kata tugas

43
Kata Tugas ( Kata Seru) KATA SERU PERKARA KETERANGAN Kata Seru Kata seru ialah suatu bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan yang lahir daripada pertuturan seseorang. Kata seru ini digunakan dalam ayat seruan bagi melahirkan perasaan seperti marsh, takut, harapan, rayuan, dan sebagainya. Antara contoh kata seru adalah seperti yang berikut: aduh amboi cis cih celaka aduhai wah eh wahai syabas oh nah Contoh: Aduh, sakitnya kakiku ini! Wah, cantiknya bangunan yang tinggi itu! Wahai anakku, elakkan dirimu daripada najis dadah Oh, kamu yang mengambil buku latihan saya semalam! Oh Tuhanku, lindungilah diriku yang hina ini! Syabas, engkau telah berjaya menamatkan pengajian itu! Peringatan:- Tanda koma perlu digunakan selepas kata seru atau perkataan yang memisahkan ayat kecil dengan ayat besar dan tada seru perlulah ( ! ) perlulah digunakan pada akhir ayat seru. LATIHAN PENGUKUHAN A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata seru yang sesuai. 1

Upload: nik-nur-nisa-natasya

Post on 16-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Golongan kata

TRANSCRIPT

Kata Tugas ( Kata Seru)

KATA SERUPERKARAKETERANGAN

Kata SeruKata seru ialah suatu bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaanyang lahir daripada pertuturan seseorang. Kata seru ini digunakan dalam ayat seruan bagimelahirkan perasaan seperti marsh, takut, harapan, rayuan, dan sebagainya. Antara contohkata seru adalah seperti yang berikut:

aduhamboiciscihcelakaaduhaiwahehwahaisyabasohnahContoh:Aduh, sakitnya kakiku ini!

Wah, cantiknya bangunan yang tinggi itu!

Wahai anakku, elakkan dirimu daripada najis dadah

Oh, kamu yang mengambil buku latihan saya semalam!

Oh Tuhanku, lindungilah diriku yang hinaini!

Syabas, engkau telah berjaya menamatkan pengajian itu!

Peringatan:-

Tanda koma perlu digunakan selepas kata seru atau perkataanyang memisahkan ayat kecil dengan ayat besar dan tada seru perlulah ( ! ) perlulah digunakan pada akhir ayat seru.

LATIHAN PENGUKUHANA.Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata seru yang sesuai.

1____________________tingginya bangunan-bangunan di ibu kota!2____________________berani kamu mencabar aku!3____________________anakku, belajarlah dengan tekun agar engkau berjaya!4____________________kamu boleh berada di sini lebih awal daripada saya!

5____________________cantiknya baju kebaya yang dipakainya itu!B.Pilih jawapan yang sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1

2

............................,tidak sangka dia boleh mengarang begitu baik!

AEhCWah

BOhDWahai

..........................,sakitnya hati mendengar kata-kata lelaki itu!

AOhCAduhai

BAduhDAmboi6

7

...................................,rasakan tikaman kerisku ini!

A.CisCOh

BNahDAduh

............................., cantik sungguh lukisan kamu ini!

AWasCWahai

BCisDEh

3

4

5.........................., berani kamu masuk ke kawasan kami!

AOhCHai

BEhDCis

........................., saya tidak menyangka dia sanggup mempermainkan saya!

AOhCEh

BSyabasDAduhai

........................, memang kamu tidak layak menyertai kumpulan ini!

AAhCOh

CWahDNah8

9

10

............................, aku tetap tidak bersetuju dengan cadangan kamu itu!

AAduhaiCAmboi

BAduhDCis

.........................., lama tidak dengar cerita, tiba-tiba sahaja sudah beranak tiga!

ASyabasCEh

BNahD Oh

........................., semua penduduk kampung, marilah kita bangkit menentang penjajah durjana!

AWahaiCAduh

BWahDAh

Kata Tugas ( Kata Penguat)KATA PENGUATPERKARAKETERANGAN

Kata PenguatKata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud bagi sesuatu kataadjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kataadjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif sepertimemberangsangkan, memilukan, membosankan,dan sebagainya

Secara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis, iaitu:

Kata Penguat

1)Kata Penguat Belakang2.Kata Penguat Hadapan3. Kata Penguat Bebas

PERKARAKETERANGAN

Kata Penguat HadapanKata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata adjektif. Kata-kata initidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Kata-kata tersebut ialah:-

agakpalingterlaluContoh:1Harga kereta keluaran terbaharu ituagakmahal.

2Gunung yangpalingtinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.

3Harga barang di pasar rays ituterlalumahal.

Kata Penguat BelakangKata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata adjektif atau kata kerja yangberunsur adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan tidak boleh hadir

benarbetulniansekaliContoh:1Barang-barang di kedai runcit itu mahalbetul.2Para pelajar yang menyertai seminar itu rajinbenar.3Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indahnian.4Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan adilsekali.

Kata Penguat BebasKata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara bebas sama ada di hadapanatau di belakang kata adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah:

amatsangatsungguhContoh:1.(a)Budak lelaki itu amat tinggi.

(b)Budak lelaki itu tinggi amat.

2.(a)Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.

(b)Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.

3.(a)Masakan ibu kamu sungguh lazat.

(b)Masakan ibu kamu lazat sungguh.

Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHANA.Tuliskankata penguat yang betul pada tempat yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini1Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.

2Suara penyanyi itu lantang.

3Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.

4Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.

5Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.

6Tebing sungai itu curam.

7Cuaca di negara itu panas.

8Perangai budak itu luar biasa.

9Angin yang bertiup pada petang itu nyaman.

10Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah.

Kata Tugas (Pemeri)

1.4.8 KATA PEMERIPERKARAKETERANGAN

Kata PemeriKata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara iaitu dengan menggunakan kata pemeri, iaitu:-

i) Ialah ii) adalah

Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri tidak begitu digalakkan. Namun, jika digunakan maka pastikan penggunaannya adalah betul.

IalahDigunakan di hadapan frasa nama

Contoh:Guru yang mengajar kami ituialahlulusan Universiti Malaya.(lulusan Universiti Malaya = frasa nama)

AdalahDigunakan di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif. (sebelum frasa sendi dan frasa adjektif)Contoh:Hadiah yang dibeli ituadalahuntuk kamu.

(untuk kamu = frasa sendi)

Semua khabar angin ituadalahpalsu. (palsu = frasa adjektif)

Peringatan:-

1. Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.

Contoh:-

Hadiah itu adalah bukan untuk kamu. ( Salah )

Hadiah ini bukan untuk kamu. ( Betul )

2. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, baik dalam bentuk

aktif atau pasif.

Contoh:-

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum dibatalkan. (Salah)

( dimaklumkan bahawa ..........frasa kerja pasif)

Tetapi:-

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa........... (Betul)

Dengan ini dimaklumkan bahawa ......................( Betul)

Para pelajar dimaklumkan bahawa ................... ( Betul)

LATIHAN PENGUKUHANA Isi tempat-tempat kosong pada ayat-ayat di bawah dengan kata pemeri yang betul.1 Bersenam___________________aktiviti yang baik dan perlu diamalkan setiap hari.2 Baginda___________________sultan yang amat disenangi oleh rakyat.

3 Lelaki yang menjadi saksi itu mengaku bahawa segala keterangan yang diberinya

dimahkamah benar belaka.4 Pendapat para panel forum itu_____________________ bernas dan tepat belaka.5 Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan________________________ untuk kebaikan rakyat.6 Gunung yang tertinggi di negara ini_______________________ Gunung Kinabalu.7 Hadiah yang dibeli ibu itu____________________untuk adik. 8 Jamuan tersebut diadakan khas ________________________ bagi meraikan sumbangan beliau terhadap negara ini.9 Arahan itu________________________ untuk mengemaskinikan peraturan yang telah sedia

ada.10 Minuman yang barn diperkenalkan oleh syarikat itu baik untukkesihatan

terutama bagi golongan tua.

B Tuliskan kata pemeri yang sesuai pada tempat-tempat yang sesuai dalam ayat-ayatyang berikut.1 Alor Setar ibu negeri bagi Kedah Darul Aman.

2 Jumlah harga bagi barang yang saya beli tadi seratus ringgit.

3 Amir seorang pelajar yang pendiam tetapi baik hati.

4 Bersatu Menuju Wawasan tema hari kebangsaan negara kita.

5 Bahasa yang dituturkan oleh penduduk kampung itu, manis sekali.

6 Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan pedalaman.

7 Tanah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian tanah gambut.

8 Sikap tolong-menolong sesama pelajar suatu amalan yang perlu dipupuk dalamkalangan pelajar pada setiap masa.

9 Dadah musuh utama negara dan perlulah dibanteras dengan bersungguh-sungguh. 10 Lebih baik kamu membaca buku daripada berbual kosong di dalam kelas.Kata Tugas ( Kata Nafi dan Kata Penegas)

Kata NafiPERKARAKETERANGAN

Kata NafiKata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu frasapredikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu:

i)Bukanii)Tidak

BukanDigunakan untuk menafikan unsurfrasa namadanfrasa sendinama bagi predikat dalam sesuatu ayat.

Contoh:Budak kecil itubukanadik saya.

(adik saya = frasa nama)

Hadiah yang saya beliinibukanuntuk kamu.

(untuk kamu = frasa sendi)

TidakDigunakan untuk menafikan unsur frasa kerja dan frasa adjektif bagi predikat dalam sesuatuayat.

Contoh:Ayahtidakpergi ke pejabat kerana keretanya rosak.

(pergi ke pejabat = frasa kerja)

Baju yang dibelinyatidakcantik walaupun mahal harganya.

(cantik = frasa adjektif)

Peringatan:-

Kata nafitidakperlu digunakan bagi frasa sendi yang membawa maksud kata kerja ataufrasa kerja.

Contoh:Ayahtidakke pejabat kerana keretanya rosak.

(ke pejabat frasa sendi tetapi membawa maksud kata kerjapergike pejabatyangmengalami pengguguran)

Ayahbukanke pejabat kerana keretanya rosak. (salah)

Walau bagaimanapun, kata nafitidakyang hadir untuk menafikan frasa adjektif dan frasakerja perlulah digantikan dengan kata nafibukansekiranya kedua-dua frasa itu mendukungmaksud pertentangan maklumat yang biasanya ditandai dengan katatetapi.Contoh:Ayahbukanpergi ke pejabat tetapi ke pasar.(betul)

Ayahtidakpergi ke pejabat tetapi ke pasar.(salah)

Budak baharu itubukanpandai tetapi sangat rajin.(betul)

Budak baharu itutidakpandai tetapi sangat rajin.(salah)

TidakKeterangan

Terdapat beberapa ungkapan umum yang digunakan dalam percakapan yang menggunakankata nafitidaktetapi disingkatkan menjaditak.Antara Contoh ungkapan tersebut ialah:

acuh tak acuhbena tak benaendah tak endah

LATIHAN PENGUKUHANA.Tandakan sama ada betul ( _/ )atau salah ( X) bagi kata nafi yang digunakan pada ayat-ayat di bawah.

1Novel terbarunya itu bukan sesuai untuk dibaca oleh para pelajar keranadipenuhidengan kata-kata kesat.

2Abang tidak pergi ke pejabat pada hari ini tetapi ke pekan untuk berbelanja.

3Emak tidak balik ke kampung kerana tiada cuti

.KATA PENEGASPERKARAKETERANGAN

Kata PenegasKata penegas disebutkan juga sebagai partikel atau kata penyerta iaitu sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:-

i) Kata penegas yang menegaskan hanya frasa prediket atau bahagiannya yang mengalamiproses penyongsangan ayat. Contohnya-kah, -tah, dan-lah.

ii)Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa prediket atau bahagiannya. Contohnya juga, jua, pun,

sahaja, lagi, dan memang.

Kata Penegas kah, -tah, dan lah.contoh:-

1. a)Siapakah majikan kamu itu ?( Betul Ayat tanya songsang )

b)Majikan kamu itu siapakah ?( Salah Ayat tanya biasa )

2. a)Pernah datangkah dia?( Betul- Ayat tanya songsang)

b)Dia pernah datangkah?(Salah- Ayat tanya biasa)

3. a)Apatah daya kita?(Betul- Ayat tanya songsang)

b)Daya kita apatah?(Salah- Ayat tanya biasa )

4. a)Orang itulah bapa saya.(Betul- Ayat songsang)

b)Bapa saya orang itulah.(Salah- Ayatbiasa)

Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas menyalahi hukum tatabahasa, kerana kata penegas kah, -tah, dan tah perlu hadir dalam ayat songsang.

Cuma:-

Kata penegas tah Cuma menegaskan ayat tanya yang tidak mengharapkan jawapan tetapi bermotifkan rungutan atau monolog.

Sedangkan kata penegas lah digunakan untuk menegaskan maksud ayat penyata yang mengalami penyongsangan dan melambutkan ayat perintah.

PERKARAKETERANGAN

Kata Penegaspun, jua, -nya, juga, sahaja, lagi, hanya, dan memang.Kata penegas ini bebas dan boleh hadir pada mana-mana bahagian dalam ayat mengikut kesesuaiannya, sama ada dalam subjek atau prediket:-

AYAT

SUBJEK

PREDIKET

1.Hanyadia

2.Memangwanita itu

3.Budak-budak itu

4.Barang itu

5.Kamujuga6.Encik Abupun7.Mereka

8.Mereka

9.Ketua saya yang tegas itu

10.Rombongan pengantin lelaki

sahabat karib saya.

bakal isteri saya.

memangsuka akan permainan itu.

hanyaboleh di beli di kedai.

ingin ke pekan.

datang.

membelijugabarang itu.

adapundi sini.

datangjugake majlis.

belum tibalagi.

Peringatan:-

Kata penegas hanya dan sahaja tidak boleh digunakan secara serentak dalam sesuatu ayat kerana membawa maksud yang sama dan dianggap sebagai pengulangan.

Contoh:-

Hanya Zamani sahaja yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Salah)

Hanya Zamanilah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Betul)

Zamani sahajalah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. ( Betul)

LATIHAN PENGUKUHANA.Tuliskan kata penegas yang sesuai pada perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.

1Mari kita pergi sekarang untuk berjumpa dengannya.2Kereta ini kepunyaan saya. Kereta itu kepunyaan saya.3Bukan rumah itu kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?4Jemput makan dan jangan malu-malu.5Datang beramai-ramai ke majlis jualan murah kami.6Minggu lalu dia tidak datang. Minggu ini dia tidak datang.7Bila abang kamu akan pulang ke tanah air?8Dia yang banyak menyelesaikan masalah saya tempoh hari.9Tuntut ilmu selagi kamu mampu berbuat demikian.10Walau dia kaya namun dia tidak pernah sombong dengan kami.11Binatang sayang akan anak-anaknya seperti manusia.12Pelajar ini telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.13Kamu dapat melakukannya jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh.14Bila bas ini akan bertolak, sedangkan hari sudah lewat.15 Oh Tuhanku, apa dayaku untuk menyelesaikanmasalah yang berat ini!Kata Tugas ( Kata Bantu dan Kata Arah)

KATA ARAHPERKARAKETERANGAN

Kata ArahKata arah merupakan perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya hadir sesudahkata sendi nama. Kata arah berfungsi untuk menunjukkan arah. Antara beberapa contoh kataarah ialah:

antarahujungsekelilingsisiataskanantengahsudutbawahkiritepisampingbelakangluartimurbaratdalamsebalikutaraselatanhadapansebelahpangkaldasarPeringatan:-Peringatan:Terdapat beberapa patah kata arah, iaitu antara dan dalam yang turut berfungsi sebagaikata sendi. Sebagai kata sendi, kedua-dua kata ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan mempunyai pengertian yang berbeza daripada kata arah, iaitu yang bermaksud tempat yang mempunyai jarak atau ruang. Oleh itu, elakkan daripada membuat kesalahan dalam penggunaannya.

Contoh:Terdapat sebuah buku rujukandi dalambeg itu.(kata arah)

Dalamkejadian itu, seorang penumpang terbunuh.(kata sendi)

Saya menyimpan barang itudi dalamkotak. (kata arah)

Jika mahu berjayadalampelajaran, kita haruslah berusahadengan bersungguh-sungguh.(kata sendi)

Jarakdi antarasekolah saya ke pejabat pos ialah tiga kilometer. (kata arah)

Mereka selalu berbincangantarasatu sama lain.(kata sendi)

Diatasmejaitu terdapat sebuah buku.(kata arah)

KATA BANTUPERKARAKETERANGAN

Kata BantuKata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasasendi nama yang bermaksud sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna tambahandari segi masa atau ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-i)Kata bantu aspekii)Kata bantu ragam

Kata Bantu AspekKata bantu aspek merupakan kata bantu yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masasesuatu kata kerja dilakukan samaada belum berlaku,sedang berlakuatausudah berlaku.Antara kata bantu ialah:-sudah dilakukansudah, telah, pernahsedang dilakukansedang, masihakan dilakukanbelum, akanContoh:-1Bas yang ditunggu itu relah tiba.

2Saya pernah ke pulau itu tahun talu.

3Saya sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu.

4Kami sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut

5Peristiwa ngeri itu masih segar dalam ingatan saya

6Kami belum bercadang untuk mclawat tempat itu.

7Kami akan ke sana jika diberi peluang.

Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata bantu aspek tertentu yang hadir bersama-sama dalam sesuatu ayat. Antara contoh kata bantu aspek tersebut ialah:

belumpernahsudahpernahmasihbelum

telahpernahmasihsedang

Contoh penggunaan kata bantu aspek berpasangan:

1Kamibelum pernahdidenda seperti ini.

2Sayasudah pernahmenghadiri majlis sedemikian.

3Perbincangan itumasih belummencapai sebarang keputusan.

4Kerajaanmasih sedangmencari jalan untuk membebaskan pars tebusan itu.

5Kamitelah pernahberunding dengan beliau bagi mengatasi masalah itu.

Kata Bantu RagamKata bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti:-

hendakmahuharusmestibolehdapatContoh penggunaan kata bantu ragam dalam ayat ialah:

1Emak dan ayahhendakke pejabat.

2Adik bongsu sayamahubersekolah di sekolah ini nanti.

3Jika kamu tekun, kamu pastidapatmenyelesaikan masalah tersebut.

4Jika tidak hujan, merekamestiakan datang.

5Kamubolehduduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.

6Kitaharusmencuba sebelum menyerah kalah.

Kata Bantu RagamPeringatan:Kata bantu ragambolehdandapatperlulah digunakan dengan berhati-hati kerana keduaduanya mempunyai maksud yang berbeza.

Bolehdigunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.

Dapatdigunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau kemampuan.

Contoh:1Mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidakbolehmenyertainya.

2Kamubolehmasuk selepas mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua.

3Walaupun soalan itu susah, namun sayadapatmenjawabnya.

4Kotak itu tidakdapatdiangkat olehnya.

LATIHAN PENGUKUHANPilih kata bantu yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.1Negara kita (pemah, sedang) menuju ke status negara maju menjelang 2020.

2Adik saya (masih, sedang) kecil dan (masih, belum) bersekolah.

3Barang-barang yang dijual di situ (telah, masih) habis.

4Ayah berharap agar kamu (akan, telah) lulus dalam ujian itu nanti.

5Malaysia (pemah, akan) dijajah oleh beberapa kuasa asing.

6Lampu di dalam dewan itu (telah, masih) dipadam olehnya.

7Ibunya (akan, telah) berlepas ke luar negara pada hujung minggu ini.

8Walaupun sudah tua, penglihatan datuk (masih, telah) baik.

9Kami (masih, pemah) menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya dahulu.

10Walaupun (akan, belum) bersekolah, adik sudah pandai membaca buku cerita.

11Kebanyakan pelajar tidak (dapat, boleh) menjawab soalan itu kerana terlalu sukar.

12Pelajar yang sudah menghantar buku latihan ( dapat, boleh ) duduk sekarang.

13Kamu (mesti, boleh) makan ubat ini jika mendapat kebenaran daripada doktor.

14Kita (harus, dapat) menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.

15 Jika saya mempunyai wang sudah tentu says juga (dapat, boleh) membeli peralatan itu.B.Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata bantu yang diberikan di tempat yang betul.

1Dia belajar untuk hidup bermasyarakat. (mahu)

2Semua pelajar menyerahkan laporan kemajuan pads minggu hadapan. (mesti)

3Bayi itu walaupun sudah berusia dua tahun namun dia dapat berjalan. (masih belum)4Nenek tidak makan bush jambe bate itu kerana tiada gigi. (dapat)

5Kamu membantu orang itu bagi meringankan masalahnya. (harus)

6Ayah saya menjadi Pengetua di sekolah itu. (pernah)

7Orang yang merokok pasti menerima kesan buruk daripada perbuatannya. (akan)

8Encik Ghani menonton filem bersama dengan keluarganya. (sedang)

9Kebanyakan pelajar membeli buku itu dari kedai koperasi sekolah. (telah)

10 Zalina tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. (dapat)Kata Tugas (Kata Hubung)

KATA HUBUNGPerkaraKeterangan

Kata HubungKata hubung merupakan perkataan yang bertugas untuk menghubungkan dua binaan ayatatau lebih untuk menjadi satu bentuk ayat majmuk. Kata hubung terbahagi

tiga:-

a) kata hubung gabungan.

b) kata hubung pancangan.

c) Kata hubungan berpasangan.

PerkaraKeterangan

Kata hubung gabunganKata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk daripada kata hubung gabungan ialah ayat majmuk gabungan

Contoh kata hubung gabungandanmalahansambilataukemudiantetapisertalalu

PerkaraKeterangan

Kata hubung pancanganKata hubung pancangan ialah jenis kata yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau induk. Kata hubungan jenis ini terbahagi kepada tiga iaitu:-

a) Kata hubungan pancangan relatif.

b) Kata hubungan pancangan kompleman.

c) Kata hubungan pancangan keterangan.

1.4.2.2. (a)Kata hubung pancangan relatif

Kata hubungan pancangan relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Kata hubung relatif ialah yang

ContohContoh ayat:-a) Budak yang membaca itu adik saya.b) Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.c) Mereka menonton drama yang disukai ramai.d)Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan

Huraian tentang fungsi kata hubung pancangan relatif:-a) Budak membaca itu ( klausa kecil ) + Budak itu adik saya ( Klausa induk) Kata hubung pancangan relatif yangb) Buku yang dibeli Ahmad itu ( klausa kecil ) Kata hubung pancangan Buku itu buku sejarah ( klausa besar ) relatif yang'

1.4.2.2 (b)Kata hubung pancangan komplemanKata hubung pancangan komplemen(KHPK) berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap klausa utama.Tiga kata hubung pancangan kompleman i) bahawa ii) supaya

Contoha) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.b) Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.c) Kami sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan.d) Basri pulang ke kampungnya untuk menziarahi nenek.e) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.f)Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.

Huraian tentang fungsi kata hubungan pancangan kompleman:-

a) Ayat pertama:-

i) Guru itu menyatakan ( klausa kecil tidak boleh berdiri sendiri) KHPK bahawa

ii) Muridnya sangat rajin ( klausa induk boleh berdiri sendiri)

2. Ketua Jabatan mencadangkan. ( klausa kecil) KHPK Supaya Permohonan itu diterima ( Klausa induk)Jelasnya, fungsi kata hubungan pancangan kompleman bahawa dan supaya memancangkan klausa kecil kepada klausa utama untuk menjadi ayat yang lengkap.

Kata hubung pancangan keteranganKata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.Kata hubung pancangan keterangan adalah seperti:-keranasungguhpunwalaupunkalausementarakendatipunagarketikasemogasekiranyaandai katajikasetelahhinggajikalausupayatatkalasemasameskipunsewaktu

contohContoh penggunaan:-a) Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.b) Pertunjukkan itu ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.c) Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.d) Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.e) Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.f) Pencuri itu memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang tidur.g) Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.h) Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentisa terjamin.i) Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.j) Kami akan merayu anda kata permohonan itu ditolak.Huraian fungsi kata hubung pancangan keterangan:-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa yang menjadi keterangan utama seperti:-1)Pegawai itu sering dipujikerana rajin bekerja. pegawai itu sering dipuji ( klausa induk boleh berdiri sendiri ) rajin bekerja ( klausa keterangan klausa kecil ) dihubungkan dengan klausa utama menggunakan kata hubung keterangan kerana.2.Pertunjukkan itu ditangguhkan sekiranyatiada sambutanPertunjukkan itu ditangguhkan ( klausa induk boleh berdiri sendiri)tiada sambutan (klausa keterangan- klausa kecil ) dihubungkan dengan klausa utama menggunakan kata hubung keterangan sekiranya.

Kata hubung pancangan berpasangan.Kata hubung berpasangan digunakan secara berpasangan untuk menghubungkan dua ayatuntuk membentuk ayat majmuk.kata hubung berpasangan tersebut seperti:-bukan sahaja bahkan jugasama ada ataudaripada lebih baikbaik mahupunbukan saja tetapi jugabagaimana begitu jugaentah entahkian kianmakin makinsemakin semakinsedangkan inikan pulajangankan pun

contohContoh ayat:-a) Daripada berbual kosong, lebih baik aku mengulang kaji pelajaran.b) Baik Dollah mahupun Ramu, kedua-duanya berjaya melayakkan ke perlawanan akhir.c) Sungguhpun dia daripada keluarga miskin, namun dia tidak pernah mengharapkan bantuan daripada kawan-kawannyad) Berita itu entah betul entah tidak.Peringatan:Beberapa pasang kata hubung, iaitu kian.............. kian, makin...............makin,dansemakin............semakintidak boleh ditulis sembarangan walaupun ketiga-tiganyamembawa maksud yang sama. Pasangan kata-kata tersebut tidak boleh ditukar menjadi seperti yang berikut:

makin ... kian kian ... semakin kian ... makin

semakin... makin semakin ... kian makin ... semakin

Pasangan kata hubung tersebut dianggap salah dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Kata Tugas (Kata Tanya) KATA TANYA

PERKARAKETERANGAN

Kata TanyaKata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya hadirdalam sesuatu ayat tanya sebagai sebahagian daripada predikat dan tidak boleh hadir dalam bentuk subjek.

Terbahagi kepada 2:-

(a) Kata gantiTanya:-

(b) Kata keterangan tanya

digunakan bukan untuk menggantikan kata nama.

Contoh kata keterangan tanya ialahmengapa, bila,danbagaimana.

Kata Ganti TanyaDigunakan untuk menggantikan kata nama atau frasa nama meliputi manusia,binatang, benda, tempat dan bilangan.

Contoh kata ganti tanya ialahapa, berapa, mana,dansiapa.

apaKata ganti tanya apa digunakan untuk menanyakan narna benda atau binatang. Contoh:

Nama binatang kesayangan kamuapa?(binatang)

Barang yang berbungkus ituapa?(benda)

Peringatan:-

Kata Tanyatidak boleh digunakan untuk menanya manusia.

Contoh:

Nama kamu apa?(manusia)(salah)

Namakamusiapa?(manusia) (betul)

Kata tanya apa juga tidak boleh disamakan penggunaannya dengan kata ganti nama taktentu apa-apa.

Contoh:Kucing peliharaan kamu itu bernamaapa-apa?(salah)

Kucing peliharaan kamu itu bernamaapa?(betul)

berapaKata ganti tanya berapa digunakan untuk menanyakan bilangan atau jumlah, baik untuk manusia, binatang,benda mahupun tempat.

Contoh:Harga kereta baharu ituberapa?Pelajar di sekolah ituberapaorang?

Untuk menginap di sana kits memerlukanberapabilik?

Kucing peliharaan kamuberapaekor?

Peringatan:-

Kata tanyaberapatidak boleh digantikan dengan kata bilangan tidak tentubeberapa.Contoh:Kamu tinggal disana selamabeberapahari?(salah)

Kamu tinggal disana selama,berapahari?(betul)

siapaKata ganti tanya siapadigunakan hanya untuk menanyakan manusiaContoh:-Budak yang berbaju biru itusiapa?Nama kamusiapa?Peringatan:-Katatanya siapa tidak boleh digantikan dengan kata ganti nama tidak tentusesiapa(siapa-siapa).

Contoh:Kereta yang berwarna merah itu kepunyaansesiapa?(salah)

Kereta yang berwarna merah itu kepunyaansiapa?(betul)

manaKata ganti tanya manadigunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.Contoh:-Budak yang berdiri di sini tadimana?(manusia)

Anjing garang kepunyan Ah Hongmana?( binatang)

Kereta Proton Saga ayahmana?(benda)

Penari-penari itu darimana?(tempat)

Peringatan:-

Kata tanya manatidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata sendi.Contoh:Dalam kemalangan itu dua orang terbunuhdi manasalah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia. (salah)

Dalam kemalangan itu dua orang terbunuhdansalah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia.(betul)

bagaimanaKata ganti bagaimana menanyakan cara dan keadaancontoh:-Contoh:Kamu pergi ke sekolah setiap hari,bagaimana?( cara )Keadaan ibu kamubagaimana?( keadaan )Peringatan:-Kata tanyabagaimanatidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata sendi.Contoh:

Saya tidak tahubagaimanamenyelesaikan masalah ini. (salah)Saya tidak tahu caramenyelesaikan masalah ini.(betul)

bilaKata ganti biladigunakan untuk menanyakan masa

contoh:-

Sejak belakangan ini kamu marah-marah sahaja,mengapa?Peringatan:-

Sekiranya kata tanya dalam sesuatu ayat dikedepankan akibat penyongsanganmaka kehadirannya dalam penulisan hendaklah disertai dengan partikal - kahContoh:

Nama kamu siapa?

Siapakah nama kamu?

Kamu tinggal di mana?

Di manakah kamu tinggal?

Kamumarah-marahsahajamengapa?Mengapakahkamumarah-marahsahaja?

Kata Tugas ( Kata Sendi ) KATA TUGASPerkaraKeterangan

Kata TugasKata tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian kata tugas bergantung pada tugas sesuatu kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan kepada sepuluh jenis seperti yang disenaraikan di bawah.

Jenis Kata Tugas1. Kata Sendi Nama

2. Kata Hubung

3. Kata Tanya

4. Kata Seru

5. Kata Arah

5. Kata Bantu

6. Kata Nafi

7. Kata Penegas

8. Kata Pemeri

9. Kata Penguat

Kata TugasKeterangan

Kata Sendi NamaKata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:-

Kata-kata Sendi NamaKata-kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu:-

di

ke

dari

daripada

pada

kepada

bagi

demi

tentang

seperti

bagai

umpama

sejak

terhadap

akan

oleh

hingga

sampai

antara

untuk

dengan

dalam

Panduan atau fungsi kata sendi di atas dalam bahasa Melayu:-Kata SendiFungsinya

diDigunakankhusus di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempatdanditulis terpisahdengan kata nama yang mengikutinya.

ContohContoh kesalahan

a) Saya tinggal diKedah. ( Kedah merupakan kata nama khas menunjukkan tempat)

b) Disinilah kejadian rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan kata tunjuk tempat)

Peringatan:- Kata sendi di tidak boleh digunakan sebelum kata nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.a) Di zaman kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang datang

dari seluruh dunia.

b) Di masa itu saya sedang berjalan pulang dari sekolah.

Kata SendiFungsinya

keDigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang ditujukan dan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.

Contoh

a) Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. (arah/tempat)

b) Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari semasa ke semasa. (masa)

Peringatan:-Kata sendi tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan manusia atau binatang.

1.4.1.3Kata SendiFungsinya

dariKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama arah, tempat, atau masa

Contoh

a) Lori itu datang dari arah selatan (arah) A

b) Ayah saya berasal dari Sabah (tempat) T

c) Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan malam. (masa) M

Peringatan:-Terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan kata sedi dari, iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif yang mengikut peraturan di atas.Contoh:- dari segi, dari sudut, dari aspek, dari perspektif.

1.4.1.4Kata SendiFungsinya

daripadaKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, punca, perbandingan, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Contoha) Hadiah itu daripada kekasihnya. ( manusia )

b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati terpilih. ( punca )

c) Rumah itu lebih besar daripada rumah kita. ( perbandingan )

d) Perlakuannya berbeza daripada yang dilafazkannya. ( pertentangan )

e) Kami banyak mendapat faedah daripada seminar itu. ( abstrak)

f) Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima orang. ( kenaggotaan )

1.4.1.5Kata SendiFungsinya

padaKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama frasa nama yang menunjukkan masa, tempat bagi perbuatan kata kerja, manusia yang didahului perkataan ada dan benda abstrak serta ungkapan-ungkapan tertentu.

Contoha) Kami bertolak ke sana pada pukul lapan pagi. ( masa )

b) Dia menyapu jem pada roti lalu memakannya. ( tempat )

c) Buku latihan kamu ada pada saya. ( manusia )

d)Pada pendapat saya perkara itu tidak logik. ( abstrak/ ungkapan )

1.4.1.6Kata SendiFungsinya

kepadaKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah yang hanya menunjukkan manusia dan haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada kaitan dengan manusia, dan menyatakan pecahan.

Contoha) Sampaikan pesanan itu kepada ayah kamu. ( manusia )

b) Dia membiarkan rumput itu kepada lembunya. ( haiwan )

c) Jangan biarkan diri anda kepada bahaya dadah. ( abstrak )

d) Kami telah menghantar surat rayuan kepada sekolah tersebut. ( institusi )

e) Para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. ( pecahan )

Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada, manakala kata sendi nama ke berpadanan dengan kata sendi nama dari.Contoh:-

daripada Ali kepada saya.

daripada seorang yang miskin kepada seorang yang kaya.

daripada tahap malas kepada tahap rajin.

dari sehari ke sehari

dari Mekah ke Madinah

dari utara ke selatan

1.4.1.7Kata SendiFungsinya

akanKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului dengan kata adjektif yang bersifat perasaan. Kata sendi kepada, pada, terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata sendi akan tetapi keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan ayat.

Contoha) Saya sayang akan ibu bapa saya.

b) Razali amat suka akan buah durian.

c) Sebagai rakyat yang sayang akan negara kita perlu mempertahankan negara daripada

musuh negara.

d) Para pelajar harus hormat akan guru.

Kata sendi akan juga digunakan untuk kata kerja yang tidak berimbuhan yang bermaksud meN-

patuh akan perintah = mematuhi perintah

tahu akan kejadian itu = mengetahui kejadian itu

Peringatan:- Lazimnya ada kalangan pelajar cenderung menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan.

contoh:-

a) Wanita itu amat rindukan anaknya.

b) Sebagai rakyat kita mesti sayangkan negara tempat tumpah darah kita.

c) Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.

d) Kami sungguh bencikan kelakuannya yang buruk itu.

Justeru, penggunaan kan menggantikan kata sendi akan selepas kata adjektif hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa rasmi atau tulisan.

1.4.1.8Kata SendiFungsinya

bagi/untukKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti berikut:-

a) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat

bervariasi dengan kata sendi nama untuk.

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini,

kata sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.

Contoha) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat bervariasi dengan kata sendi nama untuk.

i) Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.

bagi

ii) Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut oleh.

bagi

iii) Rumah untuk pekerja-pekerja telah dibaiki.

bagi

iv) Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.

bagi

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini,

kata sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.

i) Hadiah itu untukmu ( _/ ) = Hadiah itu bagimu ( X )

ii) Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( _/ ) = Tanah seluas dua ekar bagimu ( X )

iii)Untuk siapakah hidangan di ata meja itu ( _/ )

Bagi siapakah hidangan di atas meja itu ( X )

1.4.1.9Kata SendiFungsinya

denganKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat.

Contoha) Ayah pergi ke kedai dengan ibu. ( bersama-sama )

b) Rumah bari itu tidak sama dengan rumah kami. ( bandingan setara )

c) Dia belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus. ( cara )

d) Ayah membelah kayu itu dengan kapak. ( alat )

1.4.1.10Kata SendiFungsinya

hingga /

sampaiKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksdu perihal waktu, atau tempat. Kedua-dua kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam penggunaannya.

Contoha) Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam dua pagi.

b) Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke universiti.

c) Hingga / sampai hari ini dia belum menjelaskan hutangnya.

1.4.1.11Kata SendiFungsinya

olehKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sebab atau kerana dan selepas kata kerja pasif berawalan di-, ter-, dan kena.

Contoha) Penjahat itu mati oleh senjatanya sendiri. ( sebab )

b) Bola itu disepak oleh abangnya.

c) Kotak itu tidak terangkat oleh saya.

d) Soalan itu tidak terjawab oleh sesiapapun.

e) Pencuri itu kena tangkap oleh penduduk kampung.

f) Dia terpegun oleh kemerduan suara lunak penyanyi itu.

1.4.1.12Kata SendiFungsinya

seperti/ umpama /bagai/laksana

Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.

Contoha) Kuih itu keras seperti/umpama/bagai/laksana batu.

b) Wajahnya ceria seperti/umpama/bagai/laksana bulan purnama.

Umumnya kata sendi nama seperti / umpama / bagai / laksana, dan bagai digunakan dalam perumpamaan.

contoh:-

Bagai langit dengan bumi.

Laksana rusa masuk kampung.

Seperti isi dengan kuku.

Umpama ayam disambar helang.

1.4.1.13Kata SendiFungsinya

tentang

Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau kata nama yang mengikuti kata sendi nama yang menjadi hal yang diperkatakan.

Kata SendiFungsinya

demi

Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan, unsur penegas, dan untuk melahirkan maksud urutan.

Contoha) Rakyat diseru bersatu demi kestabilan negara. ( tujuan)

b) Demi kebenaran, dia sanggup melakukan apa sahaja. ( tujuan )

c) Dia membaca surat itu perkataan demi perkataan. ( urutan )

d) Demi Allah aku tidak tergamak melakukannya. ( penegas )

Kata SendiFungsinya

sejak/semejak

Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud penanda waktu bermula.

Contoha) Kami tinggal di sini sejak/semenjak dilahirkan.

b) Sejak/semenjak kejadian sedih itu dia sering termenung sendirian.

c) Sejak/semenjak tadi dia berusaha untuk menjawab soalan itu.

Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi nama sukar difahami fungsinya. Justeru, cuba faham dan kuasai kata sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu bijak bertindak menyelesaikan masalah berkenaan.

Kata SendiFungsinya

terhadap

Kata sendi ini digunakan sebagai unsur yang melibatkan penyambut sama ada manusia, haiwan, atau benda.

Contoha) Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan terhadap binatang.

b) Elakkan diri daripada bersikap biadap terhadap ibu bapa.

c) Asid akan bertindak balas terhadap logam tersebut.

Peringatan: Kata sendi nama terhadap perlulah digantikan dengan kata sendi nama tentang atau akan jika membawa maksud rujukan umum atau abstrak.

a) Kami berasa curiga terhadap kejujurannya . ( Salah )

Kami berasa curiga akan/tentang kejujurannya. ( Betul )

b) Kita bertanggungjawab terhadap kesejahteraan ibu bapa kita. ( Salah )

Kita bertanggungjawab akan/ tentang kesejahteraan ibu bapa kita. ( Betul )

Kata SendiFungsinya

dalam/atas/ antaraKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

Contoha) Tidak ada hubungan antara saya dengan gadis itu.

b) Dia mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.

c) Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

d) Mereka selalu berbincang antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah yang

timbul.

e) Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang kamu berikan tempoh hari.

Peringatan:-

Kata sendi dalam, atas, dan antara perlu dibezakan dengan kata arah, dalam, dan antara yang kadir bersama-sama kata sendi di yang membawa maksud mempunyai ruang dan jarak. ( Huraian lanju dalam bab kata arah )

Contoh:-

a) Jarak di antara tempat ini ke sekolah ialah lima kilometer. ( jarak )

b) Tidak ada apa-apa di dalam bilik ini. ( tempat )

c) Buku di atas meja itu kepunyaan ayah.

Beberapa kesalahan dalam penggunaan Kata Sendi:-

a) Penggunaan kata sendi oleh

Kata nama atau frasa nama harus hadir selepas kata sendi oleh. Oleh itu, kata-kata lain selain kata nama

atau frasa nama yang hadir selepas kata sendi oleh dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu.

contoh:SalahBetul oleh kerana oleh sebab

b) Penggunaan dua kata sendi

contoh:SalahBetul

selain dari itu.......... selain itu..........

selain daripada itu.......... selain itu..........

demi untuk........... demi/ untuk.......

hingga ke......... hingga/ ke ........

Namun, dalam kes-kes tertentu yang mengalami pengguguran kata kerja, kehadiran dua kata sendi secara

serentak dibenarkan:-

Contoh: a) Hasratnya untuk ke luar negara dibatalkan. ( bermaksud untuk pergi ke )

b) Hasratnya untuk ke luar negera dibatalkan. ( salah )

c) Hasratnya ke luar negera dibatalkan. ( betul )

LATIHAN PENGUKUHAN:

A. Pilih kata sendi yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1. Razlina suka bersiar-siar ( di , pada ) taman bunga ( di , pada ) waktu petang.

2. Pegawai di syarikat itu bekerja ( dari , daripada ) jam Sembilan pagi ( pada, hingga ) jam enam petang.

3. Teksi itu membelok ( daripada, dari ) Jalan Pinang ( kepada, ke ) Jalan Kudin.

4. Seorang ketua perlulah bersikap adil ( untuk, terhadap ) orang-orang di bawah jagaannya.

5. Salina menerima sepucuk surat ( dari , darpada ) adiknya yang tinggal ( dari, di ) Sabah.

6. Emak amat saya ( pada, terhadap ) abang yang selalu mengambil berat ( terhadap , tentang ) kebajikannya.

7. Pak Harun mengahwinkan anaknya ( kepada, dengan ) seorang pemuda yang berjuang ( untuk , akan )kemerdekaan negara ini.

8. Ayah ( ke , di ) Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.

9. Jauhkan diri kamu ( dari , daripada ) dadah.

10.Perbuatan kamu itu salah ( dari , daripada ) sudut agama.

B. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Berapakah jarak ................................ rumah kamu ke perhentian bas?

2. Kita harus berjuang habis-habisan ...........................kepentingan negara.

3. Kumpulan kami terdiri ..................... lima orang sahaja.

4. Setiap insan di muka bumi ini tidak sunyi.....................melakukan kesilapan.

5. Rumah di atas bukit itu lebih besar.......................rumah Pak Abu.

6. Kemalangan ngeri itu berpunca .............................kelalaian penunggang motosikal.

7. ....................................pendapat kamu, wajarkah aktiviti tersebut diteruskan?

8. Kebanyakan pelancong yang berkunjung .....................sini terpesona ........................keindahan pantainya.

9. Kebanyakan penduduk di bandar mula menggunakan pengangkutan awam.................. pergi ke pejabat.

10. Saya amat tertarik .......................... keunikan lukisan itu.

11. Ayah mengikat tali itu ...................leher lembu.

12. Oleh ....................kekurangan wang, dia membatalkan hasratnya ke Indonesia.

13. Kami amat bersimpati ..........................nasib yang menimpa keluarga itu.

14. Kotak yang berat itu tidak terangkat ..........................kami.

15. Surat bantahan itu telah kami hantar .............................pihak yang berkenaan.

C. Pilih kata sendi nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam petikan di bawah.

Pulau Langkawi ..................Kedah memang terkenal.........................lagenda Mahsurinya. Boleh dikatakan

.........................setiap kali cuti persekolahan ramai akan mengunjunginya. Kebanyakan.....................mereka

terpegun ................................ keindahan pantainya yang bersih itu. Tidak kurang juga yang mengambil

kesempatan.............................merakamkan gambar-gambar yang menarik .........................dijadikan tanda

kenangan .........................masa akan datang sebagai sesuatu kenangan manis...................hidup mereka.

1