kaum cina

4

Click here to load reader

Upload: vivi-sim

Post on 23-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu kaum cina

TRANSCRIPT

Page 1: KAUM CINA

KAUM CINAMasyarakat Cina mempunyai adat resam ataupantang larang yang agak unik. Kehidupan seharianmereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alamsekeliling menyebabkan mereka banyak bergantungkepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilikmempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujukdalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secaraberbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalammasyarakat Cina, namun apa yang diterangkan sepertiberikut merangkumi adat resam masyarakat Cinasecara keseluruhannya.KELAHIRANSewaktu MengandungPelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkanoleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakallahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cinayang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat didalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawabmenjaga wanita mengandung dan bukannya suami.Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Inikerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan merekamelalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuanhanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahajadan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milikkeluarga suaminya.

Pantang LarangTerdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhisemasa mengandung dan diantaranya ialah tidakdibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku keranadikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku sepertitidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukulbinatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supayakandungan tidak mengalami sebarang gangguan.Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasamengandung juga adalah antara pantang larang dalammasyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaankecewa bila harapan tidak tercapai.Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalukerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahirkelak akan mempunyai sifat yang manja.Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamildilarang sama sekali makan makanan yang tajamseperti nenas dan mangga serta tidak digalakkanmakan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besardan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atauperempuan, maka masyarakat Cina melihat bentukperut wanita yang hamil, terutama apabila kandunganberusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat,bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknyalelaki jika perut kelihatan tajam.Selepas Lahir

Page 2: KAUM CINA

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkanbayi.B e rpantangWanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantangselama empat puluh hari hari.Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain padaperutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin danuntuk mengeringkan tali pusat.Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina.Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang padamasa depan.Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orangtua.Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakalmenjalani kehidupan yang kaya.Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satupusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.Dari segi pemakanan, masyarakat Cinamenggunakan sejenis arak yang dibuatdaripada beras yang diperam dalam masakanmereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannyadigoreng.Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapatmengeluarkan angin daripada badan wanitayang bersalin disamping menguatkan semulatenaga.KenduriSeperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turutmengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umursebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merahdan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta teluryang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepadasaudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuihdan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiahberupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.Mencukur RambutSeperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina jugamengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukurrambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yangdilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuhsemasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhirambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadapkelahiran orang baru ke dalam masyarakat.M

Page 3: KAUM CINA

e mberi NamaNama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengannama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi dikalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pulamerupakan nama bagi panggilan diri sendiri.Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin danYang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapatlima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberinama bayi yang baru lahir.Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik sepertilambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.Bunyi nama mestilah sedap didengar.Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angkayang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin danYang yang sama berat.Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanahdan kayu serta saling melengkapi.Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harusdisusun secara seimbang yang mengandungiunsur Yin dan Yang.Kegagalan memberikan nama yang baik juga akanmempengaruhi perjalanan hidup seseorang,samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapatkesejahteraan.Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuaiuntuk seseorang bayi kadangkala menyebabkanmereka mengambil masa yang agak lama,khususnya bagi mereka yang masih terikatdengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.