kaunseling model egan

Upload: limau-nipis

Post on 07-Mar-2016

315 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

teori kaunseling egan

TRANSCRIPT

5

5.2. Model Kaunseling EganUntuk menjalankan sesi kaunseling yang berkesan, ia perlulah berlandaskan kepada panduan yang berstruktur. Dalam sesi kaunseling yang di jalankan bersama klien, kaunselor telah menggunakan Model Kaunseling Egan bagi membantu perkembangan proses kaunseling yang menggunakan pendekatan pemusatan insan. Model Egan menghuraikan proses yang berlaku dalam perhubungan kaunseling sejak dari mula kaunselor berhadapan dengan klien sehinggalah tindakan di lakukan untuk mengatasi isu dan permasalahannya. Gambarajah di bawah merumuskan perkembangan model kaunseling Egan yang di gunakan kaunselor:

1) Tahap 1 Senario Sekarang (Sesi 1, 2, 3)I. Mendengar Cerita

Pada permulaan sesi, klien telah di pelawa untuk berkongsi apa sahaja dengan kaunselor. Klien telah di berikan kebebasan untuk menyuarakan isi hatinya kepada kaunselor. Kaunselor tidak menghalakan topik perbincangan tetapi sebaliknya klien di berikan kebebasan untuk memilih topik yang ingin di kongsikan. Kaunselor menggunakan 3 sikap utama teori pemusatan insan di mana kaunselor menunjukkan sikap kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan empati terhadap klien. Kaunselor memberitahu klien bahawa kaunselor bersedia untuk mendengar apa sahaja yang ingin di kongsikan oleh klien. Kaunselor tidak akan menghakimi klien dengan cerita yang bakal di kongsikannya. Kaunselor juga cuba memahami penceritaan klien dengan tekun seolah-olah seperti kaunselor sendiri mengalami pengalaman yang di ceritakan klien.

Pada peringkat permulaan ini, kaunselor cuba menggalakkan klien untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Kaunselor mendengar dengan teliti dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap penceritaan klien. Pada peringkat awal, klien kelihatan mempunyai banyak perkara yang ingin di sampaikan kepada kaunselor. Klien tidak tahu bagaimana mahu memulakan ceritanya. Justeru itu, kaunselor memberikan galakan kepada klien untuk memulakan penceritaannya.

Semasa tahap penceritaan ini beberapa kemahiran banyak di gunakan seperti soalan terbuka dan tertutup, dorongan minima, refleksi perasaan, pernyataan semula, parafrasa, dan rumusan.

II. Perkara Tidak Nampak (Blind Spots)

Setelah mendengar cerita daripada klien, kaunselor cuba mengenalpasti perkara yang perlu di buat penjelasan. Antaranya terdapat percanggahan idea yang di lontarkan oleh klien, ketidakselarian jalan cerita, cerita tidak mendalam dan hanya lapisan luar sahaja dan berlaku tapisan. Contohnya di mana klien menunjukkan ketidakselarian jalan ceritanya. Jadi, kaunselor menggunakan kemahiran konfran untuk mendapatkan kepastian akan perkara yang sebenar. (Pada sesi pertama klien berkata : Saya suka keluar rumah kot sama kawan-kawan kat sekolah dan jiran tiap hujung minggu. Kami shopping dan balik lewat malam..jam 9.00, 10.00 macam tu ah..shopping sana sini. Pada sesi ketiga klien menyatakan sebaliknya Saya tak suka tinggal kat rumah ini, dimarahi ayah selalu, selalu kurung diri kat bilik menangis. Ayah ibu tak tahu kot. Nak keluar nak bagi tahu ayah juga. Saya tak pernah keluar rumah ikut kawan. Ah bila nak keluar, mesti ada ibu ikut sama, ke Tuition Centre juga ada ibu, tak penah keluar sendirianayah marah bosan juga ni.: Kaunselor menggunakan kemahiran konfrantasi : kalau saya tak silap L ceritakan dalam sesi pertama, L selalu keluar rumah dengan kawan setiap hujung minggu dan balik lewatshopping dan hari in, L ceritakan pada saya tak pernah keluar rumah dengan kawan, saya kurang pasti apa yang L nak bagi tahu kat saya?.

III. Membuat PertimbanganMatlamat dalam fasa ini supaya klien boleh membuat keputusan untuk memilih persoalan (isu/masalah) mana yang mahu di beri tumpuan dulu. Klien mengemukakan beberapa isu kepada kaunselor semasa sesi kaunseling. Antara isu yang di bawa oleh klien semasa sesi kaunseling masalah perhubungan klien dengan ayah ( relationship problems), masalah komunikasi dan hubungan yang tidak mesra dengan adik-beradik, masalah tingkah laku dan juga klien tertarik dengan seorang pelajar lelaki di Pusat Tuisyen. Kaunselor memberikan klien kebebasan isu yang manakah mahu di tanganinya terlebih dahulu. Kaunselor bersama klien meneroka dan menangani isu mengikut keutamaan klien berdasarkan setiap sesi yang telah di jalani. Contohnya kaunselor membantu klien bersedia untuk bertemu dengan ibu bapanya untuk mengungkapkan perasaannya terhadap mereka selama ini dan memperbaiki perhubungannya dengan ayahnya dan juga membuat perancangan jadual belajar.Tahap satu yang di kemukakan Egan ini merujuk kepada senario sekarang amat relevan dengan pendekatan pemusatan insan yang di gunakan kaunselor. Pendekatan ini melihat kepada aspek di sini dan sekarang yang tidak terlalu menyelongkar kisah silam atau zaman kanak-kanak yang telah di lalui oleh klien berbeza dengan pendekatan psikoanalisis. Oleh itu, model ini sesuai di gunakan dalam membantu perkembangan kaunseling yang di jalankan.

2) Tahap 2 : Senario Diingini (Sesi 4, 5, 6,)I. Kemungkinan-kemungkinanMatlamat kaunselor pada tahap ini ialah untuk membantu klien supaya beliau mendapat panduan untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang boleh di ambilnya untuk kebaikan masa hadapan. Sebelum tindakan di lakukan klien perlu melihat apakah perubahan yang dikehendakinya. Adakah perubahan ini boleh di lakukan atau tidak. Dunia baru yang di kehendaki ini semestinya mestilah lebih baik daripada dunianya sebelum ini.Klien menyatakan matlamat utama menjalani kaunseling ialah agar seseorang dapat mendengar masalah yang dihadapinya. Klien mahu memperbaiki masalah perhubungan dengan ayahnya, mencuba berkomunikasi dan mendengar ayahnya, menjalinkan hubungan mesra dengan adik-adiknya, mahu belajar bersungguh-sungguh dan akan mengurangkan nada suara yang tinggi dan bercakap kasar apabila dalam keadaan marah. Kemungkinan-kemungkinan ini dibincangkan bersama di mana klien banyak menyuarakan perasaan dan keinginannya sementara kaunselor banyak mendengar dengan aktif dan memberikan pandangan untuk kebaikan klien pada masa hadapan.

II. AgendaKemungkinan-kemungkinan yang di pilih oleh klien seperti mahu memperbaiki hubungan dengan ayah, mencuba berkomunikasi dengan ayah, menjalinkan hubungan mesra dengan adik perempuannya, mahu belajar bersungguh-sungguh dan mengurangkan nada suara yang tinggi dan bercakap kasar semuanya di bincangkan bersama mengikut urutan dan secara spesifik. Kaunselor memberikan tumpuan kepada hasil bukannya aktiviti, melihat ianya secara spesifik dan boleh di lakukan, sebagai sesuatu yang mencabar dan perlulah berhasil, realistik dan boleh di kekalkan, sesuai dengan nilai yang di pegang klien dan melihat kesesuaian masa yang di miliki oleh klien.III. KomitmenKomitmen bukanlah merupakan fasa dalam perkembangan kaunseling bersama klien tetapi ianya penting dalam pembentukan matlamat yang harus di capai secara komited atau bersungguh-sungguh. Klien dilihat begitu komited dalam mencapai matlamat yang di kehendakinya. Klien bersedia untuk mencapai matlamat yang telah di tetapkan sepenuhnya dengan cara yang rasional dan boleh dilakukan. Klien menunjukkan komitmen yang tinggi dan berusaha untuk mencapai matlamatnya.

3) Tahap 3: Tindakan (Sesi 7,8,9)

I.Strategi BerkemungkinanStrategi merupakan cara untuk mengenal pasti dan memilih jalan tindakan supaya matlamat klien. Pada tahap ini, klien kelihatan bersemangat berbanding dengan permulaan sesi dan klien juga mempunyai beberapa strategi untuk menghadapi dan menyelesaikan masalahnya. Kesediaan klien untuk bertemu dengan ibu bapanya dan membuat jadual waktu belajar, mengikuti kelas tuisyen dan memulai berkomunikasi dengan ayah, mengubah sikapnya yang suka meninggikan suara, melawan cakap, bergaduh dan suka keluar rumah merupakan satu strategi yang mampu dilakukan.

II.Memilih Strategi TerbaikSetelah pelbagai strategi di bincang dan di lihat bersama, klien perlu membuat pilihan strategi mana yang bersesuaian dengan keupayaan dan nilai dirinya. Strategi yang bakal di pilih haruslah spesifik iaitu tidak terlalu luas dan memberi makna kepada klien. Ia juga haruslah realistik yang mana ianya boleh di lakukan oleh klien.

Setelah mendapat celik akal, klien memilih beberapa strategi yang mana mendorong kepada perubahan sikap dan menentukan matlamat hidupnya. Klien mulai membuat perancangan yang bakal di lakukannya.

III.Membuat Perancangan

Rancangan membolehkan klien mengikuti strategi dan agenda yang sudah di tetapkan. Ia memerlukan klien akur kepada disiplin yang di persetujui dan tidak lari dari matlamatnya. Perancangan yang di lakukan dapat membantu klien melihat sesuatu dengan lebih teratur atau satu persatu.

Klien menetapkan kesediaan klien untuk bertemu dengan ibu bapanya dan membuat jadual waktu belajar, mengikuti kelas tuisyen dan memulai berkomunikasi dengan ayah semasa pulang bercuti hujung minggu, mengubah sikapnya yang suka meninggikan suara, melawan cakap dan suka keluar rumah Klien mula menunjukkan komitmen untuk berubah dengan bertindak menghentikan tabiat negatifnya ini. Klien kelihatan optimis dengan perancangan yang di lakukannya dan yakin mampu melakukannya dengan jaya.

Tahap 1

Senario Sekarang

Apa yang sedang berlaku?

Sesi 1,2 &3

Tahap 2

Senario Diingini

Apa yang saya mahu?

Sesi 4,5 &6

Tahap 3

Tindakan

Apa saya dapatkan?

Sesi 7,8 & 9

Cerita

Kemungkinan

Strategi

Perkara x nampak

Agenda

Strategi Terbaik

Pertimbangan

Komitmen

Rancangan

Bagaimana saya boleh mencapai semua ini?