kata tugas

11
Bil Kata Tugas Respons Yang Diharapkan 1 Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan . 2 Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ci ri sesuatu pengetahuan tetentu. 3 Apaka h Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik. 4 Bagai manak ah Memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/keadaan/langkah kejadian. 5 Bandi ngkan Membandingkan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. 6Bangu nkan Menghasilkan satu atur cara/program menggunakan perisian/kaedah yang sesuai mengikut langkah

Upload: azreen15

Post on 30-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

maju jaya

TRANSCRIPT

BilKata TugasRespons Yang Diharapkan

1AnalisiskanMembuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

2AnggarkanMemberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ciri sesuatu pengetahuan tetentu.

3ApakahMemberikan maklumat yang khusus atau spesifik.

4BagaimanakahMemperihalkan/memberi penerangan tentang cara/keadaan/langkah kejadian.

5BandingkanMembandingkan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

6BangunkanMenghasilkan satu atur cara/program menggunakan perisian/kaedah yang sesuai mengikut langkah tertentu.

7BezakanMenyatakan kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.

8BilakahMenyatakan masa/waktu/urutan prosedur.

9BinakanMembuat sesuatu menggunakan kaedah/alat tertentu.

10BincangkanMemberi penerangan/pandangan daripada pelbagai aspek.

11BuktikanMenyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta sebagai sokongan-sokongan.

12BuatkanMengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan hipotesis kesahihannya.

13BundarkanMembuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu.

14CadangkanMemberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

15CariMemberikan suatu nilai/kedudukan/perkara secara mengenal pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau pemghitung secara ringkas.

16CatatkanMerakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat.

17CiptakanMenghasilkan/mewujudkan/menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti.

18CerakinkanMenghuraikan sesuatu kepada bahagian.

19DeduksikanMembuat kesimpulan berdasarkan sesuatu.

20DefinisikanMemberi keterangtan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus/istilah/terminologi.

21Di manakahMenyatakan tempat/kedudukan.

22FokuskanMemberi penerangan/pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu.

23FormatkanMenyediakan/menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip/prosedur/peraturan tertentu.

24GalurkanMenghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi.

25GambarkisahkanMemberi penerangan dengan menggunakan gambar rajah.

26GariskasarkanMemberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses/tindakan.

27HitungkanMemberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) ataumenggunakan rumus.

28HubungkaitkanMembuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri/faktor.

29HuraikanMemperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci.

30IlustrasikanMenjelaskan dengan contoh/gambar rajah /rajah.

31InterpretasikanMemberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi.

32IsikanMemenuhkan maklumat yang spesifik di ruang yang betul.

33JadualkanMembuat sesuatu tentang perkara/maklumat/acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan.

34JelaskanMemberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami.

35KemukakanMemberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang.

36Kenal pastiMemberi petunjuk atau makluman terhadap suatu perkara/benda/pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas.

37KlasifikasikanMengumpulkan/membahagi-bahagikan/melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan/kategori berdasarkan kesmaan kualiti/kriteria/ciri/sifat.

38LabelkanMenandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah /graf/carta/ilustrasi dan sebagainya.

39LakarMemberi persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian.

40LaporkanMemberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisan atau bertulis.

41LaraskanMenyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk/tolok.

42LengkapkanMengisikian maklumat/nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual/rajah/ayat yang diberikan.

43LorekkanMelukis dengan garisan/corengan/coretan pada kawasan/rantau/ruangan tertentu.

44LukisMemberi persembahan bebentuk grafik/rajah/gambar rajah/graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau sakala tertentu.

45ManakahMenyatakan pilihan.

46MengapakahMemberi sebab.

47NamakanMemberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda/istilah/terminologi/proses.

48NilaikanMembuat eprtimbangan terhadap sesuatu perkara.

49NyatakanMemberi jawapan yangt spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut/huraian/sokongan.

50OrganisasikanMembuat sesuatu ebrdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksnakan.

51OrkestrakanMenyusun skor untuk alat muzik orkestra berdasarkan skor yang ada.

52PadankanMembuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah/simbol/maklumat tentang pernyataan berhubung spesifik/fungsi/aplikasi atau sebaliknya.

53PamerkanMenunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara.

54PasangkanMencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosedur yang betul.

55PaterikanMelakukan proses menyambung dengan menggunakan set pematri.

56PeringkatkanMembuat pemeringkatan beberapa eprkara mengikut aras/tahap tertentu.

57PilihMenentukan maklumat yang terbaik.

58PlotMenanda/melukis titik-titik graf.

59RamalkanMemberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu.

60RakabentukkanMembuat garis kasar/lakaran/plan tindakan/prototaip/model.

61RekodkanMencatatkan dapatan kajian/eksperimen/data/pemerhatian mengikut format.

62RingkaskanMenyatakan sesuatu ungkapan/pernyataan/petikan secara pendek/padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal.

63RumuskanMembuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data/maklumat/petikan.

64SarankanMemberi pandangan/idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi.

65SediakanMengadakan/mewujudkan/menyiapkan/melengkapkan/menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip tertentu.

66SelesaikanMemberi beberapa fakta/ciri/konsep/prinsip/teori secara spesifik/berbentuk point tanpa memberi hubungan/perkaitan/penerangan lanjut bagi setiap satunya.

67SiapakahMengenal pasti individu dalam konteks tertentu.

68SusunMembuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedeah/prinsip/keperluan/keutamaan.

69SyorkanMemberi pandangan/pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

70TafsirkanMengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi.

71TakrifkanMemberi ketrangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus/istilah/terminologi.

72TandakanMeletakkan simbol yang dikehendaki.

73TentukanMembuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan.

74TentusahkanMenyatakan kebenaran/ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti.

75TerangkanMenyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.

76TerbitkanMembina sesuatu dengan menunjukkan cara/kaedah untuk menemuinya.

77TerjemahkanMenukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut.

78TransposisikanMengubah kedudukan not kepada nada yang baharu.

79TukarkanMengubah sesuatu kepada bentuk/unit lain.

80TulisMencatat huruf/angka/symbol yang khusus atau menghasilkan maklumat/idea berbentuk teks.

81TunjukkanMenyatakan sesuatu dengan bukti.

82UbahsuaiMembuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah/prinsip tertentu.

83UkurMenggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya.

84UlasMemberi pandangan/pendapat/komen/kritik.

85UngkapkanMenyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki.

86UnjurMembina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan.

87WajarkahMembuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan.