projek kata tugas

69
Kata Tugas Kata Prafrasa Kata Pascakata DISEDIAKAN OLEH: YOLANDA CHANDIE NICHOLAS SITI HAJA DAUD STEWART PADAN

Upload: yolandac04

Post on 20-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kata tugas

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Kata Tugas

Kata TugasKata Prafrasa

Kata Pascakata

DISEDIAKAN OLEH:

YOLANDA CHANDIE NICHOLASSITI HAJA DAUD

STEWART PADAN

Page 2: Projek Kata Tugas

Kata prafrasa dan kata pascafrasa sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Page 3: Projek Kata Tugas

Kata prafrasa iaitu perkataan yang hadir

sebelum frasa, mengandungi sembilan jenis:

1. Kata bantu2. Kata penguat3. Kata penegas4. Kata nafi5. Kata pemeri6. Kata sendi nama7. Kata arah8. Kata bilangan9. Kata adverba

Page 4: Projek Kata Tugas

1. Kata bantu

Kata bantu hadir sebelum frasa, ialah sejenis

perkataan yang bertugas membantu frasa

kerja,frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu

menimbulkan makna tambahan dari segi aspek

waktu atau ragam.a) Kata bantu aspek

Suasana perbezaan masa,iaitu sama ada masa

lampau,masa kini,atau masa hadapan.

Contoh:

telah,sudah,baru,pernah,sedang,masih,akan,belu

m

Page 5: Projek Kata Tugas

b) Kata bantu ragam

• Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan

ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan

yang dilakukan.

• Contoh:

hendak,mahu,harus,mesti,boleh,dapat,enggan,pa

tut dan mungkin

Page 6: Projek Kata Tugas

Kata Penguat

• Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif.

• Berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.

• Tiga jenis kata penguat:a) Kata penguat hadapanb) Kata penguat belakangc) Kata penguat bebas

Page 7: Projek Kata Tugas

Kata penguat hadapan

• perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif.

• Contoh:a. terlalub. palingc. agakd. cukupe. makinf. kurang

Page 8: Projek Kata Tugas

Kata penguat belakang

• perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

• Contoh:a. sekalib. benarc. betuld. nian

Page 9: Projek Kata Tugas

Kata penguat bebas

• perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas,iaitu sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.

• Contoh: amat, sangat, sungguh

Page 10: Projek Kata Tugas

Kata Penegas

• Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

• Dua jenis kata penegas :a. menegaskan hanya frasa prdikat atau

bahagiannya. Contoh, -kah, -tah, -lahb. menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu

frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat. Contoh, juga,jua,pun,sahaja,lagi,memang

Page 11: Projek Kata Tugas

Kata nafi

• Kata nafi yang hadir sebelum frasa, menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu FN, FK, FA DAN FSN.

• Dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Page 12: Projek Kata Tugas

• Kata nafi bukan menjadi unsur nafi FN dan FSN.

• CONTOH: Makanan itu bukan untuk saya.

• Kata nafi tidak ialah unsur bagi FK dan FA. Contoh: Saya tidak akan datang lagi.

• Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua mendukung maksud pertentangan maklumat.

Page 13: Projek Kata Tugas

Kata Pemeri• unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai

antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan dapat dilakukan dua cara, iaitu:

a. secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah

b. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah

Page 14: Projek Kata Tugas

ialah• hadir di hadapan frasa nama contohnya:a. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku

itu ialah masalah moral negara.b. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang

tergolong dalam keluarga Austronesia.

Page 15: Projek Kata Tugas

adalah

• hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:

a. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.

b. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan.

Page 16: Projek Kata Tugas

KATA SENDI NAMA

STEWART PADAN

Page 17: Projek Kata Tugas
Page 18: Projek Kata Tugas
Page 19: Projek Kata Tugas

KATA SENDI di

• Menunjukkan tempat• Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan

masa

Contoh ayat: Jalir tinggal di Pakan.

Page 20: Projek Kata Tugas

KATA SENDI ke

• Menunjukkan tempat arah dan masa

Contoh ayat: 1. David hendak pergi ke Sabah pada bulan

hadapan.2. Cafeteria Rajang ini dibuka dari pukul 6.00

pagi hingga ke pukul 9.00 malam.

Page 21: Projek Kata Tugas

KATA SENDI dari

• Menunjukkan tempat dan masa

Contoh ayat: 1. Safawati berasal dari Kabong.2. Usun menunggu Safawati dari pukul tiga

petang tadi.

Page 22: Projek Kata Tugas

KATA SENDI daripada

• Tempat datangnya sesuatuAsal kejadian sesuatu bendaPerbandingan

Contoh ayat:1. Amri menerima surat daripada kekasihnya.2. Baju batik ini diperbuat daripada benang

sutera.

Page 23: Projek Kata Tugas

KATA SENDI kepada

• Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.

Contoh ayat:1. Surat jemputan itu ditujukan kepada Khairol.

Page 24: Projek Kata Tugas

KATA SENDI pada

• Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.

• Keterangan waktu.

Contoh ayat:1. Lukisan itu digantung pada dinding.2. Hujan turun dengan lebat pada pagi

semalam.

Page 25: Projek Kata Tugas

KATA SENDI untuk dan bagi

• Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan

Contoh ayat:1. Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi

tabung kewangan sekolah

Page 26: Projek Kata Tugas

KATA SENDI demi

• Menunjukkan maksud tujuan

Contoh ayat:1. Kita mesti sanggup berkorban demi negara

yang kita cintai.

Page 27: Projek Kata Tugas

KATA SENDI tentang

• Maksud perkara atau hal yang dilakukan

Contoh ayat:1. Encik Ahmad memberitahu

pelajarnya tentang latihan bola sepak yang akan diadakan pada hari Selasa.

Page 28: Projek Kata Tugas

KATA SENDI seperti, bagai, umpama dan laksana

• Digunakan untuk membawa maksudperbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.

Contoh ayat:1.Pemuda itu berlagak seperti/

umpama/ laksana/bagai orang berada.2. Suaranya

merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu.

Page 29: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama dengan

• Maksud bersama-sama

Contoh ayat:1. Ayah pergi ke pasar dengan adik.

Page 30: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama sejak

• Menunjukkan waktu / masa

Contoh ayat:1. Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja

Page 31: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama terhadap

• Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.

Contoh ayat:1. Setiap pemuda mestilah menanam rasa

hormat terhadap orang yang lebih tua.

Page 32: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama akan

• Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap“

Contoh ayat:1. Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

Page 33: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama oleh

• Maksud sebab

Contoh ayat:1. Murid-murid yang ponteng sekolah itu

berjaya ditangkap oleh guru disiplin.

Page 34: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama hingga dan sampai

• Maksud had masa

Contoh ayat:1. Amin bekerja dari pagi hingga petang.2. Dia bekerja sampai pagi.

Page 35: Projek Kata Tugas

KATA SENDI nama dalam dan antara

• Sendi nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.

Contoh ayat: 1. Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.2. Daniel masuk ke dalam rumahnya

Page 36: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

Disediakan oleh:Siti Haja Daud

• KATA ARAH• KATA BILANGAN• KATA ADVERBA• KATA PENEKAN• KATA PEMBENDA

Page 37: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA ARAH

• Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan

KONSEP

• atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, dan sebagainya.

CONTOH

Page 38: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA ARAH

CONTOH AYAT

Atas Buku itu ada di atas meja.

Antara Rumah Ahmad terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi.

Bawah Mereka bersembunyi di bawah rumah.

Tepi Petani itu berjalan ke tepi danau.

Belakang Kami mendirikan khemah di belakang rumah.

Tengah Mereka menuju ke tengah padang.

Dalam Tetamu itu berada di dalam dewan.

Luar Pekerja –pekerja itu datang dari luar negeri.

Sisi Anak fatimah sentiasa berada di sisinya.

Page 39: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

Penjuru Orang tua itu duduk bersila di penjuru rumah.

Sudut Dari sudut pandangan mereka, perkara itu wajar.

Segi Mereka membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur.

Selatan Penduduknya agak banyak di selatan negara itu.

Samping Anak raja itu bersemayam di samping ayahandanya.

Timur Pergolakan berlaku lagi di timur negeri itu.

Barat Di barat negara kecil itu tanahnya subur.

Hadapan Kita jangan berjalan di hadapan orang tua.

Utara Aizat menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.

Page 40: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA BILANGAN• Kata bilangan ialah sejumlah

perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.

• Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.

Page 41: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

JENIS KATA BILANGAN

1. Menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardial

2. Menunjukkan bilangan tak tentu

3. Kata bilangan yang membawa maksud himpunan

4. Kata bilangan yang membawa maksud pisahan

5. Kata bilangan yang membawa maksud pecahan

Page 42: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

MENUNJUKKAN JUMLAH YANG TENTU SIFATNYA DISEBUT

BILANGAN KARDIALDua Dua hari lagi saya akan berangkat ke Paris.

Dua puluh Harga baju itu dua puluh ringgit.

Tiga ratus Jam tangan itu bernilai tiga ratus ringgit.

Sepuluh ribu

Mas kahwin pernikahan Amirul dan Wani sebanyak sepuluh ribu ringgit.

Sejuta Penduduk di Kuching mencecah angka sejuta orang.

Page 43: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

MENUNJUKKAN BILANGAN TAK TENTU

Segala Segala persiapan perkahwinan Wani telah dibuat.

Semua Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

Para Projek itu melibatkan para guru sekolah rendah.

Beberapa Beberapa orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan badminton.

Banyak Banyak orang telah menyertai peraduan itu.

Sedikit Sedikit garam dibubuh ke dalam masakan ini.

Page 44: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

Membawa maksud himpunan

Beratus-ratus

Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu.

Ketiga-tiga Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan.

Berguni-guni

Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Afrika.

Page 45: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

Membawa maksud pisahan

Masing-masing

Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri.

Setiap Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.

Tiap-tiap Kami bertolak pada pukul tujuh pagi tiap-tiap hari.

Page 46: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

Membawa maksud pecahan

Setengah Setiap penduduk kampung itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan.

Sepertiga Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seseorang.

Separuh Separuh hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

Page 47: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

• Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.

Lima orang murid

Dua bilah pedang

Beberapa buah kereta

Sebatang jalan

Page 48: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA ADVERBA

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.

Kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa.

Page 49: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

BENTUK

KATA ADVERBA

Kata Adverba

Jati

Kata Adverba

yang Asalnya

Kata Adjektif

Kata Adverba

yang Asalnya

Kata Kerja

Kata Adverba Bentuk

Gandaan

Page 50: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

a) KATA ADVERBA JATI

• Terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain

• Contohnya: esok, sering kali, sentiasa, serentak, begitu, lusa, tulat, kelak, sekarang, nyaris, acap kali dan sebagainya

Page 51: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

CONTOH DALAM AYAT • Pelancong itu akan tiba esok dari Amsterdam.• Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit.• Pegawai itu sentiasa sahaja di sini.• Murid-murid tadika menjawab soalan gurunya

secara serentak.• Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.

Page 52: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

b) KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF

• Berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama

• Contohnya: berjalan laju, mengalir lesu, hampir terjatuh, sakit kuat, besar panjang, sering di pejabat dan sebagainya.

Page 53: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

CONTOH DALAM AYAT• Penulis itu membayangkan air sungai itu

mengalir lesu.• Fatimah hampir terjatuh ketika menyidai kain

basuhannya.• Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit

kuat.• Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang.• Guru Besar itu sering kali di pejabat.

Page 54: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

c) KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA

• Berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.

• Contohnya: berjalan mengiring, berenang menelentang, putih berseri, tinggi melangit, hutan menyendiri dan sebagainya.

Page 55: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

CONTOH DALAM AYAT• Ketam ialah haiwan yang berjalan

mengiring.• Pemuda itu suka berenang

menelentang.• Kulit tuan puteri itu putih berseri.• Layang-layang itu tinggi melangit

apabila ditiup angin.• Orang tua itu sering ke hutan

menyendiri.

Page 56: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA ADVERBA BENTUK GANDAAN

• Perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

• Tiga bentuk kata adverba berganda:- Kata Adverba penggandaan penuh.- Kata Adverba penggandaan separa.- Kata Adverba penggandaan

berentak.

Page 57: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

i. KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH

• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.

• Contoh: betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat, jarang-jarang, sama-sama, laju-laju, tinggi-tinggi, malam-malam dan diam-diam.

Page 58: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

CONTOH DALAM AYAT

• Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah.

• Pemuda itu pura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal mentuanya.

• Simpanlah duit sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

• Mereka itu berjalan cepat-cepat supaya tidak ketinggalan.

• Kebelakangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya.

Page 59: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

ii) KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA

• Terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.

• Dua jenis penggandaan separa iaitu:- Penggandaan separa berawalan- Penggandaan separa berakhiran

Page 60: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

ii) a. SEPARA BERAWALAN

• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.

• Contoh: bermalam-malam, terkedek-kedek, sepandai-pandai, teresak-esak, bersungguh-sungguh, setinggi-tinggi dan sebagainya.

Page 61: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

CONTOH DALAM AYAT

• Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.

• Sekawan itik berjalan terkedek-kedek menyeberang jalan.

• Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua.

• Kakak menangis teresak-esak apabila menerima berita buruk itu.

Page 62: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga

menerima bentuk –nya.

• Contohnya: setinggi-tingginya, selama-lamanya, secepat-cepatnya, seikhlas-ikhlasnya, sebodoh-bodohnya, dan semahu-mahunya.

• Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.

• Pahlawan yang terkoban itu dikenang selama-lamanya.

Page 63: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

b. Separa berakhiran

• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.

• Contoh: gila-gilaan, kecil-kecilan, habis-habisan, mati-matian dan besar-besaran.

• Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan kejuaraannya.

• Dalam bulan Ramadhan, ramai yang berniaga kecil-kecilan.

Page 64: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

c) PENGGANDAAN BERENTAK

• Perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.

• Contohnya: menangis sedu-sedan, berbunyi hingar-bingar, berlari susup-sasap berjalan mundar-mandir, lari lintang-pukang, berjalan huyung-hayang dan datang serta-merta.

Page 65: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

CONTOH DALAM AYAT

• Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.

• Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.

• Mereka berlari susup-sasap untuk menyembunyikan diri.

Page 66: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA PASCAKATA•KATA

PENEKAN•KATA

PEMBENDA

Page 67: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA PASCAK

ATADalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembendaContoh: sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya

Page 68: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA PENEKAN

• Bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

• Contoh dalam ayat:- Lapisan ozon sesungguhnya semakin

nipis.- Pokok durian itu nampaknya akan

berbuah lebat.- Bahawasanya pindaan perlembagaan itu

wajar dilakukan pada masa ini.

Page 69: Projek Kata Tugas

TUTORIAL 19

KATA PEMBENDA

• Bentuk menjadi sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.

• Contoh dalam ayat:- Lajunya ialah 100 km sejam.- Bukan kepalang sakitnya.- Dia berhujah dengan lantangnya.- Datangnya secara mendadak.