kata aluan pegawai pelajaran daerah kluang

2
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang 2755, Jalan Sentosa 86000 Kluang, Johor. Penerbitan sesebuah majalah memerlukan usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Oleh itu, saya amat berbangga dan gembira kerana sidang redaksi SMK Canossian Convent telah berjaya menerbitkan majalah sekolah setiap tahun. Oleh itu, saya ucapkan tahniah kepada seluruh warga SMKCC kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah sekali lagi pada tahun 2013. Majalah sekolah bukan sahaja dapat mencatatkan segala aktiviti dan pencapaian sekolah dalam setahun tetapi juga merupakan satu tempat bagi pelajar menunjukkan bakat masing- masing dalam bidang penulisan dan reka cipta. Saya berharap agar para pelajar dapat menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya untuk menunjukkan dan mengasahkan bakat masing- masing. Sesungguhnya, kecemerlangan sesuatu bangsa dan negara banyak memerlukan pengorbanan dan kesungguhan usaha pelbagai pihak. Oleh itu, pelajar dan pendidik generasi zaman ini ditumpahkan harapan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya berharap para pelajar SMKCC akan menjadikan sekolah ini suatu tempat pembelajaran yang seronok dan harmoni. Saya juga berharap agar para pelajar SMKCC dapat menggunakan masa persekolahan untuk melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan. Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi majalah sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis sepatah dua kata dalam majalah ini. Semoga usaha penerbitan majalah sekolah akan diteruskan selama-lamanya. Sekian dan Selamat Maju Jaya.

Upload: esther-chin

Post on 26-Sep-2015

310 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Majalah 2013

TRANSCRIPT

Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang2755, Jalan Sentosa86000 Kluang,Johor.Penerbitan sesebuah majalah memerlukan usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Oleh itu, saya amat berbangga dan gembira kerana sidang redaksi SMK Canossian Convent telah berjaya menerbitkan majalah sekolah setiap tahun. Oleh itu, saya ucapkan tahniah kepada seluruh warga SMKCC kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah sekali lagi pada tahun 2013.Majalah sekolah bukan sahaja dapat mencatatkan segala aktiviti dan pencapaian sekolah dalam setahun tetapi juga merupakan satu tempat bagi pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang penulisan dan reka cipta. Saya berharap agar para pelajar dapat menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya untuk menunjukkan dan mengasahkan bakat masing-masing.Sesungguhnya, kecemerlangan sesuatu bangsa dan negara banyak memerlukan pengorbanan dan kesungguhan usaha pelbagai pihak. Oleh itu, pelajar dan pendidik generasi zaman ini ditumpahkan harapan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya berharap para pelajar SMKCC akan menjadikan sekolah ini suatu tempat pembelajaran yang seronok dan harmoni. Saya juga berharap agar para pelajar SMKCC dapat menggunakan masa persekolahan untuk melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan. Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi majalah sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis sepatah dua kata dalam majalah ini. Semoga usaha penerbitan majalah sekolah akan diteruskan selama-lamanya.Sekian dan Selamat Maju Jaya.

Tuan Haji A.Manaf Bin Muslimin (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLUANG)