kata ganti nama ia dan ianya dalam bahasa

18
Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa Melayu: Pendekatan Rangka Rujuk Silang Nor Hashimah Jalaluddin Program Linguistik Pusat Bahasa dan Linguistik [email protected]

Upload: julayna

Post on 13-Jun-2015

510 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya

Dalam Bahasa Melayu:

Pendekatan Rangka Rujuk Silang

Nor Hashimah Jalaluddin

Program Linguistik

Pusat Bahasa dan Linguistik

[email protected]

Page 2: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Isu KGN dalam Nahu Melayu

Penahu Melayu:

KGN ada 3: tanya, diri dan tunjuk

Konflik:

Ia untuk KGN diri ketiga

Ianya untuk benda abstrak

Kenyataan:

Ia untuk manusia dan bukan manusia

Ianya boleh juga untuk benda bukan abstrak

Page 3: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Maklumat Lama

Ia – digunakan untuk KGN diri ketiga,

Ia – terjemahan dari „it‟ dan mencemarkan bahasa Melayu

Ia – harus dielakkan dan gunakan sahaja pengulangan kata nama

Ianya – setakat ini hanya AHO yang membincangkannya.

Page 4: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Maklumat Baru

Berdasarkan Data Korpus:

„Ia‟ digunakan untuk manusia dan bukan manusia

Peratus „ia‟ untuk bukan manusia lebih tinggi mengatasi manusia

„Ianya‟ boleh diluaskan kepada benda bukan abstrak

Page 5: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Apa itu korpus

the study of language based on examples of „real‟ life‟ language use,

corpus linguists study real language, other linguists just sit at their coffee table and think of wild and impossible sentences

McEnery & Wilson (1996)

Page 6: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Analisis Rangka Rujuk Silang

Rangka rujuk silang adalah pengesanan rujukan sesuatu ujaran yang

tidak mempunyai anteseden. Ia dapat mengaitkan ayat kedua dengan

ayat pertama dalam satu wacana bagi membantu pendengar mentafsir

ujaran tersebut. Bagi membantu pendengar memahami ujarannya,

penutur hendaklah memberi premis tambahan yang dapat menjadi

sebahagian daripada konteks. Pendengar pula akan menggunakan

premis tambahan itu bagi mengesan anteseden yang diperlukan bagi

memahami makna sebenar yang dihajati oleh penutur . Sebagai contoh,

Peti sejuk itu rosak. Pintunya perlu diperbaiki.

Nya di sini merupakan KGN yang mempunyai rujukan khusus. Nya

juga dikenali sebagai anafora. Tetapi rujukan yang jelas tidak kelihatan

di sini. Dengan menggunakan RRS, nya dapat dipautkan pada peti

sejuk. Nya adalah KGN genitif. Berdasarkan konteks kita maklum

bahawa peti sejuk adalah benda yang mempunyai pintu. Jadi nya pada

pintu akan menjadi premis tambahan kepada peti sejuk.

Page 7: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Maklumat Korpus IA”Bahan Klasik, Buku Teks, Majalah Ilmiah dan

Bukan Ilmiah

IA Mengikut Korpus (%)

2

15.3 18.3 15.6

98

84.7 81.7 84.4

0

20

40

60

80

100

120

Klasik Maj. Ilmiah Maj. B. Ilmiah Buku Teks

Bahan Korpus

Pe

ratu

s

Manusia

Bukan Manusia

Page 8: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Contoh Data “IA” - MANUSIA

Klasik

1 Di dalam hal itu ***ia*** pun kembalilah ke rumah berfikir-fikir.

2 Di dalam antara itu ***ia*** pun bertawakallah mencuba pergi dengan perahunyabernama Lancang; kawannya lima belas orang cukuplah dengan alat senjatanyameriam dan lela.

Majalah Ilmiah

3 Beliau kemudian menunjukkan surat nikah, justeru tak mahu kes ini berpanjangan***ia*** bersetuju untuk menceraikannya

4 Dalam menghadapi masalah rumah tangga, isteri memainkan peranan utama,khasnya yang mempunyai pengetahuan agama sudah tentu ***ia*** dapatmempengaruhi suasana rumah tangga oleh cara yang dikehendaki oleh Islam.

Page 9: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Samb.

Majalah Bukan Ilmiah

5. Sebagai doktor banyak yang dapat dilaksanakan sebagai pendakwah seperti juga***ia*** guru atau intelektual (yang cergas berdakwah) dalam bidang keilmuan.

6. Sekiranya individu yang dikatakan lemah semangat itu melihat jenazah apabila***ia*** pulang ke rumahnya dan mengalami gangguan perasaan, emosi dan perilakukemungkinan besar ***ia*** akan dikatakan telah terkena badi.

Buku Teks

7. disebabkan penyusuan iaitu apabila seseorang itu telah menyusu kepada ibu bukanibunya, maka ***ia*** haram berkahwin dengan ibu susuan dan ibunya

8. Mahkamah Syari'ah dan mahkamah setelah menerima permohonan akan memanggilbekas isteri untuk mendapat maklumat, sama ada ***ia*** bersetuju atau sebaliknya.

Page 10: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Contoh Data “IA” Bukan Manusia

Klasik

1 Oleh yang demikian (tiadalah diharapkan fikiran ini) hendaklahdengan seberapa segeranya kita bersiap(lah) ***ia*** ditambah ubat (senjata ubat)peluru…

2 Maka dicampakkannya galahnya, katanya, "Lari kita, perahu ini(***ia*** tiada mahu mudik) dipegang (oleh) hantu air.

Majalah Ilmiah

3 Dari ketiga-tiga ayat di atas dapat kita fahamkan bahawa al-Quranmenceritakan sendiri masa ianya diturunkan buat pertama kalinya, iaitu: -***Ia*** diturunkan pada malam yang penuh berkat

4. Kemudian ***ia*** diturunkan sedikit demi sedikit kepada NabiMuhammad s.a.w.

Page 11: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Samb.

Majalah Bukan Ilmiah

3. Walaupun pernah melawat semua tempat-tempat itu, pada saya, ***ia*** tidak

sama dengan Rockland Lake, sebuah tasik kecil berhampiran New York City.

4. ***Ia*** menerima deposit daripada pelanggan biasanya melalui tiga jenis akaun

iaitu Akaun Semasa, Akaun Simpanan dan Akaun Pelaburan Umum.

Buku Teks

5. Ketika serangga makan cecair ini, ***ia***mungkin tergelincir ke dalam periuk

kera ini.

6. Pernahkah kamu fikirkan bahawa walaupun sampah-sarap yang kamu buang ke

dalam tasik atau sungai itu kecil atau sedikit sahaja tetapi ***ia*** boleh

menyebabkan pencemaran.

Page 12: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Analisis RRS

Contoh 1: ‘ia’ boleh dirujuk sebagai manusia kerana hanya manusia yang dikurniakan akal untuk

‘berfikir-fikir’. ‘Ia’ yang dianggap sebagai katafora kerana mendahului rujukannya tidak menghadapi masalah untuk dicarikan rujukannya.

Contoh 2: Hanya manusia yang boleh ‘bertawakal’ dan ‘pergi’. ‘Bertawakal’ dan pergi’ merupakan premis tambahan yang juga merupakan sebahagian daripada konteks yang mampu membantu pembaca mentafsir rujukan dengan mudah.

Contoh 3: ‘ditambah ubat’, ‘peluru’ memang berkaitan dengan senjata, maka rujukan ‘ia’ di situ sesuai sebagai bukan manusia.

Contoh 4: merujuk kepada perahu kerana hanya perahu yang mempunyai ciri mudik.

Contoh 5: ungkapan seperti, ‘diturunkan’, ‘malam yang berkat’, ‘Nabi Muhammad’ adalah berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Selalunya perkataan diturunkan memang merujuk kepada AL-Quran yang juga merupakan wahyu yang diberi oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Maklumat ini membekalkan maklumat konteks yang juga sebagai sebahagian daripada premis tambahan yang berguna untuk kita membantu kita mentafsir maklumat dengan lebih mudah lagi.

Page 13: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

Maklumat Korpus “IANYA”Bahan Klasik, Buku Teks, Majalah Ilmiah dan Bukan

Ilmiah

IANYA Mengikut Korpus (% )

76.7

3.9 0.61 0

23.3

96.1 99.4 100

0

20

40

60

80

100

120

Klasik Maj. Ilmiah Maj. B. Ilmiah Buku Teks

Bahan Korpus

Per

atus Manusia

Bukan Manusia

Page 14: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

„IANYA‟ - MANUSIA

1.Maka ***ianya***, dua beradik dan Wan Embong itu, lima senjatanya; kerispanjang, keris pendek, sundang, di atas kepalanya "Lawi Ayam" namanya,tombak lada.

2.Terlebih baiklah hamba balik ke negeri hamba, supaya hamba bermuafakatdengan khalifah hamba, kerana ***ianya*** faham dalam ilmu terus mata.

3.Mengenal Tugas: Selaras dengan status dirinya serta tujuannya ***ianya***dicipta, tugas manusia ialah untuk beribadah kepada Allah dan mentadbiralam dan isinya sebagai wakil pentadbir dari Tuhan.

4.manusia itu berada di antara ikhtiar dan paksaan, dengan itu ***ianya***bukanlah pemilih yang mutlak dan bukan pula dipaksa secara pasti (mujbirmulzam), malah ***ianya*** mempunyai iradat tetapi iradat itu iradat yangterikat (muqayyad)

Page 15: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

IANYA –Bukan Manusia

1. Ibadah formal yang dimaksudkan itu telah ditentukan oleh Islam sepertisembahyang, puasa, zakat dan haji di mana ***ianya*** mempunyai struktur,sistem dan peraturan yang telah ditentukan oleh Syariah.

2. Setelah sampai ke rumah ayah bonda, maka Jibril pun ghaiblah ***ianya***.

3. Dua peguam persekutuan yang mendakwa Rich, Sandy Weinberg dan MartinAuerbach, memberitahu panel itu mereka tidak pernah dirujuk mengenaipengampunan itu dan berasa marah apabila ***ianya*** diluluskan.

4. Ong berkata, di Jepun, rakyatnya prihatin dalam penggunaan tandas awamdengan memastikan ***ianya*** bersih selepas mereka selesai menggunakankemudahan terbabit.

Page 16: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

ANALISIS RRS

1. Ungkapan seperti ‘ikhtiar dan paksaan, ‘pemilih yang mutlak’,

‘status diri’, ‘beribadah’ adalah ungkapan-ungkapan yang

memangnya merujuk kepada manusia. Kebolehan manusia untuk

melakukan perkara di atas memang tidak boleh dinafikan lagi.

Kesemua ini membantu membentuk konteks dan mengizinkan

usaha memproses maklumat yang rendah . Jadi sahlah ‘ianya’ dalam

data-data di atas merujuk kepada manusia.

2. ‘Ianya’ boleh merujuk kepada bukan manusia tetapi boleh diluaskan

kepada bukan abstrak. 23 merujuk kepada aktiviti, 24 kepada

ibadah, 25 projek pembangunan, 26 pengampunan dan 27 tandas

awam.

Page 17: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

RUMUSAN “IA” dan “IANYA”

i) KGN ‘ia’ sangat kerap digunakan. Penggunaannya bukan sahaja dalam bahan korpuskontemporari tetapi juga dalam data klasik.

ii) Jika betul ‘ia’ dianggap terjemahan dari barat ‘it’ maka kita perlu membuktikannya.Kehadiran data klasik adalah lebih awal daripada bahan Inggeris. Jadi untuk mengatakania terjemahan dari ‘it’, perlu dilihat semula.

iii) Seandainya betul ‘ia’ terjemahan dari ‘it’, maka kita seharusnya telah dapat menerimaKGN ini sebagai proses pertembungan bahasa dan budaya. Untuk mengatakan iamencemar BM boleh dianggap sebagai agak keterlalauan.

iv) ‘ia’ banyak digunakan untuk merujuk kepada bukan manusia. Ini juga harus dibenarkan.Di sini kita dapati ‘ia’ boleh membantu penulis menjadi lebih kreatif dan mempunyairuang untuk berkarya. Pendapat agar kita mengulang-ulang balik subjek bukan manusiaitu dianggap terlalu tegar.

v) Penggunaan ‘ianya’ harus dilebarkan kepada bukan manusia yang bersifat bukan abstrak.

Page 18: Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

KESIMPULAN

Jikalau ia kajang di biku,

Tanam dedap dalam denai

Jika ia kata begitu,

Alangkah sedap dalam hati.