keakraban hubungan alam melayu dengan rasulullah ﷺ€¦ · demikianlah keadaan para pedagang dan...

50
Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah : Oleh: Tun Suzana @ Suzana Hj Othman Pertubuhan Kesedaran Melayu & Islam (KEMUDI) 1

Upload: others

Post on 08-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Keakraban Hubungan Alam Melayudengan Rasulullah :صلى الله عليه وسلم

Oleh:

Tun Suzana @ Suzana Hj Othman

Pertubuhan Kesedaran Melayu & Islam (KEMUDI)

1

Page 2: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Hubungan Alam Melayu

Dgn Dunia Arab

2

Page 3: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

ASAL-USUL MELAYU : Tafsiran Sarjana Barat

Sarjana Barat merujuk kepada rumpun Melayu sebagai manusia di Asia Tenggara

dan kepulauan Pasifik yang bertutur dalam kumpulan bahasa Malayo-Polinesia. Berasal dari

bangsa Monggol di Yunan, kemudian berpindah ke Indo Cina, Kemboja dan Nusantara.

Mereka datang dalam dua gelombang diantara tahun 2500- 1500 sebelum Masihi.

Kumpulan pertama dipanggil Melayu Proto dan kedua dipanggil Melayu Deutro.

Kedatangan Melayu Deutro ke Alam Nusantara telah menghalau Melayu Proto ke kawasan

gunung dan rimba.

Golongan Melayu Proto disebut nenek moyang orang asli, sementara Melayu Deutro

dikatakan nenek moyang orang-orang Melayu hari ini.

3

Page 4: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

4

Teori Keluar dari Yunnan @ Keluar Dari Taiwan. Teori ini mengatakan Orang Melayu berasal dari provinsi Yunnan, China, dan keluar menggunakan sampan melalui Sungai Mekong ke Laut

Cina Selatan. Dan seterusnya menyebar ke Taiwan. Dari Taiwan menyebar ke pulau-pulau di bawahnya seperti Filipina, Indonesia, Malaysia &

Kepulauan Pasifik.

Page 5: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

5

Teori Alternatif: Dataran Sunda

Page 6: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Dataran Sunda Sebelum & Selepas Banjir Besar

6

Page 7: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

7Kelihatan tapak Benua Sunda (tenggelam) daripada satelite

Page 8: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

8

Migrasi keluar dan diaspora dari Tanah Sunda selepas berakhirnya zaman ais kerana Dataran Sunda mulai tenggelam peringkat demi peringkat . Memunculkan teknologi pertanian beras dan teknologi pelayaran

Page 9: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

9

Sumber:The Human Journey: A Concise Introduction to World History oleh Kevin Reilly

Page 10: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Melayu-Polinesia Bangsa Induk

1. Pertama di Dunia Dalam Teknologi Perkapalan & Pelayaran

2. Pertama di Dunia Dalam Teknologi Pertanian (Penanaman Padi)

3. Pertama di Dunia dalam Menternak Binatang

4. Mengekspot Kapur Barus (dari Sumatera) ke Mesir untuk mengawet

Mumia para Firaun (serta komoditi lain)

5. Perlombongan Emas Kuno

Sumber:

Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli, UKM10

Page 11: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Laluan Perdagangan Antarabangsa 250 SM – 250 M

11

Page 12: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu
Page 13: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Hubungan Arab Dgn Alam Melayu

Saudagar-saudagar Timur Tengah ini datang melalui pelabuhan Aden di Yaman(selatan Semenanjung Arab) menuju ke Gujerat, Kambey, Sri Lanka, seterusnya keKepulauan Melayu dan Tiongkok melalui Selat Melaka.

Mereka juga membuat perdagangan dengan Syam (Syria), Palestin, Damsyikdan Iraq di utara Jazirah Arab, melalui jalan Mekah yang terletak padanya rumahKaabah yang suci dan sentiasa dikunjungi oleh berbagai kabilah Arab sejak turuntemurun, selain menjadi tumpuan dagangan yang besar pada musim-musim haji.

Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatanSemenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu dengan bahagian utaraJazirah Arab sejak beribu tahun. Mereka sentiasa berhubungan dengan rakan-rakanpedagang di Tanah Arab, di bandar suci Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarrah.

13

Page 14: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Khalifah Menguasai Jalan Perdagangan Antarabangsa

“Teranglah bahawa sampai kepada abad ke 15, sebelum

munculnya bangsa Portugis, perniagaan di Lautan Hindi sampai ke

Tiongkok, melalui pulau-pulau Melayu adalah seluruhnya di tangan Arab.

Bahkan Alfonso de Alburquerque ketika hendak menyerang Melaka dan

dalam pertualangannya membuka pusat perniagaan di Goa (India), telah

memakai penunjuk jalan orang-orang Arab.”

Sumber:

Prof Hamka: Sejarah Umat Islam14

Page 15: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Keistimewaan

Melaka & Pasai (Aceh)

15

Page 16: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

16

Page 17: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Pengislaman Raja Pasai (Aceh) - 800 M

“ Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera. Sekali persetuapada zaman Nabi Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم tatkala lagi hayat hadirat yang mahamulia itu, maka bersabda ia kepada sahabat baginda di Mekah, demikian sabdabaginda:

'Bahawa ada sepeninggalku wafat itu, ada sebuah negeri di bawah angin,Samudera namanya; apabila ada didengar khabar negeri itu, maka kamu suruhsebuah kapal membawa perkakas alat kerajaan dan kamu bawai orang dalam negeriitu masuk Agama Islam serta mengucap dua kalimah syahadat. Syahadan lagi akandijadikan Allah subhanahu wataala dalam negeri itu terbanyak daripada segala waliAllah jadi dalam negeri itu.'

17

Page 18: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Pengislaman Raja Pasai (Aceh) - 800 M

“ Sebermula maka bermimpi Merah Silau dilihatnya dalam mimpinya itu ada seorang orang menampung dagunyadengan segala jarinya dan matanya pun ditutupnya dengan empat jarinya, demikian katanya, 'Hai Merah Silau, ucap olehmu duakalimah syahadat.' Maka sahut Merah Silau, 'Tiada hamba tahu mengucap akan dia.' Maka ujarnya, 'Bukakan mulutmu.' Makadibukakannya oleh Merah Silau, maka diludahinya mulut Merah Silau itu, rasanya lemak manis. Maka ujarnya akan Merah Silau,'Hai Merah Silau, engkaulah Sultan Malikul Saleh namamu, sekarang Islamlah engkau dengan mengucap dua kalimah syahadatitu, dan segala binatang yang hidup lagi halal engkau sembelih maka kau makan, dan yang tiada [di] sembelih jangan engkaumakan.' Sebermula dalam empat puluh hari lagi ada sebuah kapal datang dari Mekah; barang segala katanya dan barang segalaperbuatannya yang berpatutan dengan segala pekerjaan Agama Islam orang yang dalam kapal itu janganlah engkau lalui, danhendaklah engkau turut barang pengajarnya.'

“ Maka ujar Merah Silau, 'Siapakah tuan hamba ini?' Maka sahut suara dalam mimpi itu, 'Akulah Nabi MuhammadRasulullah صلى الله عليه وسلم yang di Mekah itu dilepaskannya tangannya daripada dagunya itu. Maka sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan Merah Silau itu,'Tunduklah engkau ke bawah.' Maka tunduklah Merah Silau ke bawah, jaga ia daripada tidurnya, maka dilihatnya yang di bawahsucilah. Maka katanya, 'Ashadu an la ilaha illa'llah wahdahu, lashari ka lahu, wa-ashadu anna Muhammadan 'abduhu wa-rasuluhu.'Maka setelah sudah ia mengucap dua kalimah itu, maka ia membaca Quran tiga puluh juz khatam dengan hafalnya, ia tiadadengan dipelajarinya lagi pada seorang jua pun. Maka ujar orang banyak dan segala hulubalang akan Merah Silau itu, 'Adapun rajakita ini keluar katanya itu tiada kita tahu akan barang katanya itu.'

18

Page 19: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

19

‘Makam Malikus tetap utuh’, begitulah tajukkeratan akhbar Berita Minggu, Ahad 30 Januari2005. Menurut pemberita yang berkunjung keGhampung (kampung) Brinyin yang terletak diKuta Krueng Kecamatan Samudera, kawasanlokasi makam, hampir seluruh kampungtersebut musnah akibat bencana tsunami,namun makam Malikus Salleh dan puteranyaMalikuz Zahir tetap tersergam gagah, malahanmenjadi benteng kepada beberapa orangpenduduk yang mencari tempat berlindung disitu, kata mereka seolah-olah seperti ditutupdengan gelas kaca sehingga banjir tsunami tidakdapat masuk ke dalam kawasan makam,masyaAllah

Page 20: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Pengislaman Raja Melaka 1414 M

“….Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam,berpandangan dengan keelokan Hadrat Nabi Mustafa Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Maka sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada Raja Kecil Besar:“Ucap olehmu Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”

Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu diturutnya. Maka sabda Rasulullah SAW kepadaRaja Kecil Besar: “Adapun namamu Sultan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuahkapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Makasembah Raja Kecil Besar: “Baiklah Tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka Nabi صلى الله عليه وسلم punghaiblah.

Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya baunarawastu dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar: “Bahawa mimpiaku ini Asyhadu alla ilaha iLallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”. Maka segala orang pun datanglah kedalam istana baginda; sekeliannya pun hairan mendengar yang disebut Raja itu. Maka kata Raja Perempuan: “Entahkena syaitankah Raja ini, atau gilakah Raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara.”

20

Page 21: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Pengislaman Raja Melaka 1414 M

Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang lalu masukke dalam istana. Maka dilihat Bendahara Raja tiada berhenti-henti daripada “La ilaha iLallah MuhammadarRasulullah.” Maka kata Bendahara: “Bahasa mana yang disebut Raja ini?” Titah Raja: “Semalam Beta mimpiberpandangan dengan keelokan Hadrat junjungan Rasulullah ”.صلى الله عليه وسلم Maka segala mimpi baginda itu semuanyadikatakannya pada Bendahara. Maka kata Bendahara: “Jikalau benar mimpi Raja itu apa alamatnya?” Maka titahRaja Kecil Besar: “Alamatnya kalam Beta dikhatankan orang, iaitu tanda sah hamba bertemu dengan Rasulullah ,صلى الله عليه وسلمdan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada hamba, asar nanti akan datang sebuah kapal dari Jedah, turun orangnya di pantaiMelaka itu sembahyang; hendaklah turut olehmu barang katanya.” Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalambaginda seperti dikhatankan orang. Maka kata Bendahara: “Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpiRaja itu. Jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu Raja ini.” Maka titah baginda: “Benar seperti kata bapa hamba,Bendahara itu.” Maka Bendahara pun kembali ke rumahnya.

Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jedah, serta ia datang berlabuhlah; makaturunlah Makhdum dari dalam kapal itu, Sayyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Makahairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu: “mengapa orang itu tonggang tonggik?”Maka berebutlah orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru biru bunyinya sampai ke dalam.Maka Raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-Besar. Maka dilihatRaja kelakuan Makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah Raja kepadaBendahara dan pada segala Orang Besar-Besar: “Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita.”

21

Page 22: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Kedatangan Syeikh Ismail Ariffin

Pulau Besar, Melaka

Dalam usia dewasa, pada suatu hari yang penuh barakah Syeikh Ismail telah didatangiilham dalam mimpinya supaya bersegera mengunjungi makam Rasulullah .صلى الله عليه وسلم di MadinaMunawwarah. Tanpa berlengah lagi, beliau dan gurunya beserta beberapa orang sahabatnyaterus ke Tanah Haram mengerjakan umrah, kemudian bergegas ke Kota Madinah.

Dengan takdir Allah SWT muncul peristiwa yang mencarik adat, apabila beliau mendengarRasulullah .صلى الله عليه وسلم bersuara dari makam baginda :

“Assalamualaika wahai anakku Ismail, berangkatlah kamu dan orang-orang kamu keTanah Jawi. Bersabarlah dalam menempuh segala rintangan. Ajarilah dan pimpinlah umatku disana dengan ajaranku. Mintalah restu dengan menziarahi moyangmu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.”

(Tuhfatul Abrar: hlm 8-14) 22

Page 23: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Baka Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Alam Melayu

“Hakikatnya, pendakwah-pendakwah yang datang ke

Kepulauan Melayu daripada abad ke 12 sehingga ke 16 Masihi dan

mungkin lebih awal lagi, hampir semua mereka adalah keturunanSayyidina Husein (putera Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah ,(صلى الله عليه وسلم

daripada jurai Ahmad bin Isa al-Muhajir, nenek moyang kepada para

sayyid di Hadramawt (Yaman)

Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas

Historical Fact and Fiction (2011)

23

Page 24: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Ulama-Umara Zuriat Nabi صلى الله عليه وسلم di Alam Melayu

“ Dinasti Aziziyah (Peurlak), Dinasti Sulu, Dinasti Mindanao, Dinasti

Brunei, Dinasti Palembang, Dinasti Kubu, Dinasti Aceh, Dinasti Siak, Dinasti

Pontianak, Sayyid Abdul Aziz Melaka, Syeikh Ismail Pulau Besar, Sayyid

Hussein al-Faradz Perak, Syarif Muhammad al-Baghdadi Terengganu, Sayyid

Hussein Jamadil Kubro, Wali Songo Jawa, Sayyid Hussein al-Qadri

Kalimantan, Syarif Aznan Kedah, Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Sheikh

Abdus Samad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh

Nawawi al-Bantani, Sheikh Abdul Hamid Kudus, Tokku Paloh, Tokku Pulau

Manis dan ramai lagi….

24

Page 25: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Transformasi Zuriat Rasulullah صلى الله عليه وسلمKepada Baka Rumpun Melayu Nusantara

“ Mereka membawa ajaran Islam, datang dan pergi, malahan datang

dan tinggal terus, yakni BERHIJRAH menjadi umara dan ulama..”

“…bercampur baur dan bersebati dengan penduduk tempatan,

mempengaruhi budaya setempat, meninggalkan warisan yang cukup ampuh.”

“…menaburkan zuriat yang ramai turun temurun, berubah menjadi

MELAYU JATI…”25

Page 26: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Bersyukur Kepada Allah,

Berterima Kasih Kepada Ahlul-Bait Awwalun

‘….Golongan Arab, Quraish, hatta zuriat Nabi صلى الله عليه وسلم memainkan peranan

pertama dan utama dalam perkembangan awal Islam di Alam Melayu lebih 800-

900 tahun lalu, sehingga hari ini terdapat lebih 500 juta umat Islam di Asia

Tenggara…’

‘ ...Golongan ini juga berhasil membentuk jiwa baru bagi rumpun Melayu

Nusantara yang berintisarikan kekuatan Tauhid, Tasawuf, akhlak, budi, budaya

dan peradaban gemilang..’

26

Page 27: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Satu Antara Dua

Pusaka Rasulullah صلى الله عليه وسلم

27

Page 28: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Hadith Ats Tsaqalain

“ Dan Aku tinggalkan padamu dua pusaka (Ats-Tsaqalain). Yangpertama Kitabullah (Al-Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dancahaya, dan Ahlul-Baitku, maka berpegang teguhlah denganKitabullah dan Ahlul-Baitku, kuperingatkan kalian kepada Allahakan Ahlul-Baitku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul-Baitku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul-Baitku”

(HR Muslim)

28

Page 29: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Wasiat Nabi Tentangصلى الله عليه وسلم Ahlul-Baitnya

“Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang

ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi.” (HR At-Thabarani)

“ Ahlul-baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang

menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.” (HR Al-

Hakim)

Abu Dzar Al-Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar

sabdaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai

kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala…”

29

Page 30: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Ahlul-Bait Nabi صلى الله عليه وسلم Relevan di Akhir Zaman

“ Jika dunia ini hanya tinggal sehari saja sekalipun

nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku

(Imam Al-Mahdi) yang akan memenuhinya dengan keadilan

sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman.” (HR Abu At-Tufail)

“ Mahdi ialah dari kami ahlul-bait, Allah membawakan

kebaikan dengannya pada satu malam.” (HR Imam Ahmad)

30

Page 31: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Alam Melayu

Dlm Pandangan Allah

31

Page 32: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Pandangan Alam Islam (Worldview) yg Benar

i. Pengenalan kpd Allah sebagai yg Maha Pencipta & Maha Esaii. Apakah hakikat Wahyu dan peranannyaiii. Apakah hakikat Alam (Zahir, Batin, Ghaib, konsep Syurga neraka dsbnya)iv. Hakikat Diri Insanv. Makna Ilmuvi. Takrif Islam sbg ad Deenvii. Makna Kebebasanviii. Sifat-sifat Mahmudahix. Makna & pengalaman Kebahagian dalam Islam

Sumber:YM Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

32

Page 33: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Fahaman Agama Melayu Yang Benar

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

“ … sebagai mengikut tradisi leluhur kita yang mengambilnya daripara mubaligh ahlul-bait Alawiyyin khususnya dari AlamHadramawt”

33

Page 34: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Kekuatan Melayu: Keislaman Yang Benar

AQIDAH :

Ajaran Imam Al-Asya’arie & Maturidi

FEQAH :

Ajaran Imam As Syafiee

TASAWUF:

Ajaran Imam al-Ghazali,

Imam Ibnu Attoillah as Sakandari ,

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Imam Abdullah al-Haddad dsbnya

34

Page 35: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Tasawuf/Tarekat Alam Melayu yang Muktabar

Tarekat Syathariah

Tarekat Syaziliyah

Tarekat Rifaiyah

Tarekat Ahmadiyah

Tarekat Ba Alawi

Tarekat Chistiyah

Tarekat Samaniyah

Tarekat Naqsyabandi

Tarekat Qadiriyyah dsbnya

35

Page 36: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

TAREKAT BA’ ALAWI atau ALAWIYYIN

Dinisbahkan kepada Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali BaAlawi, berketurunan Sayyidina Hussein bin Fatimah binti Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Tarekat yang popular dengan amalan wirid Ratib al-Haddad dan Ratib al-Attas ini

diamalkan di banyak tempat di dunia Melayu, khususnya oleh keturunan ahlul-baitRasulullah صلى الله عليه وسلم yang ramai berserakan. Keunikan tarekat ini adalah pengamalannya

mengikut ajaran yang diperturunkan dari nenek moyang ahlul-bait dari Mekah dan

Madinah sehingga ke Hadhramaut, bersambung-sambung kepada cucu cicitnya yang

bertebaran di seluruh pelosok dunia hari ini.

Page 37: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

TAREKAT QADIRIYYAH

Dinisbahkan kepada Wali Qutub Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, berketurunanSayyidina Hassan bin Fatimah binti Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Ulama Melayu yang beramal

dengan tarekat ini ialah Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syeikh Syamsuddin as-Sumatrai,

Syeikh Ahmad Khatib Sambas, Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi as-

Sumbawi, Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atarid/’Utharid Bogor dan lain-lain lagi.

Kebanyakan penurunan murid Tarekat Qadiriyyah yang berada di dunia Melayu

sekarang adalah berasal dari salasilah Syeikh Ahmad Khatib Sambas, seorang sarjana

besar yang dikatakan hampir semua kiyai di Jawa menelusuri peneologi intelektual

mereka daripadanya. Syeikh Ahmad Khatib Sambas terkenal dengan sejarah

kekeramatannya.

Page 38: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

TAREKAT RIFAIYYAH

Dinisbahkan kepada Syeikh Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Abdur-Rahimar-Rifai, berketurunan Sayyidina Hussein bin Fatimah binti Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Antara

pengamalnya adalah Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan Syeikh Syihabuddin al-Haji bin

Abdullah al-Jawi.

Page 39: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

TAREKAT SAMANIYYAH :

Dinisbahkan kepada seorang Wali Qutub yang bernama SyeikhMuhammad bin Abdul Karim al-Qadiri as-Sammani al-Madani, berketurunanahlul-bait Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Antara pengamalnya di Alam Melayu ialah Syeikh Abdus

Samad al-Palembani, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, SyeikhMuhammad Nafis bin Idris al-Banjari, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatoni danramai lagi. Bagaimanapun setakat ini penulis belum dapat pastikan samada beliaudari jurai Sayyidina Hassan ataupun Sayyidina Hussein RAnhuma.

Beliau adalah penjaga makam Rasulullah صلى الله عليه وسلم di Madinah Munawwarah.Beliau terkenal kerana menggabungkan Tarekat Khalwatiyyah, Qadiriyyah,Naqshabandiyyah dan Syaziliyya, menjadikannya Tarekat Sammaniyyah. Pengikut-pengikutnya menyebarkan tarekat tersebut ke daerah Kalimantan, Betawi,Sumbawa, Sulawesi dan Semenanjung Tanah Melayu.

Page 40: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

TAREKAT SYAZILIYYAH

Dinisbahkan kepada nama seorang waliyullah yang terkenal, iaitu Sayyid Syeikh

Abil Hassan asy-Syazili bin Abd Jabbar bin Hurmuz, berketurunan SayyidinaHassan bin Fatimah binti Rasulullahصلى الله عليه وسلم..

Di kalangan dunia Melayu, Tarekat Syaziliyyah terkenal dengan hizibnya seperti

Hizbul Bahar, Hizbun Nasar dan lain-lain. Antara ulama yang mengikuti tarekat ini ialah

Syeikh Ismail Minangkabau, Kiyai Hj Mustaqim Jawa, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih

Jalaluddin Aceh dan murid-muridnya termasuk Syeikh Abdus Samad al-Palembani,

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatoni dan lain-lain.

Page 41: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

TAREKAT AHMADIYYAH IDRISSIYAH

Dinisbahkan kepada Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hassani,berketurunan Sayyidina Hassan bin Fatimah binti Rasulullahصلى الله عليه وسلم

Antara ulama Melayu yang menerima ijazah tarekat ini ialah Syeikh Wan Ali Kutan

al-Kalantani, Syeikh Abdus Samad/Tuan Tabal bin Muhammad Shalih al-Kalantani,

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Syeikh Muhammad Said al-Linggi, Syeikh

Abdul Fatah Jawa dan lain-lain lagi.

Page 42: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Melahirkan Jatidiri Melayu berciri Tasawuf

`...adalah erti Melayu ... umpama pucuk kayu yang melayukandirinya dan bukan layunya itu kerana terkena panas atau api.Bahawasanya dengan sahaja-sahaja ini jua ia melayukan dirinya, yakni iamerendahkan dirinya dan tiada ia mahu membesarkan dirinya, baikdaripada adab tertibnya atau daripada bahasa peraturannya atau daripadaadab makan dan minumnya dan perjalanannya dan kedudukannyasamada dalam majlis atau pada tempat yang lain.

Maka daripada perkara itu tiada diperbuatnya dengan mamang(melampau), melainkan adalah dengan perangainya yang lemah lembut,tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan berkurangan itulah adanya.

Page 43: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Pewarisan Ahlul-Bait Nabi صلى الله عليه وسلم di Alam Melayu

1. Nama hari-hari dalam seminggu

2. Tulisan Jawi

3. Cara sebutan@dialek Bahasa Arab

4. Nama-nama orang Melayu

5. Kewujudan ‘marga’ atau kabilah ahlul-bait Nabi صلى الله عليه وسلم

Sumber:

YM Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al Attas

Historical Fact & Fiction, hlm 135-142

Page 44: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Alam Melayu

Dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

44

Page 45: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Gazet Pohon Kerajaan Aceh 1506 M

Diwajibkan ke atas sekalian rakyat Aceh mengerjakankenduri Mawlid akan Nabi ,صلى الله عليه وسلم tiga bulan sepuluh hari

waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi

kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung

mengunjung ganti-berganti makan kenduri Mawlid

45

Page 46: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Gazet Pohon Kerajaan Aceh 1506 M

Diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian

kain sutera atau benang atau payung dan barang sebagainya yang

berupa warna kuning atau warna hijau tidak boleh memakainya kecuali

yang boleh memakainya iaitu kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib

yakni sekalian syarif-syarif dan sayyid-sayyid yang turun menurun

silsilahnya daripada Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husin keduanya

anak Sayyidatina Fatima Zahra Nisa' Al-Alamin alaihassalam bintiSayyidina Rasulullah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

46

Page 47: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

Gazet Kesultanan Perak

Salah satu jawatan penting dalam kesultanan Perak, iaitu jawatan Orang Kaya PadukaTuan diwarisi oleh zuriat “ Sayyid Sharif bangsa Hasyim Jamalullail bin Hussein yang di Perak” secara turun temurun sehingga tahun 1862M. Antara bidang tugas tradisinya ialah menjadi ketuabagi semua ahlul-bait di Perak serta pegawai hal ehwal agama dan kebajikan. Dalam bukuCempaka Sari tercatat tugas bidang kuasa tradisi ini seperti berikut :

” (Tempat dan miliknya) didalam kota besar dan segala Quraisy Hasyim, dan pegawai-pegawai masjid, haji-haji dan lebai-lebai, fakir-fakir darwis yang dalam negeri ini ikut perintahnya.”

Sumber:M.A Fawzi Basri, Cempaka Sari, sejarah kesultanan negeri Perak, 1986, hlm 149

47

Page 48: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU:Meraikan Keakraban Hubungan Nabi صلى الله عليه وسلم dgn Alam Melayu

HUBUNGAN DARAH:

Ramai dari rumpun Melayu khususnya dr keturunan ulama dan umara silam adalah

bertali dgn baginda dari jurai lelaki mahupun perempuan (Sumatera, Jawa, Kalimantan,

Brunei,Tanah Melayu, Sulu, Mindanao, Patani dsbnya).

HUBUNGAN WARISAN DAN BUDAYA ISLAM:

Intipatinya diambil dari ajaran mereka, seperti Pandangan Alam Islam, fahaman

Ahlussunnah wal Jamaah, akhlak, adab serta amalan yang sinonim dgn Alam Melayu sepertibersedeqah, mahabbah Rasulullahصلى الله عليه وسلم berselawat, berqasidah, bermarhaban dan bermawlid.

48

Page 49: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

“ Semoga kita dianugerahkan kecintaankepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan kepada ahli

keluarga baginda serta dikurniakan

syafaat baginda di Akhirat kelak”

Ameen ya Rabbal ‘alameen…

49

Page 50: Keakraban Hubungan Alam Melayu dengan Rasulullah ﷺ€¦ · Demikianlah keadaan para pedagang dan pengembara Arab di selatan Semenanjung Arab, berulang alik diantara Alam Melayu

INTAHA

50