kayu teras kemuning hitam

Upload: sampoernahijau

Post on 14-Jan-2016

483 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Khasiat Kayu Teras Kemuning HitamKhasiat Kayu Teras Kemuning Hitam

TRANSCRIPT

  • Khasiat Kayu Teras Kemuning Hitam

    Kayu Teras Kemuning Hitam dikatakan begitu Ampuh dalam Perubatan. Pada masa kini

    untuk mendapatkan stok kayu kemuning hitam tidak semudah dulu. Walau bagaimanapun

    perlu dingat kita hanya berusaha dengan ilmu dan gerak-geri dariNya jua. Sembuh atau tidak

    adalah dengan kehendak dan izinNya juga. Ramai yang menempahnya dalam bentuk serbuk

    (dibeli sekitar harga RM40-RM80) dan racikkan (dibeli sekitar harga RM40-RM80) untuk

    dijadikan bahan Rebusan serta airnya dijadikan sebagai minuman sebelum tidur. Kesan

    pertama kali minum, tidak boleh tidur kerana panas, tapi lama-lama jadi biasa.

    Kaedah mengambilnya ialah menebang pokok kemuning harus pada waktu pagi sebelum

    panas atau pada waktu petang. ini untuk mengelakan kemuning pecah. Setiap potongan

    kemuning biarlah panjang kerana ianya akan retak di kedua bahagian yang dipotong yang

    nanti waktu dibelah dapat diselamatkan bahagian yang tidak retak. Cara menyimpan

    kemuning hendaklah di ruangan berkelembapan tinggi tetapi tidak panas. Bahagian terbaik

    kemuning adalah di bahagian tengah batang, bahagian umbi dan umbi dalam tanah beserta

    akar.

  • PERUBATAN

    Dalam perubatan dan kepercayaan masyarakat Melayu, teras kemuning hitam dianggap

    mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara khasiatnya ialah

    a. untuk merawat gigitan serangga dan binatang berbisa. Caranya ialah dengan melekatkan

    teras tersebut terus pada tempat gigitan. Khasiatnya yang lain ialah sebagai ubat untuk

    mempercepatkan penyembuhan luka.Ia digunakan dengan cara mengasah teras kemuning

    pada pasu tanah liat dan disapukan airnya pada tempat luka.

    b. Kemuning hitam jugat terbukti dalam menyembuhkan masalah perut yang meragam dan

    tak berapa selesa seperti cirit birit, senak dan sakit perut. Caranya ialah dengan merendam

    teras kayu kemuning hitam dalam air atau diasah. Airnya kemudian diminum. Satu kajian

    saintifik yang mengatakan bahawa enzim bewarna kuning yang terdapat dalam kayu

    kemuning hitam mampu mengembalikan kesihatan perut.

    c.Ia amat mujarab bagi mengubati kesihatan batuk dan santau.

    * Maksud hadis Nabi "Tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali mati".

    Teras kemuning hitam telah dipelbagaikan kegunaannya seperti cincin, tongkat atau disimpan

    terasnya bg tujuan perubatan. Teras atau daging kayunya berwarna hitam dengan pelbagai

    khasiatnya.

    Cara penggunaan

    1. Di asah dengan kemenyan dan diminum mengikut keperluan untuk penyakit. Airnya

    berwarna kuning. Digunakan untuk mengubati penyakit seperti

    a. Demam panas

    b. Mabuk atau keracunan makanan

    c. Kencing manis

    d. Buasir

  • e. Batuk dan lelah

    f. Lemah tenaga batin

    g. Sakit perut

    h. Lain-Lain Penawar Penyakit: kecacingan, sakit dalam mulut/tengkuk, mata kabur,

    melancar peredaran darah, mengatasi keputihan, batu karang dan susah buang air.

    2. Minyak daripada kayunya disapu di tempat berkenaan bagi mengubati penyakit seperti

    a. Sakit pinggang

    b. Kebas atau lenguh2 urat

    c. Kembung perut

    d. Jerawat dan kudis

    e. Luka

    f. Lain-Lain Penawar Penyakit: uluran, busung, terlekat uri, dll

    3. Juga berguna untuk

    a. Menolak sihir serta santau bila terasnya disimpan didlm rumah atau dipakai

    b. Penawar gigitan berbisa diasah dan dilumur di tempat yg berkenaan

    c. Mengubati haiwan diasah dan diberi minum.

    d. Penenang hati

    e. Penolak sihir/ilmu hitam

    f. Penakut hantu/iblis syaitan

    g. Penawar gigitan binatang bias

    h. menguatkan tenaga batin

    i. Penawar mabuk/racun

  • Pandangan Ustaz Sharhan bin shafie At-Thobibi (Sinar Zamdurrani)

    Antara makhluk kejadian Allah yang ditakuti oleh jin dan syaitan(makhluk halus) ialah

    sejenis kayu yang dinamakan Kemuning Hitam. Dalam sebuah kitab perubatan kayu ini boleh

    menyembuh 9999 jenis penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara kegunaan dan

    kelebihannya sebagaimana dilampirkan. Khazanah tumbuhan kayu ini yang banyak

    khasiatnya, merupakan salah satu kayu yang digunakan sejak zaman dulu lagi oleh pengamal

    perubatan traditional melayu sehingga hari ini, kayunya amat keras dan sekiranya direndam

    didalam air panas, ia akan bertukar menjadi kuning dan boleh diminum.