keberkesanan mempelajari ilmu qiraat-muhammad hafiz salleh

Upload: syafrizalrobi

Post on 31-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT:ANTARA HARAPAN, CABARAN DAN PENYELESAIAN MASALAHOleh:Muhammad Hafiz bin SalehAbd Muhaimin bin AhmadNorazman bin [email protected]@[email protected] ilmu qiraat di Malaysia kini bukan lagi suatu yang asing. Hampirsetiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajianIslam di negara ini turut menawarkan ilmu qiraat kepada mahasiswa danmahasiswi mereka. Ini kerana ilmu qiraat berkait rapat dengan pelbagaidisiplin ilmu terutamanya dalam bidang tafsir al-Quran. Namun begitu, tidakdinafikan bahawa perkembangan ilmu qiraat di negara ini masih padaperingkat pengukuhan di mana institusi-institusi pengajian tempatan mulamengorak langkah dan berusaha untuk mengembangkan ilmu ini. Dalammenempuhi peringkat ini, pelbagai cabaran harus dilalui demi mencapaiharapan dan hasrat yang disasarkan. Antara cabaran utama yang menjaditumpuan adalah keberkesanan mempelajari ilmu qiraat dan kaedahpengajaran yang paling sesuai digunakan dalam menyampaikan ilmu ini.Melalui kertas kerja ini, pandangan daripada ahli-ahli yang arif danberpengalaman dalam bidang qiraat akan dijadikan sebagai landasan bagimenempuh cabaran tersebut sekaligus merungkai masalah pengajaran danpembelajaran yang berkaitan dengan pengajian ilmu ini.1.0 PendahuluanPerkembangan pengajian ilmu qiraat di negara ini merupakan fenomena yang dapatdiperhatikan sejak b eberapa dekad yang lalu. Ia dapat dilihat menerusi penawaraninstitusi pengajian tinggi awam dan swasta terhadap kursus-kursus yang berkaitan denganpengajian qiraat. Malahan, subjek qiraat juga diterapkan kepada para pelajar di sekolahmenengah agama menerusi KelasKemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran(KKQ).Ini menunjukkan bahawa pengajian ilmu qiraat semakin mendapat p erhatian dalamkalangan para pelajar yang menuntut dalam bidang pengajian Islam. Tidak dapatdisangkal bahawa fenomena ini menggambarkan bahawa pembelajaran ilmu qiraat adalahpenting kerana ia merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan yang b erkaitandengan bacaan al-Quran.1 2.0 Definisi Ilmu QiraatMenurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yan g menjelaskan kaedahmenyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan1bacaan antara imam-imam qiraat.Ini menunjukkan bahawa bacaan al- Quran dan ilmutajwid yang dipelajari dan diamalkan pada hari ini merupakan salah satu jenis bacaanyang terdapat di dalam pengajian ilmu qiraat iaitu menurut bacaan riwayat Hafs daripadaImam Asim.Namun begitu, ruang lingkup ilmu qiraat tidak terbatas sekadar pada bacaan al-Quran sahaja, bahkan ian ya turut memainkan peranan yang besar dalam memahamipengajian tafsir al-Quran , permasalahan fekah dan akidah. Memandangkan kepentingandan hubung kait ilmu qiraat dengan ilmu-ilmu yang lain, ianya amat wajar dipelajari olehpara pelajar yang mengambil jurusan pengajian Islam tanpa membatasi per ingkat usia.3.0 Pengajian Ilmu Qiraat di MalaysiaMenurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di Malaysia secara formal bermulaseawal tahun 1966 dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di PusatIslam, Ku ala Lumpur. Penubuhan institusi pertama qiraat ini merupakan cetusan ideaPerdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu Rektor2Universiti al-Azhar, Syeikh Muhammad Syaltut membuat lawatan ke Malaysia.Sejakpenubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang pertama ini, maka bermulalahperkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.Selepas beberapa dekad penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di KualaLumpur, lahir pula beberapa institusi tahfiz yang turut menawarkan p engajian ilmu qiraatmenurut kronologi berikut:i. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Melaka (1990);ii. Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (1991);iii. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1996); daniv. Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Alaeddin Bandar (1996).1Ibn al-Jazari,Taqrib al-nashr fi al-Qiraat a l-Ashr, ed. Muhammad Ali Baidun, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002), 3 .http://www.daru lquran.gov.my/sejarah.html22 Selain daripada institusi tahfiz, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggiyang turut menawarkan kursus pengajian ilmu qiraat seperti Universiti KebangsaanMalaysia seawal tahun 1980, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (1995);3Kolej Pengajian Islam Johor (1997).Setelah melangkah ke tahun 2000, perkemban gan pengajian ilmu qiraat semakinpesat sehingga begitu banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan ku rsuspengajian ilmu qiraat kepada para pelajar. Keunikan kursus ini dapat dilihat menerusinama-nama yang diberikan kep adanya kerana ia bukan hanya dikenali dengan satu namaseperti ilmu qiraat, bahkan terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada kursuspengajian qiraat seperti berikut:i. Pengantar Ilmu Qiraat dan Hafazan;ii. Qiraat Ilmi;iii. Qiraat Amali;iv. Qiraat Asyarah;v. Ilmu Qiraat;vi. Metodologi Pengajaran Ilmu Qiraat;vii. Pengajian Qiraat;viii. Tarikh al-Qurra;ix. Mutun Tahriri dan lain-lain.Selain daripad a institusi pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diamanahkan untuk mewujudkan KelasKemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ). Ia merupakan sebahagiandaripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah di mana ia turut menerapkan pengajian ilmuqiraat kepada para pelajar. Menerusi aktiviti ini para pelajar didedahkan denganpengenalan terhadap imam-imam qiraat serta cara bacaan mereka menerusi surah-surah4lazim bermula dari Surah al-Nas kepada Surah al-Dhuha.3Muhammad Hafiz,Comparative Study On The Scien ce Of Qiraat In Higher Education Institutions InMalaysia,(MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2010),4http://spikel.bpi.edu.my/index.php?view=article&catid=3%3Akurikulum&id=86%3Akelas-kemahiran-al-quran&format=pdf&optio n=com_content&Itemid=493 Pengajian ilmu qiraat turut mendapat perh atian masyarakat awam yang dahagakanilmu berkaitan al-Quran. Pelbagai program pengajian al-Quran yang disediakan turutmendedahkan pengajian ilmu qiraat kepada peserta yang mengikuti program tersebut.Sebagai contoh, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan program sepanjang hayatmenerusi Program Persijilan Talaqqi al-Quran yang dibuka k epada masyarakat awam.Kelas yang dijalankan pada setiap hujung min ggu ini menawarkan beberapa subjekberkaitan ilmu al-Quran seperti Ilmu Tajwid, Talaqqi al-Quran, Pengantar Ulum al-Quran5dan termasuklah Pengantar Ilmu Qiraat.Selain Universiti Sains Islam Malaysia, terdapatbeberapa lagi institusi yang menawarkan program seumpamanya seperti Universiti IslamAntarabangsa Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor dan lain-lain.4.0 Objektif Pembelajaran Ilmu QiraatMenurut kajian yang dilakukan terhadap institusi pengajian tinggi awam, setiap kursusatau subjek qiraat mempunyai objektif yang hampir sama walaupun men ggunakan namayang berbeza. Antara objektif atau penekanan yang ditumpukan dalam pembelajaran ilmu6qiraat adalah seperti berikut:i. Memberikan pen genalan yang jelas terhadap ilmu qiraat seperti definisi,objektif, sumber, dalil serta bahan rujukan;ii. Memberikan penjelasan mengenai peranan ilmu qiraat dan hubungannyadengan al-Quran;iii. Menjelaskan beberapa ilmu lain yang b erkaitan dengan ilmu qiraat secaraumum seperti Ilmu tajwid, Ilmu Rasm dan Dhabt al-Quran serta Ilmu al-Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu ini berkait rapat di antara satu sama yan g lain ;iv. Meneran gk an latar belakang imam-imam qiraat tujuh atau sepuluh sertaperawi mereka. Di samping itu, penekanan juga diberi terhadap kaedah bacaanal-Quran b agi setiap perawi tersebut secara umum; danv. Mempraktikkan bacaan bagi setiap imam qiraat beserta perawi mereka denganmenumpukan kepada surah-surah tertentu di dalam al-Qu ran. Terdapat5http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101-talaqqi-al-quran.html6Maklumat ini berdasarkan kepada temubual dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus ilmuqiraat di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan KolejUniversiti Islam Selangor.4 sebahagian daripada institusi yang memilih juzuk Amma, ada pula yangmemilih surah pilihan seperti Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan, manakalaada yang memilih Surah al-Baqarah.5.0 Kaedah Pengajaran dan Pembela jaran Qiraat yang BerkesanDaripada sudut pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat pula, kaedah yang digunakanadalah hampir serup a di antara satu institusi dengan institusi yang lain. Antara kaedah7yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:1. Penyampaian di dalam dewan kuliahMenerusi kaedah ini, para pensyarah atau guru akan memberikan pen yampaiankepada pelajar dalam jumlah yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah300 orang pelajar. Pengajaran adalah berdasarkan kepada rangka kursus yangtelah ditetapkan. Antara penekanan dalam pembelajaran ilmu qiraat menerusikaedah ini adalah berbentuk teori dan merangkumi topik-topik berikut:i. Objektif pembelajaran ilmu qiraat;ii. Kelebihan mempelajari ilmu qiraat;iii. Definisi ilmu qiraat;iv. Latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka;v. Manhaj atau kaedah b acaan bagi setiap imam dan perawi merka;vi. Istilah-istilah khas yan g digunakan dalam ilmu qiraat; danvii. Cara sebutan bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaanriwayat Hafs daripada Imam Asim.2. Penyampaian di dalam kelas tutorialSelain daripada pengajaran di dalam dewan kuliah, para pensyarah atau guru turutmemanfaatkan kelas tutorial untuk memantapkan pen getahuan para pelajar. Didalam kelas tutorial, jumlah para p elajar adalah terhad antara 10 hingga 30 orangpelajar sahaja. Interaksi dua hala antar a pensyarah atau guru den gan para pelajar7Maklumat ini berdasarkan kepada temubual dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus ilmuqiraat di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan KolejUniversiti Islam Selangor.5 diterapkan menerusi kaedah ini agar dapat memberi peluang kepada para pelajarbersoal-jawab dan berbincang berkaitan ilmu qiraat den gan lebih mendalam.Antara penekanan dalam pembelajaran ilmu qiraat menerusi kaedah ini adalahseperti berikut:i. Pembentangan ilmu qiraat daripada para pelajar;ii. Bacaan al-Quran menurut bacaan imam-imam qiraat beserta perawimereka secara talaqqi dan mushafahah;iii. Hafazan matan al-Shatibiyyah sebagai dalil bagi bacaan imam-imamqiraat beserta perawi mer eka;viii. Membantu para pelajar menyebut dengan tepat bagi bacaan yang jarangatau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim;iv. Mendengar dan memperbetulkan bacaan para pelajar k etikamempraktikkan bacaan al-Quran selain daripada bacaan riwayat Hafsdaripada Imam Asim;v. Melantik setiap pelajar untuk mewakili salah satu bacaan bagi imam-imamqiraat atau perawi mereka.3. Penggunaan alat bantuan mengajarSewaktu sesi pembelajaran berlangsung, para pensyarah atau guru amatdigalakkan menggunakan alat bantuan mengajar bagi mempermudahkan pelajaruntuk memahami isi kandungan pelajaran. Antara alat bantuan mengajar yangboleh digunakan adalah seperti berikut:i. Pembentangan pengajaran menggunakan Microso ft Power Pointii. CD qiraatiii. Laman web qiraativ. Quran Flashv. My LMS @ Goalsvi. Audio dan video qiraatvii. Blog qiraatviii. Keratan akhbar dan majalah6 4. Peperiksaan atau kuizPembelajaran yang berteraskan peperiksaan atau kuiz turut memberi kesan kepad apenguasaan pelajar terhadap ilmu qiraat. Ini menyebabkan para pelajar lebih fokusdalam pembelajaran dan mampu menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkarapenting di dalam ilmu qiraat khususnya kepada istilah yang jarang digunakan dalambacaan riwayat hafs daripada Imam Asim. Kuiz yang kerap kali dilakukan juga dapatmenajamkan minda sehingga persoalan yang seringkali ditanya mampu dijawabsecara spontan. Kedua-kedua kaedah ini turut menambahkan tumpuan para pelajarterhadap topik yang sedang dipelajari. Lebih-lebih lagi, ia membantu pelajar untukmengingati nama-nama imam qiraat beserta perawi mereka dan istilah yangdigunakan khusus dalam ilmu qiraat.6.0 Cabaran dan Penyelesaiannya Dalam Pembelajaran Ilmu QiraatDalam mengharungi fasa pembelajaran, seseorang kebiasaannya akan menghadapicabaran untuk menguasai suatu ilmu tanpa mengira apa jua kursus atau subjek. Suasanaini turut berlaku pada peringkat permulaan dalam mempelajari ilmu qiraat. Antara8cabaran dan p enyelesaiannya dalam pembelajaran ilmu qiraat adalah seperti berikut:i. Pra syarat mempelajari ilmu qiraatTerdapat beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum mendalami ilmuqiraat. Tanpa pra syarat tersebut, seseorang akan menghadapi kesukarandalam mempelajari ilmu qiraat. Antaran ya adalah; memahami ilmu tajwidterlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana terdapat pelbagaiistilah atau kata nama yang terdap at di dalam ilmu tajwid akan digunakan didalam pembelajaran ilmu qiraat. Contohnya seperti, Mad Jaiz Munfasil, MadWajib Muttasil, Mad Badal, Mad Lin, Tashil, Imalah, Saktah dan sebagainya.Sekiranya maksud atau cara bacaan bagi istilah tersebut tidak difahami, makakesukaran akan dihadapi sewaktu mempelajari ilmu qiraat kerana istilah-istilah tersebut akan seringkali digunakan, bahkan terdapat pelbagai lagiistilah baru yan g akan dipelajari dalam ilmu qiraat. Selain itu, penguasaan8Muhammad Hafiz, 63- 64.7 bacaan al-Quran juga menjadi pra syarat dalam mempelajari ilmu qiraat. Inikerana, bacaan yang digunakan selama ini hanyalah menurut satu riwayatsahaja iaitu; bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Sekiranya tahapbacaan al-Quran masih lemah, maka ditakuti kekeliruan akan dihadapi dalampembelajaran ilmu qiraat. Oleh itu, dengan penguasaan bacaan al-Quran yangmantap, seseorang dapat melihat perbezaan bacaan di antara bacaan riwayatHafs daripada Imam Asim dengan bacaan-bacaan lain dengan lebih ketara.ii. Mengingati kesemua nama imam dan perawi merekaIni merupakan antara cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajariilmu qiraat. Ini kerana terdapat 21 nama yang perlu diingati dalampembelajaran ilmu qiraat tujuh. Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama yangharus diingati. Ap atah lagi nama mereka bukanlah seperti nama Melayumelainkan Hisham, Hamzah dan Yaakub. Oleh yang demikian, setiap pelajardigalakkan untuk mengenali nama-nama tersebut terlebih dahulu sebelummempraktikkan bacaan mereka. Par a pelajar juga diharapkan dapat menguasaibacaan satu imam atau perawi secara satu per satu sebelum beralih kepadacara bacaan imam atau perawi yang lain. Manakala peranan pengajar pulaadalah men gulangi nama-nama merek a sehingga para pelajar mampumengingatinya.iii. Penggunaan istilah yang jarang digunakanDi dalam ilmu qiraat terdapat beberap a istilah yang han ya digunakan dalampembelajaran ilmu qiraat sahaja. Kalau pun ada, barangkali ia membawamaksud yan g berbeza. Antara istilah yang digunakan adalah seperti tariq,sanad, taqlil, taghliz, tarqiq, naqal, idgham kabir, tashil al-Hamzah al-Thaniahmaa idkhal al-Alif, ibdal al-Hamzah, qasar, tawassut, ishba, silah dansebagainya. Oleh yang demikian, istilah-istilah tersebut seharusnya selaludisebut dan dihafal agar setiap bacaan yang dibaca atau didengar dapat9diketahui dengan jelas nama bagi hukum tersebut.Ibid, 64-65.98 iv. Kesukaran menyebut kalimah yang mempunyai khilafSebagaimana yan g telah dijelaskan cabaran berkaitan istilah yang digunakandi dalam ilmu qiraat, cabaran untuk men yebutnya merupakan perkara yangberbeza. Ini kerana ilmu qiraat tidak boleh dipelajari secara teori sahaja,bahkan ia mesti dipelajari secara praktikal melalui kaedah talaqqi danmushafahah. Biar pun kaedah ini sudah dilaksanakan, kesukaran menyebutkalimah-kalimah khilaf masih berlaku kerana sesetengah bacaan bagi imamqiraat dan perawi mereka tidak sama den gan bacaan yang dipraktikkan selamaini menerusi bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Contohnya padabacaan taqlil, tashil al-Hamzah, naqal, ibdal al-Hamzah, taghliz al-Lam, tarqiqal-Ra, ikhtilas dan sebagainya. Bagi menan gani cabaran ini, para pelajar perluselalu berlatih menyebut hukum-hukum tersebut dan memastikan bacaan yangdisebut adalah tepat dengan memperdengarkannya kepada pensyarah atauguru yang mengajar ilmu qiraat.v. Penggunaan Matan al-ShatibiyyahMatan al-Shatibiyyah atau Hirz al-Amani wa Wajh al-Tah ani merupakan bait-bait syair yang menghimpunkan keseluruhan bacaan b agi imam-imam qiraattujuh berserta p erawi mereka. Ia ju ga merupakan sumber utama dalampembelajaran ilmu qiraat tujuh. Namun, didapati beberapa institusi yang tidakmenggunakan matan ini dalam pengajaran ilmu qiraat. Ini menyebabkanpembelajaran ilmu qiraat terbatas pada perkara-perkara asas sahaja. Bahkan,jarang sek ali seseoran g mampu men guasai ketujuh-tujuh qiraat tanpamempelajari matan ini. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa pembelajaranmenggunakan matan ini memang sukar dan mengambil masa yang lamasedangkan tempoh p embelajaran adalah terhad dan singkat. Mungkindisebabkan itu, mereka memilih untuk tidak menggunakan matan ini namunhanya sekadar memberikan penjelasan umum sahaja tentang perbezaan bacaandalam kalangan imam-imam qiraat beserta perawi mereka tanpa menggunakan10matan al-Shatibiyyah.Ibid, 65.109 vi. Kekurangan bahan bacaan dan rujukan ilmu qiraatTidak dinafikan bahawa bahan bacaan dan rujukan untuk ilmu qiraat dalamBahasa Melayu adalah amat terhad sekiranya dibandingkan dengan jumlahbuku ilmu qiraat di dalam Bahasa Arab. Bahk an boleh dianggark an bahawajumlah buku khusus berkaitan ilmu qiraat dalam Bah asa Melayu tidak lebihdaripada 10 buah buku yang diterbitkan. Kemungkinan ini merupakan salahsatu cabaran yang dihadapi oleh para pelajar iaitu dalam masalah mencarirujukan. Namun cabaran ini boleh ditangani dengan pen guasaan Bahasa Arabdengan tujuan memahami isi kandungan ilmu qiraat daripada buku-bukuBahasa Arab. Begitu juga den gan merujuk kepada kertas-kertas kerjaberkaitan ilmu qiraat yan g pernah dibentangkan melalui seminar-seminar ataukursus-kursus qiraat. Antara rujukan yang boleh digunakan bagi tujuanpembelajaran ilmu qiraat menggunakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:Pengenalan Ilmu Qiraat karangan Ustaz Mohd Rahim Jusoh;Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah karangan bersama Ustaz SabriMohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri Mohd Saad;Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala;Modul Qiraat daripada Open University Malaysia karangan bersamaUstaz Khairul Anuar Mohamad dan Ustaz Norakyairee Mohd Raus;Keratan akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Bicara Agama setiapRabu karangan Ustaz Khairul Anuar Mohamad; danHimpunan pembentangan kertas kerja seminar seperti Seminar WahyuAsas Tamadun 2011 (USIM), Seminar Pendidikan dan PenyelidikanQiraat (KUIS) dan Seminar Antarabangsa Qiraat dan Qurra (UDM).vii. Tempoh pembelajaran yang terhadPembelajaran ilmu qiraat secara formal biasanya menggunakan sistemsemester di mana tempoh pembelajar an adalah terhad kepada 14 minggusahaja. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kebiasaannya para pelajardiperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu qiraat dalam tempoh tersebutselama 3 ke 4 jam seminggu. Dalam tempoh tersebut, pembelajaran akan10 menyentuh dari sudut latar belakang ilmu qiraat, latar belakang imam-imamqiraat beserta perawi mereka, kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawimereka dan penumpuan terhadap beberapa surah yang tertentu sahaja. Ad apunpembelajaran ilmu qiraat secara keseluruhann ya tidaklah mencukupidisebabkan tempoh pembelajaran agak singk at. Oleh yang demikian, tempohyang dinyatakan ini adalah sesuai bagi mereka yang berada dalam pengajianIslam tetapi bukan pengkhususan dalam bidang qiraat. Seandainyapengkhususan yang diceburi adalah d alam bidang qiraat, maka sekirang-kurangnya 8 semester diperlukan untuk menguasai ilmu qiraat secara11keseluruhannya.viii. Minat yang kurangTidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang kurang berminatdengan ilmu qiraat. Ini kerana wujudn ya perasaan bahawa ilmu qiraat tidakberkait secara langsung dengan kehidupan seharian seperti bidang feqah danakidah. Namun, perasaan atau persepsi sedemikian adalah salah dan harusdiperbetulkan. Ini kerana membaca al-Quran sama ada dalam solat atau di luarsolat merupakan perkara yang berkait secara langsung dengan qiraat. Cuma,bacaan al-Quran yang dibaca adalah menurut salah satu riwayat daripadaqiraat tujuh sahaja. Pad a hakikatn ya, ilmu qiraat walaupun secara zahirnyatidak berkait dengan amalan seharian, sebenarnya ia mempunyai hubunganyang kuat antara ilmu feqah dalam k epelbagaian mazhab, ilmu tafsir al-Quranyang membawa kepada pelbagai penafsiran d an sebagainya. Oleh itu, bagimenanam perasaan minat terhadap ilmu qiraat para pelajar boleh merujukkepada kitab-kitab qiraat atau tafsir yang meneran gk an makna-maknaperubahan yang ada pada satu kalimah di dalam al-Quran dan apakahkesannya terhadap makna atau hukum fekah. Begitu juga dengan mendengarbacaan yang mempunyai perbezaan bacaan yang ketara dengan riwayat Hafsdaripada Imam Asim seperti mendengar bacaan riwayat Warsh daripada ImamNafi atau riwayat Khalaf daripada Imam Hamzah. Dengan kedu a-dua caraIbid.1111 tersebut, ia mampu memupuk rasa minat untuk mempelajari ilmu qiraat12dengan lebih mendalam.7.0 KesimpulanPerkembangan ilmu qiraat tidak seharusn ya terbatas kepada para pelajar di peringkatsekolah dan institusi pengajian tinggi sahaja, bahkan ia seharusnya didedahkan kepad asetiap lapisan masyarakat agar ilmu yang mulia ini terus dipelihara. Ini kerana kemuliaanorang yang mempelajari ilmu qiraat adalah sama dengan kemuliaan orang yangmempelajari al-Quran. Tambahan pula, kelebihan mereka yang mempelajari ilmu qiraatterserlah dengan peranan mereka seb agai pemelihara kalam Allah yang suci daripada apajua bentuk perubahan dan pemeson gan kerana hanya dengan ilmu qiraat perubahan itudapat diketahui. Oleh yang demikian, menjadi harapan bagi setiap pencinta al-Quranagar;i. Pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus berkembang khususnya dinegara ini. Malah ianya merupakan satu harapan yang besar agar Malaysiamenjadi sebuah pusat rujukan bagi Asia dalam mempelopori kepakaran dalambidang ilmu qiraat;ii. Lebih r amai lagi yang berminat untuk menceburi bidang qiraat. Biarpunhukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah, namun peranannya adalahcukup besar. Ini jelas dibuktikan dengan pengorbanan para ulama terkemukadahulu dan sekarang yang telah menghabiskan usia dan hayat mereka den ganmendalami ilmu qiraat serta mengajarkannya;iii. Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang turutmengambil peranan untuk menyebarluaskan ilmu ini sehingga melahirkanpakar-p akar qiraat di seluruh pelusuk tanah air;iv. Setiap pen gajar ilmu qiraat mengambil inisiatif untuk mempelbagaikankaedah atau teknik pengajaran ilmu qiraat agar pembelajaran ilmu qiraatmenjadi lebih menarik dan berkesan. Penggunaan teknologi terkini adalahIbid.1212 amat penting kerana fitrah manusia yang minat kepada perkara yang baruharuslah dimanfaatkan;v. Lebih banyak buku-buku qiraat menggunakan Bahasa Melayu diterbitkan agarrakyat di negara ini dapat mengambil manfaat daripad anya. Selain itu,perlulah dihimpunkan kertas-kertas kerja berkaitan ilmu qiraat dan dibukukanagar ia juga boleh menjadi salah satu daripada bahan rujukan dalammempelajari ilmu qiraat;vi. Memperbanyakkan lagi diskusi atau seminar atau kursus bagi mendedahkankeistimewaan dan kelebihan mempelajari ilmu qiraat. Kaedah ini bolehmenarik lebih ramai golongan untuk memp elajari ilmu qiraat;vii. Memanjangkan lagi tempoh pembelajaran ilmu qiraat khususn ya bagi merekayang mendalami p engkhususan pengajian al-Quran atau qiraat. Ini bagimemberi tempoh yang cukup bagi mereka memahami selok belok ilmu qiraatdengan lebih mendalam; danviii. Penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajarkepada pengajar dan pelajar amat digalakkan agar pembelajaran tidak hanyabergantung kepada keberadaan pensyarah semata-mata. Malah dengan adanyaperkara-perkar a tersebut, ia boleh melahirkan suasana pembelajaran secarakendiri sebagai persiapan sebelum memasuki kelas qiraat atau sebagaiulangkaji secara berkumpulan dan bersendirian.Mudah-mudahan dengan adanya kesepakatan dan kerjasama daripada setiappihak, pembelajaran ilmu qiraat akan menjadi lebih berkesan dan terus b erkembang sertadiwarisi kepada generasi yang akan datang. Teguran dan cadangan hendaklah sentiasadikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus maju ke tahapyang membanggakan.13 RujukanIbn al-Jazari,Taqrib al-nashr fi al-qiraat al-Ashr, ed. Muhammad Ali Baidun, (Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002).Muhammad Hafiz,Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher EducationInstitutions In Malaysia,(MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,2010).Rujukan Internethttp://spikel.bpi.edu.my/index.php?view=article&catid=3%3Akurikulum&id=86%3Akelas-kemahiran-al-quran&format=pdf&option=com_content&Itemid=49http://www.darulquran.gov.my/sejarah.htmlhttp://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-h ayat/101-talaqqi-al-quran.htmlRujukan LainTemubual bersama beberapa para pensyarah yang mengajar pengajian ilmu qiraat diinstitusi pengajian tinggi awam di Malaysia sep erti berikut;i. Dr Sabri Mohamad (UKM)ii. Dr Abdul Rahman Abdul Ghani (UM, KUIS, UPSI)iii. Ustaz Ashraf Ismail (UKM)iv. Ustaz Muhammad Hafiz Saleh (USIM)v. Ustaz Abdul Muhaimin Ahmad (USIM)vi. Ustaz Norazman Alias (USIM)14