proposal sifir

Upload: zakiah-hayati

Post on 07-Mar-2016

320 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluPerkembangan pendidikan dari masa ke semasa menjadikan Matematik merupakan satu disiplin ilmu yang mengalami perubahan apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) perlulah dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang memberi makna serta mencabar bagi murid-murid. Sepanjang saya mengajar Matematik, jarang saya mendengar murid menyatakan bahawa mereka minat Matematik. Walaupun begitu mereka terpaksa juga belajar kerana Matematik merupakan mata pelajaran teras yang di uji dalam peperiksaan dalaman sekolah dan juga peperiksaan awam.

Sebenarnya Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan bagi sebahagian murid namun ia mungkin menjadi satu phobia oleh sebilangan besar murid yang lain. Daripada pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang mengajar Matematik kelas tingkatan 1 Bukhari, saya dapati murid yang mengalami phobia apabila mata pelajaran Matematik adalah disebabkan oleh sikap murid itu sendiri yang cepat berputus asa apabila satu-satu perkara tidak dapat diperolehi. Ini ditambahkan lagi apabila perubahan fasa daripada sekolah rendah ke sekolah menengah dan perubahan silibus yang semakin sukar. Apa yang diperhatikan, apabila penguasaan satu-satu kemahiran dalam Matematik kurang dikuasai dan kurangnya usaha dalam diri murid itu maka kuranglah keupayaan untuk menguasai mata pelajaran Matematik ini. Ini dapat dilihat daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang melihatkan 75% pelajar mendapat keputusan yang tidak memuaskan.

Sesuatu yang mengejutkan apabila pencapaian murid yang gagal agak besar bilangannya. Saya telah membuat analisa semula soalan yang diberikan pada peperiksaan lepas. Didapati nisbah aras kesukaran adalah mengikut Jadual Spesifikasi Ujian yang dibekalkan oleh Permata Daerah. Melihat pula kepada skrip jawapan murid sebilangan besar murid yang gagal ini gagal menjawab soalan yang memerlukan penyelesaian yang memerlukan operasi darab. Ini menunjukkan murid-murid ini masih tidaka menguasai sifir. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan bahawa kurangnya penguasaan sifir merupakan salah satu punca keputusan yang tidak memuaskan diperolehi. Selain itu, kurangnya penguasaan sifir daripada sekolah rendah juga memberi kesan apabila murid memasuki sekolah menengah.

Oleh itu, proses pengajaran dirasakan akan terganggu apabila melihat kepada Sukatan Pelajaran yang perlu dikuasai murid Tingkatan 1 yang sebilangan besarnya memerlukan penguasaan sifir. Oleh itu, kemahiran sifir dalam Matematik merupakan satu elemen penting yang perlu dikuasai oleh murid. Kegagalan menguasai sifir menyebabkan mereka sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah operasi darab. Ini akan menyebabkan mereka ketinggalan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas dan juga akan ketinggalan dalam pelajaran matematik. Seterunya menyebabkan mereka gagal dalam peperiksaan.

Tidak dinafikan juga, ada kemungkinan kelemahan murid-murid menguasai sifir ada hubungkaitnya dengan pendekatan, strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan guru. Oleh itu, satu kajian dirancang untuk membantu murid menguasai sifir seterusnya membantu murid-murid menguasai kemahiran operasi darab. Secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi kognitif murid seterusnya menggalakkan murid itu berfikir serta meneroka dan menyiasat berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Di samping itu juga memandangkan kandungan silibus Matematik di peringkat menengah lebih kepada perlunya penguasaan sifir maka langkah seterusnya akan dirancang untuk membolehkan penguasaan sifir dan seterusnya keupayaan menguasai Matematik dapat ditingkatkan. Sebagai seorang guru matematik, saya dapati masih ramai yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajara kurang berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran. Kadangkala ada ketikanya saya akan menyalahkan murid apabila mereka tidak faham apa yang diajar dan apabila mereka dilihat tidak memberi tumpuan ketika saya mengajar. Tetapi ada juga ketikanya saya memikirkan kelemahan pengajaran yang disampaikan membuatkan murid hilang tumpuan untuk belajar. Ada ketikanya membuatkan murid bercakap atau tidur. Ini mungkin kerana pengajaran saya yang tidak cukup persediaan membuatkan pembelajaran terganggu di pertengahan jalan. Pelbagai perasaan seringkali menyelubungi diri apabila melihatkan masalah pencapaian murid dalam Matematik menurun. Adakah pengajaran menarik atau membosankan? Cukup atau tidak bahan bantu mengajar yang disedia dan digunakan? Adakah isi pelajaran yang disampaikan cukup? Adakah benar saya membantu dan memudahcara murid-murid semasa pengajaran Matematik?

Saya berasa amat bertanggungjawab untuk merubah keadaan ini dan saya yakin sekiranya masalah sifir ini tidak diselesaikan kemungkinan besar pencapaian keputusan Matematik akan merosot lagi. Kesannya sekiranya masih berlarutan dan tidak ada usaha sama ada dari murid sendiri atau guru, akan terbawa-bawalah sehingga ke peringkat menengah atas yang akan memberi kesan lebih besar lagi kepada murid. Tidak boleh pandang ke belakang semula, kaki perlu melangkah, tangan perlu mengayun, minda perlu terus berfikir mencari jalan penyelesaian untuk membantu murid-murid ini menguasai sifir.

1.2 Sorotan LiteratureMerujuk kepada artikel Matlamat Wawasan Negara, sesuatu matlamat dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, walaupun penggunaan kalkulator kini dibolehkan dalam peperiksaan PT3, penguasaan sifir amat lah perlu bukan sahaja di sekolah malah di peringkat yang lebih tinggi. Ini menggambarkan pentingnya penguasaan sifir bagi mendepani kehidupan realiti. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.Dalam menangani masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid tingktan 1 Bukhari ini, beberapa kajian lepas telah diambil sebagai rujukan dan bahan bantu untuk membuat kajian tindakan ini. Disamping itu juga, pengkaji juga menilai diri sendiri adakah cara dan kaedah pengajaran sebelum ini dapat menarik perhatian murid untuk belajar Matematik. Walaupun sebelum ini pelbagai kaedah digunakan bagi meningkatkan pencapaian keputusan Matematik, namun masih lagi ada pencapaian yang tidak memuaskan kerana adanya rasa phobia murid terhadap mata pelajaran Matematik. Oleh itu, pelbagai rujukan perlu dibuat oleh pengkaji bagi mencari dan mendapatkan kaedah yang berkesan untuk membantu pengkaji dan seterusnya membantu murid.

Mok Soon Sang 1994 dalam bukunya , menyatakan terdapat empat peringkat yang perlu dipelajari oleh murid untuk menguasai konsep dan kemahiran pendaraban dengan cekap dan tepat . Peringkat peringkat itu dihuraikan secara ringkas seperti berikut :-\

Menguasai kemahiran melalui latihanPenggunaan kemahiran menyelesaikan masalahMenghafaz sifir darabMembina konsepdarab

Empat peringkat perlu dikuasi dari peringkat yang pertama hingga peringkat ke empat . Apabila pelajar telah menguasai sepenuhnya keempat-empat peringkat ini , ini mungkin akan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dalam menguasai fakta asas darab ini . Guru juga dilihat memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjelaskan konsep fakta asas kepada para pelajar . Sehubungan itu , dalam bukunya beliau juga menegaskan bahawa masih terdapat sesetengah guru menganggap 3 x 2 adalah sama erti dengan 2 x 3 ,memandangkan kedua-dua hasil darabnya adalah 6 . Bagaimana pun perlu ditegaskan bahawa konsep 3 x 2 berbeza dengan konsep 2 x 3 . Bagi 3 x 2 bermaksud 3 set yang setiap set mempunyai 2 benda , sedangkan bagi 2 x 3 b/ermakna 2 set yang setiap set mempunyai 3 benda . Ini boleh ditunjukkan dalam contoh berikut ;

Rajah aRajah b

Rajah a bermakna 3 x 2 dan bukannya 2 x 3 , sementara Rajah b bermakna 2 x 3 dan bukan sebaliknya . Kekeliruan dalam menjelaskan konsep ini , boleh mengakibatkan pelajar melakukan kesalahan dalam menjawab soalan .

Manakal daripada penulis Agnes Voo Tun Chuan dalam Ringkasan Jurnal oleh Dragonizer ( 2005), menerusi kajiannya mendapati murid-murid tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Temuduga yang dijalankan mendapati hasilnya murid dimasukkan ke dalam tiga kumpulan iaitu :i. tidak tahu ( dari segi fahaman konsep , kaedah belajar ,membaca dan menulis )ii. tidak dapat ( status ekonomi keluarga , kekangan masa , aktiviti lain )iii. tidak mahu ( tidak minat belajar )Selain itu, kajian daripada Norsamsiah Abu Kasim, guru daripada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh, Perak telah mempraktikkan kaedah JEMARI. Kaedah ini merupakan satu strategi pengajaran yang membantu mengatasi kelemahan murid-murid yang tidak dapat menghafal sifir dengan lancar. Kaedah Jemari ini dirancang bertujuan membantu murid-murid menguasai operasi darab dengan mudah dan tidak membosankan. Jesteru itu, murid-murid dapat menyelesaikan masalah dalam semua topik matematik seperti operasi bahagi, pecahan , operasi bercampur , peratus, purata , ruang (mencari luas dan isipadu ) , masa dan waktu ,ukuran panjang, isipadu cecair , timbangan berat , wang dan lain lain lagi. Kaedah ini adalah khusus untuk murid-murid yang tidak menguasai operasi darab pada Tahap Satu dan Tahap Dua . Kaedah Jemari ini terdiri daripada aktiviti pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan dua puluh tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

Antara yang lain adalah kaedah KASDIM iaitu satu kaedah pembelajaran murid secara nyanyian untuk menghafal formula-formula Matematik dan meyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah KASDIM yang sesuai untuk murid sekolah rendah. Penemuan formula mengira sambil menyanyi ini adalah hasil daripada cetusan idea En.Ahsahri Kasdi iaitu seorang guru daripada Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Kaedah KASDIM bermatlamat untuk memudahkan dan menguatkan daya ingatan murid mengenai asas Matematik dan hafalan sifir. Idea tercetus apabila menyedari tentang kelemahan murid untuk mengingati fakta dan asas-asas Matematik terutama sekali murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR disekolahnya.

Umumnya sikap murid yang malas untuk menghafal antara punca utama gagalnya menguasai sifir. Kajian oleh Janting dan Jamin bertajuk .daripada Grid ke JSPG menarik perhatian. Kajian ini ditumpukan kepada murid yang malas menghafal sifir. Mereka ini dicadangakan untuk membina jadual sifir yang dikenali sebagai Jadual Sifir Pelbagai Guna. Di mana jadual ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mendapatkan fakta asas sifir malah boleh juga digunakan untuk sifir lebih dari fakta asas, mendapatkan pecahan setara dan lain-lain lagi. Murid hanya perlu menulis berulangkali untuk melengkapkan jadual sifir 1 hingga 9 sehinggalah mereka cekap dan cepat menyiapkannya. Namun begitu, masih terdapat kelemahan di mana ruang untuk membuat kesilapan semasa menulis atau memnuhi ruang jadual tersebut. Manakal murid yang tidak mahu berfikir lebih sedikit akan mengabaikan kesilapan yang ditulis dan kesannya mereka nanti akan mendapat jawapan yang salah.

Satu lagi kajian oleh En.Zainudin bin Abu Bakar dan En.Mohd Rashidi bin Mohd Rashid daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian adalah berkaitan penggunaan petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam Matematik. Juga kajian pada murid sekolah rendah. Kajian ini untuk menguji kebolehan murid memenuhkan petak sifir kosong dan menggunakan petak sifir itu di dalam kebolehan murid menyelesaikan kemahiran operasi pendaraban mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh pengkaji. Petak sifir terdiri daripada 9x9 kotak yang boleh dibuat oleh murid sendiri secara mendatar dan menegak seperti di bawah:

123456789

24681012141618

369121518212427

4812162024283236

51015202530354045

61218243036424854

71421283542475663

81624324048566472

91827364554637281

Cara ini mungkin boleh digunakan untuk murid-murid kelas 1 Bukhari dalam usaha saya untuk membolehkan mereka menguasai sifir. Beberapa perubahan untuk penambahbaikan diperlukan mengikut kesesuaian dan latar belakang murid saya. Kaedah dan cara yang diputuskan biasanya nampak mudah untuk dilaksanakan tetapi kadangkala mungkin ada kesilapan yang akan dibuat yang akan mencacatkan kaedah yang dipilih. Namun begitu, perancangan yang rapi perlu dibuat supaya kaedah dan teknik yang dipilih mampu untuk mengatasi masalah yang di alami seterusnya membantu murid-murid dalam kemahiran menguasai sifir.

Oleh itu perubahan untuk menjadikan mata pelajaran Matematik satu mata pelajaran yang disukai dan diminati oleh murid-murid sekolah perlu dibuat. Ini kerana di Malaysia dan di seluruh dunia, Matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan. Namun, matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada cara murid itu sendiri melihat Matematik.

Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia berada di satu dunia yang lain.

Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson, dan Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

2.0 ISU/FOKUS KAJIANMenggunakan jari jemari untuk mengira dan menggunakan masa yang agak lama untuk menyelsaikan soalan operasi darab memberi kesannya kepada saya. Lemah sifir merupakan punca timbulnya keadaan di mana murid tidak dapat menyelesaikan soalan operasi darab dengan sempurna. Daripada masalah yang dihadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai sifir dan seterusnya membantu mereka supaya tidak fobia apabila bertemu dengan soalan yang berbentuk operasi darab? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam membantu dengan cara memberikan pelbagai contoh dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.

2.1 SOALAN KAJIAN

Sejauh mana penggunaan Kit Sifir yang bakal dihasilkan akan dapat membantu murid-murid Tingkatan 1 Bukhari ini untuk memperbaiki tahap penguasaan sifir dan seterusnya dalam operasi darab?

3.0 OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:3.1.1 OBJEKTIF UMUMMeningkatkan penguasaan murid dalam sifir.

3.1.2 OBJEKTIF KHUSUS3.1.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab .3.1.2.2 Meningkatkan kemahiran murid membina dan menyebut fakta asas sifir dengan tepat.3.1.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap kemahiran mendarab.3.1.2.4 Meningkatkan peratus lulus Mata Pelajaran Matematik3.1.2.5 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden bagi kajian ini memfokuskan kepada 10 daripada 33 orang murid tingkatan 1 Bukhari yang terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Kesemua mereka adalah murid-murid Melayu dan mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Meraka juga terdiri daripada murid-murid yang aktif dan pasif serta mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Tujuan utama kajian ini akan dijalankan adalah kerana untuk merancang tindakan yang bakal diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 10 murid Tingkatan 1 Bukhari berkaitan masalah penguasaan sifir. Oleh itu, tinjauan dan pemerhatian awal terhadap masalah akan dikenalpasti. Ini adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah yang dihadapi oleh murid terhadap penguasaan sifir. Untuk mengenalpasti masalah murid dalam kajian ini, beberapa alat kajian seperti pemerhatian, temu bual dan juga dokumen yang merupakan hasil kerja murid.

Untuk melihat dengan lebih mendalam lagi masalah yang dialami, dalam salah satu sesi pengajaran, saya telah meminta murid untuk menghafal mana-mana sifir yang belum mereka kuasai dan semasa mereka melakukan aktiviti tersebut saya mencatatkan sikap dan tingkah laku mereka. Hasil daripada tinjauan dan pemerhatian, dapat saya catatkan adalah antaranya:

i. tidak menghafal tetapi bersembang sesame merekaii. menghafal sekejap kemudiannya bermainiii. menghafal tanpa ada suara.iv. Mengganggu rakan.v. Tidurvi. Mengangkat tangan dan mengatakan telah hafal tetapi tak ingat. vii. Menghafal apabila merasakan guru memerhati ke arah mereka.Tinjauan awal dibuat ke atas responden dan langkah pembetulan akan dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-i. Pemerhatian

Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam smart phone.

Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.

ii. Temu Bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab.

Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah: Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik? Bolehkah kamu membaca sifir 12? Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit? Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?

iii. Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

iv. Ujian Pra

Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 . Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 60 soalan subjektif pintar sifir dan murid-murid dikehendaki menjawab dalam masa yang ditetapkan selama 10 minit. Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.Melalui tinjauan awal ini, saya merangka satu cara yang diharap mampu untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan menghasilkan kit sifir iaitu bahan bantu untuk murid menguasai sifir. Kit sifir ini akan dijadikan bahan rujukan ketika belajar Matematik. Di mana jika selama ini murid hanya menggunakan buku teks dan buku latihan untuk belajar Matematik, selepas ini Kit Sifir akan digunakan bersama-sama buku teks dan juga buku latihan sebagai pemudah cara yang ke dua selepas guru. Tidak dengan itu sahaja, Kit Sifir ini juga boleh dijadikan sebagai buku sifir ketika murid berada di rumah atau di perpustakaan.

Langkah 1 : Murid mengahsilkan 12x12 lakaran kotak yang sama besar daripada sekeping kertas A4 dengan menggunakan pembaris.

Langkah 2 : Murid dikehendaki memenuhi kotak dibahagian atas dan tepi terlebih dahulu iaitu dengan menulis angka 1 hingga 12.123456789101112

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Langkah 3 : Murid melengkapkan lajur dan baris kotak dengan bimbingan guru. Murid diminta untuk menggunakan kaedah penambahan berulang untuk memnuhi setiap ruang yang ada.123456789101112

24681012141618202224

369121518212427303336

4812162024283236404446

51015202530354045505560

61218243036424854606672

71421283542475663707784

81624324048566472808896

918273645546372819099108

102030405060708090100110120

112233445566778899110121132

1224364860728496108120132144

Langkah 4 : Guru akan munujukkan cara penggunaan kit sifir yang siap. Guru menerangkan bagaimana gabungan jalur dan baris mendapatkan hasil darab antara 2 nombor. 123456789101112

24681012141618202224

369121518212427303336

4812162024283236404446

51015202530354045505560

61218243036424854606672

71421283542475663707784

81624324048566472808896

918273645546372819099108

102030405060708090100110120

112233445566778899110121132

1224364860728496108120132144

Murid boleh mendapatkan hasil darab 5 x 4 =20 atau 4 x 5=20. Begitulah juga dengan gabungan nombor di lajur dan baris yang lain 9 x 9 = 81.

Murid akan diuji kebolehan menggunakan Kit Sifir dengan soalan-soalan operasi darab selepas itu. Murid juga akan dipastikan untuk sentiasa ada Kit Sifir ini ketika waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam kelas. Saya selaku guru dan pengkaji akan sentiasa memastikan penggunaan Kit Sifir ini digunakan sepenuhnya dan dijadikan sebagai bahan bantu belajar murid sepanjang proses pembelajaran murid di dalam kelas.

5.2Perancangan cara mengumpul data

Saya akan menggunakan tiga cara untuk mengutip maklumat dan data untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian yang diperoleh. Antara cara atau kaedah yang akan saya gunakan adalah :i. Pemerhatian

Satu teknik yang berkesan dalam mengumpulkan data untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian saya akan melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendaparkan maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku. Melalui pemerhatian, secara tidak langsung dapat merapatkan diri dengan semua murid di samping memerhati cara meraka menyelesaikan masalah dalam operasi darab dan juga aktiviti yang lain.

ii. Temubual

Selain daripada responden, guru-guru yang mengajar kelas tersebut juga akan ditemubual untuk mendapatkan maklumat bagi mengumpul data yang berkaitan dengan sikap murid-murid untuk dibandingkan dengan apa yang saya perolehi daripada pemerhatian saya.

iii. Penilaian dokumen

Melalui dokumen seperti hasil kerja saya akan dapat memperolehi data dan maklumat dengan lebih tepat lagi dan akan memperkukuhkan hasil dapatan daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan.

5.3. Peranangan Cara menganalisis dataUntuk menanalisis data daripada pemerhatian yang dibuat, dua pendekatan akan digunakan iaitu melihat kepada sikap murid sebelum dan selepas diperkenalkan Kit Sifir dan juga penilaian yang akan dibuat ke atas hasil kerja murid juga sebelum dan selepas diperkenalkan Kit Sifir melalui ujian pos dan pasca.

Untuk itu, antara item yang akan dinilai untuk dianalisis adalah seperti jadual di bawah:BilItemPemerhatian

1.Sikap Murid sebelum memulakan pdp

2.Sikap murid semasa guru sedang mengajar

3.Sikap murid semasa diminta menghafal sifir

4.Sikap murid semasa diperkenalkan cara mendapatkan fakta asas sifir menggunakan KIT SIFIR

5. Sikap murid apabila diberi kerja rumah

6.Sikap murid apabila guru selesai mengajar

Jadual item diatas disediakan adalah untuk melihat sejauhmana perubahan sikap murid setelah diperkelnalkan Kit Sifir sebagai cara baru bagi membantu murid dalam pembelajaran mereka.

Untuk penilaian dokumen iaitu hasil kerja atau latihan murid, akan dinilai untuk menetukan kedudukan kemahiran dan kefahaman seterusnya keupayaan untuk menguasai sifir tercapai atau tidak. Maklumat dan data yang diperolehi daripada hasil ujian pos dan ujian pasca akan menetukan cara yang digunakan saya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya berlaku penurunan maka ini memberi isyarat bahawa tindakan yang akan dilakukan itu tidak berkesan dan saya harus melakukan kajian untuk gelung yang ke dua atau dengan kata lain mencari strategi yang lain pula untuk mengatasi masalah ini.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian

Jadual perancangan pelakasanaan memainkan peranan penting kerana dengan adanya jadual ini akan memastikan segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan teratur.

BILAKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal1 minggu

2Menulis proposal kajian2 minggu

3Merancang tindakan1 minggu

4Ujian Pra1 hari

5Melaksanakan tindakan1 hari

6Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan1 minggu

7Ujian Pos1 hari

8Refleksi kajian1 minggu

9Menulis laporan kajian2 minggu

10Pembentangan dapatan kajian1 minggu

5.4.2 Kos KajianBILJENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A41 RIM x RM 10.00RM 10.00

2Plastik transparent untuk liminated.1 RIM x RM 40.00RM 40.00

3Printer Cartridge1 x RM 75.00RM 75.00

4Fotokopi bahan dan laporan kajian-RM 50.00

5Buku Catatan1 x RM 3.50RM 3.50

JUMLAHRM 178.50

SENARAI RUJUKAN

Dr.DavidLim Chong Lim.et.al. HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan (2011). Selangor D.E. Open Unversity Malaysia (OUM)Mook Soon Sang & Siew Fook Cheong (1988) Bimbingan Perguruan , Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah

Mook Soon Sang (1994 ) Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran :Mook Soon Sang (1994 ) ,Kumpulan Budiman SDN BHD Kuala Lumpur.

Mok,S.S (1993). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

http://norazlinrusdin.blogspot.com/2012/12/darab-mudah-faktaasassifir

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikanJurnalActionResearch/2006

19