kecemasan kebakaran & prosedur pengosongan

43
1 AHMAD AIDIL BIN NASIR Safety & Health Officer (SHO No. : JKKP/IS 127/438/02/3996)

Upload: ahmad-aidil-nasir

Post on 26-May-2015

1.271 views

Category:

Education


20 download

DESCRIPTION

Pengetahuan dalam melakukan tindakan awal apabila berlaku sesuatu kejadian kecemasan seperti kebakaran amat penting. Tanpa pengetahuan asas atau kesedaran dikalangan penghuni sesuatu organisasi tidak kira ianya melibatkan besar atau kecil mereka harus tahu perlaksanaan tindakan kecemasan dengan cara yang betul dan sistematik. Kegagalan organisasi mengaktifkan plan bertindak kecemasan dengan efektif akan mengakibatkan kesan buruk yang melibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada harta benda selain daripada kecederaan atau kehilangan nyawa.

TRANSCRIPT

Page 1: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

1

AHMAD AIDIL BIN NASIRSafety & Health Officer

(SHO No. : JKKP/IS 127/438/02/3996)

Page 2: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

2

TUJUAN

Para penghuni dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya,

Kakitangan yang diberi tugas khas semasa kebakaran dapat melaksanakan tugas dan tanggung-jawab mereka dengan selamat dalam semua keadaan,

Kemudahan untuk menyelamatkan diri yang ada dapat digunakan mengikut perancangan awal dengan selamat,

‘Plan Tindakan Kecemasan’ perlu diwujudkan untuk menentukan:

Page 3: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

3

TUJUAN

Pemindahan penghuni daripada bangunan/permis dapat dilakukan dengan teratur dan pantas,

Mangsa yang cedera mendapat rawatan pertolongan cemas dengan lebih awal,

Kebakaran dapat dipadamkan dengan lebih awal,

Mengurangkan mangsa yang cedera serta kemalangan maut,

Mengurangkan kos serta mengelakkan daripada kerugian,

Page 4: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

4

Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Peruntukan bagi kaedah pentadbiran serta penghapusan bahaya kebakaran;

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Peruntukan terperinci bagi pembinaan parit,jalan dan bangunan;

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Peruntukan keatas majikan

PERUNDANGAN

Page 5: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

5

PROSEDUR TINDAKAN KECEMASAN

Prosedur Pencegahan

Prosedur Persediaan

Prosedur Tindakan

Prosedur Pemulihan

Setiap jenis kecemasan memerlukan prosedur tindakan kecemasan.Amnya prosedur-prosedur ini boleh dibahagikan kepada:

Page 6: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

6

PROSEDUR PENCEGAHAN

Pemeriksaan pada kelengkapan dan peralatan sistem pengesan (seperti sistem penggera, pengesan kebakaran, pengesan asap, tumpahan, kebocoran gas dan sebagainya).Pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala pada kelengkapan dan peralatan (seperti alat memadam kebakaran, sistem semburan dan sebagainya).Memastikan laluan dan pintu kecemasan tidak dihalang.Penyebaran maklumat dan informasi.

Prosedur ini memastikan kecemasan dapat dicegah daripada berlaku.Ia menekankan pengawasan dan penyelenggaraan segala sistem yangdigunakan.

Page 7: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

7

PROSEDUR PERSEDIAAN

Melaksanakan setiap jenis latihan dan drill, kekerapan perlaksanaan latihan dan penilaian hasil latihan.Menerangkan apa, siapa dan bagaimana sesuatu tindakan perlu diambil apabila berlaku kecemasan.Latihan khas pemakaian kelengkapan perlindungan peribadi, bantuan pertolongan cemas dan menyelamat, penggunaan alat pemadam kebakaran, kelengkapan mengawal tumpahan, membuat pemberitahuan dan komunikasi,

Prosedur ini bertujuan memastikan pekerja dan anggota tindakankecemasan telah diberikan latihan dan drill yang mencukupi bagimembolehkan mereka bertindak dengan berkesan apabila diperlukan.

Page 8: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

8

Arahan dan Latihan:Membuat arahan bertulis berkaitan kecemasan, Arahan jika ternampak api Arahan jika mendengar isyarat pengosongan bangunan Arahan pergerakkan keluar & tempat berkumpul

semasa kecemasan Arahan menggunakan peralatan kecemasan Arahan pertolongan cemas

PROSEDUR PERSEDIAAN

Page 9: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

9

Arahan dan Latihan:Arahan hendaklah terang, jelas dan mudah difahami.Arahan hendaklah ringkas dan padat dalam bahasa yang mudah difahami (dwi bahasa).Arahan hendaklah disebarkan kepada semua penghuni dan pelawat sama ada dalam bentuk taklimat atau sebagainya.Latihan pengosongan “drill” perlu dilakukan secara berulang-ulang supaya plan bertindak semasa kecemasan difahami dengan teliti dan boleh dilakukan dengan berkesan.Latihan perlulah diubahsuai selalu supaya penghuni tidak merasa bosan dan juga boleh mendapat pengalaman yang lebih mendalam.

PROSEDUR PERSEDIAAN

Page 10: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

10

Arahan dan Latihan:Pekerja-pekerja baru haruslah diberi tunjuk ajar dengan keterangan yang cukup tentang latihan kecemasan supaya mereka memahami dan tahu untuk mengendalikan latihan pengosongan bangunan.

Setiap pasukan tindakan kecemasan perlu diberikan latihan khas dalam tugas dan tanggungjawab yang telah ditentukan serta dilatih dengan cara-cara penggunaan kelengkapan.

Masa yang dicadangkan untuk penghuni mengosongkan bangunan adalah 4 minit.

PROSEDUR PERSEDIAAN

Page 11: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

11

Page 12: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

12

Page 13: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

13

Page 14: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

14

Page 15: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

15

Organisasi Tindakan Kecemasan adalah pasukan khas yangdibentuk untuk mengawal dan memberhentikan kecemasan, danseterusnya mengembalikan keadaan kepada normal.

Pasukan-pasukan ini termasuklah,i- Pasukan Pengosongan dan Komunikasi,ii- Pasukan Memadam Kebakaran,iii- Pasukan Mencari dan Menyelamat,iv- Pasukan Pertolongan Cemas, v- Pasukan Kawalan dan Pembersihan Tumpahan,vi- Pasukan Kawalan Keselamatan, dll.

BIDANG TUGAS

Page 16: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

16

Bagi memudahkan petugas-petugas khas dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing semasa kebakaran, bidang tugas tersebut hendaklah diterangkan dengan jelas supaya mereka benar-benar faham dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan selamat dan berkesan. Disamping itu pasukan ini juga mestilah arif tentang peranan yang dimainkan oleh pasukan lain dalam Organisasi Tindakan Kecemasan.Ini bagi membolehkan mereka bertindak sebagai satu organisasi tindakan kecemasan yang bersepadu.

BIDANG TUGAS

Page 17: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

17

Penyelaras Organisasi Tindakan KecemasanBertanggungjawab ke atas arahan mengaktifkan Plan Bertindak Kecemasan dan menamatkan operasi. Memberi arahan bagi pihak syarikat.

Koordinator/SHO (Fire Officer)Bertanggungjawab seperti yang disenaraikan dalam AKKP 1994.Menyelaras dan memberi arahan kepada semua pasukan bertindak kecemasan di tempat kejadian.Melaporkan maklumat kepada Penyelaras Organisasi Tindakan Kecemasan dan kepada pihak Bomba dan Penyelamat.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 18: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

18

Penyelaras Pengosongan dan KomunikasiMenerima dan merekodkan maklumat kecemasan.Menyimpan dan mengemaskini senarai no. telefon kecemasan.Membuat pemberitahuan kejadian kecemasan.Membuat panggilan kecemasan kepada Bomba, Polis dan Hospital.Menyelaras operasi pengosongan bangunan di tempat berkumpul.Mendapatkan rekod kehadiran daripada penyelia di tempat berkumpulMelaporkan rekod kehadiran kepada Koordinator.Melaporkan kehilangan mangsa kepada pihak Bomba dan Pasukan Mencari dan Menyelamat.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 19: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

19

Pasukan Memadam KebakaranMemastikan kelengkapan kecemasan diselenggara serta sentiasa dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.Berkumpul di Balai Pengawal untuk menerima arahan dan membawa bersama kelengkapan kecemasan.Menunggu dan menerima arahan daripada Koordinator.Melawan kebakaran menggunakan kelengkapan sebelum kehadiran Bomba.Membantu pihak Bomba memadamkan kebakaran jika diperlukan.Memastikan semua ahli dalam keadaan selamat dan sihat.Melaporkan situasi dan keadaan kepada Koordinator.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 20: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

20

Page 21: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

21

Pasukan Mencari Dan MenyelamatMemastikan kelengkapan kecemasan diselenggara serta sentiasa dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.Berkumpul di Balai Pengawal untuk menerima arahan dan membawa bersama kelengkapan kecemasan.Menunggu dan menerima arahan daripada Koordinator.Melakukan operasi mencari dan menyelamat kepada mangsa yang terperangkap.Menyerahkan mangsa yang telah diselamatkan kepada Pasukan Pertolongan Cemas.Memastikan semua ahli dalam keadaan selamat dan sihatMelaporkan situasi dan keadaan kepada Koordinator.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 22: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

22

Page 23: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

23

Page 24: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

24

Pasukan Pertolongan CemasMemastikan kelengkapan kecemasan diselenggara serta sentiasa dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.Berkumpul di Balai Pengawal untuk menerima arahan dan membawa bersama kelengkapan kecemasan.Membuka pusat rawatan di tempat yang sesuai dan selamat.Menunggu dan menerima arahan daripada Koordinator.Menerima mangsa daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat dan membuat rawatan pertolongan cemas.Menyerahkan mangsa yang telah dirawat kepada ambulan.Memastikan semua ahli dalam keadaan selamat dan sihatMelaporkan situasi dan keadaan kepada Koordinator.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 25: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

25

Page 26: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

26

Pasukan Kawalan dan Pembersihan TumpahanMemastikan kelengkapan kecemasan diselenggara serta sentiasa dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.

Berkumpul di Balai Pengawal untuk menerima arahan dan membawa bersama kelengkapan kecemasan.

Menunggu dan menerima arahan daripada Koordinator.

Melakukan kawalan dan pembersihan tumpahan bahan kimia.

Mengumpulkan sisa bahan tumpahan untuk pelupusan teratur.

Memastikan semua ahli dalam keadaan selamat dan sihat

Melaporkan situasi dan keadaan kepada Koordinator.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 27: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

27

Page 28: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

28

Page 29: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

29

Page 30: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

30

Pasukan Kawalan KeselamatanMengenalpasti kawasan yang terbabit dengan kecemasan melalui Panel Alarm di Balai Pengawal.

Membuat pemeriksaan dan melaporkan situasi secepat yang mungkin kepada Koordinator atau Pejabat Pentadbiran.

Menutup Pintu Utama dan menghalang pergerakkan keluar dan masuk.

Melaporkan jumlah kehadiran Pelawat atau Pembekal kepada Peyelaras Pengosongan.

Membuat kawalan keselamatan dan mengawal ketenteraman.

Melaporkan situasi dan keadaan kepada Koordinator.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Page 31: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

31

PROSEDUR TINDAKAN

Menilai status kecemasan dan menentukan tahap tindakan yang perlu diambil.Mengaktifkan plan bertindak kecemasan.Memberhentikan operasi.Arahan pengosongan bangunan.Komunikasi – dengan lain-lain pasukan bertindak kecemasan ataupun lain-lain agensi yang terlibat seperti Bomba.

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang mesti diambilsemasa menangani kecemasan.

Page 32: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

32

1. Tugas ini sesuai dipertanggungjawabkan kepada sesiapa sahaja yang mula-mula ternampak kebakaran/kecemasan.

2. Maklumat yang perlu diberikan tentang penggera antaranya;a) Jenis dan cara berfungsi,b) Cara ia berbunyi dan kemudahan mendengarnya,c) Jumlah yang perlu dibunyikan,d) Cara untuk menyampaikan maklumat kebakaran kepada ‘Pusat Kawalan’

Membunyikan Penggera Membunyikan Penggera KebakaranKebakaranMembunyikan Penggera Membunyikan Penggera KebakaranKebakaran

PROSEDUR TINDAKAN

Page 33: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

33

Mereka yang dipertanggungjawabkan hendaklah membuat

pertimbangan dari semua aspek keselamatan sebelum membuat

keputusan samaada;

• Menghentikan sebahagian mesin / proses, atau• Memutuskan keseluruhan bekalan elektrik.

Menghentikan Operasi Mesin dan Menghentikan Operasi Mesin dan Memutuskan Bekalan ElektrikMemutuskan Bekalan ElektrikMenghentikan Operasi Mesin dan Menghentikan Operasi Mesin dan Memutuskan Bekalan ElektrikMemutuskan Bekalan Elektrik

PROSEDUR TINDAKAN

Page 34: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

34

Kebakaran.Tumpahan bahan toksik atau kebocoran gas beracun.Kebocoran dan sebaran sinaran x-ray atau nuklear.Ancaman bom.Banjir besar.Gempa bumi dan bahaya runtuhan.Penyebaran wabak penyakit.

Prosedur pengosongan bangunan diperlukan apabila tempat kerjatersebut berpotensi untuk membahayakan atau menggangu operasi.Pengosongan diperlukan apabila berlaku:

PROSEDUR TINDAKAN

Page 35: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

35

Mengarahkan semua penghuni dan mereka-mereka yang tidak terlibat dalam pasukan bertindak kecemasan membuat pengosongan bangunan.Memastikan penghuni mampu menyelamatkan diri mereka sendiri daripada bahaya dengan mengambil kira mereka yang kurang upaya.Mengarahkan supaya pintu dan tingkap ditutup.Membuat pemeriksaan seluruh kawasan di bawah jagaannya seperti tandas, stor dan di tempat-tempat terpencil.

PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur pengosongan bangunan,

Page 36: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

36

Bergerak dengan tenang dan pantas mengikut laluan keluar yang ditetapkan.

PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur pengosongan bangunan,

Page 37: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

37

TEMPAT BERKUMPUL SEWAKTU KECEMASAN

Tempat berkumpul hendaklah ditetapkan terlebih dahulu, dilukiskan dan dipamerkan di tempat strategik untuk makluman semua.Tempat haruslah lapang serta luas dan selamat.Jauh daripada sebarang bahaya sekurang-kurangnya 35 meter dari bangunan yang dikosongkan.Susunan penghuni mestilah mengikut seksyen ataupun jabatan yang berkenaan.Penyelaras Zon atau Penyelia bagi setiap penghuni haruslah berada di barisan hadapan.

Mewujudkan tempat berkumpul bagi setiap zon;

Page 38: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

38

TEMPAT BERKUMPUL SEWAKTU KECEMASAN

TEMPAT BERKUMPUL SEMASA KECEMASAN( ASSEMBLY AREA DURING EMERGENCY )

TEMPAT BERKUMPUL Visitor

ASSEMBLY AREA Sub-con

Contractor MAINGATE

WAREHOUSE GUARD

HOUSE

FACTORY

Compressor

Room

Chemical

Storage Canteen

TNB Water

Room Pump Koperasi

PE Workshop

Motorcycle &

Car Park Tent

Hydrant & Sprinkler Water Tank

Fire Fighting Pump Room

Scheduled Waste Storage

DI/RO Water Treatment Plant

Water Tank

Tent

Tent

Motorcycle Tent Tent

Page 39: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

39

MENGAMBIL DAN MELAPOR DAFTAR KEHADIRAN

Penyelaras Zon atau Penyelia hendaklah segera mengambil daftar kehadiran “Headcount” dan seterusnya melaporkan kepada Penyelaras Pengosongan.

Penyelaras Pengosongan akan menyatukan semua daftar kehadiran yang diperolehi daripada setiap Zon dan seterusnya melaporkan kepada Koordinator atau Pusat Kawalan Kecemasan.

Melaporkan jika ada mangsa yang hilang atau terperangkap kepada pihak Bomba dan Pasukan Mencari dan Menyelamat.

Pengambilan daftar kehadiran di tempat berkumpul danmelaporkan daftar hehadiran;

Page 40: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

40

BERJAYA BANDARTEX SDN. BHD.BERJAYA KNITEX SDN. BHD.583, Batu 3, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor

DAFTAR KEHADIRAN PENGOSONGAN BANGUNAN

1. TARIKH : __________________ MASA KELUAR KAWASAN BANGUNAN : ______________

2. JABATAN / LINE : ________________________

3. NAMA PENYELIA : ________________________

4. JUMLAH PEKERJA4.1 LELAKI : ________________________ ORANG

4.2 PEREMPUAN : ________________________ ORANG

4.3 CUTI : ________________________ ORANG

4.4 KELUAR KILANG : ________________________ ORANG

5. PEKERJA YANG TIDAK DIJUMPAI

5.1 LELAKI : ________________________ ORANG

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

5.2 PEREMPUAN : ________________________ ORANG

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

DISAHKAN OLEH :TANDATANGAN HENDAKLAH DISERAHKAN PEGAWAI

PENYELIA / LINE LEADER KEPADA PEGAWAI PENGOSONGAN PENGOSONGAN

DI TEMPAT BERKUMPULSEWAKTU KECEMASAN

NAMA: NAMA:

* SILA SIMPAN BORANG INI DAN HENDAKLAH DIGUNAKAN APABILA BERLAKU KECEMASAN.

BERJAYA BANDARTEX SDN. BHD.BERJAYA KNITEX SDN. BHD.583, Batu 3, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor

DAFTAR KEHADIRAN PENGOSONGAN BANGUNAN( PELAWAT / KONTRAKTOR / SUB-CON )

1. TARIKH : __________________ MASA KELUAR KAWASAN BANGUNAN : ______________

2. NAMA SYARIKAT : _________________________________________________________

3. NAMA PENYELIA : ________________________

4. JUMLAH PEKERJA4.1 LELAKI : ________________________ ORANG

4.2 PEREMPUAN : ________________________ ORANG

5. PEKERJA YANG TIDAK DIJUMPAI

5.1 LELAKI : ________________________ ORANG

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

5.2 PEREMPUAN : ________________________ ORANG

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

NAMA : NO. STAFF :

DISAHKAN OLEH :TANDATANGAN HENDAKLAH DISERAHKAN PEGAWAI

PENYELIA / PENGAWAL KEPADA PEGAWAI PENGOSONGAN PENGOSONGAN

DI TEMPAT BERKUMPULSEWAKTU KECEMASAN

NAMA: NAMA:

* SILA SIMPAN BORANG INI DAN HENDAKLAH DIGUNAKAN APABILA BERLAKU KECEMASAN.

Perlu disi oleh

Penyelaras Zon atau Penyelia

Dan diserahkan kepada

Pegawai Pengosongan

Page 41: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

41

BERJAYA BANDARTEX SDN. BHD.BERJAYA KNITEX SDN. BHD.583, Batu 3, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor

EVACUATION ATTENDANCE RECORDDATE: 19-12-2013 (Thu) TIME:

NO. DEPARTMENT EMPLOYEES INFORMATION SUB MISSING EMPLOYEES SUB

TOTAL MALE FEMALE ON LEAVE OUTSTATION TOTAL MALE FEMALE TOTAL

1. HR & ADMIN 17 0 0

2. PURCHSING 7 0 0

3. ACCOUNTS 12 0 0

4. OPD 9 0 0

5. KNITEX OFFICE 8 0 0

6.1 KNITEX STORE 5 0 0

6.2 DYEING 27 0 0

6.3 FINISHING 18 0 0

6.4 KNITTING 26 0 0

6.5 SEWING THREAD 12 0 0

6.6 YARN DYE 12 0 0

6.7 BOILER 7 0 0

6.8 GARMENT OFFICE 14 0 0

6.9 GARMENT PROD. 89 0 0

6.10 GARMENT QC 6 0 0

6.11 CUTTING 14

6.12 PACKING 9

6.13 STORE 7

GRAND TOTAL 299 0 0 0 0 0 0 0 0

NO. OUTSIDER CONTRACTOR SUPPLIER TOTAL REMARKS

STATUS MALE FEMALE MALE FEMALE

1 IN 0 0 0 0 0

2 MISSING 0 0 0 0 0

MISSING / INJURED EMPLOYEES DETAILS

NO. DEPARTMENT EMP. NO. NAME AGE HEALTH CONDITION / STATUS

1 DYEING ABDEL KARIM 35 Hand and Body burn

2 FINISHING AZMI 45 Hand injury

3 FINISHING MD JAYA 32 # L-hand Scratch

4 ACCOUNTS LIM CHONG ER 30 Pragnent Lady

1) To be keep and fill by Evacuation Officer during emergency. EVACUATION OFFICER

2) After filled a copy need submit to Fire Officer as sonnest possible.

Perlu disi oleh

Pegawai Pengosongan

Dan diserahkan kepada

Koordinator

Page 42: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

42

PROSEDUR PEMULIHAN

Melakukan penyiasatan terhadap kemalangan.

Membuat penilaian kerugian.

Memulihkan operasi.

Pemberitahuan kepada pihak berkuasa atau insuran.

Menjaga kebajikan pekerja yang terlibat dalam kecemasan dan sebagainya.

Prosedur ini memberi panduan kepada kakitangan atau pasukan khastentang proses yang mesti diambil untuk:

Page 43: Kecemasan Kebakaran & Prosedur Pengosongan

43