kbat

8
Setiap soalan peperiksaan biasanya dimulakan dengan kata tugas yang mengharapkan respons yang tertentu daripada pelajar. Samada PT3, SPM atau STPM, calon perlu mengemukakkan jawapan yang menepati kehendak soalan. Sebagai contohnya, kata tugas 'Di Manakah' memerlukan pelajar untuk memberi respon yang mampu menyataan kedudukan atau tempat dengan betul. Contoh Kata Tugas Soalan Peperiksaan Jom saya kongsikan contoh kata tugas soalan peperiksaan, yang telah dibahagikan mengikut Bloom Taxonomy, serta respons yang diharapakan dalam jawapan pelajar. Semoga membantu! BLOOM TAXONOMY KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN Pengetahuan Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology Di manakah Menyatakan kedudukan / tempat Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu

Upload: kirutping71

Post on 09-Jul-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Kbat

Setiap soalan peperiksaan biasanya dimulakan dengan kata tugas yang mengharapkan respons yang tertentu daripada pelajar. Samada PT3, SPM atau STPM, calon perlu mengemukakkan jawapan yang menepati kehendak soalan. Sebagai contohnya, kata tugas 'Di Manakah' memerlukan pelajar untuk memberi respon yang mampu menyataan kedudukan atau tempat dengan betul. 

Contoh Kata Tugas Soalan Peperiksaan

Jom saya kongsikan contoh kata tugas soalan peperiksaan, yang telah dibahagikan mengikut Bloom Taxonomy, serta respons yang diharapakan dalam jawapan pelajar. Semoga membantu!

BLOOM TAXONOMY

KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

Pengetahuan

Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik

Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur

Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology

Di manakah Menyatakan kedudukan / tempat

Isikan Memenuhkan maklumat yang

Page 2: Kbat

spesifik di ruang

Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu perkara / benda / pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas

Labelkan Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi

Lengkapkan Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual / rajah / ayat yang diberikan

Namakan Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda / istilah / terminology / proses

Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan

Padankan Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya

Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks

Takrifkan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology

Tandakan Meletakkan symbol yang dikehendaki

Tulis Mencatat huruf / angka / symbol yang khusus

Page 3: Kbat

Kefahaman

Bagaimanakah Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah / kejadian

Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur

Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek

Buatkan Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji

Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat

Di manakah Menyatakan tempat / kedudukan

Fokuskan Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu

Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang

Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami

Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang

Lorekkan Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada kawasan / rantau / ruangan tertentu

Manakah Menyatakan pilihan

Mengapakah Memberi sebab

Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan

Page 4: Kbat

lanjut / huraian / sokongan

Padankan Membuat penyesuaian yang setara  berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya

Pasangkan Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosesdur yang betul

Susun Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah / prinsip / keperluan / keutamaan

Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi

Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

Terjemahkan Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain

Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

Aplikasi

Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/

Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

Bincangkan Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek

Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu

Page 5: Kbat

Cari Memberikan suatu nilai / kedudukan / perkara secara mengenai pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas

Gariskasarkan Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses / tindakan

Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh / gambarajah / rajah

Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk / tolok

Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksanakan

Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara megikut aras / tahap tertentu

Pilih Menentukan maklumat yang terbaik

Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan / petikan secara pendek / padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal

Selesaikan Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / prinsip / teori secara spesifik / berbentuk poin tanpa memberi hubungan / perkaitan / penerangan lanjut bagi setiap satunya

Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan

Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan

Page 6: Kbat

bukti

Ulas Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik

Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki

Analisis

Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan

Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara

Cadangkan Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negative

Formatkan Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip / prosedur / peraturan tertentu

Galurkan Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi

Gambarkisahkan Memberi penerangan dengan menggunakan gambarajah

Huraikan Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci

Jadualkan Membuat susunan tentang perkara / maklumat / acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan

Klasifikasikan Mengumpulkan / membahagi-bahagikan / melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan . kategori berdasarkan kesamaan kualiti / criteria / ciri / sifat

Page 7: Kbat

Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah / gambarajah / peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian

Laporkan Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisah atau bertulis

Lukis Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah / gambar rajah / graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu

Plot Menanda / melukis titik-titik graf

Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu

Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian mengikut format

Tentusahkan Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti

Ukur Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya

Sintesis

Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat tertentu

Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

Hitungkan Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) atau

Page 8: Kbat

menggunakan rumus

Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor

Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi

Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat / petikan

Sarankan Memberi pandangan / idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi

Sediakan Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan / melengkapkan / menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip yang tertentu

Syorkan Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif

Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan dengan

Unjur Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan

Penilaian

Bangunkan Menghasilkan satu aturcara / program yang menggunakan perisian / kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu

Ciptakan Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti

Deduksikan Membuat kesimpulan

Page 9: Kbat

berdasarkan sesuatu

Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara

Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara

Rekabentukkan Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototaip / model

Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara

Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan

Soalan-soalan berunsur KBAT biasanya bermula daripada Aras Analisis, Sintesis dan Penilaian dalam Bloom Taxonomy. Biasakan menyoal pelajar-pelajar dengan soalan yang bercorak sebegini, bagi menerapkan unsur KBAT dalam pembelajaran mereka! Semoga berjaya ..