kata

38
KATA TUGAS

Upload: kitchens-mem

Post on 01-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jj

TRANSCRIPT

Kata tugas

KATA TUGASDefinisi Kata TugasKata tugas ialah kata yang tidak dapat berdiri dengan sendiri. Ia memerlukan perkataan lain untuk membentuk ayat yang lengkap.Semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif digolongkan sebagai kata tugas.Contoh : dan, atau, yang

JENIS-JENIS KATA TUGASDefinisi Kata Penyambung Ayat ialah perkataan yang bertugas menghubungkan dua atau lebih daripada dua binaan ayatTerbahagi kepada dua jenis :

KATA PENYAMBUNG AYATJenis-Jenis Kata Penyambung Ayat

Definisi Kata Hubung Gabungan ialah perkataan yang menghubungkan dua atau lebih kata / frasa yang setara sifatnya Contoh : atau, dan, serta, tetapi Contoh ayat : Awak suka cerita ini atau cerita itu.

Kata Hubung GabunganDefinisiKata Hubung Pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa tak sama setara pada klausa utama.Terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

Kata Hubung Pancangan7DefinisiKata Hubung Pancangan Relatif ialah perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.Contoh : yangContoh ayat : Mariam membeli kasut yang berwarna hitam.

Kata Hubung Pancangan Relatif8Definisi Kata Hubung Pancangan Komplemen ialah perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa pelengkap.Contoh : bahawa , untuk Contoh ayat : Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.Kata Hubung Pancangan KomplemenDefinisi Kata Hubung pancangan keterangan ialah perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa keterangan.

Contoh : semoga, ketika, sekiranya, keranaContoh ayat : Farid dirawat di hospital kerana dia demam panas.Kata Hubung Pancangan KeteranganDefinisi Kata praklausa ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, atau penerang pangkal klausa.Terbahagi kepada lima jenis iaitu :

KATA PRAKLAUSAJenis-jenis Kata PraklausaDefinisiKata Seru ialah perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.

Contoh : oh, wah, aduh, eh, amboi, cisContoh ayat : Wah, besarnya rumah Nazirah !Kata SeruDefinisi Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau seseorang.

Contoh : apa, siapa, bila mengapa, berapaContoh ayat : Siapa ketua kelas awak? Kata TanyaDefinisi Kata Pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk membenarkan sesuatu pertanyaan

Contoh : benar, betul, yaContoh ayat : Benar, sayalah yang bersalah dalam hal ini.Kata PembenarDefinisi Kata Perintah adalah untuk menyampaikan arahan, larangan, suruhan atau permintaan.

Contoh : jangan, sila, tolongContoh ayat : Jangan berebut semasa menaiki bas. Kata PerintahDefinisi Kata Pangkal Ayat ialah perkataan yang digunakan sebagai penanda dalam kesinambungan ayat

Contoh : maka, alkisah, adapunContoh ayat : Adapun keris itu milik Hang Tuah dari Melaka.Kata Pangkal AyatDefinisi Kata Prafrasa ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Terbahagi kepada lapan jenis :

KATA PRAFRASAJenis-Jenis Kata Prafrasa

DefinisiPerkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja.

Terbahagi kepada dua jenis : Kata BantuJenis-jenis Kata BantuDefinisiPerkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Terbahagi kepada tiga jenis :Kata PenguatJenis-jenis Kata PenguatDefinisiBagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.

Contoh: tidak, bukan

Contoh ayat : Proton Iswara itu bukan kereta saya.Kata NafiDefinisi Digunakan untuk memerikan sesuatu hal .

Contoh: ialah, adalah.

Contoh ayat : Kenyataan itu adalah benar.Kata PemeriDefinisi Perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan dalam ayat. Terbahagi kepada dua jenis:Kata PenegasJenis-jenis Kata PenegasDefinisiPerkataan yang terdapat kebiasaannya pada bahagian hadapan frasa nama yang mempunyai tugas tersendiri. Contoh: terhadap, umpama, dengan, daripada, hingga, oleh.

Contoh ayat : Pencuri itu telah ditangkap oleh polis.

Kata Sendi NamaDefinisiDigunakan untuk menunjukkan arah atau hala sesuatu perkara.

Contoh: atas, bawah, tepi, hujung, kiri, kanan.

Contoh ayat : Mereka berkelah di tepi sungai.Kata ArahDefinisiPerkataan yang menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu perkara, orang atau benda.

Terbahagi kepada lima jenis : Kata BilanganJenis-jenis Kata Bilangan Definisi : Bilangan yang tentu jumlahnya Contoh : seekor, dua, tiga Contoh ayat : Pak Amir memiliki seekor lembu.

Definisi : Bilangan yang tak tentu jumlahnyaContoh : beberapa, seluruh, semua.Contoh ayat : Semua pelajar berkumpul di padang sekolah.

Kata Bilangan TentuKata Bilangan Tak TentuDefinisi : Menunjukkan bilangan yang tentu Contoh : berpuluh-puluh, bertahun-tahun.Contoh ayat :Bertahun-tahun Ali pergi bertapa.

Definisi : Menunjukkan bilangan tak tentu Contoh : masing-masing, tiap-tiap, setiapContoh ayat : Setiap hari Fahmi bermain bola.

Kata Bilangan HimpunanKata Bilangan PisahanDefinisi : Kata bilangan pecahanContoh : separuh, setengah, dua per tiga.Contoh ayat : Separuh daripada kek itu telah dimakan oleh Kasmah.

Kata Bilangan PecahanLATIHANGariskan jawapan yang betulBas itu bergerak ___________ membelok ke kiri ( atau, lalu )Awak suka cerita itu _________ cerita ini ( tetapi, atau )________harga buku ini ? ( Berapa, Mengapa )________ berebut semasa menaiki bas ( Sila, Jangan )________ besarnya rumah Mariam! ( Eh, Wah )JAWAPANGariskan jawapan yang betulBas itu bergerak ________ membelok ke kiri ( atau, lalu)Awak suka cerita itu _________ cerita ini ( tetapi, atau )_________ harga buku ini ? ( Berapa, Mengapa )_________ berebut semasa menaiki bas ( Sila, Jangan )__________, besarnya rumah Mariam! ( Eh, Wah )