kata bantu +kata kerja.pptx

9
KATA BANTU +KATA KERJA = FRASA KERJA AFIQ ARIF FADHIL

Upload: muhammad-afiq-al-amri

Post on 15-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kata bantu + kata kerja

TRANSCRIPT

KATA BANTU +KATA KERJA = FRASA KERJA

KATA BANTU +KATA KERJA= FRASA KERJA AFIQARIFFADHILKATA BANTUHadir sebelum kata kerja.Salah satu unsur dalam frasa kerja.Terbahagi kepada dua : aspek dan ragam.

KATA BANTU ASPEKMenerangkan sesuatu dari segi masa sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan.

AKANBELUMPERNAHSEDANGMASIHBARUSUDAHTELAHMULAPerbuatan yang belum dilakukanAkan & belum

Contoh:Saya akan menulis surat kepada mereka.Pesawat itu belum tiba lagi.Perbuatan yang sedang dilakukanMula, sedang & masih

Contoh:Kereta api itu mula bergerak.Negara Malaysia sedang pesat membangun.Projek itu masih dalam peringkat pertama.Perbuatan yang telah dilakukan.Baru, sudah, telah & pernah

Contoh:Pekerja itu baru bertugas hari ini.Encik Osman sudah mempunyai dua orang anak.Dia telah pergi ke Rusia pada tahun lalu.Cik Zainab pernah memenangi peraduan menghias rumah.KATA BANTU RAGAMMenerangkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.

HENDAK MAHU HARUSMESTIBOLEHDAPATPATUT MUNGKIN ENGGANOrang tua itu hendak pergi ke bandar.Dia mahu mandi di sungai.Mereka harus datang pagi-pagi lagi.Awak mesti belajar bersungguh-sungguh.Aminah boleh menyertai peraduan itu.Bayi itu dapat tidur nyenyak.Dia patut menyelesaikan tugasnya dahulu.Mereka mungkin lambat sedikit.Menteri itu enggan mengulas khabar angin itu.Kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat:

Contoh:Orang tua itu sedang hendak pergi ke bandar.Dia belum hendak mandi lagi.Mereka harus sudah tiba.Kami masih boleh menjalankan kerja.