kebaikan keburukan telefon bimbit

Upload: kutudotcom

Post on 03-Jun-2018

338 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kebaikan Keburukan Telefon Bimbit

    1/2

    3. Telefon bimbit berkamera adalah satu teknologi komunikasi yang popular kini

    dan sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Beri kebaikan dan

    keburukan penggunaan teknologi ini dari segi pembelajaran dan hak cipta.

    Pendahuluan

    Sebagaimana yang kita tahu, pasaran telefon bimbit kini semakin

    menjadi-jadi disebabkan kebangkitan teknologi itu sendiri. Dari sebuah telefon

    yang hanya boleh membuat panggilan, kini telefon-telefon pintar atau

    smartphones tumbuh ibarat cenda!an selepas hujan.

    Salah satu keunikan telefon-telefon ini adalah dari segi fungsi kamera

    yang kini semakin canggih. "ika dilihat, kamera yang disediakan boleh

    memainkan bermacam-macam peranan, bukan sahaja dalam pengambilangambar mahupun penghasilan #ideo, fungsi kamera pada telefon bimbit kini

    semakin meluas. $ntara fungsi-fungsi yang telah !ujud ialah, kamera ini

    boleh dijadikan sebagai alat pengimbas, alat untuk panggilan #ideo dan juga

    mengetahui tahap degupan jantung kita. "ika diselenggarakan bersama-sama

    perisian yang betul, ianya amat berguna di dalam kehidupan seharian.

    Kebaikan-kebaikan

    Dari segi pengajaran dan pembelajaran, kamera di telefon bimbit boleh

    dijadikan sebagai salah satu modem dalam satu-satu sesi. $ntara kebaikan-kebaikan yang dapat kita lihat ialah yang pertama, fungsi kamera sebagai alat

    perakam di dalam satu sesi pengajaran dan rakaman ini dapat dijadikan

    panduan kepada guru jika terdapat sebarang masalah atau penambahbaikan

    yang ingin dilakukan. %uru atau tenaga pengajar perlu tahu menggunakan

    rakaman yang telah digunakan secara bijak dan bukan untuk mencari

    kelemahan tertentu pelajar agar ianya tidak disalah ertikan

    &ang keduanya, kamera pada telefon bimbit ini boleh digunakan

    sebagai satu alat dalam pembelajaran maya iaitu melalui konferens #ideo

    atau membuat satu rakaman untuk pelajar membuat ulasan atau tugasansecara maya. Di dalam sesi pengajaran seperti ini, etika pemakaian dan juga

    percakapan perlulah dijaga agar taklimat atau pengajaran yang disampaikan

    atau sesi pembelajaran maya ini dapat dijalankan secara baik. $da juga yang

    beranggapan baha!a pembelajaran seperti ini dapat mengurangkan masa

    pelajar dan guru di sekolah atau di institusi pengajian dan dapat dijalankan

    pada bila-bila masa yang sesuai.

    &ang ketiganya pula, kamera juga boleh dijadikan sebagai alat

    rakaman dan rakaman tersebut boleh dijadikan sebagai bukti jika berlaku

    satu-satu masalah ataupun kes. 'alaubagaimanapun, jika satu-satu rakaman

  • 8/12/2019 Kebaikan Keburukan Telefon Bimbit

    2/2

    itu telah dibuat, ianya perlu dirahsiakan dan hanya boleh diberikan kepada

    yang terbabit sahaja agar kerahsiaan itu dapat dijaga.

    Keburukan-keburukan

    Seterusnya, bukan semua yang direka hanya ada kebaikan sahaja.(asti ada kelemahan dan keburukan yang akan timbul. Sebagai salah satu

    modem rakaman, kamera juga mempunyai kelemahan dan keburukannya

    tersendiri. &ang pertamanya, !alaupun mempunyai faedah dari segi merakam

    satu-satu situasi, kamera juga dijadikan sebagai alat rakaman bagi budaya-

    budaya yang tidak elok. Banyak rakaman yang berbentuk lucah kini menular

    di laman-laman sesa!ang dan boleh meruntuhkan akhlak terutamanya para

    pelajar.

    &ang keduanya, kerahsiaan rakaman yang dibuat juga perlu dititik

    beratkan. "ika dilihat, kebocoran rahsia ini bergantung kepada para perakam.)ereka tidak mempunyai integriti dan bertindak memyebarkan rakaman yang

    telah dibuat dan ini boleh mengaibkan orang lain. Sebagai seorang guru,

    rakaman yang telah dibuat perlu disimpan dan tidak boleh disebarkan sesuka

    hati.

    Seterusnya, yang ketiganya, keburukan yang mungkin dilihat adalah

    penggunaan sistem kamera yang canggih dan susah untuk digunakan. $da di

    kalangan kita yang mungkin sukar untuk menggunakan perisian kamera dari

    telefon-telefon pintar dan menyebabkan penggunaannya menjadi kurang.

    Sebagai pengguna, kita perlulah mahir menggunakan gajet-gajet ini agar ia

    boleh digunakan sepanjang masa dan boleh memudah srta memberi satu

    tarikan di dalam pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

    Kesimpulan/Penutup

    Sebagai kesimpulannya, fungsi kamera yang terdapat pada telefon

    bimbit adalah amat berguna dan boleh dijadikan satu modem dalam

    pengajaran dan pembelajaran. 'alaubagaimana pun, hak cipta dan

    kerahsiaan perlu diambil berat dan ianya akan menunjukkan integriti yang

    tinggi kepada para perakam itu sendiri. Dalam menuju *aman globalisasi dan

    teknologi maklumat ini, penggunaan gajet-gajet seperti ini boleh memudahkan

    dan menjadi satu tarikan di dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya.