kebakaran

19
STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN BAHAGIAN DASAR SARAAN, WANG AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Upload: zam-scar

Post on 22-Nov-2014

3.471 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kebakaran

STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

BAHAGIAN DASAR SARAAN, WANG AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Page 2: Kebakaran

Disediakan oleh:

Nama Jawatan Tarikh En. Mazlan bin Abdul Wahab

Ketua Pegawai Keselamatan Perbendaharaan

26 Feb 2009

Disemak oleh:

Nama Jawatan Tarikh Status En. Abd. Wahid bin Ahmad

Ketua Seksyen Pentadbiran Am

27 Feb 2009

Penyemak (1)

Dato’ Bukhari bin Hasan

Timb. Setiausaha Bahagian (TSBSWP(P))

27 Feb 2009

Penyemak (2)

Diluluskan oleh:

Nama Jawatan Tarikh Dato’ Hj. Za’ba Hj. Che Rus

Setiausaha Bahagian (SBSWP)

27 Mac 2009

No fail Tempat

simpanan (Bilik fail)

Tarikh disediakan

Tempoh masa

kuatkuasa Tarikh review

Page 3: Kebakaran

KANDUNGAN

Seksyen Tajuk Seksyen Muka surat

A Tujuan 1 B Penggunaan dan Skop 1 C Ringkasan Prosidur 1 D Takrif 2

E Kelayakan Personal dan Tanggungjawab

3

F Prosidur Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran

4

G Pengurusan Rekod 9

H Kawalan Kualiti dan Jaminan Kualiti

9

I Rujukan 12

Carta 1: Pelan Tindakan

Menghadapai Kebakaran (Individu)13

Carta 2: Pelan Tindakan

Menghadapai Kebakaran (Umum) 14

Jadual 1: Nombor Talian Yang

Perlu Dihubungi Jika Berlaku

Kebakaran

15

Carta 3: Carta Organisasi Fire

Fighting Squad 16

Page 4: Kebakaran

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN UNTUK

PERBENDAHARAAN MALAYSIA A. TUJUAN Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan: 1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat

semasa diancam bahaya kebakaran;

2. Pengawal keselamatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK), syarikat penyelenggara bangunan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran;

3. kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan

mengikut perancangan awal dengan selamat; dan 4. pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan

teratur dan pantas. B. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP 1. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu

pegawai dan kakitangan Perbendaharaan, pengawal keselamatan, kakitangan unit keselamatan, pegawai keselamatan kebakaran semasa di ancam kebakaran.

2. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi

kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bangunan Perbendaharaan .

C. RINGKASAN PROSEDUR Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasi-lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu: 1. Membunyikan penggera kebakaran; 2. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil;

1

Page 5: Kebakaran

2

3. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat,

Pegawai keselamatan kebakaran (PKK), pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara bangunan;

4. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa; 5. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci

di dalam kabinet besi; 6. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan

mengambil kedatangan; dan 7. Mengosongkan bangunan (pengungsian). D. TAKRIF Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang mempunyai makna penting yang perlu diingati dan difahami oleh pegawai dan kakitangan serta anggota yang terlibat semasa diancam kebakaran: 1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan pengosongan

bangunan. Pengosongan boleh berlaku dalam keadaan berikut: • Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan; • Terdapat Laluan menyelamat diri; • Tempat berkumpul; dan • Mengambil kedatangan;

2. (Assembly Point) ialah tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang jauh dari

lokasi kebakaran. Kawasan yang selamat dan terlindung dari bahaya kebakaran.

3. Call point ialah penggera kebakaran 4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi:

• Cara membunyikan penggera kebakaran; • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba; dan • Melawan Kebakaran.

5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut:

a) Bunyi loceng putus-putus :- • Bersedia untuk mengosongkan bangunan; • Tutup suis lampu dan peralatan elektrik; dan • Tutup pintu dan tingkap.

Page 6: Kebakaran

3

b) Bunyi loceng berpanjangan :- • Apabila mendengar loceng berpanjangan, ataupun arahan

melalui P.A Sistem, tindakan mengosongkan bolehlah bermula; dan

• PKK yang diarahkan oleh Ketua Fire Fighting Squad untuk

membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ Penyelamatan, hendaklah menjalankan tugas masing-masing.

6. Jenis-jenis kelengkapan kebakaran

a) Sistem amaran awal

i) Sistem Penggera Manual ii) Sistem Pengesanan Kebakaran Automatik:

a) Pengesan Haba b) Pengesan Asap

b) Peralatan melawan kebakaran

i) Alat Melawan Kebakaran Manual:

• Alat Pemadam Api Mudah-alih • Salur bantu mula • Pili Bomba

ii) Automatik:

• Semburan (air) • Karbon Dioksida

E. KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB 1. Pegawai keselamatan kebakaran perlu diberi pendedahan dan kursus

mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan tingkat bila berlaku sesuatu kebakaran;

2. Ketua Fire Fighting Squad yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan

perbendaharaan hendaklah diberi latihan dan pendedahan tentang aspek melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran;

3. Pengawal keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang

dianjurkan oleh Bomba serta perlu mendapat sijil; dan 4. Pihak penyelenggara bangunan dipilih dari penyelenggara yang

mempunyai kakitangan yang mahir dalam aspek kebakaran.

Page 7: Kebakaran

4

F. PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK

Tindakan pada kebakaran peringkat kecil.

1.

Membunyikan penggera kebakaran (call point) dengan cara memecahkan kaca pada panel (glass break – red) yang paling berhampiran (rujuk Pelan Kedudukan Zon Kebakaran) dan menjerit Api! Api! Api!

Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran.

2.

Perhatian terhadap penggera kebakaran akan berbunyi sebanyak dua (2) kali. Kali pertama mengambil masa lebih kurang 15 saat, dan kali kedua akan berbunyi berterusan. Bunyi kecemasan 15 saat pertama adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

3.

Cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan peralatan pemadam kebakaran yang disediakan apabila api masih kecil, tetapi jangan membahayakan diri, seperti berikut:- i. Alat Pemadam Api Kecil (Fire

Extinguisher) atau ii. Hose Reel.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan yang terlatih sahaja.

Tindakan pada kebakaran peringkat kecemasan.

4.

Bunyikan loceng amaran kebakaran.

Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran.

5.

Menghubungi terus Pengawal Keselamatan/kakitangan syarikat penyelenggaraan di bilik kawalan untuk mengenal pasti zon yang terbakar.

Ketua Fire Fighting Squad

Page 8: Kebakaran

5

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK

6.

Memeriksa dengan teliti tempat berlakunya kebakaran untuk mengetahui besarnya api dan kedudukan yang tepat berlakunya kebakaran.

Fire Fighting Squad

7.

Jika nampak mangsa kebakaran, selamatkan mangsa tersebut.

- Fire Fighting

Squad - Pegawai /

kakitangan yang berhampiran.

8.

Hubungi Pusat Kawalan Kebakaran / Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia berserta dengan maklumat seperti berikut:-

i. Maklumat ringkas pengadu; ii. Tempat dan Alamat

Kebakaran; iii. Peringkat Kebakaran; iv. Maklumat ringkas berkaitan

tempat kebakaran; dan v. Ikuti tindakan lanjut pihak

Bomba sehingga pasukan Bomba tiba.

Ketua Fire Fighting Squad / Pegawai bertugas di bilik Pusat Kawalan Kebakaran.

9.

Mengesahkan tempat sebenar berlakunya kebakaran daripada pengawal keselamatan, dan berkumpul di kawasan kebakaran bersama dengan alat-alat pemadan api.

Fire Fighting Squad

10.

Membunyikan alarm kebakaran (loceng kecemasan) berterusan (isyarat mengosongkan bangunan).

Pengawal keselamatan / kakitangan syarikat penyelenggaraan.

11.

Mengaturkan proses pengungsian bangunan dari setiap aras dan blok.

Fire Fighting Squad

Page 9: Kebakaran

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK

12.

Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara di bawah diberikan perhatian sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul. Perkara tersebut adalah:-

i. Wang tunai dan dokumen-dokumen penting dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan

ii. Tutup semua komputer.

Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja.

13.

Padamkan semua suis lampu dan peralatan elektrik di luar bilik.

- Penghuni yang

paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja.

- Fire Fighting Squad

14.

Tutup pintu-pintu di belakang anda.

- Penghuni yang

paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja.

- Fire Fighting Squad

15.

Jika terperangkap di dalam asap yang tebal:-

i. Bertenang, jangan panik. ii. Rebahkan diri, merangkak di

paras lantai untuk mencari jalan keluar. (Udara bersih masih boleh di peroleh di paras 1 kaki dari lantai).

iii. Bernafas secara perlahan, gunakan tuala basah,sapu tangan atau kain yang bersih untuk menutup mulut dan hidung jika perlu.

iv. Hampiri tingkap, berteriak meminta pertolongan atau melambai-lambai untuk mendapatkan bantuan

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

6

Page 10: Kebakaran

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK

Pasukan Penyelamat.

16. Bersedia untuk membantu pihak bomba dengan Fire Hydrant.

Fire Fighting Squad

17.

Keluar meninggalkan bangunan melalui tangga dan turun ke bawah (Jangan menggunakan lif). Jangan membawa apa-apa barang bersama anda.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

18.

Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

19.

Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

20.

Jangan gugup atau panik, tetapi tinggalkan tempat itu dengan secepat mungkin.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

21.

Jangan membuat bising atau berpatah balik ke dalam pejabat melainkan disuruh.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

22.

Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda terpaksa bergerak melalui kawasan berasap.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

23.

Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan berlari potong-memotong.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

24.

Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil kehadiran.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan.

7

Page 11: Kebakaran

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK

25.

Dengan segera mengambil kedatangan semua yang hadir di tempat berkumpul.

Ketua Seksyen Bahagian

26. Menyemak senarai kakitangan.

Ketua Seksyen Bahagian

27. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua Fire Squad.

Ketua Seksyen Bahagian

28.

Pengawal Keselamatan mesti memastikan tiada kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan bangunan Perbendaharaan.

i. Jika syif malam, dengan segera seorang Pengawal ke pintu belakang;

ii. Cegah orang-orang yang tidak berkenaan dari memasuki kawasan bangunan tersebut.

- Pengawal

Keselamatan - Fire Fighting

Squad

29.

Mencari kakitangan yang hilang di kawasan Bangunan Perbendaharaan apabila mendapat arahan dari Ketua Fire Squad.

First Aider

30.

Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

First Aider

31.

Bersedia untuk bertindak membantu pihak Bomba jika diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik.

Kakitangan syarikat penyelenggaraan.

32.

Menghidupkan atau mematikan suis elektrik bila mendapat arahan.

Kakitangan syarikat penyelenggaraan.

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin.

8

Page 12: Kebakaran

G. PENGURUSAN REKOD 1. SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah dan akan

diletakkan di semua tempat strategik iaitu di BCS, bilik kawalan pengawal, bilik unit keselamatan, bilik semua pegawai keselamatan kebakaran di setiap Bahagian, dan meja ketua kerani , Ketua Seksyen Pentadbiran, semua SUB dan TKSP

2. Semua kakitangan yang bertanggungjawab secara aktif dalam

sebarang kebakaran dikehendaki untuk membaca SOP ini setiap dua minggu bagi mengingati dan memahirkan diri kepada prosedur yang ditetapkan.

H. KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI 1. Jika kebakaran berlaku, tindakan pencegahan dan kawalan hendaklah

diambil dengan berkesan. Di samping itu pengawalan kualiti prosedur dan peralatan mencegah kebakaran perlu diperkemas. Pegawai dan kakitangan perlu memahami aspek-aspek penyelenggaraan, pengetahuan dan kesedaran mengenai pelan tindakan kebakaran.

2. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran dan

memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh beroperasi sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu:

a) Kursus Dan Latihan Kebakaran

i) Semua staf hendaklah menjalani latihan kebakaran secara

berkala. Latihan hendaklah merangkumi:

• Pencegahan Kebakaran Am; • Cara membunyikan penggera kebakaran; • Tindakan apabila mendengar bunyi penggera; • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba dengan betul; • Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan

kebakaran; • Laluan menyelamat diri; • Tempat Berkumpul; dan • Mengambil kedatangan.

ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih

dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 25 minit selepas penggera berbunyi.

iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas kebakaran

bagi membiasakan penghuni bangunan dalam keadaan

9

Page 13: Kebakaran

sentiasa bersedia jika berlakunya kebakaran. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali.

b) Pengetahuan mengenai kebakaran Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:

i) Kedudukan alarm point yang paling berhampiran. ii) Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan

tahu cara untuk menggunakannya. iii) Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar.

zon kebakaran iv) Bagi keselamatan, laporkan kepada KETUA JABATAN anda

jika:

• Anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan;

• Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-barang;

• Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi;

• Jika sebarang Alarm Point terlindung dari pandangan atau terhalang oleh barang-barang; dan

• Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang.

c) Kemudahan Menyelamat Diri

Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti disediakan di dalam bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan selamat semasa kebakaran atau kecemasan.

Bangunan hanya akan dianggap mempunyai kemudahan menyelamat diri yang cukup bila memenuhi keperluan berikut:-

i) Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka bentuknya diluluskan

oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat; ii) Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang; dan iii) Alat-alat melawan kebakaran berfungsi dengan baik.

d) Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran

1. Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah diperiksa dan diuji secara

berkala. Di bawah adalah Jadual Penyelenggaraan yang dicadangkan:

JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN

Sistem Penggera Manual

Mingguan

10

Page 14: Kebakaran

JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN Sistem Semburan Air Automatik

Mingguan

Sistem Karbon Dioksida

Mingguan

Alat Pemadam Api Mudah alih

Bulanan

Salur Bantu Mula

Bulanan

Pili Bomba

Bulanan

Pengesan Haba/Asap

3 Bulan

Lampu Kecemasan

3 Bulan

Tanda Jalan Keluar Kecemasan 3 Bulan

2. Selain daripada itu, audit berkaitan perlu dijalankan ke atas jenis-jenis alat melawan kebakaran bagi memastikan alat melawan kebakaran dalam keadaan sedia dan boleh digunakan dalam situasi kecemasan.

e) Penjagaan Kawasan Bangunan

1. Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur akan membantu mencegah kebakaran:

a) Bersihkan dan buang sampah sarap; b) Musnahkan bahan-bahan mudah terbakar yang buruk; dan c) Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar.

2. Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk bahan-bahan cecair

mudah terbakar seperti:

a) Bahan cecair mudah terbakar hendaklah disimpan berasingan daripada agen pengoksidaan;

b) Cecair dengan takat semburan yang rendah (bawah 66 °C)

disimpan dalam kontena yang tertutup. Kontena hendaklah disimpan sama ada dalam: • Kawasan yang terbuka; atau • Berasingan yang mempunyai peredaran udara yang baik dalam

bangunan setingkat.

11

Page 15: Kebakaran

I. RUJUKAN Carta 1: Pelan Tindakan Kebakaran (Individu) Carta 2: Pelan Tindakan Kebakaran (Umum)

Jadual 1: Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku kebakaran Carta 3: Carta Organisasi Fire Fighting Squad

12

Page 16: Kebakaran

CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (INDIVIDU)

Mula

Alarm berbunyi (15 saat dan berterusan)

Abaikan dan teruskan kerja

Lari

Berlaku kebakaran

Situasi kebakaran

YA

TIDAK

BESAR

Lawan kebakaran

Lari

TIDAK

YA

Alat pemadam

api

Lari

KECIL

TIDAK BERFUN

BERFUNGSI

Hose Reel

Lari

Padam kebakaran

Hubungi JBPM dan berkumpul di

Assemly Point

Tamat

BERFUNGSI

TIDAK BERFUN

13

Page 17: Kebakaran

Kebakaran berlaku

Mula

Dikesan oleh penghuni bangunan

Situasi kebakaran

?

Aktifkan Fire Alarm (red)

Lawan kebakaran dengan menggunakan alat

pemadam api / Hose reel

KECIL

BESAR

Hubungi JBPM

Lari ke tempat berkumpul (AP)

Beratur di Bahagian / Seksyen / Unit Masing-masing dan mengambil

nama.

Melaporkan jumlah

kakitangan

JBPM tiba

Opersai memadam kebakaran

Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap

Menunggu arahan bersurai

CUKUP

HILANG

Selesai memadamkan kebakaran dan

mengesahkan bangunan selamat dihuni semula

Dapat arahan dan bersurai

Tamat

CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN UMUM)

14

Page 18: Kebakaran

JADUAL 1: NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KEBAKARAN

Bil Nama Jawatan Jabatan/

Bahagian/Seksyen / Unit

Nombor talian

1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

- Putrajaya 03-8888 0040

2. Polis DiRaja Malaysia - Putrajaya 03-8886 222

3. JPA 3 - Putrajaya

4. Hospital Putrajaya - Putrajaya 03-8312 4200 / 03-8312 4500

5. Talian Kecemasan - - 999 6. Rahajaya (Bilik ) - Perbendaharaan 03-8882 4275

7. Bilik Kawalan Keselamatan - Perbendaharaan 03-8882 4278

8. Kaunter Pengawal Keselamatan Utama

- Perbendaharaan 03-8882 4277

9. Unit Keselamatan – Pejabat Am -

Aras 2, Blok Selatan,

Perbendaharaan 03-8882 4449

10. Dato’ Bukhari bin Hasan

TSBSWP (KP) BSWP 03-8882 3131 /

019-225 5737

11. Encik Abd Wahid bin Ahmad KS(P) BSWP 03-8882 3090 /

012-2792656

12. Encik Mazlan bin Abdul Wahab KPKP Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4450 / 019-640 2023

13. Encik Mohd Rasyid bin Che Abdullah PKP 1 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4451 / 019-230 2356

14. Encik Jalil bin Yahya PKP 2 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 3920 / 016-

15. Encik Mohd Dinul Ashar bin Punding PPK(P) 1 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4452 / 019-654 0080

16. Cik Siti Roszaida binti Mohd Ros PPK(P) 2 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4788 / 012-323 5460

17. Encik Nor Izard bin Ismail PK(P) 1 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4044

18. Encik Noorazmin bin Md Ithnin PK(P) 2 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4448

19. Encik Hamdan bin Jidin KPK Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4278 / 012-69402012

20. Encik Abu Bakar bin Abdullah PKK 1 Unit Keselamatan,

BSWP 03-8882 4278 / 012-315 3549

15

Page 19: Kebakaran

Fire leader

Assistant Fire Leader

Emergency Respone Security Assembly Point Facilities and Maintenance

Advisor

Communication and Welfare

Floor Warden

CARTA 3: CARTA ORGANISASI FIRE FIGHTING SQUAD

16