keberkesanan pbk bertajuk statistik (ii) yang … · keberkesanan pbk bertajuk statistik (ii) yang...

32
KEBERKESANAN PBK BERTAJUK STATISTIK (II) YANG DISEDIAKAN OLEH KPM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN TIGA DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR HANAPI BIN MISMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Feb-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PBK BERTAJUK STATISTIK (II) YANG DISEDIAKAN OLEH

KPM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN TIGA DI DUA BUAH SEKOLAH

MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

HANAPI BIN MISMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KEBERKESANAN PBK BERTAJUK STATISTIK (II) YANG

DISEDIAKAN OLEH KPM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DI

2 BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : HANAPI BIN MISMAN ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap: HANAPI BIN MISMAN, EN SHAHARUDDIN BIN MD D/A 117 JLN ANGGERIK, SALLEH DESA TEMU JODOH, CHAAH,, Nama Penyelia 85400 SEGAMAT, JOHOR D.T. Tarikh : 29 APRIL 2008 Tarikh : 29 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains & Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

Tarikh : APRIL 2008

KEBERKESANAN PBK BERTAJUK STATISTIK (II) YANG DISEDIAKAN OLEH

KPM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN TIGA DI DUA BUAH SEKOLAH

DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

HANAPI BIN MISMAN

800705015743

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains & Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : HANAPI BIN MISMAN

Tarikh : APRIL 2008

iii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang

yang memberi taufik dan hidayah, ketabahan serta kesabaran dalam menyempurnakan

kajian ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda yang sangat dihormati, Encik

Shaharuddin Bin Md Salleh. Di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan, beliau

telah memberi bimbingan dan perbincangan dengan penuh tanggungjawab, sabar,

dedikasi serta kesungguhan sehingga projek dan laporan ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada

guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji kerana telah sanggup

mengorbankan masa bagi menjawab soal selidik yang diedarkan.

Begitu juga penghargaan diberikan kepada sesiapa yang terlibat sama secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Budi baik anda semua hanya Allah SWT jua yang akan membalasnya.

iv

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Perisian

Komputer (PBK) bagi Tajuk Statistik(II) yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar

tingkatan 3 di 2 buah sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dijalankan

berdasarkan objektif yang dirancang iaitu keberkesanan diantara kaedah pengajaran

menggunakan perisian dan kaedah pengajaran bercorak tradisional. Selain dari itu kajian

mengenai faktor – faktor keberkesanan dan faktor – faktor ketidakkeberkesanan PBK

juga dilaksanakan. Seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga dipilih daripada dua buah

sekolah menengah yang mewakili pengajaran PBK dan tradisional. Dua instrumen telah

digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soal selidik mengenai PBK dan satu set soal

selidik mengenai pengajaran tradisional. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α =

.9283 untuk pengajaran PBK dan α = .8736 untuk pengajaran tradisional. Data dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package Science Social (SPSS) versi 11.5. Statistik

diskriptif iaitu pengiraan min keseluruhan digunakan untuk menganalisis data dalam

kajian ini. Analisis data telah menunjukkan purata min keseluruhan pembelajaran PBK

berada ditahap yang tinggi iaitu 3.98. Faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan

pengajaran PBK mencatatkan jumlah peratusan yang tinggi iaitu penyampaian (77.5%),

aktiviti (70%), warna (67.5%), kejelasan (82.5%), kejelasan tulisan (90%), muzik (60%),

animasi (67.5%), latihan (75%), kelancaran (80%) dan kepuasan (75%). Manakala

jumlah peratusan yang mempengaruhi ketidakkeberkesanan PBK ialah penyampaian

(22.5%), aktiviti (30%), warna (32.5%), kejelasan (17.5%), kejelasan tulisan (10%),

muzik (40%), animasi (32.5%), latihan (25%), kelancaran (20%) dan kepuasan (25%).

Secara keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan perisian

komputer telah memberi kesan yang positif ke atas proses pengajaran dan

pembelajaran.

v

ABSTRACT

The purpose at the research is measure the effectiveness of Computer Assist Learning

Software entitle Statistics (II) prepared by KPM FOR Form 3 students from 2 school in

Kota Tinggi, District, Johor. There are two objective, first to compare the CALS with

conventional learning and second to find out the contributory and non – contributory

factor to the effectiveness of the CALS. 80 student from 2 different school were selected

as a respondent. Two instrument were used and each for different approach. The

instrument reliability is α = .9283 and α= .8736 each.Data was analise using Statistical

Package Science Social (SPSS) 11.5 version. From the finding show that the overall

mean of CALS is high at 3.98. Factor that show a high mean are delivery (77.5%),

activities (70%), colour (67.5%), clearing (82.5%),writing skills (90%), music (60%),

animation (67.5%), exercises (75%), fluency (80%) and satisfaction (75%). Factor that

did not contribute to the effectiveness of CALS is delivery (22.5%), activities (30%),

colour (32.5%), clearing (17.5%),writing skills (10%), music (40%), animation (32.5%),

exercises (25%), fluency (20%) and satisfaction (25%). In short, CALS can give a

positive effect to the teaching and learning.

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Pengesahan Status Tesis

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Jadual Kandungan vi

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Singkatan xii

Senarai Lampiran xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Definisi Konsep 10

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 15

1.9 Penutup 15

vii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17

2.3 Jenis – jenis PBK 20

2.3.1 Latih Tubi 20

2.3.2 Tutorial 21

2.3.3 Simulasi 21

2.3.4 Permainan 22

2.3.5 Penyelesaian Masalah 22

2.4 Kelebihan PBK 23

2.4.1 Pembelajaran Secara Individu 23

2.4.2 Pembelajaran Yang Cepat 23

2.4.3 Keseronokan Menggunakan Komputer 24

2.4.4 Tampak 24

2.5 Kekurangan PBK 25

2.6 Pebandingan diantara pengajaran PBK dan Tradisi 26

2.6.1 Peranan Guru 26

2.6.2 Penetapan Objektif 26

2.6.3 Pengetahuan Sedia Ada 27

2.6.4 Strategi Pengajaran 27

2.6.5 Penilaian Dan Pemulihan 28

2.7 PBK Dalam Matematik 28

2.8 PBK Dalam Statistik 30

2.9 Kajian Berkaitan dengan PBK 32

Penutup 34

viii

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Prosedur Kaian 36

3.4 Populasi dan Persampelan 39

3.5 Instrumen Kajian 39

3.6 Kebolehpercayaan Instrumen 42

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Analisis Data 43

3.8.1 Kaedah Statistik Diskriptif 44

3.8.1.1 Peratusan 44

3.8.1.2 Pengiraan min skor 44

3.8.1.3 Pengiraan peratusan 45

3.9 Penutup 46

4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 47

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 48

4.2.1 Responden pembelajaran berasaskan PBK 48

4.2.2 Responden pembelajaran berasaskan tradisional 50

4.3 Analisis Bahagian B : Persoalan Kajian Satu 52

4.3.1 Analisis terhadap sejauhmanakah keberkesanan

Pengajaran Berbantukan Komputer. 52

4.3.2 Analisis terhadap faktor – faktor yang mempengaruhi

Keberkesanan PBK 56

ix

4.3.3 Analisis terhadap faktor – faktor yang mempengaruhi

ketidakkeberkesanan PBK. 60

4.4 Penutup. 64

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 65

5.2 Ringkasan Analisis Data 66

5.3 Perbincangan Hasil Kajian

5.3.1 Perbincangan sejauhmanakah keberkesanan PBK 67

5.3.2 Perbincangan faktor – faktor yang mempengaruhi

Keberkesanan PBK. 69

5.3.3 Perbincangan faktor – faktor yang mempengaruhi

Ketidakkeberkesanan PBK. 71

5.4 Pandangan dan Pendapat Responden Terhadap PBK 73

5.5 Cadangan Peningkatan. 75

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.7 Rumusan 78

5.8 Penutup 79

RUJUKAN 81 LAMPIRAN

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.5 Skala Likert Lima Mata 40

3.5.1 Tahap Purata Nilai Min Keseluruhan 41

3.8.1 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik (PBK) 43

3.8.1.2 Tahap Keberkesanan Berdasarkan Min 45

3.8.1.3 Skala Nilai Peratusan Responden 45

4.2.1.1 Jadual peratusan jantina responden (PBK) 48

4.2.1.2 Jadual peratusan umur responden (PBK) 49

4.2.1.3 Jadual peratusan bangsa responden (PBK) 49

4.2.2.1 Jadual peratusan jantina responden (TRADISIONAL) 50

4.2.2.2 Jadual peratusan umur responden (TRADISIONAL) 50

4.2.2.3 Jadual peratusan bangsa responden (TRADISIONAL) 51

4.3.1.1

4.3.2.2

4.3.3

5.4.1

Taburan responden mengikut min dan purata nilai min

keseluruhan dari aspek PBK

Nilai peratusan responden (faktor keberkesanan)

Nilai peratusan responden (faktor ketidakkeberkesanan)

Komen Responden Terhadap PBK

52

57

61

73

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MULA SURAT

3.2 Kerangka kajian 38

xii

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PBK - Pengajaran Berbantukan Perisian Komputer

ETEMS - English Teaching Mathematic And Science

MSC - Multimedia Super Corridor

ICT - Information Technology and Communication

NCTM - National Council of Teachers' of Mathematics

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SPSS

KBSM

-

-

Statistical Package for the Social Science

Kurikulum Baru Sekolah Menengah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A -

Set Borang Soal Selidik

Lampiran B -

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran C -

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan merupakan bidang yang bersifat cabaran di mana ia berubah

mengikut keperluan keadaan dan semasa. Guru dan pendidik merupakan individu yang

penting untuk menggalas cabaran dalam bidang ini. Matematik adalah asas yang penting

dalam kehidupan seorang individu. Menurut garis panduan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM 1990) dalam format KBSM spesifik untuk subjek Matematik, diantara

matlamat utama ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep,

disamping menguasai kemahiran – kemahiran asas yang berkaitan dengan Matematik.

Penggalasan utama ataupun cabaran para pendidik Matematik disarankan agar

merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dikalangan

pelajar. Matlamat utama yang perlu dicapai ialah memperkembangkan pemikiran mantik,

analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan

berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan metematik supaya individu tersebut dapat

berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam

menghargai kepentingan Matematik. Ini adalah sejajar dengan falsafah pendidikan negara

2

yang mahu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, spiritual, emosi dan

fizikal.

Untuk merealisasikan apa yang dirangka selama ini, satu pendekatan baru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik telah dicari. Golongan cerdik

pandai telah mengharapkan dengan kewujudan komputer dapat menyelesaikan masalah

ini. Tidak dinafikan, perkembangan teknologi ICT di Malaysia masih di peringkat awal.

Jika dibandingkan dengan perkembangan ICT di negara-negara maju seperti Amerika

Syarikat dan England ternyata perkembangan ICT di Malaysia baru berumur setahun

jagung. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BECTA (British Educational

Communications and Technology Agency), ICT telah digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di England sejak 30 tahun yang lalu.

Manakala di Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

dan sains di sekolah-sekolah dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak beberapa

tahun yang lalu.

Seperti yang kita ketahui ICT merupakan satu alat yang berpotensi dalam

membantu meringankan beban kerja kita seharian. Menyedari tentang hal ini, kerajaaan

telah mengambil satu alternatif baru dengan memperkenalkan sekolah Bestari. Sebut

sahaja pembestarian di sekolah membayangkan kita Pengajaran Berbantukan Komputer

(PBK) yang menggunakan perisian yang disediakan cuba diketengahkan bagi

menggantikan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan yang

dimainkan ialah perisian yang digunakan bertindak sebagai satu alat untuk membantu

guru dalam proses pengajaran yang dijalankan. Untuk menyahut agenda kerajaan

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah menjadi penemuan sesuatu yang baru

dalam bidang pendidikan.PBK yang mempunyai ciri – ciri yang seiring dengan

kemajuan semasa dan teknologi yang interaktif akan dapat meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran matematik.

3

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. seseorang tenaga pengajar

sering berhadapan dengan masalah di mana pelajar tidak mampu untuk membayangkan

satu konsep dalam keadaan yang kompleks dan abstrak. Penggunaan perisian

berkomputer yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah merubah

corak dan sistem pendidikan yang telah diamalkan di Malaysia. Corak yang diamalkan

sebelum ini berbentuk tradisional. Perkataan tradisi itu sendiri membayangkan kita

sesuatu yang telah lama dan bercorak ikutan. Menyedari tentang kemampuan perisian

yang mempunyai elemen – elemen multimedia seperti pemaparan grafik, warna yang

jelas, dapat menghasilkan sistem audio yang berkesan dan berkualiti sudah pasti sedikit

sebanyak dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan berbentuk konstruktivisme mengandaikan guru dan pelajar bekerjasama

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya ianya berbeza dengan corak

pembelajaran tradisional di mana proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu

berpusatkan pada guru sahaja manakala pelajar bertindak secara pasif.

1.2 Latar belakang masalah

Masalah kesukaran pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalam matematik

dan mengaplikasikannya dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah masih berada di

tahap yang belum memuaskan .Menurut laporan prestasi PMR 2001 (KPM , 2001)

menunjukkan pencapaian pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat khusus

untuk topik statistik bagi kertas satu adalah dalam lingkungan 46.1 peratus manakala

untuk kertas 2 adalah dalam lingkungan 48.5 peratus.Matematik yang terkenal dengan

ciri – ciri pengenalan konseptual dan penyelesaian yang saling berkait memerlukan

proses pemahaman yang sempurna di kalangan pelajar. Ianya mempunyai kaitan dengan

corak pengajaran yang diamalkan oleh guru. Sememangnya corak pengajaran guru

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.

4

Pengajaran dan pembelajaran tradisional ataupun tradisi merupakan satu corak

pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan di Malaysia. Corak tradisional

ini mempunyai konsep yang tersendiri. Guru sebagai penyampai dan murid bertindak

sebagai penerima terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Alat bantu mengajar yang

digunakan adalah berasaskan kepada buku teks yang dibekalkan.Kaedah penyampaian

bergantung kepada kaedah “chalk and talk” sahaja. Sejauh manakan keberkesanan corak

pengajaran dan pembelajaran tradisi ini sukar untuk ditentukan kerana proses penilaian

jarang dilakukan secara sistematik. Pembelajaran secara tradisi hanya memberi

penekanan terhadap tindakan pelakuan individu dimana ianya hanya melibatkan gerak

balas pelajar yang pasif. Dalam corak pembelajaran tradisi ini jika kita ingin sesuatu

pelakuan itu dilakukan dan diulangi, maka kita perlu hanya mengukuhkan dengan

memberi sesuatu ganjaran. Sebaliknya ,jika kita hendak menghentikan atau

mengurangkan sesuatu pelakuan yang tidak dikehendaki, maka kita perlu menghukum

atau menghentikan ganjaran. Kesimpulannya corak pengajaran dan pembelajaran

tradisional lazimnya mempunyai jurang perbezaan yang besar berbanding dengan corak

pengajaran dan pembelajaran berasaskan perisian PBK. Sejauh manakah keberkesanan

mengenai kedua – dua corak pengajaran dan pembelajaran ini akan di buat dalam kajian

ini.

Secara umumnya, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu komputer sebagai satu mata

pelajaran dalam kurikulum pendidikan dan komputer sebagai alat untuk membantu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kurikulum pelajar diajar tentang

perisian dan perkakasan yang ada. Implikasi di sini akan menyebabkan pelajar

diperkenalkan dengan unit – unit yang ada pada sesebuah komputer. Penggunaan

komputer sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai

kaitan dengan peranan seseorang guru dalam menjalankan proses pengajaran dikalangan

pelajar.Ini kerana komputer sendiri hanya boleh bercakap jika ada manusia yang

5

mengawalnya. Proses pendidikan yang melibatkan penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran inilah yang dinamakan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK).

Sedikit sebanyak mengenai sejarah PBK, lazimnya ianya telah dijumpai oleh

Socrates iaitu seorang cendikiawan dalam Matematik yang beranggapan bahawa kaedah

ini dinamakan corak pengajaran formal. Sehubungan dengan itu corak pengajaran ini

tenggelam dalam satu tempoh masa yang agak lama sehinggalah tahun 1950an. Ia

kemudiannya dikaji oleh B.F Skinner dalam bentuk pembelajaran terancang (Hudson ,

1984 ). Hasil kajian yang dijalankan telah dikembangkan sehingga kini. PBK di

Malaysia, ianya merupakan sesuatu yang baru dan hanya dilaksanakan hanya beberapa

tahun sejak kebelakangan ini berbanding dengan negara – negara maju yang lain telah

mengamalkan corak PBK telah bertahun – tahun lamanya. Di Malaysia ianya dimulakan

di peringkat institusi pengajian tinggi di mana para penyelidik yang terlibat giat

menjalankan usaha untuk membina perisian yang khusus menjurus kepada corak Perisian

Berbantukan Komputer ini. Di peringkat sekolah pula pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia di bawah Bahagian Teknologi Maklumat (BTPKPM) telah bersetuju untuk

mengintegrasikan komputer ke dalam kurikulum pendidikan.

PBK di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1980 – an. Di peringkat sekolah,

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk mengintegrasikan

pengajaran berbantukan komputer ke dalam kurikulum pendidikan. Pada tahun 1985,

pihak kementerian telah membuat keputusan untuk menjalankan satu projek percubaan

mengajar kursus “ Pengenalan Kepada Komputer” terhadap pelajar tingkatan empat

mulai tahun 1986. Dalam projek ini, sebanyak 20 buah sekolah telah terpilih dan 40

orang guru telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam perkhidmatan berkaitan dengan

kursus ini ( Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia , keluaran 68). Selain dari itu terdapat

juga usaha lain yang dijalankan oleh pihak kementerian. Diantaranya pada sekitar tahun

1990 pihak kementerian telah melengkapkan lebih 300 buah sekolah menengah dengan

6

komputer dan ianya dijalankan secara berperingkat – peringkat ( New Straits Times , 17

Ogos 1989). Selain dari itu satu projek yang bertujuan untuk menghasilkan perisian

kursus mengikut kurikulum KBSR / KBSM supaya dapat digunakan dalam bilik darjah

sedang dihasilkan sehingga sekarang. Pada ketika ini perisian yang telah dihasilkan dan

digunapakai oleh guru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran sedang

dijalankan. Matapelajaran yang berkaitan ialah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

dimana ianya juga masih dijalankan secara berperingkat – peringkat sehingga tahun 2008.

Sehubungan dengan itu Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri,

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini memperuntukkan RM978.7 juta untuk

tujuan pembekalan peralatan ICT ke sekolah-sekolah.Selain itu, kerajaan juga akan

menyediakan peruntukan sejumlah hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun

bermula 2002 hingga 2008 bagi melaksanakan dasar ini. Ia adalah antara usaha yang

dilakukan kerajaan untuk melaksanakan dasar P&P bahasa Inggeris untuk subjek

Matematik dan Sains bagi tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam mulai tahun

2003. Pada ketika ini sudahpun memasuki tahun yang ke lima pelaksanaan Perisian

Berbantukan Komputer ini di peringkat sekolah menengah dan rendah mahupun

matrikulasi yang mana ianya diajar oleh sebilangan pendidik yang mempunyai

pengkhususan Matematik dan Sains dalam kelayakan akademik. Para guru ini telah

diserapkan melalui satu program yang dinamakan (etems) English Teaching Mathematic

and Science yang dijalankan secara berperingkat – peringkat.

7

1.3 Penyataan Masalah

Kecerdasan intelek merupakan unsur yang penting dalam menentukan penerimaan

kefahaman seseorang pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

oleh guru.Corak proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan menjadi

pemangkin kepada para pelajar dalam menerima sesuatu yang ingin disampaikan.

Implikasinya dapat menentukan dan membentuk cara penyampaian guru dan

penerimaan pelajar terhadap apa yang hendak disampaikan oleh guru tersebut.Seterusnya

ianya menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu mencapai objektif

ysng dirangka dalam pelan persediaan pengajaran guru. Tahap kecerdasan intelek yang

tinggi seharusnnya menjamin keberkesanan seseorang pelajar itu mencapai objektif

yang disasarkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala tahap

kecerdasan intelek yang rendah pula bukanlah bermakna pelajar itu tidak mampu untuk

mencapai kefahaman yang dikehendaki tetapi ianya perlu melalui proses yang sukar.

Perkaitan diantara tahap kecerdasan intelek dalam kajian ini adalah merujuk

kepada dua jenis corak pengajaran guru iaitu corak pengajaran dan pembelajaran secara

tradisional dan corak pengajaran dan pembelajaran berbantukan perisian berkomputer.

Sejauh manakah keberkesanan penggunaan perisian berbantukan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan corak pembelajaran secara tradisional.

Keberkesanan itu penting untuk menilai sejauhmanakah penerimaan pelajar terhadap

kedua – dua jenis corak proses pengajaran dan pembelajaran ini. Oleh itu kajian ini

dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan perisian

berkomputer yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan diantara guru dan pelajar.

Dalam kajian ini pengkaji telah memilih tajuk statistik (bahagian 2) tingkatan tiga.

Statistik adalah salah satu tajuk yang meluas dan ianya diajar secara berperingkat iaitu

8

dari peringkat menengah rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi. Spesifik dalam

sukatan pelajaran untuk topik statistik (bahagian 2) memerlukan pelajar mencapai

objektif yang dikhendaki. Diantara objektif yang dirangka diakhir proses pengajaran dan

pembelajaran murid seharusnya dapat memahami konsep carta pai dan menyelesaikan

masalah yang melibatkan carta pai. Konsep yang dimaksudkan pelajar perlu tahu

menganalisis data dan mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Selain dari itu

pelajar juga perlu tahu konsep min, mod dan median yang merupakan asas dalam tajuk

ini selain dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan. Perisian yang dibekalkan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan digunakan untuk mengukur sejauh manakah

keberkesanannya dan implikasinya terhadap pelajar. Selain dari itu pengkaji juga akan

mengukur sejauh manakah corak pengajaran dan pembelajaran tradisional berbanding

dengan corak pengajaran berbantukan perisian berkomputer. Statistik merupakan satu

tajuk yang seronok dipelajari tetapi topik ini mempunyai tahap kesukaran yang agak

tinggi. Rasional ataupun tujuan utama pengkaji memilih topik ini adalah kerana dalam

statistik pelajar bukan sahaja perlu memahami konsep tetapi perlu pandai melukis graf,

memplot data, menganalisis data dan sebagainya. Secara tidak langsung sub topik dalam

tajuk statistik ini membawa kepada unsur – unsur penyebatian kemahiran berfikir secara

kreatif dan kritis (KBKK) dikalangan pelajar.

9

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama yang ingin dicapai dari kajian ini ialah untuk:

i. Mengetahui keberkesanan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) yang dibekalkan

oleh KPM bagi tajuk statistik tingkatan tiga dikalangan para pelajar tingkatan tiga di

2 buah sekolah menengah daerah Kota Tinggi , Johor.

ii. Mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan Perisian

Berbantukan Komputer (PBK) yang dibekalkan oleh KPM bagi tajuk statistik

tingkatan tiga dikalangan para pelajar tingkatan tiga di 2 buah sekolah menengah

daerah Kota Tinggi, Johor.

iii. Mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi ketidakkeberkesanan Perisian

Berbantukan Komputer (PBK) yang dibekalkan oleh KPM bagi tajuk statistik

tingkatan tiga dikalangan para pelajar tingkatan tiga di 2 buah sekolah menengah

daerah Kota Tinggi, Johor.

1.5 Persoalan Kajian

i. Sejauh manakah keberkesanan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) yang

dibekalkan oleh KPM bagi tajuk statistik tingkatan tiga dikalangan para pelajar

tingkatan tiga di 2 buah sekolah menengah daerah Kota Tinggi, Johor.

ii. Apakah faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan Perisian Berbantukan

Komputer (PBK) yang dibekalkan oleh KPM bagi tajuk statistik tingkatan tiga

10

dikalangan para pelajar tingkatan tiga di 2 buah sekolah menengah daerah Kota

Tinggi, Johor.

iii. Apakah faktor – faktor yang mempengaruhi ketidakkeberkesanan Perisian

Berbantukan Komputer (PBK) yang dibekalkan oleh KPM bagi tajuk statistik

tingkatan tiga dikalangan para pelajar tingkatan tiga di 2 buah sekolah menengah

daerah Kota Tinggi, Johor.

1.6 Definisi Konsep

Berikut adalah takrifan bagi istilah penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.6.1 Etems (English Teaching Mathematic And Science)

Etems (English Teaching Mathematic And Science) telah diperkenalkan pada

tahun 2002 dan ianya program ini dimulakan sepenuhnya pada tahun 2003. Ianya hanya

melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan

Matematik sahaja yang mana ianya perlu diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Untuk menjayakan program ini satu kurikulum telah dibentuk. Corak pengajaran dan

pembelajaran telah diubah berbanding dengan corak yang terdahulu berasaskan papan

tulis. Etems merujuk kepada corak pengajaran dan pembelajaran berdasarkan perisian

yang telah dihasilkan oleh KPM.Sebagai persediaan bagi guru – guru yang mempunyai

kepakaran dalam matematik dan sains dikehendaki mengikut satu modul kursus

pengajaran menggunakan Bahasa Inggeris. Disini guru – guru dapat mempertingkatkan

mutu penggunaan Bahasa Inggeris mereka.Pelaksanaan Etems dirangka secara

berperingkat – peringkat dan ianya akan dijalankan sepenuhnya pada tahun 2008.

11

1.6.2 Sekolah Bestari

Sekolah bestari merujuk kepada penggunaan koputer sepenuhnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Sukatan isi kandungan yang dibina masih berpandukan

kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan penekanan kepada

usaha yang lebih gigih untuk membina kekuatan daya fakir dan penerapan nilai secara

eksplisit serta memberi laluan kepada perkembangan potensi pelajar secara individu

dengan memanfaatkan teknologi komputer dan telekomunikasi.

1.6.3 Pengajaran Berbantukan Komputer

Terdapat banyak takrif yang digunakan untuk merujuk dan menerangkan konsep

pendidikan berkomputer ini.Antaranya :

i. Menurut Kelly – Bootle dalam Devil’s DP Dictionary berpendapat pengajaran atau

pembelajaran dibantu oleh komputer yang dihubungkan secara talian (online)

ii. Menurut Alessi dan Trollip (1985) berpendapat bahawa penggunaan komputer

untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar,

sama ada kesemuanya sekali atau sebahagiaanya sahaja.

iii. Menurut Zoraini Wati Abas (1993) berpendapat bahawa situasi apabila komputer

digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran.

iv. Menurut David Stansfield (1968) berpendapat bahawa proses pendidikan yang

menggunakan komputer untuk mengajar serta belajar dan bukan mengajar

bagaimana menggunakan atau mengajar berkenaan dengan teknologi komputer.

v. Menurut Leonord dan Silvern (1996) berpendapat bahawa perisian yang mampu

menjalin interaksi dua – hala antara manusia – mesin untuik mencapai objektif

12

pembelajaran yang ditetapkan, dimana manusia ialah pelajar dan mesin ialah

sisitem komputer.

1.6.4 Keberkesanan

Keberkesanan merujuk kepada sesuatu yang boleh di nilai dan diukur berasaskan

sesuatu perkara yang dikaji. Dalam kajian ini keberkesanan yang dimaksudkan oleh

pengkaji ialah sejauhmanakah penggunaan perisian berbantukan komputer khusus untuk

tajuk statistik tingkatan tiga dapat mempengaruhi pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran secara tradisional.

1.6.5 Statistik

Statistik dalam kajian ini merujuk kepada huraian sukatan pelajaran bagi pelajar

tingkatan tiga. Dalam perisian yang dihasilkan ianya terdapat beberapa pecahan –

pecahan yang penting dalam topik ini sesuai dengan aras kesukaran pelajar tingkatan tiga.

Diantaranya adalah seperti

• Cara untuk mengenalpasti carta paid an mentafsir data daripada carta pai.

• Konsep pengiraan asas bagi tiga elemen penting dalam statistik iaitu mod

(kekerapan) , median (pertengahan) dan min (purata) .

• Jenis – jenis soalan penyelesaian masalah yang berkaitan

• Aktiviti pengayaan

13

1.6.6 Sekolah menengah daerah Kota Tinggi.

Dalam kajian ini , penulis memilih sampel pelajar tingkatan tiga di dua buah sekolah

menengah bantuan penuh kerajaan di Daerah Kota Tinggi . Sekolah tersebut adalah :

• Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab , Kota Tinggi, Johor .

• Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Saujana , Kota Tinggi, Johor.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan

penggunaan perisian PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

perisian yang digunakan adalah berkaitan dengan tajuk statistik (bahagian 2) untuk

pelajar tingkatan tiga. Secara umumnya kajian ini dapat memberi manfaat kepada

beberapa pihak yang terlibat. Antaranya

1.7.1 Kepentingan kepada pelajar

Kajian ini dijangka dapat menjelaskan tentang sejauh manakah keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan perisian pengajaran berbantukan

komputer khusus untuk tajuk statistik (bahagian 2) bagi pelajar tigkatan tiga di sekolah

menengah daerah Kota Tinggi, Johor. Seterusnya proses perbandingan akan dilakukan

terhadap mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpandukan perisian

berbantukan komputer dan pengajaran bercorak tradisional.

14

1.7.2 Kepentingan kepada guru

Daripada hasil dapatan kajian ini, seseorang guru akan dapat mengetahui corak

ataupun gaya proses pembelajaran di kalangan pelajar yang berkesan.Selain daripada itu

guru juga dapat menilai sejauh manakah kefahaman murid yang diuji berdasarkan contoh

soalan yang berkaitan diberikan jika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan

berasaskan perisian multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia.

1.7.3 Kepentingan kepada sekolah

Di peringkat Kementerian Pelajaran pula, khususnya Bahagian Teknologi

Pendidikan ianya merupakan sesuatu yang amat penting untuk merangka langkah dan

cara yang sesuai dan tepat bagi mengatasi masalah sekiranya perisian yang dihasilkan

mempunyai sebarang kekurangan dan proses penambahbaikan jika sekiranya perisian

yang dihasilkan mempunyai kelebihan. Implikasinya kajian ini penting untuk

mencorakkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang diamalkan di

Malaysia agar ianya sentiasa memberi kesan yang positif dan mencapai matlamat serta

objektif Falsafah Pendidikan Negara. Dengan ini, kajian ini secara tidak langsung

sedikit sebanyak akan dapat membantu pihak kementerian dalam membuat sebarang

proses penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan perisian berbantukan

komputer.

15

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melihat keputusan soal selidik untuk menilai tahap

keberkesanan penggunaan perisian pengajaran berbantukan komputer yang dibekalkan

terhadap sampel pelajar yang dipilih.

Kajian ini hanya terbatas kepada 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan terpilih

di daerah Kota Tinggi. Sampelnya terdiri daripada pelajar – pelajar tingkatan tiga yang

mewakili populasi di dua buah sekolah di daerah Kota Tinggi. Guru yang terlibat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi guru perempuan dan guru lelaki

sekolah tersebut.

1.9 Penutup

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era globalisasi ini adalah

amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang digunapakai bagi beberapa dekad

yang lampau. Dengan adanya perkembangan yang positif, pantas dan berilmu

pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sistem

pendidikan negara telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kepesatan perkembangan ICT

ini. Dewasa ini, konsep pembelajaran Perisian Berbantukan Komputer telah pun

diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik dan sains,

baik di peringkat universiti, kolej, sekolah menengah mahupun sekolah rendah secara

berperingkat-peringkat. Para pendidik di peringkat rendah cuba sedaya upaya untuk

menggunakan perisian yang dibekalkan oleh pihak kementerian di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan input yang terbaik kepada pelajar-pelajar

mereka.

16

Walau bagaimanapun tidak dinafikan, dari kajian yang dijalankan didapati ada

segelintir pendidik yang mahir dengan teknologi komputer tetapi tidak mahu

menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains kerana

mereka merasa lebih selesa dengan pengajaran cara tradisional iaitu menggunakan teknik

menulis dan menyampaikan. Ini adalah fenomena yang biasa dialami oleh mana-mana

teknologi baru kerana para pendidik memerlukan masa untuk mengadaptasikan konsep

PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Untuk menilai sejauh manakah

penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji akan menilai

sejauh manakah keberkesanannya berbanding dengan kaedah pengajaran secara

tradisional.