahalan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang. Turut diadakan semasa Majlis perasmian adalah Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat.

5 – 7 Jun 2011

KURSUS DAN MAJLIS PELANCARAN KOR TANI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2011

Seramai 200 peserta telah mengikut Kursus Kor Tani yang telah diadakan di Warisan Gemilang Training Centre, Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang diadakan pada 7 Jun 2011. Majlis Perasmian turut dihadiri peserta Kor Tani peringkat Kebangsaan seramai 200 orang. Y. Bhg. Dato’ Haji Zainal bin Dahalan, Pengerusi LPP, Y.H. Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP dan turut sama pada Majlis Perasmian tersebut.

Oleh : Wahyudi bin Baharudin, LPP Ibu Pejabat.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

9 Jun 2011 (Petang)

MAJLIS PENYAMPAIAN DIVIDEN KEPADA PESERTA LADANG RAKYAT (PELADANG) DAN LADANG-LADANG YANG DIURUSKAN OLEH PPN PERAK

Majlis Penyampaian Dividen kepada Peserta Ladang Rakyat (Peladang) dan Ladang – Ladang yang diuruskan oleh PPN Perak telah disempurnakan oeh Y.B. Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Zainal bin Dahalan, Pengerusi LPP.

14 Jun 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA AHLI PARLIMEN & PENYERAHAN CEK-CEK MPPP KEPADA PENGERUSI MPPP

Majlis Makan Malam Bersama Ahli Parlimen & Penyerahan Cek – Cek MPPP Kepada Pengerusi MPPP telah diadakan di Ballroom A, Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan Majlis Penyerahan Cek telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Majlis turut di hadiri oleh Y.H. Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah LPP dan Y.Bhg. Dato’ Haji Zainal bin Haji Dahalan, Pengerusi LPP.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md. Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”

28 Jun 2011

LAWATAN KERJA DATO’ PENGERUSI KE LPP NEGERI PAHANG

• Pagi - Majlis Taklimat Dan Perjumpaan Bersama Anggota LPP Negeri Pahang

• Majlis Taklimat dan Perjumpaan Bersama Anggota LPP Negeri Pahang telah berlangsung di Wisma Puriwirawan, Kuantan, Pahang.

• Petang - Lawatan Ke Projek Pengerusi LPP telah melawat beberapa Projek yang diurus dan diselia oleh LPP Negeri Terengganu.

• Malam – Majlis Mesra Bersama Pemimpin Peladang Negeri Pahang Y.Bhg. Dato’ Zainal bin Dahalan, Pengerusi LPP telah menghadiri Majlis Mesra Bersama Pemimpin Peladang Negeri Pahang bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.