keberkesanaan penggunaan bahan bantu mengajar bina kerangka
TRANSCRIPT
KEBERKESANAAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN
MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad
yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960),
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang
terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah
mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan. Kini, Kementerian Pelajaran akan mengorak
langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara bagi membentuk insan yang boleh
bersaing di peringkat global, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025) telah
dibentuk.Pelan ini berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.
Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi
utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian, serta identiti nasional. Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf
antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal
dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus.
Sementelahan itu, Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang
ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan untuk membina
negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, pendidikan
menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang
mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era
globalisasi.
1
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri
untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjaya. Namun begitu pada
masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk belajar
walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru.
Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami
isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan
yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa
tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu
Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan
elektronik. .
Pernyataan Masalah
Dalam pembelajaran atau penyampaian sesuatu pelajaran, bahan bantu mengajar (BBM) seperti
makmal, radio, televisyen, gambar, pita rakaman, model dan sebagainya adalah satu bahagian
penting yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan. Sebagaimana yang kita semua
ketahui, BBM bukan sahaja wujud pada zaman mutakhir sahaja, malah ianya telah lama wujud
serentak dengan wujudnya dunia ini. Pengajaran yang boleh diambil daripada perbuatan burung
gagak tersebut adalah lebih menjuruskan kepada pengajaran berbentuk demonstrasi (Abdul Fatah
Hasan Al-Bajah, 2000) dan ianya tergolong dalam bahan bantu mengajar.
Menurut Brown J.W (1983) bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran dalam
bilik darjah. Mengikut pandangan Mok Soon Sang (1991) pula, BBM merupakan intipati dalam
membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan
kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang
perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan bahan bantu mengajar) bagi
merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.
2
Musa Sulaiman (2005) , BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan
murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Mohd
Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman
(2004), melalui penggunaan BBM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak
pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa
menjalankan aktiviti tersebut.
Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Menurut Atan Long (1982), bahan-
bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar terdapat pelbagai jenis antaranya dalam bentuk
buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Bahan-bahan yang menyokong penyampaian
pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.
Bagi Noraziah Abdul Hamid (1981) pula, bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu
bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Bahan pengajaran adalah perkara yang berkait
rapat dengan pengajaran seseorang guru. Selain pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
dalam sesuatu pengajaran, bahan pengajaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan
kelicinan dan keberkesanan pengajaran (Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood, 1991). Ikhsan
dan Norila (2005) mendefinisikan BBM sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi
menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai objektif sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Bagi Musa Sulaiman (2005) pula, BBM adalah segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam kelas.
Walau apapun takrifan yang diberikan oleh sarjana terhadap BBM, semua definisi di atas
jelas menekankan bahawa bahan bantu mengajar (BBM) merupakan benda, alat atau bahan yang
digunakan bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bolehlah
disimpulkan bahawa BBM adalah satu alat sokongan guru yang amat penting dalam membantu
mereka menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan ianya
melibatkan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.
3
Objektif Penulisan
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneliti tentang ciri-ciri bahan bantu mengajar
yang dapat mempengaruhi peningkatan pencapaian murid. Selain itu, mengenalpasti hubungan
antara keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dengan pencapaian murid.
Penentuan kompenan kerangka kajian
Kompenan kerangka teori ini berasasakan kepada, penulisan Allan Ornstein, Thomas Lasley
(2003), seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan
prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik
beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk
diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:-
a. Kesesuaian
Alat dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya alat atau bahan
tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang atau pun boleh digunakan untuk murid-
murid belajar sendiri.
b. Kos
Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimana
pun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak pada mahal atau
murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan lebih bererti jika bahan-bahan
tersebut dibina oleh pelajar sendiri.
c. Ketepatan maklumat.
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang tepat kepada
pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan sebagainya. Ketepatan maklumat
juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun,
biru untuk langit dan sebagainya.
4
d. Mudah alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di dalam bilik lain atau
tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan
pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.
e. Jangka masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya
alat atau bahan boleh digunakan semaksimun yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang
pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku
pembaziran masa.
Penentuan Kerangka Kajian
Di dalam system resource model pula, pencapaian murid akan meningkat apabila guru
mengamalkan ciri – ciri keberkesanan bahan bantu mengajar. Di dalam goal model pula
menerangkan tentang pencapaian pelajar meningkat jika dalam proses PdP guru menggunakan
bahan bantu mengajar mengikut ciri - ciri bahan bantu mengajar yang berkesan.
• Resource – input model
(Ciri – ciri keberkesanan BBM)
• Process model
(Proses PdP)
• Goal model
(Pencapaian murid)
5
Pembentukan kerangka kajian
Rajah1.1: Kerangka Teori Model Kajian Model Input -Output System dan Goal.
6
Kesesuaian
Kos
Mencabar
Mudah alih
Ketepatan
BBM yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran
Kos bahan sesuai dengan kewangan sekolah
Mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar
digunakan bagi keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.
Bahan menepati objektif pengajaran
Bahan menepati objektif pengajaran
Peningkatan pencapaian murid
Penerangan Kerangka Kajian.
Berdasarkan gabungan ciri-ciri keberkesanan bahan bantu mengajar mengikut Allan Ornstein,
Thomas Lasley (2003), seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha
mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan
serta menitik beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai
hasrat itu. Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian
untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka.
Model input terdiri daripada kesesuaian, kos, mencabar, mudah alih, ketepatan.
Manakala proses ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah.
Model output terdiri daripada peningkatan pencapaian murid pada akhir proses.
Rumusan
Sebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang melibatkan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajar berpendapat Bantu Bantu
Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarik minat mereka. Dengan kata lain memang
wujud hubungan positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan pencapaian murid .
Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam
kelas dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya.
Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam
pengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang memberangsangkan minat murid dan meningkatkan pencapaian murid.
7
Cadangan
Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapa cadangan
dan strategi yang dirasakan sesuai dalam PdP berbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Cadangan Untuk Guru.
a. Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan
Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Guru perlu bersedia
menghadiri kursus yang berkaitan dengan Bahan Bantu Mengajar.
b. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar hendaklah
dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif.
Cadangan Untuk Pihak Sekolah
a. Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian yang terdapat di
pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi mendapatkannya.
b. Menyediakan kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini terutama
media alat pandangan dengar.
c. Merancang dan mengadakan aktiviti penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang terancang dan
berkesan dengan bantuan guru yang berkenaan.
8
Rujukan
Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)m.s. 22 – 26.
Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan PencapaianAkademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.
Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kitamemahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15.
Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men.Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM
Crow dan Crow (1983). Psikologi Pndidikan Untuk Penguruan (TerjemahanHabibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohaya Hassan (2003). Tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dari perspektif guruPendidikan Islam di daerah Kuala Trengganu. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan. Bangi:Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosini Abu Bakar & Ramlah Hamzah (1998). Pedagogi 1 : Kurikulum Dan Pengajaran BilikDarjah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Seidman, S.A (1986). A survey Of School Teacher Utilization Of Media. EducationalTechnology, Oct. 1986.
Siti Fatimah Ahmad dan Ab. H (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan BantuMengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic andArabic Education 2(2). Hlm. 53-64.
Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir dan Baharuddin Aris . Simulasi Menerusi Web:Persepsi pelajar terhadap pembelajaran WWWS. Fakulti Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia.
Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam : FajarBakti Sdn. Bhd.
9