keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam matematik tahun 3

15
Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 3 Abstrak Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.Atas kesedaran ini satu kajian telah dibuat untuk melihat kesan penggunaan kaedah petak sifir dalam menguasai sifir 2 hingga sifir 9. Enam orang pelajar tahun 3 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Secara keseluruhannya ,kaedah petak sifir ini adalah berkesan untuk menguasai fakta asas darah dalam matematik. 1

Upload: leslieting

Post on 02-Oct-2015

448 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 3

AbstrakPendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.Atas kesedaran ini satu kajian telah dibuat untuk melihat kesan penggunaan kaedah petak sifir dalam menguasai sifir 2 hingga sifir 9. Enam orang pelajar tahun 3 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Secara keseluruhannya ,kaedah petak sifir ini adalah berkesan untuk menguasai fakta asas darah dalam matematik.

Pendahuluan Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang. Sebenarnya pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan industri. Ini bermakna kita perlu memberi pengajaran berkesan dalam bidang-bidang sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik dan komputer (Zaibedah, 2000). Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.

Kumpulan Sasaran

Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 3 di sekolah saya iaitu SJK (c) Thian Chin. Kajian ini melibatkan enam orang murid iaitu tiga orang murid perempuan dan tiga orang lelaki. Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah berumur sembilan tahun. Berdasarkan buku aktiviti Matematik tahun 3, pencapaian peserta-peserta kajian dalam subjek Matematik adalah dalam kategori sangat lemah di mana kesemua peserta yang dipilih dalam kajian ini sekurang-kurangnya tiga hingga lima soalan adalah salah dijawab. Melalui maklumat daripada guru subjek Matematik yang mengajar mereka, peserta-peserta ini merupakan murid yang memang dalam kategori lemah di dalam kelas mereka disebabkan mereka masih belum menguasai sifir 2 hingga sifir 9.

Penggunaan Kaedah Petak Sifir Petak sifir terdiri daripada 9x9 kotak yang boleh dibuat oleh pelajar sendiri seperti pada gambarajah 1 di bawah. Untuk menjimatkan masa guru matematik boleh menyediakan dahulu petak sifir ini dan disediakan sebanyak keperluan pelajar yang ada. Semua soalan yang dibina adalah untuk menguji kebolehan pelajar memenuhkan petak sifir kosong dan menggunakan petak sifir itu di dalam kebolehan pelajar menyelesaikan kemahiran operasi pendaraban mengikut kaedah yang ditunjukkan.

Rajah 1 : Petak sifir kosong

Pelajar kemudiannya diarahkan untuk mengisi nombor satu hingga sembilan pada petak sifir berkenaan secara mendatar dan menegak.Kemudian pelajar diminta memenuhkan nombor dipetak sembilan dengan menulis nombor lapan dan menurun ke bawah. Kemudian, mengisi pula nombor lapan dan menaik ke atas. Jadi lengkaplah sifir sembilan dan pelajar dikehendaki menyalin nombor ini secara mendatar pada petak nombor Sembilan. Kemudian pelajar boleh memenuhkan nombor di dalam petak nombor dua secara menegak ke bawah iaitu dengan menambahkan dua kepada semua nombor yang berturutan dan menyalinkannya secara mendatar pada petak nombor dua. Seterusnya pelajar pula diminta memenuhkan nombor pada petak nombor tiga secara menegak dengan menambahkan tiga kepada semua nombor berturutan itu dan menyalinkan secara mendatar pada petak nombor tiga. Jadi, begitulah seterusnya pelajar boleh memenuhkan semua petak-petak yang lain dengan menambahkan dengan nombor yang mula pada petak-petak berkenaan sehingga semua petak itu dipenuhkan dari satu hingga sembilan seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah 2. Apabila petak sifir ini sudah lengkap guru akan menerangkan pula bagaimana caranya membaca dan menggunakan petak sifir tersebut.

123456789

24681012141618

369241518212427

4812162024283236

51015202530354045

61218243036424854

71421283542495663

81624324048566472

91827364554637281

Rajah 2 : Petak sifir yang lengkap

Keberkesanan Kaedah Petak SifirDengan penggunaan kaedah petak sifir dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati murid-murid adalah berasa lebih seronok dan ingin mencuba sendiri untuk memenuhkan petak sifir yang diberikan. Bukan itu sahaja , murid-murid juga beranggapan bahawa petak sifir yang diberikan adalah suatu permainan untuk mereka . Ini adalah disebabakan apabila siap memenuhkan petak sifir ini, satu corak akan dihasilkan dalam petak sifir ini iaitu hasil penambahan secara menegak adalah sama dengan hasil penambahan secara mendatar.Dengan keseronokan untuk memenuhkan petak sifir ini akan membantu menarik perhatian dan minat murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan seterusnya mencapai objektif pelajaran Oleh kerana murid-murid yang dipilih adalah lemah dalam penghafalan sifir ataupun mereka tidak dapat menghafal sifir. Jadi, bolehlah menggunakan petak sifir ini untuk membantu mereka menyelesaikan soalan yang melibatkan opeasi darah. Ini juga dapat membantu murid-murid yang lemah lebih senang mengaplikasikan kaedah ini dalam kemahiran operasi pendaraban.Daripada enam orang murid itu didapati emapt orang murid dapat memenuhkan petak sifir ini dengan cepat iaitu dalam masa 5 minit dan jawapannya adalah betul. Seorang murid telah berjaya memenuhkan petak sifir dalam masa lingkungan 5 minit hingga sepuluh minit.Manakala seorang murid lagi telah mengambil masa yang selama 10 minit untuk memenuhkan petak sifir. Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa murid ini membuat proses penambahan dengan perlahan-lahan dan cermat. Dengan memenuhkan petak sifir dengan lengkap dan jawapan yang betul dapat membantu membina keyakinan murid-murid dari segi penggunaan operasi tambah dan darab. Ini kerana murid yang dipilih itu adalah lemah dan tidak pandai menghafal sifir,dengan itu apabila menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi pendaraban mereka adalah tidak dapat menyelesaikan soalan-solaan seperti ini. Tetapi dengan penguasaan petak sifir dapat membantu mereka menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi pedaraban. Murid-murid boleh mengaplikasikan petak sifir ini ke dalam kemahiran operasi pendaraban. Seterusnya murid-murid lebih beryakinan untuk menyelesaikan soalan-soalan pendaraban dengan berpandukan petak sifir.Melalui kaedah ini, penguasaan murid-murid dalam operasi penambahan adalah lebih kukuh. Ini adalah kerana untuk memenuhkan petak sifir ini, murid-murid dikehendaki membuat penambahan berulangan dengan menggunakan jari tangan mereka ataupun secara mental. Lama-kelamaan, penguasaan operasi penambahan murid-murid adalah bertambah kukuh kerana mereka membuat penambahan satu digit nombor dengan satu digit nombor ataupun dua digit nombor dengan satu digit nombor.Walau bagaimanapun, terdapat seorang murid lelaki semasa memenuhkan petak sifir , proses penambahan yang dilakukannya salah menyebabkan hasil tambah nombor yang seterusnya pun menjadi salah. Jadi, ini akan mempengaruhi murid itu tidak dapat mengaplikasikan petak sifir ini untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban.Proses memenuhkan petak sifir ini memerlukan masa yang panjang dan lama. Disebabkan terdapat tiga orang murid membuat penambahan nombor dengan perlahan-lahan. Murid-murid ini masih lemah dalam penambahan secara mental. Bukan itu sahaja, murid-murid juga boleh menggunakan abakus untuk membuat proses penambahan jikalau mereka menguasai kemahiran menggunkan abakus.Dengan itu , bolehlah dikatakan bahawa kaedah petak sifir sangat berguna bagi murid-murid yang lemah dalam sifir yang di mana penggunaan sifir adalah sangat meluas dalam kehidupan harian kita tak kira di mana kita berada.

Kesimpulan Keberkesanan kaedah petak sifir ini juga selari dengan teori yang dikemukakan oleh Skemp (1971), yang menyatakan untuk mempelajari matematik , murid itu haruslah mempunyai kebolehan membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara dari bentuk hafalan kepada bentuk pembinaan sifir. Ini juga disokong oleh David P. Asubel dari Amerika Syarikat yang menggunakan kaedah pembelajaran resepi yang didapati lebih berkesan daripada kaedah inkuari. Kaedah resepi adalah kaedah membina sendiri sesuatu konsep ataupun idea. Hasil kajian ini juga menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Piaget yang menyatakan ramai pelajar sekolah rendah gagal di dalam matematik kerana mereka sukar menghafal sesuatu konsep seperti menghafal sifir dan tidak memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu , adalah digalakkan murid-murid memahami sesutu konsep dahulu sebelum menggunakannya . Pemahaman sesutu konsep adalah penting baginya menguasai kemahiran-kemahiran yang seterusnya dengan baik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan penguasaan petak sifir ini , murid-murid adalah dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka selama-lamanya.

RefleksiProjek semester ini adalah sangat susah dan sukar bagi saya kerana disebabkan saya tidak memahami kehendak soalan dan apa yang dikehendaki oleh soalan. Namun demikian, saya tetap memikirkan cara untuk menyelesaikan projek ini.Sebelum itu , saya ingin berterima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu Cik Sia Mie Mie. Untuk memulakan projek ini , saya telah membuat sekurang-kurangnya tiga kali perbincangan dan penanyaan kepadanya supaya saya dapat memahami kehendak soalan. Dia sangat baik dan sanggup memberi pendapat kepada saya setiap kali saya menghadapi masalah dalam penyelesaian projek ini. Bukan itu sahaja, saya pun ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Panting yang banyak membantu saya untuk menjayakan projek ini. Dengan penerangan beliau, sedikit demi sedikit saya dapat memahami kehendak projek ini. Apa yang ditanyakan, beliau akan cuba menjawab dengan teliti supaya saya memahami projek ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sejawat saya yang sanggup berkorban masa mereka untuk membantu saya apabila saya menghadapai masalah dalam menyiapkan projek ini. Jika saya memerlukan bantuan, mereka akan menghulurkan batuan mereka kepada saya.Apabila saya ada masalah, saya akan meminta pendapat dan pandangan mereka untuk membantu saya menyiapkan projek ini. Saya telah mengadakan perbincangan dengan mereka setiap kali saya ada masalah tak dikira waktu persekolahan ataupun pada waktu malam.Dengan menyiapkan projek ini, saya dapati kaedah ini sangat berguna kepada murid-murid terutamanya murid yang lemah dalam sifir seperti murid yang berbangsa Iban. Deangan itu, murid-murid yang lemah tersebut bolehlah menggunakan petak sifir ini untuk membantu mereka menjawab soalan yang melibatkan operasi pendaraban.Dengan asyik berulang-ulang menyalin petak sifir dan memenuhkan petak sifir ini , lama-kelamaan seseorang murid itu adalah lebih pandai untuk mengaplikasikan petak sifir ini dalam operasi pendaraban walaupun ianya tidak menghafal sifir. Selain itu, penguasaan konsep pendaraban adalah menjadi lebih senang dan mudah bagi mereka kerana mereka memahami bahawa operasi pendaraban adalah proses penambahan secara berulang-ulang. Kaedah petak sifir ini juga dapat membantu guru-guru yang menghadapi masalah di mana murid-murid malas hendak menghafal sifir ataupun tidak dapat mengingati sifir ini. Ini kerana murid-murid tersebut bolehlah menggunakan petak sifir untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban. Kadang-kala, murid-murid ini dapat menyelesaikan soalan-soalan pendaraban dengan lebih cepat jika menggunakan petak sifir.

Rujukan

Abdul Latif Samian (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ashlock R.B (1976). Error Patterns in Computation. Ohio: Charles E. Meril Publishing Co.

Chong Poh Seng (1991). Kaedah PSC Untuk Mengajar Matematik Rendah. Jurnal Pendidikan 2. m/s 34-39.

Gagne, R.M (1970). The Condition of Learning (2nd Edition). NewYork: Holt, Rinehart And Winston.

Hajah Noresah, Dr. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hendrickson A.Dean (1981). Mathematics Teacher. Mei: m/s 353. Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Laporan Jawatankuasa Matematik dan Sains Kebangsaan. Kuala Lumpur.

Mohd Zain Mokmin (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk Kanak-Kanak Pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14.

Mook Soon Sang (1985). Pengajaran Matematik KBSR. Jurnal Iktisas. 2. 59-61. Mook Soon

Omar b Ahmad (1994). Koleksi 151 Rekreasi Matematik. Kota Bharu: M.A.R Publishing(M) Sdn. Bhd.

Saadiah Mohamad Ali (1994). Teori dan Kaedah Penyelesaian Persamaan Terbitan Biasa Peringkat Pertama. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 12