kbm 3 fiqh islami

11
KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 4: ZAKAT FITRAH Andalus Corporation Pte Ltd

Upload: jessie

Post on 10-Feb-2016

104 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 3 FIQH ISLAMI. BAB 4: ZAKAT FITRAH. MAKSUD AYAT. Zakat fitrah ialah suatu ibadah yang diwajibkan atas umat Islam Zakat fitrah hanya berhak diberikan kepada golongan yang memerlukan. Zakat fitrah dapat mensucikan jiwa orang yang berpuasa di bulan Ramadan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KBM 3 FIQH ISLAMI

KBM 3 FIQH ISLAMI

BAB 4: ZAKAT FITRAH

Andalus Corporation Pte Ltd

Page 2: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 2

MAKSUD AYAT Zakat fitrah ialah suatu ibadah yang diwajibkan

atas umat Islam

Zakat fitrah hanya berhak diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Zakat fitrah dapat mensucikan jiwa orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Page 3: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 3

ZAKAT FITRAH• Definisi dan pensyariatannya:

• Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan pada setiap bulan Ramadan.

• Disyariatkan pada bulan Sya’aban 2H.

• Tujuannya untuk mensucikan hati dan jiwa orang yang berpuasa.

Page 4: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 4

ZAKAT FITRAH• Zakat fitrah juga bertujuan untuk memberi

makan kepada fakir dan miskin agar mereka dapat bergembira dan cukup serta tidak meminta-minta pada Hari Raya Aidilfitri.

• Sabda Nabi: “Cukupkanlah keperluan mereka (fakir miskin itu) supaya mereka tidak berkeliling meminta-minta pada hari itu.” (HR. Daraquthni dan Baihaqi)

Page 5: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 5

ZAKAT FITRAH• Zakat fitrah adalah salah satu cara untuk

membersihkan hati dan jiwa orang yang berpuasa.

• Dipanggil zakat al-nafs kerana tujuannya ialah untuk mensucikan hati dan jiwa manusia yang mengeluarkan zakat fitrah.

Page 6: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 6

ZAKAT FITRAH• Hukum zakat fitrah adalah fardhu.• Ia berdasarkan hadis daripada Ibnu Umar

r.a yang mengatakan :

“Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah…” (HR. Bukhari dan Muslim)

Page 7: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 7

ZAKAT FITRAH• Orang yang wajib membayar zakat fitrah:

• Setiap muslim (lelaki atau perempuan, besar atau kecil, merdeka atau hamba)

• Setiap ketua keluarga bertanggungjawab atas orang di bawah tanggungannya (seperti anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya)

Page 8: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 8

ZAKAT FITRAH• Syarat-syarat wajib zakat fitrah ialah:

• Orang Islam• Orang yang memiliki kelebihan makanan

selama sehari semalam untuk sekeluarga

• Orang yang mendapati matahari terbenam pada akhir bulan Ramadan

Page 9: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 9

ZAKAT FITRAH• Waktu diwajibkan membayar zakat fitrah:

• Dibolehkan membayar zakat fitrah sejak dari awal bulan Ramadan.

• Waktu yang wajib ialah sesudah terbenamnya matahari pada tanggal akhir bulan Ramadan.

• Waktu yang paling afdal ialah setelah solat Subuh sebelum solat Hari Raya pada 1 Syawal

Page 10: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 10

ZAKAT FITRAH• Kadar wajib zakat fitrah:

• Kadar diwajibkan untuk tiap seorang ialah 1 sha’ iaitu hampir sama dengan 2.305 kg (dibulatkan kepada 2.5 kg) dari beras atau makanan asas dalam negeri masing-masing.

• Dibolehkan membayarnya dalam bentuk wang yang sama harganya dengan 2.5 kg beras.

Page 11: KBM 3 FIQH ISLAMI

2008 KBM 3 FIQH BAB 4 11

ZAKAT FITRAH• Orang yang berhak menerima zakat fitrah:

1. Golongan fakir2. Golongan miskin3. Pegawai zakat (amil)4. Golongan mualaf5. Hamba sahaya yang akan dibebaskan6. Orang-orang yang berhutang7. Fi Sabilillah (kegunaan pada jalan Allah)8. Ibnu Sabil